Support My Blog

Saturday, August 28, 2021

WASPADA BILA MAKAN DURIAN

BUAH DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah yang sangat popular di Malaysia dan beberapa negara tropika lain dan digelar sebagai 'Raja Segala Buah'. Buah bermusim ini merupakan buah yang kulitnya berduri dengan isi yang baunya kuat serta rasa lemak manis membuatkan ramai peminat durian menunggu akan ketibaannya. Di Malaysia musim durian lazimnya dari bulan Mei sehingga September untuk musim utama dan Disember sehingga Januari untuk buah luar musim setiap tahun. Saya ada menulis lebih daripada 500 artikel mengenai durian didalam blog ini yang dibaca oleh lebih dari 4.8 juta pembaca. Buah durian adalah asli dari Asia Tenggara ini memang dikenal mempunyai rasa yang enak namun tidak semua orang disarankan makan durian dengan berlebihan disebebkan akan terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh memudaratkan. Pembaca dan peminat buah durian adalah dinasihatkan agar perlu berhati-hati semasa makan durian kerana dalam buah ini dilaporkan terkandung bahan seakan alkohol (etanol, methanol, ethyl metacrylate) serta berbagai bahan sulfur. Kesan sampingan dari bahan ini diantaranya adalah meningkatkan tekanan darah. Sehingga pengidap hipertensi dan penyakit seperti jantung koroner, stroke atau gangguan kepada buah pinggang (ginjal) apabila mengambilya dengan banyak. Selain itu juga sebenarnya buah durian juga mengandungi bahan lemak dan glukosa yang cukup tinggi. Bagaimana pun semasa buah durian sudah matang glukosa boleh berubah menjadi alkohol. Alkohol dan glukosa ini perlu menjadi perhatian terutama yang memiliki penyakit diabetes. Kandungan kalori yang tinggi inilah yang menghasilkan pembakaran berlebihan di tubuh yang kemudian menimbulkan badan akan terasa panas dalam tubuh kerana setiap 100 gram durian mengandungi sebanyak 120 -180 kalori. Seulas isi durian seberat 500 gram memang mengandungi sebanyak 600 - 900 kalori. Maka apabila anda memakan empat buah durian akan mendapat ledakan tenaga segera sebesar 2,400 - 3,600 kalori melebihi kadar keperluan sebenar purata harian. Kepada wnita hamil juga tidak boleh terlalu banyak makan buah durian sebab durian mengandungi alkohol dan asam arachidonat yang dilaporkan merbahaya bagi janin di awal kehamilan. Mereka yang berada pada awal kehamilan tunda dulu hasrat makan durian. Semasa makan buah durian tidak disarankan mengambil alkohol, soda, tapai dan kopi kerana ia akan menyebabkan tekanan darah naik dan gangguan pencernaan. Sebaiknya petua untuk minum air putih setelah makan durian perlu diamalkan. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan iinfo mengenai kenapa perlu waspada makan durian dan elakan dari makan berlebihan untuk dijadikan bahan rujukan anda pembaca semua.

Akhbar Kosmo melaporkan dimana 'Awas, berpada-pada makan buah durian' dimana ia memberikan pandangan tentang peminat buah durian perlu waspada apabila makan durian. Penulis blog agak setuju apabila dilaporkan dimana bagi penggemar buah durian terutama varieti Musang King (D197), Varieti Udang Merah dan varieti Duri Hitam agar waspada apabila memakannya walau pun mereka tidak kisah membayar harga yang mahal semata-mata untuk menikmati keenakan raja buah itu. Keenakan dan aroma buah durian boleh membuatkan seseorang tidak keruan malahan penulis blog juga pernah mendengar ada yang siap menabung sejak awal tahun untuk membeli buah itu pada musimnya. Ramai tidak sedar bahawa buah durian sebenarnya mampu meragut nyawa jika tersalah makan. Kisah ini adalah benar jika buah durian memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, B2 dan B9, phytonutrient dan antioksidan yang tinggi dimakan secara berlebihan twalau pun ada kemampuan. Namun begitu individu tidak disarankan untuk memakan durian pada kadar yang berlebihan terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Menurut Pakar Dietitian daripada Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Hashim kini terdapat dua individu yang tidak digalakkan atau tidak dibenarkan langsung untuk makan durian iaitu Penghidap Kencing Manis (diabetes) dan Pesakit Buah Pinggang Kronik. Dilaporkan dimana penghidap diabetes masih boleh memakan buah durian, namun tidak boleh lebih daripada dua ulas sahaja. Ini kerana buah durian mengandungi kandungan gula yang sudah mencukupi untuk pengambilan seharian. Sebaiknya untuk pesakit buah pinggang kronik pula, mereka tidak dibenarkan langsung untuk makan buah tersebut termasuk individu yang menjalani rawatan dialisis. Pesakit buah pinggang dikategorikan kepada lima tahap iaitu tahap satu hingga tahap lima. Tahap kronik merujuk kepada tahap empat dan lima. Ini disebabkan buah pinggang pesakit tidak mampu untuk menapis kandungan Kalium (dan potassium) tinggi yang terkandung dalam buah durian sekali gus menyebabkan kandungan kalium dalam darah meningkat. Untuk pesakit buah pinggang kronik, pengambilan buah itu walaupun satu ulas adalah sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Ada banyak kes kematian dalam kalangan pesakit buah pinggang dilaporkan berlaku adalah disebabkan mereka memakan buah durian atau mengambil makanan yang tinggi kandungan kalium sehingga pengamal perubatan menggelar buah durian sebagai ‘killer fruit’ untuk pesakit buah pinggang.

Seterusnya Pensyarah Kanan Program Dietetik, Pusat Rehabilitasi dan Keperluan Khas, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Dr. Nur Hana Hamzaid berkata, kandungan kalium sebenarnya penting untuk mengawal saraf dan otot terutamanya jantung. Namun jika kandungan kalium dalam darah tinggi maka apa berlaku adalah kan­dungan yang berlebihan ini akan membuatkan degupan jantung menjadi tidak konsisten dan boleh berhenti secara tiba-tiba. Kalium adalah mineral yang boleh didapati dalam kebanyakan makanan. Buah pinggang pula berperanan untuk mengawal jumlah kalium yang betul di dalam tubuh badan. Buah pinggang yang rosak menyebabkan bahan mineral itu terkumpul dalam darah. Individu yang tidak mempunyai masalah kesihatan boleh menikmati buah durian, namun hanya memadai untuk memakan lima ulas sahaja sehari mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia. Katanya lagi, jika melihat pada sumbangan serat, lima ulas buah durian sudah cukup untuk ke­perluan menyamai pengambilan dua biji buah-buahan lain. Perlu diingat lima ulas durian itu adalah empat hingga lima kali lebih tinggi daripada sebiji buah epal.

Berita 
Harian dengan artikel bertajuk 'Durian perangkap penyakit' memang sesuai untuk dikongsikan. Memang keenakan buah durian terutama klon Musang King, Udang Merah dan Duri Hitam membuatkan sesiapa sahaja sanggup ke pelosok negara untuk menikmatinya. Aroma, warna, bau dan kegebuan durian mempunyai pelbagai khasiat seperti mengandungi vitamin C, B2 dan B9, phytonutrien dan antioksidan tinggi. Raja buah itu juga mengandungi 65 peratus air, 27 peratus karbohidrat termasuk empat peratus serat, lima peratus lemak dan satu peratus protein. Makan durian memang lazat. Sesetengahnya makan semahu-mahunya. Selang beberapa jam, badan mulai panas dan kepala pula pening, selain pedih ulu hati dan kembung perut akibat terlebih menikmati durian yang menyebabkan individu rasa tidak selesa. Situasi itu adalah normal. Malah mereka tahu akibat pengambilan secara berlebihan buah durian boleh mengakibatkan kesan negatif, namun ramai yang tewas akibat keenakannya. Pakar Sains Makanan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Wan Rosli Wan Ishak, berkata secara purata, pengambilan durian sebanyak dua ulas sudah mencukupi, namun bagi ulas yang besar, satu sahaja memadai. Ini kerana makan secara berlebihan boleh mengundang sensasi 'panas' dan sakit kepala. Kajian menunjukkan ada lebih 100 jenis sebatian meruap yang memberi perisa dan aroma dikenal pasti dalam durian. Dakwanya diantara terdiri dari bahan dari kumpulan ester, sebatian bersulfur, sebatian karbonil, sebatian beralkohol, hidrokarbon. Sebatian ini bergantung kepada spesis. Sebatian kimia bersulfur dan ester ini sangat mudah meruap. Oleh itu durian ini dapat dihidu walaupun dari jarak jauh dan apabila dimakan dalam kuantiti banyak kesannya dimana bahan kimia bersulfur meruap dalam durian ini mungkin boleh mengaktifkan sistem penghadaman tertentu menyebabkan sensasi 'panas'.

Mereka peminat buah durian perlu awas terutama pesakit buah pinggang. Apa puan kesan dan reaksinya itu bergantung kepada sistem penghadaman individu terterntu dimana sebahagian sebatian bersulfur yang tidak 'sempat' meruap mungkin akan diguna oleh bakteria dalam usus besar dan menghasilkan gas hidrogen sulfida. Fenomena ini juga akan menyebabkan pengumpulan gas (angin) seterusnya akan membuatkan kemungkinan pedih ulu hati, sendawa, sering kentut dan kembung perut. Situasi itu adalah kesan 'negatif' pengambilan buah durian secara berlebihan, namun waspada kepada golongan yang mempunyai penyakit serius seperti pesakit buah pinggang kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka. Ini kerana durian mempunyai kandungan mineral potasium yang tinggi kurang sesuai kepada pesakit buah pinggang terutama yang sedang menjalani rawatan dialisis.  Bagi pesakit buah pinggang dimana sistem perkumuhan mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan bahan kumuh daripada badan seperti bahan potasium berbanding dengan individu normal yang mencernanya. Akan berlaku juga apa yang dikatakan 'Gangguan ritma jantung' apabila individu melakukan pengambilan makanan yang tinggi kandungan potasium mungkin boleh menyebabkan peningkatan paras potasium dalam darah. Paras potassium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan gangguan kepada ritma jantung (heart rhytm) dan boleh membahayakan nyawa pesakit. Bagi pesakit diabetes apabila kadar gula di dalam durian juga tinggi menyebabkan ia perlu diambil dalam kuantiti sederhana atau sedikit sahaja. Pengambilan durian dalam kuantiti banyak menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tidak terkawal dan menyebabkan pesakit mula mengalami kelemahan yang berterusan. Kesan makan durian juga bahaya kepada tekanan darah tinggi dimana dilaporkan kes berlaku di Jakarta pada 2020 dimana seorang lelaki yang juga penghidap darah tinggi disyaki maut akibat pengambilan durian secara berlebihan. Ia mungkin boleh terjadi apabila makan terlalu banyak buah itu menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu tinggi dimana ini mengakibatkan salur darahnya pecah. Dr Wan Rosli berkata, durian mengandungi 11 jenis alkohol di mana kandungannya durian mungkin boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi dan apabila berlaku akan menyebabkan gangguan kadar denyutan jantung, sekali gus mungkin mendapat serangan kepada jantung secara tiba-tiba. Sekiranya tekanan darah dan serangan jantung serentak, ia mungkin boleh menyebabkan kematian. Durian juga mengandungi sebatian bersulfur (dietil disulfida) boleh merencat aktiviti enzim aldehyde dehydrogenase (ALDH) dalam hati yang berfungsi untuk memecahkan alkohol. Seeterusnya dia menjelaskan dimana durian akan menganggu pencernaan, perut, hati sebab buah durian memang tinggi kalori dan ianya akan meningkatkan kandungan alkohol (daripada durian yang dimakan dalam kuantiti yang banyak) akan mengganggu pencernaan pada perut dan hati. Hal ini mungkin boleh mengakibatkan paras alkohol dalam darah yang gagal dipecah oleh tubuh kerana direncat oleh durian akan berubah menjadi sangat beracun.

Sudah ramai amalkan meminum air dari dalam kulit durian sebagai petua kesihatan dimana didakwa ianya adalah hanya sebagai mitos. Dr Wan Rosdi berkata minum air di dalam kulit durian seperti dakwaan sesetengah bagi mengelak rasa 'panas' adalah mitos dan tiada bukti saintifik berkaitannya. Dakwanya memang agak sukar untuk sesiapa mengaitkan sebatian kimia dalam pangsa durian ini. Apa pun memang tidak dapat dinafikan kemungkinan boleh wujud kesan psikologi yang yakin dapat berkaitannya merangsang sebatian kimia dalam otak berfungsi dan menyebabkan amalan ini berkesan akan tetapi kajian lanjut perlu dilakukan berkaitannya. Pada penulis blog memang mungkin kesan psikologi akan membantu mengurangkan 'panas badan' selepas makan durian kerana ia bagus untuk kesihatan juga. Persoalan mengenai adakan makan durian memberikan kesan bayi dalam kandungan?. Pernah didengar dimana ada juga pandangan ibu hamil tidak boleh makan durian kerana memberi kesan kepada bayi adalah kepercayaan semata-mata dan tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Dr Wan Rosdi berpendapat ibu hamil selamat dan boleh makan durian tetapi dalam kuantiti yang sederhana. Apa pun sebagai  langkah berwaspada sebaiknya ibu hamil dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor jika khuatir kesannya. Bagi pesakit diabetes gestasi memang pengambilan durian mungkin tidak digalakkan memandangkan kandungan gulanya tinggi. Dijelaskan dimana sebenarnya makan durian dalam jumlah sederhana semasa hamil boleh memberi manfaat kerana buah itu mengandungi sebatian tryptophan dan organo-sulpur memberikan kesan positif seperti memberi ketenangan, membantu mengelak imsomnia dan berfungsi sebagai antioksidan. Mengenai kewujudan khasiat durian klon, Dr Wan Rosli mendakwa dimana secara umumnya, keenakan sesuatu klon durian adalah terdapat pada keunikan perisa membabitkan gabungan komposisi sebatian meruap, rasa, tekstur, warna, komposisi gula dan kandungan lemak. Apa pun sebaiknya ada kajian menyeluruh juga perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada durian kampung mempunyai lebih khasiat atau sebaliknya berbanding durian klon. Durian mengandungi gula yang sangat tinggi dan kandungan serat dietari sangat rendah berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Pengambilan serat dietari yang mencukupi perlu untuk menghindarkan pelbagai penyakit tidak berjangkit. Apa pun di USM, kumpulan saintis ada juga menumpukan kajian terhadap kumpulan buah dan sayur mempunyai serat dietari tinggi seperti pisang ranum,' rock melon', kundur dan jagung muda. Hasil kajian mereka mendapati serat dietari daripada pisang ranum dan jagung muda menghasilkan produk berasaskan bakeri seperti biskut, mufin dan kek yang rendah indeks glisemik (GI), di mana ia mampu dinikmati semua golongan termasuk yang menghidap diabetes kerana kandungan gula dalam darah tidak meningkat selepas mereka makan produk ini. Serat tak larut air memerangkap granul kanji dan melengahkan aktiviti enzim alpha-amylase untuk meghidrolisis kanji (menghasilkan glukosa) dalam produk bakeri ini. Situasi ini menurunkan respons glisemik dan nilai GI produk bakeri. Produk berserat tinggi mengawal glukosa dalam darah supaya tidak meningkat dan seterusnya membantu mengelakkan komplikasi diabetes. USM juga menjangkakan ciri rendah GI juga terdapat dalam durian yang belum masak kerana kewujudan kanji rintangnya. Namun kajian lanjut berkaitan dengan fungsi kanji rintang dan nilai pemakanan durian pada tahap kematangan berbeza (sebelum durian betul-betul masak) berada dalam senarai perancangan kajian kami. Dr Wan Rosli tidak menafikan durian boleh memberi manfaat kepada kesihatan jika diambil dalam kuantiti sederhana, sebaliknya memudaratkan serta mendatangkan komplikasi jika dimakan secara tidak terkawal. Semuga artikel panjang lebar dalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna. Wasallam!!!.
BUAH DURIAN... ENAK DIMAKAN...
PESAKIT KRONIK... CUBA ELAKKAN...
MINERAL TINGGI... BAUNYA SAKAN....
PERLU WASPADA .. DINASIHATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Air Keroh,
Bandaraya Melaka Bersejarah, 
Melaka, Malaysia.
(25 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...