Support My Blog

Wednesday, November 30, 2016

APAKAH MAKANAN MASA AKAN DATANG? (Part 2)

MAKANAN (Food) merupakan keperluan asasi untuk manusia bagi menyambung kehidupan. Pameran Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2016 telah memilih tema 'Our Food Our Future' seperti logo diatas yang akan dilangsungkan daripada 1 - 11 Disember 2016. Pameran terbesar di rantau ini akan diadakan di MAEP'S Serdang sebagai acara dwi- tahunan yang menyasarkan lebih daripada 3.5 juta pengunjung. Tema ini amat sesuai kerana menteri berkata "Food sovereignty is our right as a country to define and control our own food and agricultural systems, including protecting and regulating domestic agricultural production and trade, in order to achieve sustainable development objectives. It is vital for us to grow enough food to feed our people and reduce the nation’s dependence on food imports. We need to ensure that all Malaysians have access to sufficient, safe and nutritious food, now and in the future". YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Minister of Agriculture and  Agro-based Industry, Malaysia. Jumlah penduduk dunia semakin bertambah setiap tahun dan ia dilaporkan berjumlah hampir 7.5 billion dimana mereka memerlukan makanan. Adakah makanan akan terus mencukupi untuk mereka?. Walau pun pola permakanan dunia kini sudah berubah setelah berlaku krisis makanan 2008 tetapi ia dikatakan tidak mencukupi. Makanan utama rakyat Malaysia adalah nasi disamping juga ikan serta daging ayam serta sayuran dan buah-buahan. Penanaman padi masih menjadi agenda penting dalam negara bagi membekalkan beras sekitar lebih 70% kadar kecukupan (SSL). Bagaimana pun pola permakanan rakyat Malaysia sudah sedikit berubah daripada bergantung kepada nasi kepada beberapa makanan lain. Mungkin dimasa kini kita masih boleh makan apa yang ada dengan mudah dan murah tetapi masa hadapan berkemungkinan akan menjadi susah mendapatkan makanan. Pertambahan jumlah penduduk dunia, benana alam, kos pengeluaran meningkat dan perebutan sumber makanan mungkin akan berlaku. Bahan makanan seperti sekarang semakin sukar atau mahal dan ini menyebabkan manusia akan berubah kepada sumber makanan lain sama ada yang semulajadi atau makanan tiruan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk iaitu apakah dia makanan yang mungkin akan ujud dimasa hadapan untuk difikirkan. Artikel asal daripada bahasa Indonesia ini saya tulis semula dan diharap boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

4. GELANG PASIR (Krokot)
Gelang Pasir (Portulaca oleracea) atau Krokot (Dalam Bahasa Indonesia) merupakan sejenis tumbuhan rumput dimana ia boleh dimakan. Tumbuhan yang mudah hidup ini sejenis rumpai berbatang dan daun yang lembut. Ia mungkin akan dijadikan makanan pada masa akan datang kerana lebih menguntungkan dijumpai sebagai rumpai (weeds) di seluruh dunia. Krokot biasanya digunakan sebagai herba dalam pot atau sebagai bahan untuk dibuat salad (Sila lihat foto disebelah). Krokot telah baru-baru ini dikenalpasti sebagai sumber makanan yang sangat baik kerana ia mengandungi Asid Alfa-linolenate. Asid ini adalah asid lemak omega-3 dimana ia juga dikenalpasti hampir menyamai dengan minyak ikan. Kandungan bahan terpenting dalam krokot herba ini mampu berfungsi penting dalam proses kehidupan manusia dan ia mampu mencegah penyakit yang ada. Asid Lemak ini tidak dapat disintesis oleh manusia dimana makanan tersebut ia mesti ditelan. Kajian makmal oleh pakar permakanan mendapati kandungan Asid Lemak Omega-3 dan Vitamin C adalah 5 kali lebih tinggi dalam tumbuhan ini daripada Bayam. Tumbuhan yang boleh digunakan dan dianggap sebagai jenis makanan masa hadapan ini perlu dikomersilkan untuk menampung bekalan makanan kepada penduduk dunia dimasa akan datang.


5. Genetically Modified Food (GMO)
Isu terbesar masa kini yang dibincangkan diperingkat dunia adalah 'Global Warming' dan diikuti dengan isu tentang perkara 'Genetically Modified (GM) Food' atau GMO dimana dalam bahasa kita tanaman atau hasil tanaman yang telah melalui proses modifikasi genetik. Peertubuhan seperti Green Peace pada akhir Februari 2015 telah dilaporkan berhasil menghalau satu kapal penuh kacang soya dari USA untuk hantar balik kenegara asal atau dikembalikan sebab didakwa merupakan GMO Food. Sebenarnya USA telah mengeksport hampir  50% kacang soya ke Malaysia dan Indonesia. Apakah dia GMO Food?. GMO Food adalah tanaman makanan yang direkacipta dengan teknologi tinggi melalui modifikasi sel-sel tertentu dalam tanaman hingga menghasilkan apa yang dikatakan sebagai 'tanaman super'. Contoh mudah dimana tanaman makanan ini direkacipta sehingga boleh sesuai tumbuh di tanah yang kandungan alumuniumnya tinggi atau mampu bertahan hidup lama di dalam air. Sehingga tanah kurang subur atau kurang unsur baja atau kawasan banjir pun tanaman GMO ini masih boleh untuk menghasilkan tuaian yang tinggi. Contohnya Jagung Bijirin yang telah  pun dimasukkan gene Bt dimana ia boleh atau dapat untuk dia menghasilkan racun bakteria yang membuat serangga perosak akan lari. Jagung jenis ini jelas akan mengurangkan tahap penggunaan racun kimia diladang. Dalam kes lain kini ada sejenis vaksin yang boleh “dimasukkan” kedalam pokok pisang dimana pokok pisang baru ini akan memecahkan masalah penghantaran vaksin di kawasan yang lain yang agak terpencil. Tanaman GMO juga boleh dicipta untuk kegunaan lain dimana ia jelas lebih baik dari menggunakan pil atau suntikan. Beras juga boleh dicipta untuk membuat beta-carotene yang akan berubah jadi Vitamin A didalam tubuh manusia. Produk beras ini juga secara automatik memecahkan masalah kekurangan Vitamin A yang diderita dikawasan luarbandar. Hasil dari tanaman kelapa sawit yang menghasilkan minyak  kelapa sawit boleh juga dimanupulasi untuk menghasilkan lebih banyak lemak dan minyak. GMO dan saintis mampu secara biologi menjanjikan lebih sedikit penggunaan bahan kimia dan mampu penghasilkan tuaian maksima, nutrisi makanan lebih baik dan tahap kesihatan juga lebih baik. Sila baca artikel ini dalam Part 1, Part 3, dan Part 4. Wasallam!!!.

AKAN DATANG...MAKANAN MANUSIA...
SEMAKIN KURANG...MAHAL HARGANYA..
PELBAGAI PILIHAN... DICARI SENTIASA...

BACA ARTIKEL... MENAKUTKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pameran Halal Food Antarabangsa,
PWTC, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(19 Muharam 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...