Support My Blog

Sunday, March 10, 2024

BAIK BAWA RESMI PADI, MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK

Memang menarik akan satu peribahasa 'BAIK MEMBAWA RESMI PADI, MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK' untuk ianya dijadikan satu panduan bagi kehidupan kepada masyarakat moden masakini. Peribahasa yang berasal dari sektor pertanian ini memang sangat relevan semenjak dahulu kala sehingga di zaman moden ini untuk dijadikan panduan. Ia memang wjar dijadikan amalan agar kehebatan seseorang itu lebih selamat dan berwibawa dan ia memang berlawanan dengan peribahasa 'Bagai Ayam Berkokok, Ekor Bergelumang dengan Tahi' atau peribahasa 'Bagai Tin Kosong' dimana bunyinya kuat akan tetapi tiada isinya. Memang peribahasa ini berlawanan jelas dengan tumbuhan lalang yang mana mempunyai peribahasa iaitu 'Resmi Lalang, Semakin Tumbuh Semakin menjulang'. Penulis blog merujuk kepada beberapa sumber akan makna peribasaha ini yang membaw makna '
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, maka semakin merendahkan diri' atau 'Seseorang atau individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi ataupun beliau seorang yang berpangkat besar tetapi menerapkan sikap merendahkan diri di dalam hidupnya'. Bagi emmahami lagi akan peribahasa ini saya berikan satu contoh ayat 'Walaupun Dato' Husin ini merupakan seorang pengurus di kilang makanan tersebut akan tetapi sikap rendah dirinya membuatkan ramai orang menyukainya kerana dia tidak sombong dengan semua pekerja. Bagi Dato Husin setiap jawatan apa yang disandang sekalipun dia kekal amalkan peribahasa orang dulu iaitu pepatah mengikut resmi padi makin berisi makin menunduk'. Mungkin peribahasa ini juga ada kaitannya dengan satu lagi peribagasa lama iaitu 'Ular Menyusur Akar Tidak Akan Hilang Bisanya'. Peribahasa iaitu jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya adalah orang besar yang bersikap merendah tidak akan jatuh martabatnya dikalangan mata masyarakat. Dalam artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengeai kaitan peribahasa ini dalam aspek teknologi pertanian berkaitan tanaman padi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua. 


Tanaman Padi
(Oryza sativa Linn.) merupakan tanaman semusim yang mempunyai kemampuan beradaptasi pada berbagai keadaan dan persekitaran. Tanaman ini termasuk golongan jenis Poaceae (dulu adalah Graminae) atau ia adalah katehori rumput. Pada penulis blog dimana padi merupakan tanaman semusim dengan sistem perakaran serabut. Penulis blog faham jika komponen Akar Padi (Root) mempunyai dua jenis sistem perakaran padi iaitu jenis akar seminal yang tumbuh dari radicula (akar primer) pada masa bijibenih bercambah dan jenis akar adventif (akar sekunder) yang mana ia keluar bercabang-cabang dimana ia tumbuh dari perdu batang muda bahagian bawah pokok padi. Apabila pertumbuhan pada akar primer terganggu maka akar seminal akan tumbuh dengan cepat. Akar-akar seminal ini kemudian akan digantikan oleh akar-akar sekunder (akar adventif) yang tumbuh dari perdu dibatang bahagian bawah. Bahagian akar yang telah dewasa dan telah mengalami pertubuhan baik akan berwarna coklat sedangkan akar yang masih muda dan aktif berwarna putih. Proses perakaran padi yang dalam, tebal, sihat seterusnya akan mencengkam tanah lebih luas. Ia akan membolehkan pokok padi menjadi kuat dan mampu menahan pokoko padi dari rebah dan membolehkan akar padi mampu untuk dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih cekap terutama pada masa padi bunting dan pengisian buah. Akar tanaman padi berfungsi menyerap air dan nutrien ini dari dalam tanah yang kemudian diangkut ke bahagian atas tanaman untuk proses fotosintesis dan memberikan tenaga kehidupan. Komponen Batang Padi (stem) berfungsi sebagai penyokong pokok padi dan menyalurkan zat makanan dan air dalam tumbuhan tersebut. Batang padi apa yang penulis blog tahu berbentuk bulat, berongga dan mempunyai ruas-ruas. Antara ruas pada batang padi dipisahkan oleh buku (nodes) dimana panjang setiap ruas selalunya tidak sama. Ruas yang terpendek selalu terdapat pada pangkal batang dan ruas kedua, ketiga dan ruas yang seterusnya lebih panjang dari pada ruas yang sebelumnya. Pada buku bahagian bawah ruas terdapat daun pelepah yang membalut ruas sampai buku bahagian atas. Dilihat pada buku bahagian hujung dari daun pelepah akan dilihat sistem percagangan dimana cabang yang terpendek menjadi ligula (lidah daun) dan bahagian yang terpanjang dan terbesar akan menjadi daun kelopak yang memiliki bahagian auricle pada sebelah kiri dan kanan.


Dalam pada itu Komponen Daun Padi (leaves) merupakan komponen penting pada pokok padi. Daun kelopak yang terpanjang dan membalut ruas yang paling atas dari batang disebut daun bendera. Pembentukan anak-anak (tiller) padi sangat dipengaruhi oleh keberadaan unsur nutrien, sinaran cahaya matahari, jarak tanaman dan amalan agronomi. Daun tanaman padi memiliki ciri khas iaitu terdapat sisik dan telinga daun. Daun padi mempunyai tulang daun yang sejajar. Daun padi tumbuh pada batang dan tersusun berselang-seli pada setiap buku. Setiap daun padi dilihat terdiri atas helaian daun, pelepah daun yang membungkus ruas, telinga daun (auricle) dan lidah daun (ligule). Daun teratas selalu disebut 'daun bendera' yang kedudukannya dan ukurannya selalu dilihat berbeza dari daun padi yang lain. Satu daun pada awal fasa pertumbuhan padi selalu perlukan jangkamasa 4 - 5 hari untuk tumbuh secara penuh. Bagaimana pun selalunya pada fasa pertumbuhan seterusnya dimana jangkamasa proses pertumbuhannya memakan masa yang lebih lama sekitar 8 - 9 hari. Jumlah daun pada tiap tanaman bergantung pada varieti padi dimana kebanyakan varieti baru padi dikawasan tropika mempunyai sebanyak 14 - 18 helai daun pada batang utamanya. Komponen Bunga Padi (Flower) adalah dari jenis bunga telanjang dimana ia mempunyai dua jantina dengan bunga yang bakal menjadi buah adalah bunga yang di atas. Bahagian bagian bunga padi terdiri dari tangkai, bakal buah, lemma, palea, putik dan benang sari. Jumlah benang sari ada 6 unit dengan tangkai sarinya pendek dan tipis, kepala sari besar serta mempunyai dua sarung debunga. Putik bunga ini akan mempunyai dua tangkai putik dengan dua buah kepala putik yang berbentuk malai dengan warna pada umumnya putih atau ungu. Jika bunga padi sudah matang maka palea dan lemma yang asalnya bersatu akan terbuka dengan sendirinya agar pemanjangan benang sari dapat terlihat dari floret yang membuka. Masa terbuka palea dan lemma ini selalu berlaku diantara jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada suhu 30-32 Celsius. Palea dan lemma kemudian akan tertutup setelah kepala sari selesai melakukan proses dalam pendebungaaan.


Paling berkait dengan peribahasa ini tentunya adalah bagi Komponen Buah Padi (Grain) yang mana sebenarnya selalu disebut sebagai 'Bijirin padi' atau 'bulir' atau 'Biji Padi atau Gabah' dimana ia sebenarnya bukan biji melainkan buah padi yang tertutup oleh lemma dan palea. Lemma dan palea serta bahagian lain akan membentuk sekam atau kulit padi atau gabah dimana lemma selalu lebih besar dari palea dan menutupi hampir 2/3 permukaan beras, sedangkan pada sisi palea tepat akan bertemu pada bahagian sisi lemma. Biji padi terdiri atas biji yang terbungkus sekam dimana komponen sekam terdiri atas gluma rudimenter dan sebahagian dari tangkai gabah (pedicel). Berat bijirin padi beragam dari 12 - 44 mg pada kadar air 0% sedangkan berat bagi sekam adalah pada purata sekitar 20% berat biji padi. Perkara asas yang selalu berlaku pada tanaman padi adalah Proses Mutasi Padi. Ini kerana secara umum perubahan sifat keturunan disebut dengan mutasi iaitu proses perubahan yang terjadi pada kandungan sifat genetik (gen atau kromosom) suatu sel yang diwariskan kepada keturunan dan varietinya. Antara penyebab terjadinya 'mutasi' diantaranya disebabkan oleh kesalahan replika bahan genetik semasa proses pembelahan sel berpunca dari kesan Radiasi, Bahan Kimia (mutagen) atau disebabkan serangan Virus semasa proses Meiosis. Tetapi ada juga mutasi yang tidak jelas mutagennya iaitu berlaku disebabkan oleh kesan kealpaan atau kekeliruan yang berlaku pada suatu proses metabolisma dalam sel. Apa pun perkara ini boleh terjadi keranaa adanya ilmu sains iaitu kemungkinan (probability) dan ia bukan berpunca dari pengaruh luar tetapi kerana oleh kebetulan sahaja. Memang penjagaan sawah yang baik dengan amalan Rice Check yang tepat dan betul akan menghasilkan piji padi yang besar, banyak dan berkualiti sehingga meningkatkan pendapatan pesawah. Saya ada menulis beratus-ratus artikel mengenai industri dan teknologi tanaman padi dalam blog ini untuk dibaca dan dijadikan bahan rujukkan dengan antaranya (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Semuga artikel ini berkenaan peribahasa 'baik bawa resi padi, semakin berisi makin tunduk' agar pembaca blog anim agro technology lebih ceria membacanya. Wasallam!!!...
IKUT RESMI PADI.... SEMAKIN BERISI...
SEMAKIN TUNDUK... AKAN CIRI-CIRI...
ELAKKAN BONGKAK....SOMBONG DIRI...
NANTINYA... ORANG LAIN AKAN BENCI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Rabiulakhir 1445H).
From Room 444, Concorde Hotel,
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...