Support My Blog

Wednesday, December 14, 2022

KAITAN KELKATU DAN ANAI-ANAI (Part 1)

APA KAITAN KELKATU DENGAN ANAI-ANAI?.
Mungkin ramai kalangan pembaca blog ini yane belumtahu akan kaitannya. Sebenarnya Anai-anai (Termites) adalah sejenis serangga berkoloni yang sering kita jumpa dari order serangga Isoptera. Saya sering jumpa rantaian anai-anai yang berjalan dikawasan kebun getah dikampong dahulu dengan susunan yang agak panjang. Anai-anai adalah merupakan serangga berkoloni dengan mempunyai sarang dan membua busut diatas tanah atau didalam kayu atau dilain lokasi. Anai-anai adalah jenis serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah dan kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak. Di Malaysia terdapat tiga famili anai-anai daripada 7 famili yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Saya dapati hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan berkayu dan kesebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit. Anai-anai dewasa mempunyai organ pembiakan dengan sepasang kepak yang sama saiznya. Bentuk badannya simpel dimana ia menunjukkan bahawa anai-anai adalah jenis seranggga yang awal dalam evolusi metamorfosis berperingkat didalam dunia serangga. Walau pun marfologi bagi anai-anai sangat simpel, anai-anai sangat baik (advanced) didalam bersosial (social behaviour). Kajian terkini menunjukkan terdapat lebih dari 2,800 spesis anai-anai diseluruh dunia dengan mempunyai lebih dari 285 genera. Di Malaysia kita boleh menjumpai pelbagai jenis anai-anai didalam habitat hutan, belukar, kebun dan anai-anai yang tinggal dikawasan perumahan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai serangga anai-anai dan kaitannya dengan kelkatu serta fakta untuk menjadi bahan bacaan dan rujukkan.


Mungkin kalangan pembaca blog ini suka menganggap yang mana s
erangga kecil iaitu anai-anai yang sering muncul di kediaman dan bangunan lama bukan kenal akan serangga ini. Ramai pemilik rumah kayu terutamanya akan runsing apabila jumpa anai-anai dirumah dimana dia kadangkala buntu tidak tahu bagaimana cara mengatasinya. Bagaimana pun kini penulis blog syorkan untuk membaca artikel ini sehingga tamat agar semuanya akan dapat mengenalpasti latar belakang dan ‘siapa’ sebenarnya serangga jenis anai-anai ini. Kemudian baharulah boleh mengambil langkah bagi kaedah untuk mengatasinya. Anai-anai merupakan serangga di bawah kumpulan Isoptera. Pengkelasan serangga dalam kumpulan Isoptera merujuk kepada peringkat pembiakan dewasa yang mempunyai dua pasang sayap yang sama saiznya. Struktur badannya yang ringkas dimana ia menunjukkan anai-anai telah berpecah daripada sejarah moyangnya semasa evolusi serangga melalui metamorfosis berperingkat sejak zaman dahulu kala lagi. Walaupun morfologinya ringkas, namun anai-anai sangat maju dalam tingkah laku sosialnya. Taburan terkini menunjukkan bahawa terdapat 2,800 nama spesis dalam 285 generasi serangga di muka bumi ini. Sebahagian besar anai-anai terdapat di kawasan tropika dan ia adalah serangga sosial yang sama seperti semut, tebuan dan lebah. Mereka mempamerkan penjagaan induk dalam kalangan komuniti sosial atau koloninya. Koloni adalah satu keluarga besar serangga. Dalam keluarga ini penulis blog faham terdapat pertindihan antara ibu bapa dan generasi anak-anaknya. Apa pun diperiksa lanjut dimana ada sesetengah anaknya akan berpecah daripada pertumbuhan biasa untuk menjadi kasta yang lain. Anai-anai tidak seperti serangga lain yang mana ia mempunyai satu laluan pertumbuhan dimana ia mempunyai laluan pertumbuhan yang bercabang.

Beberapa aspek penting perlu difahami didalam anai-anai adalah ia mempunyai pengkelasan 
Keluarga (Famiy) dimana anai-anai dikatakan hidup di dalam koloni akan tetapi itu adalah mengelirukan. 'Koloni' adalah merupakan sebuah keluarga serangga yang besar dengan jumlah bilangannya menceah ribuan ekor bagi spesis tertentu. Salah satu ciri yang paling mendalam dan menentukan keluarga anai-anai ialah dimana ia dibina di atas 'Monogami'. Saintis mendapati dimana kumpulan serangga anai-anai adalah serangga yang setia. Mereka mungkin kumpulan haiwan yang paling monogami di muka bumi. Hasil evolusi daripada komitmen ini kepada monogami melahirkan sebuah keluarga yang besar dan bersepadu. Ramai pengkaji dan ahli biologi menyatakan bahawa koloni anai-anai adalah merupakan koloni yang paling canggih berkembang di alam semesta. Manusia juga tidak secanggih anai-anai dalam perkembangan koloni namun manusia sangat canggih dalam sistem sosial. Penulis blog semasa belajr dahulu pun masih ingat dimana sebenarnya koloni anai-anai terdiri daripada 3 kasta asas iaitu Kasta Pekerja, Askar dan Pembiak. Ia bermula dengan Telur (egg) yang mana ia akan menetas dan kemudian menjadi larva yang belum matang dan ia masih tidak mampu untuk makan sendiri. Secara genetiknya dimana larva berkemampuan untuk membentuk menjadi mana-mana kasta. Masa dan cara pemakanan anai-anai yang menentukan laluan kejadian pembentukannya untuk menjadi kasta yang bersesuaian. Kasta Pekerja atau digelar 'Anai- anai Pekerja' adalah terdiri daripada sebahagian besar daripada populasi. Dalam peringkat anai-anai rendah, terdapat pseudergate palsu yang mengekalkan potensinya untuk menjadi kelekatu. Pekerja akan menyuap makan kepada nimfa, askar dan anai-anai pembiak. Mereka juga menggali terowong, mencari makanan dan minuman, serta membina dan membaiki sarangnya. Bagi sesetengah spesis, mereka juga perlu membersihkan kulat. Kasta Askar pula dibentuk daripada nimfa, pseudergate dan pekerja. Metamorfosis berlaku melalui proses molting. Peringkat peralihan dipanggil pra-askar dimana lazimnya askar mempunyai bahagian mulut yang istimewa bagi tujuan pertahanan untuk menentang pelbagai pemangsa seperti semut dan lipan. Setrusnya adalah Anai-aai Pembiakan yang erbentuk daripada kelekatu ataupun neotenic. Kelekatu adalah anai-anai bersayap dan hanya dihasilkan pada musim-musim tertentu. Kelekatu akan membentuk sayap dan mata kompaun untuk terbang keluar. Setelah terbang keluar, kelekatu akan melepaskan sayapnya dan dikenali sebagai kelekatu tidak bersayap. Kelekatu tidak bersayap akan membentuk seiring dengan pasangannya bagi tujuan mengawan, seterusnya akan membentuk satu keluarga. Pasangan itu akan menjadi permaisuri dan raja bagi koloni yang baru. Anai-anai Pembiak Utama adalah Betina dimana digelar Permaisuri (Queen) yang berbeza mengikut spesis. Kebiasaan dilaporkan saiznya ialah 10cm dan mampu menghasilkan beribu-ribu telur sehari. Permaisuri tidak boleh bergerak dan bergantung sepenuhnya terhadap pekerja. Ia dibersihkan dan diberi makan oleh pekerja. Dia juga ditemani oleh pasangannya yang kecil iaitu anai-anai raja. Satu koloni kebiasaannya mempunyai satu permaisuri dan satu raja akan tetapi kadangkala sesetengah spesis juga berisiko mempunyai beberapa pembiak.

Penting semua pembaca blog ini untuk memahami akan kitaran hidup serangga anai-anai. Di laporkan bagi spesis ana
i-anai subteranian adalah anai-anai yang menghuni atau bersarang di dalam tanah dan merupakan serangga sosial yang hidup dalam koloni (Sila lihat foto disebelah). Koloni anai-anai subteranian boleh hidup sejauh 18-20 kaki dari permukaan tanah bagi melindungi mereka daripada cuaca yang melampau. Lazimnya koloni anai-anai yang matang mempunyai tiga kasta iaitu pembiak (raja dan permaisuri), askar dan pekerja. Koloni baru akan terbentuk apabila anai-anai jantan dan anai-anai betina yang bersayap (dinamakan 'Kelkatu') akan terbang keluar dari koloni asal. Lazimnya kesemua kelkatu jantan dan betina akan terbang keluar pada jarak yang berbeza-beza. Peulis blog dapati dan tahu dimana jumlah peratus bagi kelkatu yang berjaya untuk membina sebuah koloni yang baru adalah amat kecil. Perkara ini disebabkan kelktu ini mungkin akan diserang oleh haiwan pemangsa seperti burung, katak, mengkarong, cicak serta serangga lain dan kebanyakannya mati disebabkan dihidrasi dan kecederaan fizikal. Lazimnya pasangan kelkatu yang akan berjaya hidup akan terus membuat satu sarang kecil di dalam tanah sebelum mereka mengawan. Mereka akan menggali tanah yang berhampiran dengan kayu kemudian ianya akan memasuki ruang tersebut dan menutup semula lubang atau ruang pembukaannya. Saintis dapati dimana pada peringkat permulaannya dimana permaisuri ini hanya bertelur beberapa biji telur sahaja. Anai-anai betina yang subur hanya mampu bagi menghasilkan 6 ke 20 biji telur pada enam bulan pertama selepas mereka keluar dari sarang asalnya. Mereka mungkin akan menghasilkan lebih daripada 60,000 telur sepanjang hayatnya. Raja anai-anai akan tinggal bersama permaisurinya untuk proses mengawan secara berkala bagi memastikan jumlah telur mereka akan berkembang secara berterusan. Permaisuri mereka juga mampu untuk hidup sehingga 25 tahun. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ANAI-ANAI KELKATU... IA SAUDARA...
ANAI-ANAI DEWASA... PEROSAK DIA...
KELKATU ... MEMBIAK KERJANYA...
MEMBACA ARTIKEL... RASANYA SUKA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...