Support My Blog

Saturday, August 7, 2021

PROSES KULIT PISANG - BAJA KOMPOS (Part 2)

KULIT PISANG KAPOK (Musa paradisiaca formatypica) atau seakan Pisang Nipah atau Pisang Abu adalah tebal dan sesuai diproses untuk ianya dijadikan baja kompos. Pisang Kapok adalah salah satu jenis pisang yang paling banyak di tanam dimana buahnya paling sesuai dijadikan makanan popular iaitu 'Pisang Goreng' yang laris. Berdasarkan kepada beberapa pemerhatian terhadap penjual pisang goreng didapati jenis pisang ini mudah ditanam dan banyak dijual dipasar untuk dijadikan pisang goreng. Lazimnya pisang kapok ini juga dijadikan pelbagai kuihmueh lain dari berbagai jenis makanan. Seiring dengan semakin penggunan pisang ini maka kulit pisang jenis ini akan semakin banyak terbuang dan dapat mencemari persekitaran terutama dari gerai jualan pisang goreng. Apa pun belum ada atau kurang usahawan melihat bagaimana pemanfaatan dan penggunaan kulit pisang dilakukan bagi mengurangkan pembaziran dan kurangkan kulit pisang ini dibuang begitu sahaja. Salah satu kaedah bagaimana unutk memanfaatkan sisa kulit pisang adalah dengan proses pengkomposan (composting process). Ada kajian dilakukan dimana kandungan bahan Nitrogen (N), Posforus (P) dan Kalium (K) adalah merupakan unsur makro yang terkandung pada kompos. Unsur nitrogen diantaranya terdapat pada tanaman Kekacang (Leguminosae). Tanaman kekacang ini sering digunakan sebagai sumber baja kompos sebab ia dapat mengikat nitrogen hasil simbiosis bakteria Rhizobium. Kekacang seperti Mucuna bracteata merupakan salah satu Leguminosae yang banyak digunakan sebagai Tanaman Penutup Bumi atau Legume Cover Crop (LCC) yang selalu ditanam dikawasan ladang baru dibuka. Tumbuhan seperti Mucuna bracteata digunakan sebagai LCC pada estet kelapa sawit dan getah serta dusun durian sebab peratus penutupan tanahnya yang tinggi dibandingkan LCC jenis lain. Berdasarkan penerangan di atas memang perlu adanya cara penyelesaian untuk mengatasi masalah sisa kulit pisang dalam sektor pertania. Terdapat beberapa kajian dan pemerhatian dilakukan siantis dimana ia dilakukan dengan memanfaatkan campuran sisa kulit pisang dan daun Kekacang Mucuna bracteata menjadi kompos yang lebih bermanfaat hasilnya. Artikel pagi Khamis ini sambil menonton TV Astro Sport 831 Sukan Olimpik Tokyo 2020 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai teknologi kaedah memproses kulit pisang menjadi baja kompos untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua.

Pembuatan kompos kulit pisang juga di kaji dengan mencampurkannya dengan bahan tanaman kekacang penutup bumi iaitu 
Mucuna bracteata. Mucuna bracteata mempunyai daun trifoliat berwarna hijau gelap dengan ukuran 15 cm x 10 cm dan setiap helaian daun akan menutupi permukaan tanah bila terlalu tinggi dimana ia adalah sangat cekap dalam mengurangkan pengwapan permukaan tanah seperti diladang kelapa sawit (Sila lihat foto disebelah). Ketebalan rimbutan tumbuhan Mucuna bracteata apa yang penulis blog lihat dapat mencapai 40 - 100 cm dari permukaan tanah. Lazimnya dilporkan dimana dengan cara penanaman yang standard maka proses penutupan akan pmemenuhi kawasan permukaan tanah hanya dalam masa singkat sahaja kerana ia dapat mencapai 2 - 3 meter persegi sebulan. Penutupan kawasan permukaan tanah secara sempurna boleh dicapai dalam masa tahun ke-2 selepas ditanam dengan ketebalan vegetasi sekitar 40 - 100 cm dan jumlah kandungan biomas adalah diantara 9 - 12 metrik tan bahan kering sehektar. Jumlah unsur nitrogen (N) pada tumbuhan kekacang lazimnya sebanyak 66% yang berasal dari gas N2 hasil daripada proses simbiosis dengan bakteria Rhizobium. Proses pengikatan Nitrogen (Nitrogen fixation) yang telah dilakukan oleh tanaman kekacang ini juga sering mengalami halangan lain. Pengikatan nitrogen dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pH tanah, kandungan nutrien yang minimum, suhu yang terlampau ekstrim, kelebihan atau kekurangan kandungan air dalam tanah dan sebagainya. Apa pun bahan kekacang penutup bumi ini sangat disyorkan untuk digunakan bersama kulit pisang kapok didalam penyelidikan membuat kompos yang signifikan.

Proses pengkomposan kulit pisang kapok dengan kekacang penutup bumi dilakukan dan dianalisa beberapa aspek termasuk aspek perubahan suhu yang dijalankan. 
Pada awal proses pengkomposan, suhu kompos bergerak naik dengan cepat dan mencapai suhu puncak iaitu 40 - 46 darjah Celcius (C). Walau pun suhu tertinggi dicapai pada hari pertama iaitu 46C tetapi keadaan ini tidak memungkinkan untuk mencapai tahap termofilik sebab suhu tersebut hanya bertahan satu hari. Perkaral ini terjadi sebab keadaan pada timbunan kompos yang berada pada skala sesuai sehingga timbunan ini tidak dapat menyerap haba panas dengan cukup. Semakin tinggi isipadu timbunan maka  semakin besar suhu panas dimana ini menyebabkan semakin mudah timbunan menjadi panas. Ini boleh mencecah suhu dimana bakteria termofilik dapat hidup atau tumbuh. Apap pun dilaporkan mikroorganisme yang terdapat pada EM4 akan membantu mempercepatkan proses pengkomposan dengan menggunakann karbon untuk sumber tenaga dan nitrogen untuk sintesis protein. Selain itu mikro-organisma dalam EM4 akan merangsang perkembangan mikro-organisme yang keluar dari bahan asas sehingga mikroorganisma yang melakukan proses pereputan (decomposition) lebih banyak. Kemampuan EM4 mempercepatkan proses pereputan bahan kompos mengakibatkan timbunan kompos menurun. Seluruh timbunan kompos kemudian mengalami proses penyejukkan  dan tahap pematangan yang ditanda dengan penurunan suhu dari suhu puncak untuk menuju proses kestabilan. Perkara ini disebabkan kandungan air dalam bahan yang dikomposkan meningkat pada hari berikutnya dan rendahnya tumpukan kompos. Selain itu penurunan temperatur ini disebabkan aktiviti mikrob menurun dengan semakin berkurangnya bahan organik pada proses pengomposan. Kematangan kompos terjadi pada suhu 30 - 34 C yang berlaku pada hari ke-21. Suhu ini sama dengan suhu tanah dan telah sesuai dengan pencirian kompos matang dan siapguna.

Penyelidikan juga melihat bagaimana proses pengkomposan kulit pisang ini dari segi a
nalisa Perubahan Kemasaman (pH). Kajian mendapati dimana pada awal proses pengkomposan dibaca nilai pH cenderung asidik. Nilai pH pada hari pertama adalah pH5.8 dan ini menunjukan adanya aktiviti mikro-organisme dalam mengurai bahan organik. Nilai pH yang tinggi di awal proses pengkomposan menunjukkan aktiviti mikrob akktif menukar bahan organik serta terjadi proses 'mineralisasi' sehingga banyak kation-kation yang dilepaskan seperti K+ yang akan mengikat kemasaman asidik yang terbentuk dalam proses pengkomposan misalnya bahan KNO3 yang menyebabkan pH meningkat. Hasil pengukuran pH pada akhir pengomposan dari kedua kompos adalah pH8.1 - pH8.4 dimana apabila proses pengkomposan terjadi. Proses penguraian protein yang terdapat pada bahan organik menjadi Asid Amino. Tahap ini disebut 'aminisasi' dimana kemudian Asid Amino ini akan mengalami proses amonifikasi menjadi Amonia (NH3) dan Amonium (NH4). Tahap ini disebut reaksi amonifikasi dimana penambahan larutan EM4 juga berpengaruh pada tingginya nilai pH kompos. Semakin banyak mikro-organism didalam kompos maka bahan Amonia (NH3) yang dihasilkan akan semakin banyak. Kandungan NH3 yang tinggi pada kompos ini menyebabkan kompos bersifat alkaline. Hasil pH dalam kajian dilaporkan tidak memenuhi ciri kompos matang mengikut piawaian standard kerana pH kompos matang mempunyai nilai pH 6.8 - pH 7.49 untuk digunakan kepada tanaman. Fakta dalam kajian menunjukkan dimana peranan proses pengkomposan berlaku dapat dianalisa dengan nilai pH didalam kompos. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PISANG KAPOK.... TEBAL KULITNYA...
ISI DIGORENG... KULITNYA BERSISA...
DIBUAT KOMPOS... ORGANIK BAJA...
SIAPA BERMINAT... SILA MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Zulhijjan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...