Support My Blog

Friday, December 30, 2022

CENDAWAN TIRAM WARNA WARNI?

CENDAWAN TIRAM BERWARNA WARNI?. Ia adalah satu perkara yang amat jarang ditemui kerana kebanyakan jenis cendawan tiram kelabu akan berwarna kelabu atau ada yang berwarna putih. Agak pelik kerana kini sudah ada cendawan tiram menjadi warna merah jambu, kuning, hijau, putih, hitam dan sebagainya dan dijual dipasaran. Ini merupakan satu inovasi dan kreativiti di Malaysia yang patut di banggakan. Apa pun kini memang cendawan tiram merupakan satu produk di Malaysia yang semakin dikenali ramai. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulmanious) yang mana ia juga dikenali sebagai cendawan tiram (oyster) kini semakin opular di Malaysia. Penulis blog dapati dimana ilmu menanam cendawan ini sudah banyak berkembang apabila peranan Jabatan Pertanian dan beberapa syarikat swasta terus memajukan industri ini sebagai saah satu bidag potensi tanaman baru di Malaysia. Bentuk keseluruhan pada badan kepala cendawan atau buahnya juga dilihat seperti tiram. Apa pun pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai komoditi ini mendapati dimana cendawan ini pada asalnya turnbuh liar di hutan terutama pada batang kayu atau tunggul kayu mati. Pada mulanya masyarakat menganggap cendawan merupakan tumbuhan yang tumbuh dengan sendiri terutama setelah lepas hujan turun pada musim hujan digelar 'flowers of thunderbolts'. Tetapi kenyataan sekarang telah membuktikan bahawa cendawan ini memang boleh ditanam sama seperti sayuran hijau yang lain dengan rnenggunakan teknologi yang betul dan sumber bekalan benih yang terkawal. Cendawan tiram mempunyai kelebihan daripada cendawan lain (dari jenis yang boleh dimakan) jika ditinjau daripada beberapa aspek. Pertama adalah dimana cendawan tiram kelabu ini boleh ditumbuhkan pada beraneka macam sisa atau substrat hasil dari buangan hasil pertanian yang sejak lama banyak terdapat di Malaysia. Contohnya termasuk jenis hampa padi, batang padi, lalang, serabut kelapa, serabut kelapa sawit, habuk papan (Iembut), kertas dan kapas buangan. Di antara bahan asas substrat-substrat di atas hanya kapas buangan, kertas dan hampa padi adalah pilihan utama dengan purata peratus produktivitinya di antara 20-30% per kg berat kering substrat jenis lain. Teknik penanarnan cendawan tiram ini berlainan untuk setiap macam substrat buangan hasil pertanian kerana kandungan bahan media asas yang berbeza bahan unsur makanan didalamnya. Satu lagi kelebihan cendawan ini ialah teknik penanamannya yang dilaporkan memang lebih mudah dan murah serta sesuai dikomersilkan untuk skala lebih besar. Penyelidikan telah membuktikan iaitu teknik lapis demi lapis (casing technique) tidak diperlukan di sini seperti yang mana ia diperlukan pada cendawan butang (Agaricus). Secara umumnya penggunanan bahan eperti beg plastik, zink atau raga kawat jaring boleh digunakan untuk menanam cendawan ini bergantung kepada tahap pengamalan teknologi, nmodal serta saiz penanaman cendawan tiram kelabu ini. Artikel pada pagi Rabu ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai inovasi cendawan berwarna warni untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam 
tinjauan penulis blog ke Pekan, Pahang telah berjaya melihat bagaimana cendawan berwarna iaitu merah jambu, htam, kuning sebagai produk baharu yang menarik. Menurut usahawan yang dikenali sebagai Shafawira Ramle yang mengusahakan tanaman cendawan warna ini sebanyak 40 ribu bongkah iaitu di Pusat Pertanian Tanah Putih, Kuantan kendalian Jabatan Pertanian Pahang juga agak ada kelainan. Beliau nyatakan dimana percubaan pertama menanam cendawan berwarna berjaya apabila tumbuh subur hampir sama dengan cendawan tiram kelabu yang mengambil masa 40 - 45 hari juga untuk membesar dan boleh dituai. Selalunya saiz cendawan tiram berwarna ini agak kecil dan keras jika dibanding cendawan tiram kelabu yang lain. Cendawan tiram kelabu adalah diantara spesis cendawan yang sudah lama terkenal di negara ini. Cendawan berwarna bagaimana pu apa yang penulis blog tahu memang ia masih asing bagi penduduk negara ini berbanding di Indonesia dan Thailand yang sudah lama mengeluarkan produk berkenaan hasil penyelidikan dilakukan golongan pakar di dua negara berkenaan. Di negara tersebut memang ada ramai pengusaha tanaman cendawan berjaya menghasilkan cendawan dengan pelbagai warna yang menarik dan mampu memikat hati pengguna. Awalnya dia lakukan percubaan dia menanam 100 bongkah cendawan berwarna merah jambu dan kuning dan hasilnya jelas dilihat. Selalunya bekalan benih cendawan berwarna termasuk tiram kelabu daripada pembekal tempatan hampir setiap bulan. Kini dia mempunyai lebih 40,000 bongkah cendawan tiram kelabu yang ditempatkan dalam empat rumah cambah dengan setiap hari pengeluaran antara 20 - 45 kilogram (kg) bergantung pada keadaan cuaca semasa dan tahap kelembapan dalam rumah. Jadual pengeluaran cendawan berwarna dibuat secara berperingkat terutama selepas mendapat permintaan agak menggalakkan daripada pengguna tempatan yang tertarik dengan keunikannya. Selain hasil segar dia juga turut menjual bongkah cendawan dengan harga RM2 seunit. Sokongan Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan Pejabat Pertanian Daerah Pekan menambahkan kesungguhannya didalam dia mengusahakan projek tanaman cendawan yang sebelum ini diusahakan keluarganya lebih 20 tahun.

Dalam tinjauan tersebut dijelaskan dimana usaha menanam 
cendawan yang berwarna kuning, merah jambu, putih dan hitam antara warna 'baharu' cendawan tiram dimana ia yang lazimnya ditemui berwarna kelabu. Bukan hanya warna malahan pengusha beritahu dimana pengusaha juga memperkenalkan inovasi pelbagai lagi produk cendawan yang biasanya hanya digoreng atau dimasak tumis air. Siapa sangka kalau cendawan tiram juga enak dijadikan inti murtabak manakala cendawan sisir yang lazimnya dimasak lemak cili api atau sambal boleh menjadi ramuan utama sambal hitam yang sinonim dengan Pahang dan acar buah. Apa pun usaha beliau mencari inovasi mempelbagaikan produk cendawan timbul kerana mahu memanjangkan jangka hayat cendawan selain mahu ia mudah dibawa dan sedia dimakan pada bila-bila masa selain mahu memenuhi permintaan pasaran yang lebih pelbagai. Kini usaha hampir setahun mencari resepi paling sesuai dengan keluarga dan pegawai pembimbing dari Jabatan Pertanian sebagai pengkritik paling kuat akhirnya membuahkan hasil kerana produk berasaskan cendawan kini semakin mendapat tempat. Penulis blog diberitahu dimana Ahmad Mokhtar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pekan Mushroom Resources Sdn Bhd dakwa tekstur dan rasa yang berlemak menjadikan cendawan tiram sesuai dijadikan inti murtabak sekaligus boleh disajikan kepada golongan 'vegetarians'. Sifat tidak mudah berpuas hati menjadikan dia merancang untuk mengeluarkan pekasam cendawan yang kini statusnya hanya 'menunggu masa' untuk dikomersialkan selepas menjalani pelbagai ujian rasa. Walau pun produk sedia ada sudah dipatenkan bagi melindungi hak cipta dimana produknya bukan hanya dikenali di Pahang akan tetapi sudah mula menjelajah Kuala Lumpur, Sarawak dan dibawa ke luar negara oleh pelajar kerana boleh disimpan selama hampir setahun walaupun tanpa bahan pengawet. Dari segi sejarah dia nyatakan dimana dorongan dari pegawai pertanian yang menerima permohonannya dan pernah bertanya jika benar saya sanggup berpanas selepas melihat rekodnya sebagai pegawai sumber manusia di TLDM yang sudah pasti banyak berada dalam pejabat seharian. Kini ternyata cendawan lebih sesuai kerana modalnya tidak terlalu tinggi, penjagaan yang mudah, hasil lebih cepat, tidak memerlukan kawasan yang besar selain pasaran yang sentiasa ada. Cendawan 'warna-warni' didakwa telah menimbulkan keterujaan orang untuk lebih mengetahui mengenai cendawan tempatan ini. Dakwanya lagi dimana setiap cendawan warnanya bukan hanya berbeza dari segi warna, tetapi juga mempunyai tekstur tersendiri. 

Cendawan tiram adalah jenis paling popular dimana ia sudah pasti berwarna kelabu yang sering ditemui manakala warna lain lebih kenyal dan mempunyai bau yang agak kuat. Tekstur yang kenyal menyebabkan ia sesuai dijadikan inti. Cendawan tiram kuning juga lebih lebat jambaknya namun kelopaknya lebih kecil berbanding yang lain. Ada juga 
pembeli yang memborong cendawan tiram putih 100 kilo sebulan untuk dijadikan inti burger menjadipan produk 'Burger Cendawan' sebagai satu produk baru. Dari segi penjagaan dimana lazimnya bongkah cendawan yang sudah mengandungi habuk kayu getah, kapur pertanian dan dedak padi yang dikukus selama lapan jam sebelum disuntik benih selepas direhatkan selama dua hari hanya memerlukan rak cendawan bongkah untuk disusun dikawasan yang lembab. Apa pun bongkah cendawan tiram perlu akan disusun secara 'baring' boleh dijual pada harga ladang pada purata RM16 sekilogram. Dalam pada itu bagi hasil cendawan sisir yang perlu digantung boleh mencecah harga RM50 sekilogram dan sentiasa mendapat permintaan tinggi. Dakwanya dari segi teknikal dimana dalam rumah kedua-dua cendawan ini tidak boleh dicampurkan dan perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 500 meter kerana spora cendawan sisir boleh ianya merebak dengan kuat sehingga boleh memusnahkan cendawan tiram. Dalam pada itu sama juga dengan cendawan tiram berwarna dimana benihnya tidak boleh dicampurkan dalam satu bongkah yang sama kerana hanya benih cendawan yang dominan akan menjadikan hanya satu warna yang tumbuh. Risiko menanam cendawan memang tinggi dimana Ahmad Mokhtar mengakui dimana dia pernah terduduk apabila kerugian hampir RM100,000 pada tahun 2018 semasa berlaku bongkah cendawan rosak akibat penyakit menyebabkan dia terpaksa memberhentikan 11 pekerjanya kerana tidak mampu membayar gaji. Penulis blog pun tahu dimana aspek seperti  kebersihan antara faktor paling penting dalam penanaman cendawan. Semuga artikel ini memberi info bergun akepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
CENDAWAN TIRAM... KELABU WARNA....
INOVASI ADA... PELBAGAI WARNA PULA...
MENARIK DILIHAT... TEKNOLOGI DICIPTA...
BACA ARTIKEL... TERINGIN NAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Jamadilakhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...