Support My Blog

Sunday, December 23, 2012

PISANG : VARIETI DI MALAYSIA (Part 4)


PISANG (Musa spp) merupakan tanaman yang popular di Malaysia dan ditanam secara komersil dan skala kecil-kecilan dikeliling rumah. Banyak spesis pisang yang ada di negara kita dan sebahagian besar pisang yang di tanam secara komersil untuk tujuan hasil makanan. Terdapat banyak juga jenis keluarga tanaman pisang yang ditanam sebagai Pokok Hiasan Ornamental) dikeliling rumah, di taman bunga dan juga dikawasan kompleks bangunan pejabat atau kompleks membeli belah. Pisang Cavendish merupakan varieti pisang makan segar yang paling popular diseluruh dunia. Pisang ini diminati oleh semua gulongan masyrakat sama ada orang kaya, orang miskin, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya. Pisang mengandungi zat permakanan yang baik dan banyak memberikan tenaga kepada mereka yang perlukannya. Kali ini saya menulis 21 varieti pisang dalam 'Anim Agro Technology' popular di Malaysia sama ada anda mengenalinya atau tidak. 


16. PISANG NANGKA
Pisang nangka merupakan pisang yang berwarna hijau sama ada ketika muda atau masak. Pisang nangka mempunyai kulit yang lembut apabila ianya masak. Lazimnya pisang nangka digunakan untuk membuat kueh seperti Lepat Pisang, Kek Pisang, sesuai untuk hidangan pisang goreng dan sebagainya. Saya suka pisang nangka ini kerana rasanya yang manis, ada sedikit masam dan aromanya yang sedap. Nama Pisang nangka saya agak disebabkan mungkin dulu ia ditanam dekat dengan pokok nangka. Maka oleh kerana pisang ini sedap dimakan dengan buah nangka mungkin menyebabkan ianya juga dipanggil 'Pisang atau nangka'.

17. PISANG NIPAH
Pisang Nipah merupakan pisang yang paling saya suka kerana rasanya, saiznya sederhana dan aromanya yang cukup enak kalau masak. Pisang ini lazimnya berwarna hijau semasa muda dan akan masak dengan warna kuning bercorak dengan warna hijau. Pisang ini paling sedap kalau di goreng dan dimakan ketika panas lagi apa lagi kalau dicecah dengan sambal kicap. Nama pisang nipah jangan dikaitkan dengan pokok nipah tetapi saya agak kerana hasil kata-kata perbualan diantara dua wanita iaitu 'Puan Ni' dan 'Puan Pah' yang membincangkan resepi atau menu utama pisang goreng yang popular hingga sekarang.


18. PISANG PUTAR
Pisang Putar apa yang saya tahu adalah macam serupa dengan pisang awak cuma ianya tidak berbiji. Pisang putar ini lazimnya berwarna hijau semasa muda dan akan kekuningan apabila masak. Pisang putar boleh dimakan segar apabila cukup masak tetapi lebh sesuai kalau dijadikan bahan asas kueh yang berasaskan pisang. Saya tak pasti asal usul nama pisang putar tapi dan mengagak yang ia mendapat nama kerana perlu 'di putar' untuk mengambilnya akibat liat sedikit (Iye ke?).


19. PISANG RASTALI
Pisang Rastali ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai orang kenal akannya. Pisang ini masak dengan warna kuning dan banyak bintik-bintik coklat pada kulitnya. Pisang ini lazimnya adalah untuk dimakan segar dan rasanya memang cukup manis. Pisang Rastali sering dijual dalam sisir atau pun dengan tandan digantung digerai jualan buah atau dipamerkan diatas meja di pasar tani atau pasar malam. Nama pisang rastali seperti artikel terdahulu saya katakan kerana kaitannya dengan perkataan 'Tali' yang digunakan untuk mengikat pokoknya yang selalu mudah tumbang dan ini menjadi satu 'Rashia' kejayaan pisang rastali menghasilkan buah yang manis dan  berkualiti. Ha! ha!

20. PISANG SERENDAH/PISANG SUSU
Pisang Susu atau Pisang Serendah merupakan jenis pisang untuk makan segar dan juga diproses untuk dibuat kueh tradisional. Saya jumpa pisang ini di Kg Bt 13, Air Hitam, Johor yang katanya ditanam untuk dibuat pisang salai. Pisang ini mempunyai saiz agak sederhana kecil dan apabila cukup masak akan kekuningan dan kehijauan. Saya tidak mahu mengaitkan nama asal pisang ini dengan 'susu' tetapi mungkin dulu ia digunakan sebagai pengganti susu ketika zaman Jepun!. Bagaimana pun kajian ini tidak lengkap kerana Jepun telah menyerah kalah pada tahun 1945 dan tiada saintis di Malaysia yang hendak menyambung kajian ini.

Begitulah apa yang saya hendak tulis kali ini berkaitan beberapa varieti pisang yang terdapat di Malaysia dengan keterangan mengenai asal usul nama rekaan saya sendiri sebagai 'gurauan' sahaja. Ada pun saya campur sedikit 'cereka' bagi gelaran nama-nama pisang untuk suka-suka sahaja kerana artikel yang lain semuanya serius belaka. Wallahualam.

VARIETI PISANG...21 JENIS SEMUANYA...
ADA YANG MURAH ... TANYA HARGANYA...
PISANG NANGKA... PELIK NAMANYA...
PISANG NIPAH ... DIGORENG ENAKNYA...

By,
M Anem
Air Hitam, 
Batu Pahat,
Johor, 
Malaysia.
(13 Muharram 1434H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...