JANTUNG PISANG (Banana Flowers) merupakan sejenis bunga yang keluar pada tandan pisang (Musa spp) dimana ia kemudian menjadi buah pisang apabila matang. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini saya dapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Pada saya jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan. Satu pokok pisang lazimnya akan mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses asas bagi pendebungaan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkenaan aktiviti menjual jantung pisang di Pasar Satok dan Pasar Malam sebagai satu aktiviti yang menguntungkan dan beberapa resepi makanan jangung pisang untuk rujukkan ini.
Jantung Pisang yang dijual di Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Satok, Pasar Tamu dan juga ada sesekali terdapat dijual dipasaraya mempunyai pelbagai jenis harga. Di Pasar Malam ia dijual dengan harga RM1.00 - RM3.00 sebiji bergantung kepada saiz, jenis pisang dan juga kesegarannya. Jantung pisang yang lazimnya berwarna merah gelap tahan lama jika disimpan dengan baik. Penulis yang sering jadikan jantung pisang ini sebagai ulam dengan merebusnya dan dicicah dengan sambal belacan dimakan dengan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Jantung Pisang segar dibuang kulit luarnya beberapa lapisan dan kemudian dibelah dua dan direbus atau dikukus sehingga isinya lembut. Kini beberapa restoren makanan kampong secara tradisional menjual ulam jantug pisang, kerabu jantung pisang, masak lemak jantung pisang dan sebagainya. Lawatan penulis ke Pasar Satok, Kuching mendapati banyak jantung oisang dijual dengan harga yang amat murah dan lazimnya adalah bersifat organik. Jantung Pisang diketahui sebagai ulam dan sayur sebagai makanan wajib yang harus dihidangkan jika ingin hidup sihat. Banyak khasiat didapati dari jantung pisang sebagai sayur-sayuran dimasukkan sebagai makanan yang berada dalam daftar sihat. Diantara berjenis-jenis sayuran kampong ada salah satu sayuran yang harganya murah di pasaran dan salah satunya adalah Jantung Pisang. Tetapi dari segi khasiat ia tidak dengan sayuran lain. Bahagian buahnya buah pisang memang sudah menjadi buah wajib untuk dimakan sebagai 'pencuci mulut'.
Daripada beberapa kajinan oleh saintis, bagi setiap 25 gram jantung pisang yang boleh dimakan ia mengandungi khasiat terdiri dari sebanyak 31 kilokalori (Kcal) tenaga, 1.2 gram, 0.3 gram lemak, sebanyak 7.1 gram karbohidrat serta beberapa jenis vitamin. Jantung pisang juga mengandungi Vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan mineral penting seperti Posforan (P), Kalsium (Ca) dan Zat Besi (Fe) dan beberapa lagi. Kandungan yang khasiat pasti akan ramai yang mengiur untuk menngambil jantung pisang menjadi masakan dan makanan yang lazat. Adapun khasiat jantung pisang antara lain mencegah masaalah Stroke. Caranya dengan menggunakan satu buah jantung pisang embun yang direbus. Setelah itu perahkan dan ambil air patinya dan selanjutnya minum sebanyak dua kali sehari untuk ianya diamalkan bagi mencegah kejadian stroke. Bagi mencegak masaalah kolesterol didakwa dimana jantung pisang mampu mengikat lemak jahat dan kolesterol lain yang nantinya akan dikeluarkan. Makan jantung pisang akan menyihatkan perut kerana ia akan melancarkan pencernaan sebab kandungan serat (fiber) yang tinggi. Ia juga sebagai makanan disyorkan bagi penderita diabetes sebab ia memiliki indeks glycomic yang rendah sehingga insulin yang diperlukan untuk ianya mengubah glukosa menjadi tenaga. Jantung pisang yang di rebus saja didapati sangat efektif untuk menurunkan kandungan gula dalam darah. Jantung juga kaya serat dan ianya memang mengandung serat makan (edible fiber) yang tinggi. Jantung pisang juga memiliki kandungan seperti karbohidrat, protein, mineral maupun vitamin seperti betakarotin serta vitamin B1. Jantung Pisang adalah diddakwa amat baik untuk diet kerana ia memberikankesan kenyang lebih lama jika dibandingkan dengan nasi putih sebab memiliki serat yang tinggi dan rendah. Ia juga mampu melancarkan peredaran darah dan elakkan pembekuan darah manusia. Paling hebat dimana ia mampu mencegah kanser dimana jantung pisang mampu mengurangkan kesan radikal bebas dimana radikal bebas ini boleh mengakibatkan kerosakan organ yang mengakibatkan penuaan pada beberapa sel. Estrak metanol dalam jantung pisang mempunyai sifat seperti kesan bahan antioksidan yang sangat baik untuk mencegah radikal bebas.


JANTUNG PISANG... MURAH HARGA...
DIPASAR SATOK... ADA JUALANNYA...
DIMASAK LEMAK... MUDAH SAHAJA ...
MAKANAN SIHAT... ANDA GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 630, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(28 RabiulAkhir 1439H).
Room 630, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(28 RabiulAkhir 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.