CEKER AYAM atau dalam bahasa kita dipanggil sebagai KAKI AYAM merupakan bahagian kaki ayam yang dipotong semasa proses pemotongan ayam. Bahagian ayam yang sering diasingkan selain daripada daging ayam sama ada dibuang atau dijual berasingan adalah seperti Kaki Ayam, Kepala Ayam, Usus Ayam, Perut Ayam, Hati Ayam, Pedal Ayam dan juga Organ Dalaman lain serta Bulu Ayam. Bagaimana pun bahagian yang terus dibuang adalah Bulu Ayam sementara yang lainnya ada nilai ekonomi. Usus Ayam dan bahagian dalam ayam sering digunakan sebagai bahan makanan untuk ikan air tawar terutama ikan keli dalam kolam ikan komersil. Bahagian kepala diambil untuk dimakan oleh golongan tertentu sementara hati dan pedal ayam dimasak sebagai lauk atau dibuat sate. Diantara bahagian tersebut kini Kaki Ayam merupakan pilihan ramai peminat makan 'ceker ayam' dalam bahasa jawa dimana ia dihidangkan dalam pelbagai resepi. Kalau dahulu kaki ayam ini dibuang sahaja tetapi kini penjual ayam daging akan mengasingkan bahagian ini. Penulis mendapati lazimnya ia akan dijual dengan harga yang sesuai bergantung kepada lokasi dan mudah dibeli di Pasar Basah, Pasar Malam, Pasar Tani malahan dalam pasaraya pun ia sering ada dijual. Saya menulis artikel ini selepas menjamu selera 'Kari Ceker Ayam' yang dihidangkan dengan roti canai di Pekan Air Hitam, Johor yang popular dengan Bandar Produk Untuk Kenduri Kahwin dan Pengantin. Satu pinggan dengan 4 potong kaki ayam dijual dengan harga cuma RM1.00 sahaja (Paling murah yang saya jumpa - restoren orang Jawa BP). Ini berbeza dengan kari kambing di restoren Bai berharga RM5.00 sepinggan dimakan dengan capati pada kesokkan harinya. Pengalaman saya dengan Sanusi (Boss lama di Johor) yang sangat minat dengan resepi kaki ayam mendapati beliau memang akan cari tempat makan yang ada menjual resepi kaki ayam. Kini ada banyak resepi telah dipopularkan dicipta untuk masak kaki ayam di Malaysia (Hebat lagi di Indonesia agaknya) sebagai hidangan semakin popular. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan ceker ayam sebagai satu sumber makanan berkhasiat untuk bacaan dan rujukan anda pembaca blog ini.
Bagi sesetengah orang 'ceker ayam' ini merupakan makanan yang tidak disukai atau geli untuk makannya mungkin karena kaki ayam dikaitkan dengan kekotoran. Ini kerana kaki ayam memijak tanah dan tahi ayam yang memang tidak hygenik. Kaki ayam mempunyai struktur dari paras lutut sehingga kepada jarinya yang bercabang. Lazimnya ia dipotong dan dibersihkan dengan membuang bahagian kukunya dan bahagian kulit sisik (bagi ayam tua). Kemudian ia dibasuh bersih dengan air dan boleh dimasak. Ia boleh dimasak terus atau pun disimpan dalam peti ais sejuk beku untuk jangkamasa yang lama. Pengalaman saya makan ceker ayam ini semanjak kecil dulu dikampong (ayam kampong) dimana ia merupakan hidangan istimewa bagi masyarakat tempatan terutama ketika majlis kenduri kahwin dimana banyak ceker ayam. Lazimnya ceker ayam ini dimasak resepi 'ungkep' bersama pedal ayam, hati ayam dan usus ayam untuk dihidangkan kepada kendarat pada waktu pagi sebelum mulakan aktiviti rewang. Kaki ayam memang tidak asing di makan sejak dahuu dikalangan masyarakat Jawa di Johor yaang menjadikan ia sebagai satu budaya. Kini setelah ada lamanweb, baru kita dapat membuat rujukan bahawa kaki ayam rupanya amat berkhasiat dan menjadi bahan rebutan ramai peminat.
Tapi tahukah anda disebalik namanya sebagai 'ceker ayam' ada tersembunyi banyak manfaat yang perlu anda mengetahuinya. Ini terutama ditujukan kepada mereka yang tidak suka makan kaki ayam kerana geli dan fikir ia adakah bahan buangan.Ada beberapa rakan yang menyatakan bahawa kandungan kaki ayam seakan sama dengan khasiat Sirip Ikan Yu yang mahal. Kajian ahli permakanan mendapati salah satu kandungan bermanfaat yang terkandung pada sirip ikan Yu dan ada pada Kaki ayam adalah kandungan Kartilago atau Tulang Rawan. Bahan ini didakwa mampu untuk memperbaiki kekebalan badan (immunity system) dan mampu untuk mencegah kanser. Kandungan banyak bahan Kartilago pada kaki ayam mampu untuk merawat masaalah sakit sendi. selain itu didakwa bahawa kaki ayam mampu merawat dan menjaga kulit. Ini kerana ceker ayam telah disahkan mengandung kolagen yang didakwa berfungsi mengentatkan dan menghaluskan kulit termasuk kulit pada bahagian wajah. Kandungan Kolagen dalam kaki ayam bermanfaat untuk membantu pertumbuhan dan menguatkan tulang bayii yang mula membesar. Dalam beberapa laporan juga dinyatakan kaki ayam yang mengandungi Kartilago serta kolagen berkhasiat untuk merawat pesakit reumatik (sakit tulang) dengan mengambilnya secara berjadual.
Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya masaalah ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh atau tulang yang mudah retak atau mudah patah. Lazimnya masalah tulang ini tidak akan menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. Kajian tersebut menunjukkan bagi mencegah kes seperti osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan untuk mengurangkan faktor risiko dengan cara meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. bagi mengelakkan tulang rapuh adalah digalakkan agar kita makan kaki ayam. Ini kerana kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelakkan kes tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. Kaki Ayam didakwa mengandungi Hydroxyapatite oleh Bl Health yang berasal dari tulang makanan. Logiknya kaki ayam adalah jenis makanan tepat untuk tulang kerana ia juga adalah jenis tulang. Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. Anda munkin baru tahu kejadian tulang patah akibat jatuh atau timbulnya rasa sakit yang amat sangat kerana tulang retak atau patah. Antara bahagian tulang yang sering patah adalah bahagian pergelangan tangan, tulang belakang dan tulang pinggang.
Kejadian osteoporosis itu degeratif dimana ia mula muncul setelah orang berusia di atas 45 tahun. Bagaimana pun kini penyakit ini boleh menyerang golongan muda yang gaya hidupnya tidak sihat seperti kuat merokok, malas bersukan, minum kopi dalam dos berlebihan dan juga mengambil bahan minuman keras. Selama ini ramai kita mengetahui kalsium adalah ubat dari penyakit yang dibincangkan. Kalsium hanya mampu menguatkan tulang bahagian luar saja sedangkan yang penting kita nutrisi adalah tisu tulang dibahagian dalamnya. Tulang bahagian dalam akan menghasilkan zat yang bernama zat hydroxyapatite yang kemudian akan menguatkan tulang bagian luar. Zat ini didapati mempunyai komponen sama dengan tulang dan lapisan keras mamalia. Kini terbukti bahawa salah satu makanan yang banyak mengandung zat ini adalah kaki ayam atau ceker. Kandungan utama pada ceker ayam adalah Asid Amino iaitu komponen asa kepada protein. Dalam Asid Amino sendiri terdapat glisin-prolin, hidroksiprolin-agrinis-glisin yang terkandung dalam kaki ayam. Ceker ayam juga mengandung zat kapur dan sejumlah mineral. Bahan Kalsium memang peranan untuk kekuatan tulang termasuk membantu mengatur degupan jantung, pertumbuhan otot dan mencegah kepekatan darah. Tubuh badan manusia akan mencari sumber kalsium yang diperlukan tulang. Oleh itu makan kaki ayam merupakan satu aktiviti sihat asalkan mengambilnya dengan cara betul dan tidak berlebihan. Makanlah hidangan ;'ceker ayam' yang berkhasiat, lazat dan selamat dimakan sama ada dimasak sendiri atau yang dijual di restoren. Wasallam!.
CEKER AYAM... KAKI AYAM SAMA...
HARGA MURAH...DIJUAL DIMANA...
MASAK KARI...SUP PUN BIASA...
BERKHASIAT... TULANG PERKASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 104, Hotel Air Hitam,
Taman Bistari, Air Hitam,
Johor, Malaysia.
(7 Zulhijjah 1435H)
Published on 21 November 2016
Published on 21 November 2016
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.