Support My Blog

Friday, August 20, 2021

KACANG TUNGGAK - APA DIA?

KACANG TUNGGAK
atau Kacang Mata Hitam (
Vigna unguiculata Linn.) merupakan sejjensi kekacang yang ditanam dibanyak negara didunia akan tetapi ianya kurang popular di Malaysia. Tumbuhan daripada keluarha kekacang atau pun keluarga 
Leguminosae dan sering disebut dengan nama lain sebagai Cowpea, Southernpeas, Blackeyed peas, Field peas, Pinkeyes Crowders alam bahasa antarabangsa. Bagaimana pun di Malaysia ia dipanggil sebagai Kacang Mata Hitam (kerana ada warna hitam seakan bentuk mata pada bijinya) dan di negara jiran Indonesia ia dipanggil sebagai Kacang Dadap, Kacang Landes, Kacang Otok dan juga Kacang Tolo. Apa pun tanaman kacang ini adalah untuk mendapatkan bijinya dan mudah ditanam dikawasan tanah subur. Kacang Tunggak adalah merupakan salah satu jenis tanaman kacang-kacangan yang didakwa berasal dari wilayah Afrika Tengah dan Afrika Barat. Kacang tunggak ini banyak di tanam sebagai tanaman monokrop dimana ada 2 jenis kacang tunggak yang sering ditanam iaitu jenis kacang tunggak dengan buah berkulit hijau dan berbiji persegi dan jenis kacang tunggak buah berujung merah dengan biji berbentuk bulat (jenis ini sering disebut kacang dadap atau kacang tolo). Uniknya dimana pokok kacang tunggak memiliki 3 cara pertumbuhan iaitu Menegak (upright), Separuh Menegak (semi-upright) dan juga Menjalar (trailing). Tanaman kacang tunggak ini memiliki bunga dengan tangkai panjang dengan jumlah bunga yang sederhana iaitu sekitar 4 -  6 unit bunga yang tersusun berselangan. Artikel pada petang Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan artikel ke 6,565 mengenai kacang Mata Hitam atau Kacang Tunggak untuk kongsikan teknologi mengenainya bagi bahan rujukan semua.

Tanaman kacang tunggak in tumbuh dengan baik pada kawasan yang mempunyai ketinggian hingga 1.500 meter dari paras laut dengan suhu sekitar 20°C - 25°C (kawasan agak sejuk). Sebaiknya ia ditanam diatas tanah subur dengan pH tanah antara pH5.5 - pH6.5. Keperluan taburan hujan yang sesuai diantara 600 - 1,500 mm/tahun. Kerja penyediaan tanah dilakukan dengan jangkamasa 2 minggu sebelum menanam dengan menggemburkannya. Ada petani menyediakan batas tanaman atau pun jika kawasan bercerun disiapkan laluan air agak tidak bertakung air. Lazimnya dikawasan komersil disyorkan menanam kacang tunggak ini dengan jarak 50 x 20 meter. Tanaman kacang tunggak ditanam dengan cara ditugal dengan benih berkualiti dimana bagi setiap lubang tanam diisi dengan 2 biji benih. Amalan beberapa petani dimana sebelum menanam untuk melindungi biji benih dimana pada setiap lubang tanam diberi Furadan 3G. Sebaiknya setelah  seminggu menanam pertama maka boleh dilakukan sulaman pada lubang yang tidak bercambah.  Pembajaan dilakukan dengan menberikan baj a urea, Kcl dan juga TSP dengan dos masing-masing sebanyak 100 kg/ha, 100 kg/ha dan 200 kg/ha. Baja KCl dan TSP selalu diberikan semasa menanam sedangkan baja urea diberikan sebahagian semansa menanam dan sebahagian saat tanaman telah pokok kacang tunggal sudah berumur sekitar 1 bulan. Pengairan diberikan dimana mencapai 50% - 70% dari mula menanam dan juga sepanjang pertumbuhan vegetatif (30 hari setelah tanam). kawalan rumpai dan kawalan perosak serta penyakit perlu dijalankan sepanjang masa sama ada di peringkat pertumbuan vegetatif dan generatif. Aktiviti pemangkasan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu pada semasa pokok berumur  2 minggu (pemangkasan dilakukan pada cabang sekunder) dan juga kali ke dua setelah tanaman berumur 1 bulan (perlu lakukan pemangkasan pada cabang primer). Walau pun secara umumnya kacang tunggak digunakan untuk sayuran dengan memetik kacang ini dipanen dalam bentuk pod muda . Penuaian kacang ini boleh dilakukan secara berperingkat atau serentak semuanya bergantung kepada keuntungan dijangka didapati. Selain dari biji kacangnya dilaporkan dikutip akan tetapi bahagian pucuk daunnya pun dapat digunakan sebagai sayuran. JPenuaian dilakukan setelah tanaman sudah berumur 60-65 hari setelah ia berbunga. Biji akan dikeluarkan daripada pod dan digredkan mengikut kualiti.

Biasanya pokok kacang tunggak juga merupakan tanaman semusim yang tumbuh melebar, tegak atau hampir tegak dengan ketinggian pokok mencapai 15 - 80 cm. Kacang ini dibezakan dari subspesies lainnya dengan melihat lengainya (pod) yang sepanjang iaitu berukuran 10 - 30 cm yang terggantung, agak keras serta ia tidak menggembung ketika muda (Sila lihat foto disebelah). Biji kacang tunggak yang telah matang biasanya agak besar dimana biasa saiz panjangnya antara 6-10 mm. Dalam pada itu kacang ini merupakan bahan makanan utama seluruh India yang mana ia akan dimasak pelbagai cara mengikut lokaliti seperti dijadikan Masakan Dal (di bahagian utara India), Masak Kari (di Karnataka dan Maharashtra dan direbus untuk terus makan (di Tamil Nadu). Di negara Indonesia pula dilaporkan dian kacang tunggak ini juga sering dijadikan bahan utama hidangan sayur lodeh atau brongkos dan ada yang mencuba membuat jadi tempe. Kalangan orang Mesir akan memakan kacang ini dengan cara menggoreng bersama daging, bawang dan tomato dihidang bersama nasi dan pastina (Penulis blog pernah makan makanan ini semasa berkursus di Kaherah dahulu).  Dalam pada itu dikalangan masyarakat Yoruba di Afrika pula akan melumat kacang ini sebelum ia diperisakan dengan bawang, lada dan garam sebelum digoreng celur menjadi suatu gorengan disebut sebagai 'Akara'. Makanan ini turut tersebar ke Caribbean dan Brazil hasil pembawaan hamba abdi dari benua Afrika ke rantau-rantau ini dizaman kolonial dahulu.

Pengalaman penulis blog pernah juga membuat tinjauan teknologi ke negara jiran mendapati dimana k
acang tunggak adalah baik untuk ditanam sebagai penutup bumi. Ini kerana tumbuhan ini juga tumbuh dalam jangkawaktu pendek dan ia dapat menghasilkan banyak humus. Sebagai baja organik hijau dimana kacang tunggak mengandungi kadar Nitrogen (N) yang cukup tinggi sekitar 4.4% berat kering dari nilainya. Daun dan juga bahagian rantingnya juga baik digunakan sebagai makanan ternakan sebab ia mengandungi kadar protein dan kapur yang tinggi sementara kandungan serat kasarnya rendah. Apabila matang maka buah lengai (pod) atau polong mudanya akan  berwarna hijau muda atau kelam kemudian berubah menjadi warna krim, coklat atau hitam semasa ia masak. Biji kacang tunggak ada banyak variasi dari segi ukuran, bentuk dan juga warna (krim, cokelat, hitam, belang dan merah). Kacang tunggak dapat beradaptasi secara baik pada tanah sawah yang ada saliran atau pun ditanah agak kering. Kacang tunggak toleran terhadap keadaan kering meskipun keperluan air pada stadia tertentu mesti dipenuhi. Kacang tunggak boleh ditanam secara monokultur maupun sebagai tanaman selingan dengan tanaman makanan lain seperti padi huma, jagung, shorgum, ubi kayu dan kekacangan lain. Ada pun lazimnya perosak dan penyakit kacang tonggak sama dengan kacang soya seperti Lalat kacang (Melanagromyza sojae, Melanagromyza dolichostigma, Ophyomyia phaseoli), Serangga Pengisap Daun (Empoasca spp., Bemisi tabaci, Aphis spp., dan Thrip spp.), Ulat Makan Ddaun (Spodoptera litura, Heliothis armigera, Agrotis spp., Chrysodeixis chalsites, Hedylepta indicata), Penggorek Pod (Maruca testualis, Etiella spp.), serta Serangga Pengisap Pod (Nezara viridula dan Riptortus linearis). Di Indonesia terdapat 3 varieti unggul kacang tonggak iaitu Varieti KT 6, KT 7, dan KT 8 untuk dikomersilkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
KACANG TUNGGAK... APA BENDANYA...
DISELURUH DUNIA... SEBAGAI COWPEA...
IA KURANG POPULAR... DI MALAYSIA..
MEMBACA ARTIKEL... BARU KENAL DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajawa,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Muhharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...