Support My Blog

Tuesday, January 2, 2018

TANAM KELAPA - SISTEM INTERGRASI


TANAMAN KELAPA INTERGRASI merupakan satu pendekatan terbaik untuk petani yang ingin memajukan tanamn kelapa di Malaysia. Kelapa (Cocos nucifera) kini mendapat perhatian khas kerajaan apabila Bajet 2018 diumumkan peruntukkan besar sebanyak RM50 juta dan penubuhan lembaga baru dengan nanas untuk tujuan pembangunan tanaman kelapa. Sejarah tanaman kelapa bermula kebanyakannya untuk kegunaan sendiri dimana kawasan utama penanaman adalah dikawasan persisir pantai dan sebagai tanaman keliling rumah. Pada masa ini terdapat seluas 95,400 hektar kawasan tanaman kelapa di Malaysia (Perangkaan Jabatan Pertanian 2016) dengan pengeluaran sebanyak 645,000 metrik tan kelapa. Keluasan ini adalah berkurangan jika dibandingkan dengan keluasan tanaman kelapa pada tahun 2005 seluas 121,011 hektar, tahun 2007 (119,701 ha) dan menurun lagi kepada tahun 2009 (100,362 hektar). Penurunan luas kawasan penanaman kelapa kerana ramai petani tradisional telah menukarkan tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit yang lebih mudah diuruskan dan menguntungkan. Beberapa estet swasta yang dahulu menanam kelapa seperti di Perak, Melaka, Sabah dan Johor juga telah menukar tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit. Antara varieti kelapa sedia adalah varieti Malayan Tall (CN1) dimana ia ditanam lebih 45-50 tahun lalu dibawah Program Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Tanaman kelapa lazimnya oleh pekebun kecil dengan pemiliknya telag berumur lebih 55 tahun secara purata. Pokok kelapa tua (senile tree) ini perlu digantikan dengan pokok baru untuk membolehkan negara mempunyai bekalan kelapa mencukupi dimasa akan datang. Negara kini mengimport sekitar 100 - 120 juta biji kelapa tua setahun daripada Indonesia untuk menampong kekurangan kelapa tempatan terutama untuk sektor pemprosesan produk asas keapa. Prestasi industri kelapa negara yang merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mendorong usaha untuk mengembalikan kedudukan komoditi ini ke tahap yang lebih kukuh dan berdaya saing sesuai dengan ungkapan kelapa sebagai ‘tanaman seribu guna’. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kelapa secara intergrasi untuk dijadikan bahan rujukan.



Menanam kelapa secara tunggal telah sekian lama diamalkan oleh pekebun kecil di negara ini. Biasanya pekebun kelapa mengamalkan pengurusan yang minimum terhadap cara tanaman kelapa menyebabkan hasil dan pulangan yang diperoleh rendah dan tidak menguntungkan. Kini usaha untuk petani meningkatkan pendapatan pekebun kelapa bukan hanya tertumpu kepada meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malah turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain. Sebenarnya banyak aktiviti intergrasi untuk kawasan tanaman baru kelapa seperti penternakan ruminan (Kambing, Lembu) dan ternakan ayam dan sebagainya. Nurseri bungaan dan benih buah-buahan juga boleh dilakukan sama juga dengan apikultur (menternak lebah dan kelulut). Selain itu intergrasi dengan projek Industri Asas Tani dan penanaman tanaman lain juga sesuai dijalankan. Antara jenis tanaman kontan sesuai dilakukan adalah seperti menanam pissng, sayur-sayuran, tanaman kontan, tanaman umbisi dan juga terkini menanam jagung bijirin atau rumput napier. Tanam serai secara intergrasi dengan kelapa didapati menjana pendapatan yang memuaskan (Sila lihat foto paling atas)Sifat semula jadi sistem akar, bentuk naungan kanopi dan susun atur pelepah menjadikan tanaman kelapa sesuai untuk integrasi tanaman. Penembusan cahaya membantu dalam proses fotosintesis untuk pertumbuhan kelapa dan tanaman kontan yang ditanam di bawah kanopi. Tanaman ubikayu dan kelada juga sesuai dikawasan kelapa (Sila lihat foto disebelah). Penembusan cahaya melalui pelepah kelapa bergantung kepada saiz, umur, kepadatan dan susun atur pokok tersebut. Sebaiknya semasa menanam maka orientasi tanaman mengikut arah timur ke barat membolehkan cahaya matahari sampai ke kawasan lorong di antara baris kelapa. Penulis blog dapati lebih 80 peratus akar aktif kelapa berada pada kedalaman antara 25 -  60 sentimeter (cm) di bawah permukaan tanah dan dua meter (m) di sekeliling pangkal pokok. Ini membolehkan kawasan yang luas di bawah baris pokok kelapa dapat diintegrasikan dengan tanaman lain.



Kelapa boleh hidup di pelbagai jenis tanah walaupun kadar tumbesaran dan hasilnya berbeza. Jenis tanah yang terbaik untuk penanaman kelapa adalah jenis tanah liat pantai yang mempunyai saliran yang baik. Apabila majoriti kawasan penanaman kelapa adalah sesuai untuk tanaman lain dengan buah-buahan singkat masa seperti Limau Kasturi, Limau Lemon dan pisang (Sila lihat foto disebeah). Oleh kerana kawasan di bawah tanaman kelapa boleh menerima cahaya matahari yang banyak disebabkan ketinggian dan jarak tanaman yang lebih jauh, pelbagai jenis tanaman boleh hidup subur di bawah kanopi. Jarak dalam penanaman dan usia kelapa juga mendorong kepada kurangnya persaingan antara kelapa dan tanaman integrasi lain. Kini usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kelapa bukan hanya tertumpu kepada meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malah turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain. Sifat-sifat semula jadi sistem akar, bentuk naungan kanopi dan susun atur pelepah membolehkan kawasan yang luas di bawah baris pokok kelapa dapat diintegrasikan dengan tanaman lain. Amalan integrasi tanaman di kawasan tanaman kelapa memberi kesan yang positif terhadap hasil kelapa. Kajian telah dijalankan di Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Stesen Hilir Perak bagi mengenal pasti sejauh mana sistem integrasi tersebut menguntungkan. Berdasarkan kajian yang lama dijalankan, integrasi kelapa dan serai memberi peningkatan hasil purata kelapa bulanan paling tinggi sebanyak 47 peratus bawah sistem tanaman kelapa konvensional.



Ada beberapa panduan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kejayaan tersebut dari pemerhatian dan temuan kajian. Penanaman integrasi dilaksanakan di kawasan tanaman kelapa yang ditanam secara baris kembar dua (double avenue). Jarak tanaman kelapa bagi sistem ini ialah 7 m x 7 m x 15 m. dengan kepadatan 128 pokok/hektar (ha).  Ruang antara dua baris kelapa selebar 15 m telah digunakan untuk tujuan integrasi semaksimum mungkin. Pada umur pokok kelapa untuk kedua-dua sistem ini ialah 10 tahun. Asasnya aktiviti penyediaan tanah dilakukan pada musim hujan bagi memperoleh faedah lembapan untuk tanaman.  Sistem perparitan pula mestilah dalam keadaan baik bagi mengelak air bertakung ketika musim hujan serta dapat memudahkan kerja memungut hasil. Pembinaan batas boleh dilakukan bagi tanaman ubi kayu, tembikai, jagung, cili dan serai. Batas tanaman untuk tujuan ini tidak diperlukan sekiranya kawasan penanaman kelapa di tanah gambut, namun aras air tanah hendaklah dikawal (30 hingga 60 sm dari permukaan tanah). Bahan tanaman yang digunakan adalah daripada sumber yang telah cukup matang dan berkualiti sahaja digunakan dalam kajian ini dengan anggaran 99 peratus percambahan. Bahan tanaman yang sihat dan berkualiti akan menjamin hasil tanaman yang tinggi dan menguntungkan. Sebaiknya Baja organik seperti tahi ayam, sisa tanaman dan tahi kambing ditabur semasa kerja-kerja pembajakan piring. Kadar yang disyorkan ialah 500 kg/ha. Penggunaan baja sebatian pada kadar 500 kg/ha digunakan semasa kerja kerja pembajakan putar dilakukan.



Memandangkan plot kajian mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi dan kurang subur, penggunaan baja pada kadar yang lebih tinggi telah dilakukan untuk memperbaiki struktur tanah, mengekalkan lembapan dan mengimbangi nutrien. Bagi tujuan pembajaan berkala untuk tanaman integrasi di bawah kelapa adalah dengan menggunakan syor dan kadar yang ditetapkan di dalam buku panduan penanaman masing-masing. Memandangkan kos pembajaan sangat tinggi, penggunaannya mestilah lebih berhemah bagi mengelak pembaziran dan penggunaan bahan kimia yang disyorkan amat dititikberatkan. Tanaman integrasi di bawah kelapa perlu dituai mengikut masa, tempoh, saiz dan kriteria yang sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Tuaian hasil perlu dilakukan pada musim kering bagi mengelak jangkitan penyakit dan memastikan kualiti hasil tuaian di tahap optimum. Kutipan hasil boleh dilakukan sama ada secara manual atau bantuan jentera bergantung kepada keadaan tanah, kebolehsediaan jentera dan jumlah tanaga kerja. Tempoh dan masa penuaian adalah berbeza kerana dua sistem penanaman kelapa ini mempunyai kadar ketelusan cahaya, persaingan untuk tujuan mendapatkan baja dan cahaya, naungan dan kepadatan yang berbeza. Amalan integrasi tanaman di kawasan tanaman kelapa memberi kesan yang positif terhadap hasil kelapa. Data untuk kesan amalan integrasi terhadap hasil kelapa telah direkod selama dua tahun. Bagi kajian integrasi tanaman bawah sistem tanaman kelapa konvensional, daripada tujuh tanaman yang diuji, integrasi kelapa dan serai memberi peningkatan hasil kelapa purata bulanan kelapa sebanyak 47 peratus lebih tinggi berbanding dengan integrasi kelapa bersama tanaman lain. Bagi sistem baris kembar dua kelapa pula, integrasi kelapa dan tebu kuning memberi peningkatan hasil purata kelapa bulanan sebanyak 46.28 peratus Ia lebih tinggi berbanding dengan integrasi kelapa bersama tanaman lain.



Hasil kajian tanaman kelapa secara untergrasi setakat ini adalah memuaskan.  Bagi kajian integrasi tanaman bawah sistem tanaman kelapa konvensional, daripada tujuh tanaman yang telah diuji, integrasi kelapa dan serai memberi pulangan pelaburan yang tinggi. Hasil serai ialah 3,488 kg/ha/musim. Jika harga semasa ialah RM2/kg, maka pendapatan kasar ialah RM8,360 dan kos pengeluaran ialah RM2,252 bagi kedua-dua tanaman (serai dan kelapa). Oleh itu, keuntungan bersih ialah RM6,116 dan pulangan daripada pelaburan (ROI) bagi setiap RM1 yang dilaburkan ialah 2.72. Bagi sistem baris kembar dua kelapa pula, daripada tujuh tanaman bawahan yang telah diuji, integrasi kelapa dan serai juga memberi pulangan pelaburan yang tinggi. Pendapatan kasar ialah RM16,036 dan kos pengeluaran ialah RM3,623 bagi kedua-dua tanaman (serai dan kelapa). Oleh itu, keuntungan bersih ialah RM12,413. Pulangan pelaburan (ROI) bagi setiap RM1 yang dilaburkan ialah 3.43. Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi serai-kelapa bawah sistem baris kembar dua kelapa adalah paling menguntungkan dan mampu meningkatkan ekonomi pekebun kecil kelapa di Malaysia. Pendapatan yang diperoleh bukan sahaja melalui peningkatan hasil kelapa, malah tambahan hasil daripada tanaman yang diintegrasikan di kawasan tanaman kelapa.  Sehubungan itu aktiviti tanaman selingan boleh dijadikan tanaman alternatif untuk menambah pendapatan, seterusnya meningkatkan ekonomi pekebun kecil kelapa. Tanaman nanas (Ananas comosus) antara pilihan terbaik dalam sistem intergrasi ini (Sila lihat foto disebelah)Untuk peningkatan pendapatan petani yang mempunyai ladang kelapa, integrasi bersama serai amat digalakkan ekoran permintaan tinggi, harga yangstabil, kos penyelenggaraan yang rendah dan pulangan yang menguntungkan. Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi serai-kelapa paling menguntungkan dan mampu menjana ekonomi petani.  Selain serai antara tanaman lain yang boleh diusahakan di bawah ladang kelapa antaranya adalah tembikai, ubi kayu, cili , pisang, jagung manis dan tebu kuning. Penanaman kelapa secara intergrasi dalm blog anim agro technology diharap dapat memberikan info berguna kepada pembaca semua. Waslam!!!...


TANAMAN KELAPA ... SECARA INTERGRASI...
TERNAKAN, TANAMAN...PILIH YANG SERASI...
VARIETI BAIK...PILIH BENIH BERKUALITI...
MEMBACA ARTIKEL... JANA INFORMASI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman BAndar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysi.
(13 RabiulAkhir 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...