Support My Blog

Sunday, August 29, 2021

DAUN KESUM DAN FAKTA DI MEDIA

POKOK DAUN KESUM
(Polyganum minus) merupakan sejenis tumbuhan herba atau sejenis ulaman dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara lain yang serupa dengan iklim negara kita. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan sebagainya yang digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga dikawasan kebun keliling rumah (selalunya ditepi bilik air). Bahagian daun pada pokok kesum merupakan komponen yang digunakan dalam masakkan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan. Nama lain bagi kesum seperti Chinese Knotweed (English), Duo mao lio (China), Surudo kudami (Jepun) tetapi ianya dari spesis yang lain dengan Daun Kesum di Malaysia. Pokok Kesum saya dapati merupakan sejenis pokok renek yang menjalar diatas tanah atau menjalar diatas pokok lain atau sebarang sokongan. Ketinggian pokok kesum mampu naik sehingga ketinggian 1 meter di kawasan tanah rendah tetapi di kaawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland mampu tumbuh setinggi 1.5 meter. Daun kesum berwarna hijau gelap dengan bentuk panjang dan tajam dihujung daun berukuran 1.5 - 2 cm lebar dan 5.0 - 7.0 cm panjang. Susunan daun kesum adalah bersilang dan dalam bilangan 3-5 helai daun dalam satu tangkai daun. Batangnya berwarna coklat gelap dibahagian tua dan kehijauan pada bahagian pucuk yang berbentuk selinder dimana mempunyai banyak ruas. Bahagian ruas mampu mengeluarkan akar jika terletak diatas tanah dan cepat membesar. Akar pokok kesum merupakan akar serabut yang terpadat pada bahagian perdu pokok. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan cerita mengenai daun kesum di media tempatan untuk bahan rujukkan dan bacaan anda.


Portal berita Harian Metro (HM) dengan tajuk berita 'Bukan tangan panas' pun menarik untuk ditulis semula. Ini kerana pada penulis blog dimana daun kesum tumbuh subur jika ditanam secara hidroponik atau pun konvensional. Ini kerana kisah dengan bermula sekadar memenuhi keperluan ayahnya mencari benih pokok untuk berkebun mendorong Marlina Ismail yang berumur 33 tahun turut melakukan perkara sama di rumah. Ini ditambah keseronokan melihat beraneka tumbuhan dan pokok ketika mencari benih membuatkan minat untuk memiliki tanaman sendiri semakin bercambah. Jika sebelum ini bukan tiada minat, tetapi saya mempunyai pengalaman pokok mati selepas benih disemai. Saya anggap tangan ini 'panas' sebab itu pokok susah hendak tumbuh, tetapi apabila dewasa baru saya tahu teknik yang digunakan itu salah. Teknik yang betul rupa-rupanya benih tidak boleh dikambus terlalu dalam, cukup sekadar menutup nipis dengan tanah bagi memudahkan benih bercambah. Kini menyedari wujudnya minat berkebun membuatkan Marlina mula mencari peralatan seperti pasu, tanah organik dan benih yang dibeli di pusat penjualan benih MARDI yang semua kos berjumlah RM200. Dari segi peralatan dimana dia suka mencari bahan mampu milik terutama di kedai yang menjual barangan berharga RM2. Kadang-kadang, andai barang yang saya perlukan itu tiada dia buat sendiri melalui tunjuk ajar YouTube. Dia juga mencari di kedai barangan terpakai atau menggunakan barangan kitar semula namun disebabkan dia dan suami gemar melancong, sebelum mula bercucuk tanam timbul pertanyaan siapa yang akan menyiram pokok ketika berada di luar daerah. Wanita ini berasakan penanaman atas tanah bukan pilihan bijak. Dia mencari alternatif lain supaya mereka tidak perlu lagi menyiram pokok selalu. Selepas membaca, mereka dapati teknik hidropot sangat sesuai. Kosnya pula murah hanya menggunakan set peralatan yang banyak dijual di Internet pada harga RM15 - RM20 satu set. Dia juga terfikir daripada beli mahal kenapa tidak menghasilkannya sendiri. Jadi saya beli beberapa barang dan mula menggabungkannya satu persatu dengan kos RM4.50 saja. Menerusi kaedah ini, Marlina hanya perlu meletak baja dua atau tiga minggu sekali. Kaedah ini boleh mengurangkan serangan penyakit atas tanah dan serangga terhadap tanaman. Contohnya pokok kesum pertama menggunakan hidropot hidup subur dan menghijau disebabkan penggunaan air yang banyak.

Teknologi lain penanaman kesum dengan menggunakan aquaponik menggunakan baja organik. Marina dakwa melalui kaedah ini dia menggantikan tanah dengan bebola tanah liat hidroton iaitu bahan semula jadi dari tanah liat yang digumpal menjadi bebola kecil pada suhu panas. Hidroton dilapor memudah dan mempercepatkan penguraian mikro organisma serta dapat membantu mengekalkan tahap keasidan (pH) air. Jadi dia tidak perlu menggantikan air selalu dan teknologi ini sangat menjimatkan yang turut membuat pendawaian sendiri untuk tanaman hidroponik. Dari segi penjagaan kaedah hidroponik sangat mudah. Marlina hanya perlu membuat semburan setiap pagi dan malam. Teknik aquaponik pula menggunakan pam air dari kolam ikan untuk menyedut dan menyiram pada tanaman. Jadi apabila cukup masa, sayur-sayuran dan ikan boleh dimakan. Kebaikan menggunakan aquaponik ini ialah bebas nyamuk atau jentik-jentik yang menjadi makanan ikan. Semua pokok sesuai menggunakan teknik aquaponik cuma sama ada relevan atau tidak. Tanaman yang berhasil dengan menggunakan kaedah ini adalah ulam-ulaman dan herba antaranya rosemary, oregano, pudina, basil, tarragon dan kesum. Sekarang ini dia dalam misi mencari benih strawberi untuk ditanam di belakang rumahnya yang turut berhadapan masalah lumut pada bekas tanaman namun ia dapat diselesaikan segera menerusi pembacaan di Internet. Apa yang menariknya kedua-dua kaedah ini iaitu aquaponik dan hidroponik tidak menggunakan baja kimia selain baja organik dari najis ikan saja. Ini menyebabkan semua sayur-sayuran bebas racun serangga. Sehingga kini Marlina mempunyai 20 jenis pokok dan mengumpul modal untuk membesarkan kolam ikan bagi menambah penanaman pokok herba di kawasan perumahan. Dia mendapat sokongan 100 peratus daripada suami dan ayahnya dan memang jelas Marlina dia juga telah mengajak anak-anaknya untuk turut serta dalam mengambil bahagian menyiram pokok. Biasanya dia menyiram sebelum ke tempat kerja atau selepas bekerja menggunakan campuran air dan baja Eco Enzyme pada hari biasa. Hujung minggu pula dia siram menggunakan air ikan daripada semua kolam aquaponiknya. Apa yang pasti sejak mula mempunyai kebun sendiri Marlina tidak lagi membeli sayur-sayuran. Apa yang lebih penting aktiviti ini membantu mengeluarkan peluh dan menjadi acara riadah bersama anak-anak. Mereka juga turut terdedah kepada penjagaan alam sekitar dan memelihara tumbuhan hijau untuk kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Di Kuala Lumpur berita 'Perencat kanser dalam daun kesum' adalah paling viral yang perlu dirujuk dalam blog ini. Akhbar Berita Harian (BH) melaporkan dimana sekumpulan penyelidik dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menemukan sebatian metabolit dalam daun kesum yang mempunyai nilai perubatan serta farmaseutikal. Ia juga termasuk agen anti kanser dalam penyelidikan yang mana telah dijalankan sejak 10 tahun lalu itu. Pasukan itu juga melaporkan apabila sebatian kesum yang dipanggil juga 'Vietnamese Coriander' atau nama saintifiknya Polygonum minus diuji kepada sel kanser di makmal dimana hasil perencatan sel kanser mencecah 100 peratus, hasil kajian belum pernah dilaporkan di mana-mana jurnal perubatan.  Penyelidikan yang dijalankan 13 felo pelbagai kepakaran dari institut itu diketuai Pengarah INBIOSIS iaitu Prof Dr Ismanizan Ismail. Dakwanya memang lazim tumbuhan lebih banyak mengeluarkan sebatian metabolit sekunder apabila ia berada di dalam keadaan tekanan (stres). Tumbuhan tersebut akan mengeluarkan sebatian metabolik sekunder untuk melindungi diri apabila berdepan tekanan termasuk cuaca seperti panas dan hujan. Seperti manusia, apabila hujan, manusia mencari tempat berteduh dan apabila panas kita menghidupkan pula penghawa dingin atau kipas, tetapi tumbuhan tidak boleh bergerak dan hanya boleh menghasilkan sebatian metabolik sekunder sebagai tindak balas pertahanan diri mereka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai tekanan. Dilaporkan dimana didalam kajian adaptasi kesum terhadap tekanan ini, penyelidik INBIOSIS menggunakan pelbagai bahan kimia, hormon, suhu, patogen atau bakteria untuk mengenal pasti penghasilan sebatian metabolit sekunder sebagai tindak balas terhadap agen tekanan yang berbeza. Hubungan di antara gen yang bertanggungjawab dalam memberi arahan kepada tumbuhan untuk menyesuaikan diri kepada tekanan dan seterusnya menghasilkan sebatian metabolit sekunder boleh diketahui dengan melakukan analisis bioinformatik. Analisis bioinformatik adalah langkah penting dan kritikal dalam kajian biologi sistem yang diaplikasikan untuk merungkai dan memahami bagaimana kesum menghasilkan sebatian metabolit sekunder yang unik ini. Kajian ini menggunakan sistem dan perisian perkomputeran yang khusus dan kemudahan itu ada di Pusat Penyelidikan Bioinformatik INBIOSIS yang diketuai Prof Madya Dr Zeti Azura . Kumpulan penyelidik ini bertanggungjawab menganalisis dan seterusnya mengintegrasi semua data omiks kesum untuk menghasilkan peta laluan biosintesis sebatian metabolit sekunder yang khusus bagi pokok kesum. Pengetahuan yang tepat mengenai peta laluan ini boleh digunakan untuk memahami secara mendalam terhadap hubungan gen dengan penghasilan sebatian metabolit sekunder. Maklumat ini seterusnya dapat diaplikasi ke dalam mikro organisma terpilih yang akan bertindak sebagai kilang biologi untuk menghasilkan sebatian metabolit sekunder terpilih yang dikenal pasti dalam kajian awal kesum pada jumlah yang lebih banyak dan dalam masa lebih singkat. Gabungan penyelidikan makmal dan biologi perkomputeran berupaya menemui ilmu baru dan merungkai permasalahan biologi dengan lebih berkesan dan pantas.  Dalam perkembangan sama, Felo Penyelidik INBIOSIS, Dr Syarul Nataqin Baharum berkata setiap bahagian dalam kesum mengandungi sebatian yang berbeza. beberapa orang pelajar Biologi Sistem menjalankan kajian terhadap daun kesum terlibat di makmal Institut Biologi Sistem UKM, Bangi (Sila lihat foto disebelah). Justeru, pihaknya mengambil sampel daripada daun, batang serta akar kesum untuk mendapatkan sebatian berbeza bagi penghasilan bahan yang berlainan. Setiap bahagian dalam kesum mempunyai keistimewaan masing-masing. Paling menarik, ada sebatian dalam tumbuhan ini yang mampu merencatkan sel kanser. Untuk kesan anti kanser ini, kita ambil dari bahagian batangnya dan hasil kajian ia menunjukkan sel kanser payu dara, paru-paru dan usus merencat. Untuk peringkat seterusnya, kami sedang cuba mendapatkan geran bagi penyelidikan lanjutan untuk mendapatkan ujian klinikal menggunakan tikus makmal seterusnya kajian terhadap manusia. Pihaknya turut mengkaji bahagian lain dalam kesum yang kaya dengan pelbagai bahan kimia semula jadi yang mampu menghasilkan bahan bagi pembuatan minyak wangi dan sabun. UKM lihat daun kesum mempunyai aroma menarik dan banyak digunakan dalam makanan dan industri minyak wangi. Kajian mendapati ada sebatian yang sama dengan pembuatan minyak wangi dari negara maju termasuk di Perancis. Ia turut mempunyai sebatian yang boleh digunakan untuk menghalau serangga dan UKM sudah berjaya membuktikan terhadap lipas. Hasil penyelidikan ke atas kesum ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan dan ia dapat direalisasikan dengan ada jaringan kerjasama dengan industri. Ketika ini, pihaknya sudah bekerjasama dengan Orchid Life Sdn Bhd dalam penghasilan produk berasaskan kesum.

Dalam pada itu portal FMT dengan tajuk 'Daun kesum & khasiatnya yang tidak kita ketahui' nyatakan dimana 'daun kesum, penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau dijadikan ulam. FMT memetik dari Kuala Lumpur dimana siapa yang tidak kenal dengan daun kesum?. Tumbuhan herba renek yang sering dijadikan bahan serta penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau ulam. Daun kesum terdiri daripada dua jenis iaitu dari jenis menjalar dan jenis menegak. Dipercayai daun kesum kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Selain aromanya yang dapat merangsang selera dimana daun herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan. Daun kesum dilaporkan mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Kajian turut membuktikan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan anti oksidan dan memiliki sifat-sifat anti mikrob. Minyak wangi dari daun kesum yang aromatik boleh dihasilkan dari minyak patinya yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Didakwa memeng tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran. Kajian juga mendapati kandungan bahan ‘aliphatic aldehyde’ ini adalah tinggi sehingga 605 dalam beberapa spesis tertentu.  Kandungan bahan decanal dan dodecanal yang terdapat dalam ‘aliphatic aldehyde’ boleh didapati dengan mengeringkan daun kesum sebelum diekstrak untuk dijadikan minyak wangi atau bahan perisa masakan. Dalam perubatan Melayu pula, daun kesum dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara khasiatnya ialah dimana secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah kembung dan ketidakhadaman perut. Ia dikatakan dapat membantu menghilangkan kelemumur di kepala. Daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus. Bersifat panas dan baik untuk wanita selepas bersalin. Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mana ia mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.Minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keputihan wanita. Pucuk daun kesum boleh dijadikan ulam untuk mengekalkan stamina dan kesihatan awet muda. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
DAUN KESUM... SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
PERISA MAKANAN...HEBAT RASANYA...
MINYAK PATINYA... PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Muharram 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...