LADA HITAM (Piper nigrum) merupakan tanaman yang dikenali oleh masyarakat seluruh dunia sebagai ramuan masakan perisa dan sos. Berasal dari barat daya India ditanam di Sarawak sejak tahun 1856 dimana ia diusahakan secara meluas sekitar 1900'an lagi. Malaysia menduduki tempat kelima lada dunia selepas Vietnam, India, Indonesia dan Brazil. Bukan mudah untuk menanam lada hitam untuk menghasilkan buah berkualiti dan gred yang baik. Lada Hitam masih merupakan salah satu tanaman kontan yang penting sebagai punca pendapatan untuk kira-kira 67,000 penduduk terutama di kawasan pedalaman Negeri Sarawak. Keluasan purata kebun lada direkodkan masa kini adalah 0.2 hektar. Lada HITAM banyak ditanam di beberapa daerah yang aktif menanam dipendalaman seperti di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan juga Sarikei. Anggaran semasa kawasan penanaman lada hitam yang dilaporkan di Sarawak ialah kira-kira 13,000 hektar (Sumber: Laporan Tahunan, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak 2015). Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik lada pada tahun 2004 berbanding sebanyak 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang masing-masingnya bernilai RM113.2 juta dan RM120.0 juta. Hampir 98 peratus hasil lada hitam ini dari pengeluaran lada di Malaysia adalah di Negeri Sarawak. Pengeluaran untuk tahun 2004 adalah 20,000 tan metrik. Agensi yang menjaga industri lada hitam adalah Lembaga Lada Malaysia yang dulunya dikenali dengan Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia (JPPH) yang beribupejabat di Kuching, Sarawak. Bentuk Lada untuk Eksport masa kini adalah dimana kira-kira 95 peratus perdagangan lada dunia adalah dalam bentuk Lada hitam (Black Pepper) dan Lada Putih (White Pepper). Bentuk lain adalah dalam bentuk oleoresin lada, minyak lada, lada hijau dan lada kisar. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penyakit tanaman lada hitam di Malaysia terutama untuk kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Antara Penyakit yang biasa menyerang lada adalah disebabkan oleh kulat yang membiak dalam keadaan yang panas dan lembap. Penyakit yang perlu diawasi oleh pekebun lada ialah Penyakit Reput Akar (Phytophthora capsici), Penyakit Buah Hitam (Colletotrichum capsici, C. piperis dan C. gloeosporioides), Penyakit Cendawan Angin (Corticium salmonicolor), Penyakit Hawar Lembut (Septobasidium sp.), Penyakit Akar Putih (Rigidoporus lignosus) dan Penyakit Kuning (disebabkan oleh gabungan serangan cacing nematod Radopholus dan kulat (Fusarium solani). Cacing nematod (Meloidogyne spp.) menyerang bahagian akar pokok lada. Penyakit daun keriting yang disebabkan oleh virus juga boleh menyerang pokok lada muda dan matang.
(1) Penyakit Reput Akar
Penyakit Reput Akar (Root Rot) disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Phytophthora capsici. Penyakit ini dapat menyebabkan kematian pokok lada dalam waktu singkat. Selalunya kulat jenis Phythopthora capsici akan dapat menyerang seluruh bahagian pokok lada tetapi bahagian yang paling membahayakan adalah serangan pada pangkal batang atau akar (Sila lihat foto disebelah). Punca sebenar berlakunya serangan penyakit ini sukar diketahui bila ia akan berlaku. Tanda serangan paling mudah dilihat apabila pokok lada yang diserang akan menjadi layu. Selalunya pokok yang masih muda apabila diserang akan terus mati. Tanda serangan awal kulat ini adalah pada daun dimana iakan menyebabkan tanda daun berbintik pada bahagian tengah atau tepi daun. Sepanjang tepi bintik-bintik daun tersebut terdapat bahagian seperti warna hitam bergigi seperti tepi kain langsir. Bagaimana pun kemudian ia akan nampak jelas dimana apabila daun telah kering pada simptom lanjutan. Apabila serangan kulat berlaku pada satu pokok dalam suatu kawasan kebun jika tidak dikawal maka selalunya ia akan terus merebak keseluruh tanaman dalam kebun dalam masa 1-2 bulan kemudian. Penulis yang membuat pemerhatian juga mendapati kejadian serangan penyakit reput akar adalah lebih cepat berlaku dalam musim hujan. Kawasan kebun yang bersih dan lapang lebih mudah diserang dengan penyakit reput akar.
(2) Penyakit Kuning
Penyakit ini disebabkan oleh serangan dari cacing nematod iaitu Radopholus similis dan Meloidogy incognita. Serangan lanjut oleh sejenis kulat iaitu Fusarium oxysporium juga memberi kesan lanjut. Faktur kesuburan tanah yang kurang serta keadaan sekeliling yang lembab pada tanah atau kadar air tanah menyebabkan kejadian lebih mudah berlaku. Akibat daripada kesan luka-luka akibat serangan nematoda akan memudahkan terjadinya infeksi daripada kulat iaitu Fusarium oxyporium. Tanaman lada hitam yang di serang pertumbuhannya terencat diman simptom seperti pada daun menjadi kuning kaku dan tergantung tegak lurus dan makin lama akan makin mengarah ke batang. Daun yang diserang menjadi kuning akan kemudian ia akan gugur. Jika terlalu serius serangan maka akhirnya tanaman akan gondol atau tiada daun langsung. Jika diperiksa pad bahagian akar tanaman yang diserang akan dilihat dimana sebahagian besar akar rambut telah rosak. Pada akar rambut tersebut terdapat luka-luka nekrosis dan puru (bintil-bintil akar). Gejala serangan oleh cacing nematod jenis Radopholus similis ini menyababkan ujud luka-luka pada akar semantara jika berlaku serangan oleh M. incognita (root knot nematode atau nematod hanya dilihat tanda seperti membengkak atau menjadi puru akar. Di dalam jaringan akar pokokk yang luka dan membengkak tersebut jika diperiksa akan terdapat sekumpulan cacing nematod didalamnya.
(3) Penyakit kerdil atau Penyakit Keriting.
Penyakit jenis ini tidak membunuh pokok lada hitam atau mematikannya tetapi ia akan menyebabkan kadar pertumbuhan tanaman sehingga menjadi kerdil. Ini memberi kesan kepada menurunkan produktiviti tanaman lada hitam atau boleh menyebabkan pokok tidak berbuah. Penyebab penyakit kerdil adalah sejenis virus dikenali dengan nana Pepper Yellow Virus (PYMV). Virus ini berpunca daripada tanah dan persekitaran serta bahan tanaman yang digunakan. Tanda serangan penyakit kerdil dimana adanya daun-daun abnormal dengan saiz yang lebih kecil sering kali bergelombang atau belang-belang. Pada serangan lebih teruk selalunya akan menyebabkan tanaman jadi kerdil. Pada beberapa tanaman lada hitam selelunya berlaku pertumbuhan cabang yang berlebihan dengan daun yang kecil-kecil atau tidak berdaun. Tanaman yang terserang peringkat awal atau masih belum serius masih mengeluarkan hasil akan tetapi tandan buahnya pendek, tandan buah tidak penuh dan ukuran lebih kecil. Bagaimana pun jika berlaku serangan teruk dan tidak dikawal menyebabkan tanaman kerdil dan tidak berbuah. Tanaman yang sudah menunjukkan gejala penyakit ini tidak boleh dijadikan benih. Jika semasa mula menanam dan dilihat pada nurseri terdap[at benih yang kerdil maka sebaiknya benih tanaman tersebut hendaklah terus tidak ditanam sebaliknya dimusnahkan. Dalam pada iitu dari segi amalan agronomi, berlakunya penyebaran penyakit dilakukan oleh serangga vektor dan dapat juga melalui alat-alat pertanian yang bekas dipakai pada tanaman yang kena penyakit. Sebaiknya disyorkan agar peralatan yang akan digunakan dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan pada tanaman lada hitam yang sihat. Disamping itu sebaiknya dipantau dan dilakukan pemantauan akan keujudan vektor penyakit seperti Aphis sp, Planococcus minor dan Ferrisia virgata. Semasa mula menanam sebaiknya elakkan dari menggunakan bahan tanaman yang berasal dari tanaman yang telah berpenyakkit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!...

LADA HITAM... LADA PUTIH ADA...
DITANAM BERTIANG...KENA JAGA...
ADA PENYAKIT...KENALI DIANYA...
PERLU DIKAWAL... HASIL BERGANDA...
DITANAM BERTIANG...KENA JAGA...
ADA PENYAKIT...KENALI DIANYA...
PERLU DIKAWAL... HASIL BERGANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 111, Timotel Hotel,
Jalan Mersing-Endaun Mersing,
Johor, Malaysia.
Jalan Mersing-Endaun Mersing,
Johor, Malaysia.
(29 Muharam 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.