Support My Blog

Monday, March 18, 2024

KECEKAPAN TEKNOLOGI TANAMAN FERTIGASI

TEKNOLOGI TANAMAN SECARA FERTIGASI di Malaysia semakin popular dan di minati ramai penanam seperti sayuran komersial. Penulis blog yang sedikit sebanyak tahu dan faham bagaimana teknologi ini berkembang mendapati teknologi  penanaman terutamanya sayuran dan buah-buahan terpilih sudah banyak di kembangkan di kawasan tanaman sayuran tanah tinggi mahu pun di kawasan tanah rendah melalui banyak lawatan dan tinjauab di lakukan. Apa pun pada masa kini dimana industri pertanian semakin selari dengan teknologi dan perkembangan teknologi semasa dimana ada banyak bahan berkaitan teknologi ini yang dibawa masuk dari luar negara mahu pun di cipta sendiri dalam negara. Ada pelbagai alternatif dan inovasi telah dilakukan bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan kualiti hasil pertanian bahan makanan di Malaysia secara komersial untuk pasaran domestik dan eksport. Teknologi fertigasi pada penulis blog kini ia semakin popular di Malaysia dan mula diusahakan oleh pelbagai golongan terutamanya usahawan tani dari golongan orang muda. Fertigasi berasal daripada dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilization' dan 'irrigation' sehingga menjadi 'fertigation'. Dalam sistem ini selalunya teknik pengairan dan pembajaan dilakukan secara serentak menggunakan sistem yang rapi. Pembajaan terhadap tanaman fertigasi lebih efektif dan efisien kerana larutan baja akan dititiskan terus ke zon akar dimana ini akan mempercepatkan proses pertubuhan dan kemudian penghasilan. Pada penulis blog mendapati dimana melalui pengaplikasian sistem fertigasi ini dimana ia bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran dan hasil berkualiti, malah kaedah penanaman dapat dipermudahkan, daya tahan tanaman daripada serangan musuh perosak dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi merupakan satu kaedah penanaman yang terbukti memberi kesan yang lebih baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan. Ia sangat sesuai bagi tanaman sayuran berbuah seperti tomato, timun jepun, cili besar, scili api, peria, labu air, timun tua, petola, kacang panjang, cekur, terung, halia, melon, strawberi, anggur dan lain-lain lagi. Ciri-ciri khas bagi cara penanaman fertigasi osotu sds beberapa elemen yang perlu diberi perhatian khas sekiranya ingin melaksanakan penanaman secara fertigasi. zini adalah bagi mengelakkan timbulnya masalah-masalah yang sukar pada masa akan datang. Apa yang penuli sblog tahu dimana diantaranya ialah dari segi sumber air berkualiti dan sesuai digunakan, cahaya mencukupi dan suhu yang sesuai dari pagi hingga petang, tapak atau kawasan sesuai, mempunyai sumber bekalan elektrik serta yang mesti disediakan adalah semua infrastruktur ada seperti jalan ladang, struktur SPH, struktur para, sistem paip yang lengkap sebagainya hendaknya sentiasa berada dalam keadaan baik. Artikel pada subuh 7 Ramadan 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan apakah dia kecekapan teknologi tanaman sistem fertigasi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 


Faktur penting yang utama adalah kebun fertigasi mesti mempunyai sumber air yang berkualiti dan mencukupi. Ini disebebkan  asasnya sumber air adalah elemen yang utama dalam setiap kegiatan pertanian dimana sahaja. Kawasan atau tapak perlu mempunyai sumber air yang berkualiti dan mencukupi untuk dibekalkan kepada tanaman dan dicampurkan dengan baja fertigasi dari Set A dan Set B serta bercampur dengan bahan lain. Air yang berkualiti perlu berada dalam keadaan beralkali (pH 6.5 - pH7.5), bebas dari kotoran dan pencemaran bahan-bahan kimia dan sentiasa diperiksa mengikut jadual. Jika ada bahan seperti Klorin (Cl) yang berlebihan juga perlu dielakkan kerana menganggu proses pertumbuhan dan ia bagi tujuan mempastikan untuk memelihara akar pokok daripada rosak. Kawasan untuk tanaman sistem fertigasi sebaiknya mendapat sumber pendedahan cahaya matahari yang maksimum dan suhu sekitar yang sesuai. Pilih lokasi yang lapang dimana fertigasi kurang sesuai jika ada teduhan disekelilingnya. Sebiknya kawasan tanaman perlu mempunyai cukup cahaya matahari dari pagi sehingga petang secara maksimum untuk dibekalkan kepada tanaman bagi menghasilkan buah yang berkualiti tinggi. Kebiasaannya tanaman memerlukan jumlah pendedahan kepada cahaya matahari sehingga 6 - 8 jam sehari dimana ia akan mempastikan pertumbuhan optima sejak mula menanam. Sebaiknya periksaa lokasi dimana kawasan ini sangat mudah di ratakan atau yang bersecun sedikit sahaja. Cara pemilihan kawasan yang rata atau jenis kawasan yang mudah untuk diratakan (sekiranya di kawasan berbukit) sangat perlu bagi melancarkan sistem pengairan tanaman sampai keseluruh tanaman dengan sekata (Sila lihat foto disebalah). Aspek ini amat penting dan perlu diberikan  perhatian awal sebelum menyedikan infrastruktur agar tiada kegagalan sistem pengairan dapat dielakkan dan tiada berlaku kes pembaziran air baja yang berlaku. Apa pun penulis blog pernah melihat bagaimana kegagalan penanaman secara fertigasi berlaku disebabkan lokasi terdedah kepada tiupan Angin Kencang dan tanaman rosak. Oleh itu pilih lokasi yang bukan kawasan Laluan Angin Kencang dimana ia penting. Kawasan tanaman yang pilih mestilah terlindung daripada laluan angin kencang bagi dapat mengelakkan pokok tumbang dan menyebabkan kemusnahan kepada Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang akan dibina. Sekiranya tidak mempunyai pilihan maka perlu dipastikan agar struktur yang hendak dibina adalah kukuh dan mengambil kira risiko yang bakal ditanggung jika berlaku tiupan angin kencang. Plastik pada struktur SPH juga mudah koyak dan rosak jika sering berlaku tiupan angin kencanag.


Pada penulis blog dimana asas penting yang mesti ada sebelum melaksanakan sistem penanaman fertigasi adalah sumber bekalan eletrik. 
Bekalan elektrik atau tenaga yang mencukupi diperlukan untuk tujuan bagi menghidupkan pam yang digunakan dalam sistem fertigasi bagi memastikan sistem dapat berfungsi dengan baik di sepanjang masa. Pilih lokasi yang mana memang ada terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan bekalan elektrik seperti menggunakan kuasa elektrik daripada TNB, generator sendiri, pam berkuasa diesel atau petrol, tarikan graviti serta tenaga solar yang sesuai dijadikan sumber eletrik. Pastikan bekalan letrik ini sentiasa ada 24 jam sehari tanpa gagal kerana kegagalan ini jika berlaku apa lagi untuk jangkamasa agak lama dimana ia menyebabkan pam tidak berfungsi dimana kesannya pokok akan layu, boleh mati (jika terlalu lama blackout) atau pun hasilnya berkurangan serta kurang berkualiti. Bagi tujuan ini berlainan dengan sistem penanaman sayur secara konvensional dimana ia perlukan struktur dan infrastruktur yang baik dangan kos ekstra. Kawasan tanaman perlu mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik termasuk pagar keselamatan (dari haiwan dan penceroboh), jalanraya dan jalan ladang penghubung, sistem saliran atau perparitan yang sempurna dan kemudahan asas yang lain. Kemudahan ini selalunya perlu disediakan agar semua proses penjagaan tanaman dan kebajikan pekerja dapat dijaga dengan baik. Walaupun memakan kos yang agak tinggi pada permulaannya terutamanya dalam aspek penyediaan tapak dan infrastruktur hasil dari tinjauan penulis blog mendapati dimana sekiranya dilihat kepada hasilnya pengeluaran sistem fertigasi kelak amatlah berbaloi dengan pulangan diperolehi. 


Menarik bagaimana media laporkan sistem fertigasi dijadikan ia '
Lebih berbaloi cara fertigasi' oleh seorang pemudia berusia 27 tahun ini puas kerana sudah bergelar usahawan tani yang mengusahakan tanaman terung secara fertigasi lapor oleh hmetro.com. Bagi penuda ini teknologi dalam tanaman itu sememangnya memberi kemudahan dan membuahkan hasil tanaman yang lebih baik. Walau pun baru sahaja melaksanakan projek tanaman terung fertigasi kira-kira setahun lalu namun bagi Nor Faizi Mamat dimana tanaman fertigasi memudahkannya untuk pengurusan baja, air dan racun mengikut keperluan tanaman berkenaan. Apabila tanaman mendapat keperluan baja dan air secukupnya serta mampu terlindung daripada serangga perosak secara maksimum sudah pasti dapat menuai hasil tanaman yang lebih berkualiti. Dakwanya bagi melaksanakan tanaman terung cara fertigasi ini, saya mengikuti pelbagai kursus supaya kaedah yang dilaksanakan itu betul yang mana dia mengusahakan tanaman itu di Marang, Terengganu. Ilmu yang dipelajari daripada usahawan tani yang berpengalaman turut memberikan manfaat untuk melaksanakan kaedah fertigasi tanaman terung. Ketika ini ramai usahawan tani yang melakukan kaedah tanaman secara fertigasi bukan sahaja terung, tetapi juga tanaman yang lain seperti cili. Dakwanya memang mudah untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang pernah melaksanakan kaedah ini supaya ramai usahawan tani tidak mengalami kerugian. Dakwanya dimana sejak mula hingga kini dia hanya menanam 1,400 pokok terung dengan menggunakan manfaat material sabut kelapa atau cocopeat sebagai medium tanaman utama berbanding di atas tanah. Sebelum saya melaksanakan tanaman terung fertigasi ini dimana dia sudah melaksanakan tanaman tembikai di atas tanah. Tanaman cara ini memudahkan cara pengurusan tanaman. Perbezaan yang boleh dilihat ialah tanaman di atas tanah lebih mudah diserang makhluk perosak berbanding menggunakan medium cocopeat yang dijadikan asas medium di dalam polibeg untuk tanaman terung. Apa pun apabila 'krisis' penyakit dan serangan makhluk perosak dapat dikawal dalam tanaman dimana sudah pasti ia boleh menjadikan tanaman lebih baik. Menerusi pengalamannya iaitu satu pokok terung yang diusahakan secara fertigasi mampu mempunyai jangka hayat sehingga lapan (8) bulan. Apa pun dalam tempoh itu beberapa kali hasil tanaman dapat dituai. Setakat ini, untuk buah sulung daripada pokok terung yang ditanam dia akan mampu kutip sehingga 150 kilogram (kg) bagi keseluruhan 1,400 pokok yang ada. Jumlah itu juga semakin bertambah dari masa ke masa. Benih terung mampu matang dalam tempoh 30 hari sebelum dipindahkan ke dalam polibeg yang mempunyai cocopeat sebagai medium utamanya. Secara keseluruhan selalunya tempoh matang pokok terung untuk mendapatkan buahnya mengambil masa kira-kira dua bulan. Kini daripada segi permintaan terung adalah sayur yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi di pasaran dan harga jualan juga agak tinggi iaitu paling minimum RM5 sekilogram. Dia dapati usaha menanam terung ini mampu memberi pulangan yang menarik kepada dia dan usahawan tani lain. Kika dilakukan dengan sistem fertigasi walau pun kos awal agak tinggi tetapi ia mampu kemuidan bagi membekalkan terung yang berkualiti kepada pasaran. Sarannya bagi mereka yang ingin mengusahakan tanaman terung secara fertigasi perkara paling utama adalah ilmu untuk melaksanakannya. Sebagai usahawan tani baharu seperti dia sendiri sentiasa mencari ilmu supaya dapat melaksanakan cara tanaman yang betul. Antara cabaran di dalam dunia pertanian ini adalah kerosakan pokok disebabkan beberapa faktor seperti serangan makhluk perosak seperti serangga dan juga cara pembajaan yang tidak tepat. Jadi, kita perlu mempelajari teknik yang betul menerusi mengikuti kursus dan mendapatkan ilmu daripada mereka yang berpengalaman. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SISTEM FERTIGASI.... AMALAN BIASA...
PILIHAN RAMAI... GOLONGAN MUDA...
PERLU TAHU... FAKTUR MEMBUATNYA...
HASIL LUMAYAN... TEKNOLOGI DANH ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...