Fakta menarik yang pertama mengenai bagaimana 'Bekal pelanduk ke seluruh negara' dilaporkan dalam media tempatan. Biasanya seekor pelanduk dewasa mampu mencapai berat sehingga tiga kilogram (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti menternak haiwan pelanduk secara liar mampu untuk menjadikan haiwan itu tidak mengalami stres. Fakta bagaimana perkara itu dikongsikan Hairulnizan Ghazali (45 tahun) yang berpengalaman menternak haiwan itu secara komersial sejak lima tahun lalu. Dakwanya pelanduk cukup dikenali sebagai haiwan yang mempunyai karakter pemalu dan sukar mendedahkan diri apabila berada di hutan. Biarpun dipelihara dalam kurungan dengan suasana seperti habitat semula jadi yang dipenuhi dengan pokok amat penting supaya pelanduk selesa dan tidak berasa terancam. Beliau kini mengambil inisiatif sendiri dengan menanam pokok di dalam kurungan untuk mengadaptasikan keadaan seperti di dalam hutan sebenar. Dia berikan makanan asas pelanduk termasuk daun ludai, daun maya dan daun simpoh air yang dicarinya sendiri di hutan. Kemudian dia turut menanam pokok hutan di sekitar kurungan sebagai stok bekalan makanan. Dilaporkan langkah ini sangat penting untuk memastikan pelanduk yang diternak dapat hidup dengan lebih baik selain dapat mengelakkan stres dimana pelanduk memiliki potensi besar untuk berkembang. Keadaan 'stres' boleh berlaku apabila pelanduk berasa terancam selepas melihat individu yang tidak dikenali dan pemangsa seperti burung hantu serta helang. Pelanduk yang stres akan menunjukkan perubahan termasuk dilihat bersendirian, kurang makan dan warna bulu bertukar. Sekiranya dibiarkan berterusan lazimnya maka pelanduk boleh mati. Pelanduk yang menunjukkan gejala ini akan ditangkap dan dikuarantin selama 10 - 14 hari untuk diberi lebih perhatian. Walau pun menyedari cabaran yang dihadapi, minat mendalam terhadap haiwan liar ini mendorong Hairulnizan menternak pelanduk secara komersial di atas tanah seluas 0.4 hektar di Batu Kurau, Perak. Berbekalkan modal dan pengalaman sendiri kini dia bermula dengan menternak 10 pelanduk (tiga jantan dan tujuh betina) di dalam kurungan untuk proses pembiakan. Dia mengambil masa selama tiga hingga empat tahun untuk membiakkan pelanduk sehingga berjaya memiliki 70 ekor. Awalnya dalam usaha untuk menangkap pelanduk bagi dijadikan baka induk, dia memohon lesen menangkap haiwan itu daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan kemudian dia memohon lesen untuk menyimpan. Apabila induk sudah stabil maka dia mohon permit pembiakbakaan, lesen menjual hidupan liar dan lesen panel penandaan. Apa pun dilaporkan sehingga kini dia sudah membekalkan pelanduk hidup ke seluruh Semenanjung Malaysia. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam menternak pelanduk adalah kebersihan dan pemakanan. Kebersihan di dalam kandang dapat mengelakkan pelanduk terkena jangkitan penyakit yang diakibatkan oleh cacing. Daripada segi pemakanan pula, ia perlu diberikan mengikut waktu ditetapkan, namun pada kuantiti yang tidak terlalu banyak. Pelanduk mempunyai potensi besar untuk berkembang kerana selalu ia mendapat permintaan yang tinggi di negara ini. Kini dia sedang menaik taraf kurungan untuk menambah ternakan bagi memenuhi permintaan pasaran. Dia tidak menolak untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan untuk bersama-sama mengembangkan ternakan pelanduk secara komersial.
Kisah dalam media lokal bertajuk 'Pelanduk Dua Serupa copy Wajah Fazura' antara kisah selebriti yang berkait dengan peribahasa ini. Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Fazura dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling bergaya di Malaysia menurut kebanyakan majalah hiburan dan fesyen dan sering muncul dalam majalah. Apa pun disepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Fazura telah menerima pelbagai anugerah dan. Proses pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular 2016, juga pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-17 bagi kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Bicara Hati dan Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta di Cappadoccia. Anugerah lain yang dimenanginya termasuk Anugerah Skrin, Anugerah Shout! dan Anugerah MeleTOP Era. Baru-baru ini tular di halaman tiktok apabila ada seorang wanita berkongsi video tentang daging steak. Tetapi lain pula yang netizen perasan, ramai mengatakan wajahnya begitu mirip dengan pelakon terkenal, Fazura. Bukan sahaja wajah, tetapi suara dan cara bercakap juga sama sehingga membuatkan ramai keliru. Video tersebut mendapat sebanyak 2 juta tontonan dan 100 ribu sukaan sehingga Fazura sendiri memberikan komen kepada video tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kai ini. Wasallam!!!...
PASANGAN KEMBAR...JADI MANGSA...
SELALU DIGUNAKAN... DIMANA SAJA...
DALAM MEDIA... BANYAK KISAHNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhir 1445H).
Posted from Desaru, Kota Tinggi,
Johor DT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.