Support My Blog

Wednesday, December 28, 2022

TERNAKAN PUYUH PEDAGING (Part 1)

BURONG PUYOH PEDAGING
(Cortunix japonica) atau Quail (English) merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan burung. Pengeluaran daging puyoh di Malaysia sebanyak 3,260 metrik tan pada tahun 2013 dan pengeluaaran telur puyoh pula direkodkan sebanyak 1,760 mt pada tahun yang sama. Kajian JPV juga mendapati kadar penggunaan daging puyoh sebanyak 0.104 kg seorang setahun dan penggunaan telur puyoh sebanyak 0.063 kg pada tahun 2013. Rekod JPV juga ada menunjukkan terdapat seramai 82 orang penternak burung puyoh daging dan 22 orang penternak puyoh telur di Malaysia. Kebanyakan penternak berada di sekitar Melaka, Selangor, Perak dan Johor. Negeri-negeri lain agak kurang bilangan penternak puyoh. Kajian juga mendapati terdapat 12 usahawan atau syarikat yang mengeluarkan dan menjual anak puyoh daging dan seorang pengeluar telur baka. Ada kepercayaan orang ramai menyatakan telur dan daging burung puyoh mengendungi kolesterol yang tinggi tetapi kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar menyatakan sebaliknya. Daging puyoh mendapat permintaan yang tinggi dar semasa kesemasa dan mengandungi kandungan lemak yang rendah. Hidangan daging puyoh goreng ada dijial di Pasar Tani, Pasar Malam, Restoren, Hotel-hotel dan banyak lokasi lagi. Lazimnya daging puyoh berempah akan dijual pada harga ladang RM 4.00 - RM5.00 seekor bergantung kepada saiz dan premis jualan. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ternakan burung puyoh daging dlam 3 siri untuk dijadikan bahan bacaan dan bahan rujukan pembaca blog ini. 

Penulis dapati semasa membuat tinjauan dibeberapa premis menternak burung puyoh, teknik p
emeliharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana saiz puyuh jauh lebih kecil dari penternakan unggas lain seperti ayam. Walaupun demikian asas-asas keperluan pemeliharaan adalah lebihkurang sama dengan teknologi penternakan ayam. Kawasan penternakan puyoh hendaklah mengikut perundangan atau enakmen perlu dinegeri terlibat. Sebagai contoh, bagi negeri Johor penternakan puyuh memerlukan lesen mengikut keperluan Enakmen Industri Ternakan Negeri Johor. Didalam pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik perlu diambil kira didalam pemilihan kawasan. Kawasan sebaiknya mempunyai sistem keselamatan seperti pagar dan pintu keluarmasuk untuk mengelakan gangguan haiwan dan kecurian. 

Bagi menternak puyoh ia perlukan rumah atau reban khas. Keperluan bangsal atau reban puyoh adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Saya dapati bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan buah atau lapan bangunan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan untuk mendirikan bangsal atau reban puyoh semestinya mencukupi. Saiz rumah bangsal puyoh untuk mengisi sebanyak 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak 210 cm persegi. Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal untuk tujuan pengudaraan, pengurusan ternakan, kurangkan risiko jangkitan penyakit, kurangkan gangguan dan sebagainya. Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih lagi mempunyai sifat terkejut dan 'excitability' yang boleh menjejaskan prestasi. Jika berlaku bising seperti bunyi mercun atau meriam, pertumbuhan puyoh akan terencat atau ada kemungkinan terdapat puyoh yang mati. Bagi penternakan puyuh pedaging pada lazimnya seorang pengusaha digalakan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan cara ini pengusaha diperlukan mengadakan rumah pemprosesan sendiri. Rumah atau Loji ini hendaklah berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan bergantung kepada jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok puyuh proses yang telah disembelih sebelum dijual kepada pemborong. Lazimnya daging puyuh dijual dalam sejukbeku untuk menikmati keenakannya (Frozen quail meat). 

Dalam menentukan lokasi ladang, lazimnya kedudukan ladang mesti mempunyai c
iri-ciri yang baik didalam memilih tempat untuk penternakan puyuh. Syor terbaik adalah dimana lokasi ladang dipilih  hendaklah jauh dari kawasan perkampongan. Ia sebaiknya juga Jauh dari ladang unggas yang lain seperti lokasi reban ayam daging atau ayam telur. Lokasi mesti mempunyai hubungana jalanraya untuk kemudahan pengangkutan barang-barang input dan juga output. Sebaiknya jenis tanah adalah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air.  dan ia semestinya kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik. Pengurusan Alam Sekitar adalah penting untuk industri ini dimana pengusaha penternakan puyuh pedaging adalah dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan penternakan. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penternakan puyuh adalah seperti masalah lalat, berbau busuk dan melepaskan air buangan ladang kedalam sungai. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pengusaha untuk melanggar apa-apa peraturan yang terkandung didalam undang-undang alam sekitar. Pengusaha adalah dinasihatkan untuk mendapat maklumat yang lebih jelas dari Jabatan alam sekitar berhampiran di negeri masing-masing. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3untuk dibaca semuanya. Semuga tulisan ini beri faedah kepada semua pembaca blog ani agro technology semua. Wasallam!...
MENTERNAK PUYOH... ADA RAHSIA...
LOKASI TEMPAT SUNYI.... IA AMAT SUKA...
PUYOH DISEMBELIK..DIBEKUKAN DIA...
GORENG BEREMPAH .. ADUH ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Puyoh,
Kg Paya Redan, Pagoh,
Muar, Johor,
Malaysia.
(1 Safar 1436H).
Kemaskini pada 1 Jamadilakhir 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...