PENJAGAAN sehingga PENUAIAN TANAMAN adalah asas dalam sektor tanaman terutama untuk tanaman makanan. Mempelajari dan memahami kerja-kerja pengurusan dan penuaian tanaman. Amalan agronomi tanaman bermula dengan penyediaan benih, penyediaan tanah atau media tanaman, menanam, penjagaan dan selenggara, membaja, memberikan air, kawalan musuh dan penyakit, menuai hasil sehingga pasaran. Dalam pada itu penulis blog lebih banyak menyentuh perkara mengenai agronomi tanam juga paling sering dibincangkan adalah seperti kaedah-kaedah membaja tanaman, tujuan aktiviti memangkas (pruning) dan jenis-jenis pemangkasan tanaman dan juga aktiviti seperti bagaimana mengenali tanda-tanda serangan perosak dan penyakit tanaman serta cara mengawal perosak dan penyakit. Penulis dapati dimana tanaman yang subur dan sihat akan dapat mengeluarkan hasil yang lumayan dan akan memberi hasil pulangan yang tinggi kepada petani. Persoalannya adalah bagaimana kita mahu pastikan tanaman yang kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur selalu. Ini kerana tanaman yang subur dan sihat ialah tanaman yang mendapat cukup keperluannya seperti baja, air dan cahaya. Di samping itu kesuburan tanaman juga datangnya dari tanaman yang bebas dari serangan perosak dan penyakit serta tidak terdapat gangguan persekitaran dan sentiasa di pangkas bagi menstabilkan pertumbuhanya. Atau mudah kita fahamkan iaitu untuk mendapat tanaman yang subur dan sihat, sesuatu tanaman yang ditanam itu perlu di jaga. Kerja Penjagaan tanaman ialah kerja-kerja mengurus tanaman yang dilakukan selepas sahaja ianya di tanam sehingga memungut hasil. Kerja penjagaan tanaman ini umumnya sama untuk semua jenis tanaman, tetapi ada tanaman yang memerlukan kerja penjagaan yang agak spesifik seperti pokok kacang panjang perlu kepada panyediaan sistem kayu pancang sedangkan tanaman sepereti kobis tidak perlu kerja-kerja memancang. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penjagaan dan aktiviti menentukan hasil tanaman untk pembaca semua.
Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien tanaman memang boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Sebaiknya baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan dimana ia boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok. Tumbuhan memerlukan sekitar 17 unsur-unsur nutrien pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada tiga kategori. Tumbuhan memang akan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitudaribaja dan bahan organan dalam tanah. Terdapat dua jenis baja iaitu BAJA ORGANIK dan BAJA KIMIA. Baja Organik atau Baja Asli merupakan baja yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Ia biasanya akan digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup mereput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas atau kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya. Jenis kedua adalah Baja Kimia iaitu jenis baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair secara komersil dan banyak digunakan. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair pula hendaklah sesuai dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur. Contoh baja kimia adalah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan,Welgrow dan sebagainya.
Cara membaja adalah penting dalam mempastikan ianya berkesan. Banyak cara aplikasi pembajaan bergantung kepada jenis tanaman, umur ppokok, jenis tanah, jenis baja dan tujuan pembajaan. Pertama baja boleh diberikan dengan kaedah (a) Cara Taburan dimana dengan cara ini, baja ditabur atau disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya sesuai dilakukan semasa membaja asas seperti sayuran. Petani perlu menabur baja dengan kadar mencukupi. Kedua (b) adalah Cara Jalur atau Cara Jajar (Band or row placement) dimana dengan cara ini baja dibubuh ke dalam tanah iaitu biasanya disebelah dan dibawah bijibenih. Kaedah cara ini perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih. Sebagai peringatan apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” disebelah dan juga di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain. Teknik (c) Baja Permukaan (Top dressing) dilakukan apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya setengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar. Keempat adalah teknik pembajaan (d) Pembajaan Sisi (side dressing) dimana cara ini adalah baja dibubuh di sisi atau di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi jenis tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja. Kelima (e) Pembajaan Berpoket (pocket placement) iaitu baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian akan ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling pokok dengan jarak 50 cm. Seterusnya (f) Penyemburan Daun (foliar application) iaitu cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut terus kepada daun-daun. Unsur-unsur seperti kuperum, zingkam, feram, boron dan molybdenum selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.
Dalam pemangkasan (pruning) banyak kaedah yang perlu difahami oleh petani. Aktiviti pemangkasan ialah membuang sebahagian daripada tumbuhan dengan cara yang teratur berasaskan kepada ilmu pengetahuan mengenai marfologi tumbuhan tanaman supaya pokok boleh tumbuh seperti yang dikehendaki. Tujuan pemangkasan ialah seperti untuk mengawal saiz tumbuhan, mengurangkan transpirasi, mengimbangi tahap pertumbuhan antara batang dan akar, mengalakkan pengeluaran bunga dan buah. Selain itu pemangkasan boleh mengekalkan kesuburan tanaman dan membuang bahagian yang rosak, mati dan berpenyakit, meninggikan nilai estetik serta membentuk tanaman menjadi bentuk-bentuk khusus yang diingini. Jenis Pemangkasan ada 3 iaitu pembentukkan, rutin dan juga pemulihan. Pertama (a) adalah Jenis Pemangkasan Pembentukan yang dilakukan bertujuan untuk mendapat bentuk yang sesuai pada pokok yang tertentu. Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan hanya mengekalkan tunas utama tumbuh ke paras yang sesuai. Kemudian barulah dahan dibiarkan tumbuh untuk mendapat bentuk yang dikehendaki. Kedua (b) yang perlu diketahui adalah Jenis Pemangkasan Rutin atau pankasan biasa yang dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah berpenyakit atau mati. Cantasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan kesuburan pokok. Bagi tanaman seperti pokok hiasan seperti Bunga Kertas (Bougainvillea), Pokok Jambul Merak atau Melati yang mengeluarkan bunga bersama-sama tunas daun, pastikan tunasnya dipangkas setiap kali selepas berbunga. Jika tidak dipangkas, ia akan tumbuh memanjang, berdaun lebat dan mempunyai bentuk yang liar. Ketiga adlah (c) Pemangkasan Pemulihan yang dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga kepangkal atau batang utama. Pangkasan ini bertujuan untuk mengalakkan batang dan dahan baru untuk tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan pertumbuhan pokok tersebut.

Cara Pemangkasan jika ianya dahan yang tua maka ia perlu dipotong dan dibuat hampir sama dengan tunas dan menyerong supaya air tidak bertakung ditengahnya. Bagi dahan yang besar ia sesuai dilakukan dengan menggunakan kaedah 3 kali keratan. Ini dilakukan dengan memotong dahan di bahagian bawah 25 cm dari pangkal batang diikuti dengan pemotongan kedua di bahagian atas dengan jarak 5 – 8 cm dari keratan pertama. Apabila dahan jatuh lakukan keratan yang ketiga di pangkal dahan. Masa pemangkasan sebaik-baiknya dilakukan pada musim pertumbuhan aktif iaitu di akhir musim kemarau dan selepas musim bunga atau musim buah. Rawatan luka pada dahan setelah melakukan pemangkasan, bahagian yang luka perlu disapu dengan ubat atau cat `coal tar`, `Santa SM` atau ubat-ubat lainuntuk mengelakkan serangan kulat. Langkah-langkah kerja memangkas dimulakan dengan menyediakan peralatan pemangkasan seperti gergaji, parang, scateurs, tangga, tar dan sebegainya. Artikel ini bersambung pada Part 2 dimana anda semua perlu membacanya. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
MENANAM POKOK... PERLU DIJAGA...
BENIH BERKUALITI... PERLU DIBAJA...
KAWAL PEROSAK... PENYAKIT JUGA....
SUDAH BERHASIL...HASILNYA DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Banda Melaka, Melaka,
Malaysia.
(30 Rabiulawal 1438H)
MENANAM POKOK... PERLU DIJAGA...
BENIH BERKUALITI... PERLU DIBAJA...
KAWAL PEROSAK... PENYAKIT JUGA....
SUDAH BERHASIL...HASILNYA DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Banda Melaka, Melaka,
Malaysia.
(30 Rabiulawal 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.