Support My Blog

Monday, August 16, 2021

KIAMBANG - APA DIA?

TUMBUHAN KIAMBANG
(Pistia stratoites Linn) ialah sejenis tumbuhan akuatik yang hidup timbul di permukaan air dimana ini sekali gus merupakan spesis tunggal genus Pistia dari keluarga Araceae. Dari segi pertumbuhan dilaporkan dimana tumbuhan akuatik ini  telah tersebar secara meluas di kawasan beriklim tropika seperti di Malaysia dan menjadi tumbuhan penakluk permukaan air yang bermasaalah di sesetengah negara. Tumbuhan ini sekiranya membiak secara dengan tidak terkawal dan padat akan mengganggu saliran air didalam parit atau taliair dimana kesannya akan  mengakibatkan berlaku banjir kilat. Pada penulis blog juga ada mendapati dimana tumbuhan ini yang turut dikenali dengan nama lain sebagai Kembiang, Kapu-kapu, Apon-apon,  Kayambang, Kayu Ambang dan Kayu Apung mengikut loghat tempatan. Tumbuhan kiambang juga 
sering dikelirukan dengan tumbuhan dari genus Salvia dan Lemna. Melihat dari dekat bentuknya dimana ia seakan-akan pokok kobis bunga yang menyebabkannya turut digelar juga sebagai 'Kobis Air'. Batang dan tangkai tumbuhan seakan keladi ini tidak nyata dapat dilihat dimana tunas daun baru terbentuk pada pangkal daun lama membentuk susunan spiral yang rapat. Daunnya akan berbentuk kelopak bunga beralun menegak. Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin dan berbulu di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari induk dan terpisah dari pokok utama. Biasanya tumbuhan ini memang mudah dijaga dan berbentuk cantik dimana tumbuhan kiambang ini juga selalu digunakan sebagai pokok hiasan menarik di laman rumah sebagai pokok akuatik. Walau bagaimanapun amat penting pemiliknya selalu memeriksa tumbuhan ini kerana ia mampu menyebabkan kesusutan paras air dengan mendadak. Kiambang juga cepat membiak dimana boleh melitupi permukaan tasik atau kolam yang mana ini membuatkan tumbuhan dasar air tidak mendapat cahaya matahari secukupnya untuk aktiviti fotosintesis dimana kesannya adalah kandungan oksigen yang rendah akan mempengaruhi ekosistem laman akuatik tersebut kepada kurang baik. Dalam keadaan terkawal kebaikan tumbuhan kiambang ini sebaliknya berfungsi selaku tempat perlindungan kepada anak-anak ikan yang baru menetas terutama pada bahagian akar pokok. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan kiambang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Kiambang
merupakan tumbuhan terapung yang bersaiz kecil dimana tanaman air ini juga digelar ‘Floating lettuce’ atau 'salad terapung' atau 'salad air'. Tumbuhan air ini disukai ramai peminat seni taman kerana keindahan pokok bunga kecilnya selain daunnya yang berbentuk kelopak bunga tersusun indah dan terapung di permukaan air (Sila ihat foto disebelah). Kiambang juga sebenarnya mudah dijaga dan apabila diletakkan dalam bekas ia sangat disukai oleh ikan untuk berteduh daripada panas sinaran matahari. Biasanya pokok ini akan membesar antara 5.1 - 45.7 cm diameter serta tergolong sebagai tumbuhan yang sangat mesra alam dan membiak dengan menghasilkan anak pokok. Dalam habitat sesuai lazimnya kiambang memberi oksigen kepada air serta sangat sesuai sebagai kawalan biologi bagi tujuan mencegah pembiakan alga lain di dalam kolam kerana ia menyerap lebihan organik yang dihasilkan lumut air. Pada penulis blog walaupun dikenali sebagai pokok tahan lasak akan tetapi tumbuhan kiambang ini sebenarnya sukakan teduhan dimana jika tidak daunnya akan terbakar dan menjadi kekuningan. Bagi mengelak permukaan kolam ditutup dengan kiambang sebaiknya tumbuhan ini perlu selalu dibersihkan dan perlu untuk diasingkan supaya kolam tidak menjadi sesak. Sebaiknya juga agar diletakkan dalam kolam atau pun pancuran air jauh daripada tempat pengumpulan air hujan kerana kiambang boleh hanyut dibawa air yang mengalir. Bagi mengelakkan kiambang hanyut letakkan bakul terapung dalam kolam atau pancuran air. Bakul berkenaan boleh dibeli di nurseri bunga dan kedai peralatan kebun atau dari kedai RM2 sahaja. Apa pun sebaiknya bagi mengawal pembiakan kiambang maka boleh diletakkan ikan dalam kolam kerana ikan biasanya akan makan akar pokok kiambang. Dicadangkan juga agar di letakkan tumbuhan lain dalam kolam atau juga boleh pemilik meletakkan hiasan seperti itik tiruan, batu sungai atau model kincir angin bagi menambahkan keunikan kiambang. Mereka yang mempunyai tumbuhan kiambang dinasihatkan agar sentiasa selenggara kolam dan membuang kiambang yang daunnya sudah kekuningan atau hampir layu. Tambah nutrien khas untuk pokok kiambang bagi memastikan ia subur dan menghijau. Nutrien tambahan boleh dibeli dari nurseri bunga atau kedai pertanian. Seluruh bahagian pokok kiambang dikatakan mengandungi banyak zat Kalium dalam bentuk kalium klorida dan kalium sulfat dan bahan pahit yang akan larut dalam air tempat ia tumbuh. Kiambang juga sering dikatakan boleh menjadi tempat nyamuk membiak, jadi perlu dibersihkan pokok ini di bawah laluan air atau jirus pokok dengan air mengalir bagi membunuh telur nyamuk. Bagi mengelak dari kiambang menjadi sarang nyamuk bertelur sebaiknya juga diletakkan ikan supaya ikan makan telur nyamuk.

Kiambang spesis (Pistia stratiotes) yang tumbuh terapung memang indah menghiasi kolam. Tumbuhan. 
daripada keluarga tumbuhan Araceae adalah satu lagi spesis tumbuhan liar di negara kita yang mudah dijumpai secara liar. Ia adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh terapung (aquatic plant) di permukaan air. Tumbuhan ini yang popular dikenali sebagai 'Kiambang' sering digunakan untuk menghiasi kolam landskap bertemakan atau berkonsepkan Taman Ala Bali atau Taman Tropika dan sebagainya. Ia juga memang didapati banyak tumbuh secara meliar pada alam semula jadi seperti di dalam kolam, tasik, bekas lombong, sawah padi, tali air dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai ‘water lettuce’ atau salad air. Walau pun pokoknya cantik dimana ia mempunyai daun hijau yang tersusun kemas seperti sekuntum bunga namun sebenarnya dilaporkan dimana tumbuhan ini memang tidak berbunga. Ia adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh terapung di permukaan air dan ia juga sesuai ditanam dalam bekas atau pasu berisi air. Kepada mereka yang inginkan mencari benih kiambang mudah mencarinya dari rakan atau dari kawasan liar. Pembiakan dan penanaman kiambang mudah dilakukan kerana ia juga boleh didapati tumbuh meliar di beberapa negara tropika lain di Asia dan juga Afrika. Pokok Kiambang ini senang dibiakkan dengan menggunakan kaedah keratan anak sulur pokoknya. Biasanya daripada sisi pokok kiambang yang dewasa akan tumbuh beberapa anak pokok yang kecil tetapi telah hidup menyerupai pokok  dewasanya. Pada peringkat awal pertumbuhannya pokok kiambang ini bergantung sepenuhnya kepada pokok induknya untuk mendapatkan nutrien untuk tumbesarannya. Pergantungan ini akan dilihat berterusan sehingga anak kiambang ini tumbuh akarnya sendiri. Anak pokok kiambang ini tidak akan tumbuh subur sebagai pokok baru selagi ia tidak dipisahkan dari induknya. Penulis blog dapati dimana air hujan adalah medium tanaman yang terbaik untuk pokok ini kerana ia tanpa klorin. Bagaimana pun sebenarnya.  Anda boleh juga gunakan air paip yang ditakung semalaman untuk menyahkan kandungan klorinnya agar kiambang dapat timbul dengan selesa diatas permukaan air serta dapat menjulur akarnya yang subur ke dalamnya. Selain ditanam secara terapung ia juga boleh ditanam di tanah yang berair cetek.

Lazimnya kerja-kerja dalam p
enjagaan tumbuhan kiambang didalam kawasan kolam kecil atau pasu adalah mudah.  Anak pokok yang baru akan hidup dan seterusnya  membesar, subur dan membiak jika diberikan keperluannya. Tumbuhan ini ini juga tidak memerlukan air siraman seperti tanaman hiasan lain namun perlu dipastikan medium tanamannya iaitu air tidak kering kerana keadaan ini boleh mematikannya. Sebaiknya kiambang perlu didedahkan kepada banyak cahaya matahari untuknya hidup subur. Pemberian baja khas untuk pokok air atau akuatik yang boleh dibeli dari pusat tanaman dan kalau ada kepakaran boleh membuatnya sendiri. Biasanya jenis  baja cecair atau baja garam larutan yang hanya perlu saja dilarutkan ke dalam air takungan iaitu medium tanamannya boleh juga digunakan. Kiambang cukup menarik jika ianya dijadikan sebagai idea pameran dalam taman disekitar rumah. Ini kerana ia biasanya ditanam dalam kolam buatan dan sebagainya dalam taman yang strategik lokasinya. Peminat boleh mencari atau menggunakan pelbagai jenis bekas atau pasu atau bentuk kolam yang sesuai dengan komsep taman yang dibangunkan. Bagi menjadikan kiambang ini menjadi tumbuhan hiasan yang kreatif  ia juga boleh diletakkan dalam pelbagai bekas air yang cantik seperti cawan (mug) atau gelas untuk kelihatan lebih unik dan menarik. bagaimana pun jangan lupa untuk meletakkan ubat mencegah pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes dalam air takungan tanaman kiambang tersebut kerana nyamuk aedes merbahaya. Kiambang juga  cepat membiak dan anda hanya perlu membeli beberapa pokok sahaja atau meminta daripada jiran yang ada kiambang untuk memulakan koleksi.

Perenggan ke 5 pula mengenai kiambang ini adalah persoalan sama ada tumbuhan 
akuatik yang timbul  permukaan air ini ada khasiat. Pada penulis blog memang berpendapat dimana mungkin generasi sekarang tidak mengetahui daun kiambang boleh dimasak sebagai makanan. Pokok kiambang juga boleh dijadikan makanan haiwan ternakan serta jika banyak ia memang boleh juga dijadikan baja organik kerana mempunyai kandungan unsur Kalium (K) yang tinggi.  Akar pokok kiambang telah dilaporkan boleh direbus dan diminum bertujuan untuk melawaskan pembuangan air besar. Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada tempat berkenaan boleh merawat bengkak, buasir, radang kulit dan ulser. Daun kiambang yang segar digaul bersama nasi panas dan santan kemudian dimakan sebagai penawar cirit. Air rebusan daun kiambang diminum untuk meredakan batuk berdarah dan merawat diabetes. Air rebusan yang digunakan sebagai mandian dikatakan mampu untuk mengurangkan masalah kembung perut. Daun kiambang dibakar dan gunakan abu untuk merawat penyakit kurap.   Seluruh bhagian pokok kiambang direbus dan diminum untuk mengubatisakit perut dan sakit semasa buang air kecil. Ia juga boleh merangsang haid dan melawaskan pembuangan air kecil kepada individu yang bermasaalah. Bagaimana pun jika ada masaalah kesihat sebaiknya jumpa doktor perubatan di klinik atau hospital untuk rawatan moden. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMA KIAMBANG... TERAPONG DIA...
BERWARNA HIJAU.. OH CANTIKNYA...
MUDAH DIBIAK... PERLULAH DIJAGA...
BANYAK KHASIAT... BOLEH DIBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Muhharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...