Support My Blog

Thursday, March 21, 2024

DIHARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Menarik peribahasa Melayu 'DIHARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI' untuk penulis blog dibincangkan kali ini sebagai salah satu peribahasa yang berkaitan dengan sektor pertanian di Malaysia. M
enurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ungkapan seperti 'harapkan pagar, pagar makan padi' adalah bermaksud 'orang yang kita percayai berkhianat kepada kita'. Persoalan asas adalah perbuatan khianat dalam makna siratan peribahasa itu sesuai dengan perkataan pagar yang tugasnya melindungi apa yang terdapat didalam pagar. Dalam sektor pertanian kaedah memagar kawasan kebun atau tanaman adalah bertujuan untuk melindungi tanaman dan apa yang ada didalam kebun daripada di cerobohi oleh manusia (pencuri), haiwan (kambing, lembu dan ruminan yang memakan dedaunan) serta haiwan liar lain yang akan ianya menganggu akan tanaman. Pemasangan pagar di kawasan rumah juga penting untuk elakkan daripada sebarang gangguan oleh sesiapa sahaja. Pada penulis blog penggunaan pagar di kawasan sawah padi agak jarang di lakukan terutama bagi kawasan sawah luas di jelapang padi di seluruh negara. Kalau ada pun pemasangan pagar dikawasan sawah luar skim pengairan yang terpencil atau pun pemasangan pagar di kawasan penanamn padi bukit (untuk elakan haiwan seperti babi hutan memasukki kawasan tanaman padi bukit). Kiasan bagaimana pagar yang di pasang akan tetapi ia pula yang memakan (mencuri) harta yang patut dilindungi memang tepat sebagai orang yang memang diberi kepercayaan sebaliknya dialah yang mencuri dan tidak amanah. Artikel pada subuh ramadan ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dari sudut teknologi pertanian kaitan peribahasa ini untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Dalam kamus dewan bahasa di jelaskan dimana 'Pagar' adalah sesuatu objek yang sesuai untuk dipasang bertujuan untuk melindungi sesuatu perkara yang ada didalamnya. Pagar Kebun ada banyak bahan yang digunakan bergantung kepada jenis tanaman, lokasi kebun, jenis potensi ancaman, umur tanaman atau ternakan atau ternak air dan juga bajet atau kos. Pagar untuk ladang luas (ladang sawit atau ladang getah) selalu berlainan dengan jenis pagar untuk pekebun kecil dikawasan kampong bagi tanaman dusun buah-buahan, sayur-sayuran atau tanaman pokok hiasan keliling rumah. Boleh dikatakan ada banyak jenis pagar digunakan untuk tujuan yang berlainan. Semasa bertugas di Pahang dan Johor dimana pemasangan jenis 'Pagar Gajah' merupakan satu cara bagi mengelakan serangan gajah liar kekawasan kebun pada malam hari. Pagar Gajah merupakan sejenis pagar yang menggunakan jenis pagar letrik (sama ada dari TNB atau Bateri) selalunya dipasang di kebun petani yang berhampiran dengan hutan. Bagi jenis pagar di kebun kawasan ladang atau pun kebun di kampong selalunya akan menggunakan Kawat Mata Punai, Chainlink, Kawat Duri, Kepingan Zink, Kombinasi Kawat dengan Plastik Silvershine (berkesan untuk haiwan babi hutan), pagar letrik, pagar kayu buluh, pagar rusa dan banyak jenis lagi. Kesesuaian jenis pagar yang digunakan banyak bergantung kepada jenis ancaman dan ketersediaan bajet untuk pembelian pagar, kos pemasangan dan juga kos penyelenggaraan. Orang kata kalau beli yang mahal akan lebih berbaloi berbanding dengan memasang pagar dengan kos yang mmurah (paling murah adalah dengan memasang pagar menggunakan kawat mata punai). Ia selalunya tidak tahan lama dan kurang kukuh kerana mudah berkarat dan mudah rosak juga.


Tanaman padi
 (Oryza sativa Linn.) merupakan tanaman semusim yang mempunyai kemampuan beradaptasi pada berbagai keadaan sawah dan persekitaran. Tanaman ini termasuk golongan jenis Poaceae (dulu adalah Graminae) atau ia adalah katehori rumput. Pada penulis blog dimana padi merupakan tanaman semusim dengan sistem perakaran serabut. Komponen Akar Padi (Root) mempunyai dua jenis sistem perakaran padi iaitu jenis akar seminal yang tumbuh dari radicula (akar primer) pada masa bijibenih bercambah dan jenis akar adventif (akar sekunder) yang mana ia keluar bercabang-cabang dimana ia tumbuh dari perdu batang muda bahagian bawah pokok padi. Apabila pertumbuhan pada akar primer terganggu maka akar seminal akan tumbuh dengan cepat. Akar-akar seminal ini kemudian akan digantikan oleh akar-akar sekunder (akar adventif) yang tumbuh dari perdu dibatang bahagian bawah. Bahagian akar yang telah dewasa dan telah mengalami pertubuhan baik akan berwarna coklat sedangkan akar yang masih muda dan aktif berwarna putih. Proses perakaran padi yang dalam, tebal, sihat seterusnya akan mencengkam tanah lebih luas. Ia akan membolehkan pokok padi menjadi kuat dan mampu menahan pokoko padi dari rebah dan membolehkan akar padi mampu untuk dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih cekap terutama pada masa padi bunting dan pengisian buah. Akar tanaman padi berfungsi menyerap air dan nutrien ini dari dalam tanah yang kemudian diangkut ke bahagian atas tanaman untuk proses fotosintesis dan memberikan tenaga kehidupan. Kompopnen Batang Padi (stem) berfungsi sebagai penyokong pokok padi dan menyalurkan zat makanan dan air dalam tumbuhan tersebut. Batang padi apa yang penulis blog tahu berbentuk bulat, berongga dan mempunyai ruas-ruas. Antara ruas pada batang padi dipisahkan oleh buku (nodes) dimana panjang setiap ruas selalunya tidak sama. Ruas yang terpendek selalu terdapat pada pangkal batang dan ruas kedua, ketiga dan ruas yang seterusnya lebih panjang dari pada ruas yang sebelumnya. Pada buku bahagian bawah ruas terdapat daun pelepah yang membalut ruas sampai buku bahagian atas. Dilihat pada buku bahagian hujung dari daun pelepah akan dilihat sistem percagangan dimana cabang yang terpendek menjadi ligula (lidah daun) dan bahagian yang terpanjang dan terbesar akan menjadi daun kelopak yang memiliki bahagian auricle pada sebelah kiri dan kanan. 
Keluasan tanaman padi pada tahun 2021 mengikut Buku Stastistik Jabatan Pertanian Malaysia adalah seluas 689,810 hektar daripada seluas 300,446 hektar kawasan parsel padi. Daripada keluasan parsel padi 300,446 hektar seluas 210,708 hektar (70.1%) adalah didalam kawasan jelapang padi dan seluas 89,738 hektar adalah sawah padi di Luar Kawasan Jelapang. Data CCS Kebangsaan (Crop Cutting Survey) atau produktiviti tanaman padi di Malaysia adalah sebanyak 4,443 kg sehektar setahun. Malaysia mampu menghasilkan sebanyak 3,064,822 metrik tan padi pada tahun 2021 dan apabila padi ini diproses menjadi beras ia telah menghasilkan sebanyak 1,975,770 metrik tan beras. Terdapat beberapa varieti padi yang popular ditanam di Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia antara varieti padi yang popular adalah seperti MR220CL2 (44.6%), MR297 (31.6%), MR219 (8.2%), MR263 (4.8%), MR 284 (4.8%). Lain-lain varieti yang popular ditanam untuk musim utama 2018 ini adalah seperti MR220, MR269, MRQ76, MR211 dan MR220CL1. Tanaman padi merupakan antara tanaman penting di negara kita yang mendapat suntikan kewangan tinggi setiap tahun sebagai insentif kepada pesawah untuk menghasilkan makanan utama di kalangan rakyat tempatan.


Dalam artikel ini penulis blog kongsikan mengenai kaitan TANAMAN PAGAR (Hedgerows) yang sesuai dibincangkan dengan peribahasa ini dimana ia juga merupakan tanaman yang ditanam dalam barisan dengan pokok renek secara dekat, dilatih dan diselenggara membentuk pagaran atau tanda sempadan untuk sesuatu kawasan. Tanaman pagar digunakan bagi membahagikan antara jalan raya dengan kawasan kaki lima ditepinya dimana ia juga satu bentuk landskap ringkas seni menggubah pokok renek. Sila baca tulisan saya mengenai perkara ini dengan pautan (Sila klik disini). Pada penulis blog mendapati dimana tanaman pagar selalunya terdiri dari jenis tumbuhan yang ditanam ditepi-tepi sempadan bertujuan bagi banyak jenis kegunaan tetapi secara umumnya ia ditanam pada bahagian tengah sebagai pembatas antara bangunan, ladang, infrastruktur seperti jalanraya atau pun sebagai tanda atau pembatas antara petak premis dengan pihak lain. Bagaimana pun kini tanaman pokok pagar sudah ada banyak kegunaan lain terutama bertujuan mendapatkan keindahan. Tanaman yang ditanam dapat berupa tanaman yang boleh juga ianya dituai termasuk tanaman seperti jenis sayuran, tanaman herba (Pokok Salam di depan rumah penulis blog) yang sesuai diambil daunnya untuk dijadikan bahan masakkan dan kegunaan lain. Pada penulis blog menyatakan dimana isu tanaman pagar mempunyai fungsi sebagai kompoun dan sebagai pokok pelindung dari serangan binatang, bencana alam ataupun disebebkan oleh manusia. Tanaman-tanaman pagar ini selain dipakai untuk mempercantikan kawasan keliling rumah ada yang sengaja menanamnya untuk sumber penghasilan herba sebagai ubatan. pagar tanaman dan dipakai pula untuk pengobatan. Seperti katuk/daun katuk, tanaman ini ditanam di tepi-tepi rumah sebagai tanaman pagar untuk sayuran dan obat-obatan. Adapun ada tanaman yang khusus ditanam sebagai tanaman pagar yang dipakai sebagai tanaman hiasan yang mana ia menjadi penghias makanan seperti bunga terulak (Calonytion aculeatum). Biasa ditanam di tidak jauh pot atau melilit sebagai tanaman pagar yang memenuhi kawasan pagar rumah. Bunga Telang (Clitoria ternatea) pada penulis blog yang menanmnya di rumah sesuai menjadi tanaman pagar yang merambat dimana ia adalah sejenis herba sesuai digunakan akarnya untuk mengeluarkan dahak dari bronkitis dan bunganya untuk pewarna seperti nasi kerabu. Perlu diawasi pokok telang kerana dilaporkan akarnya adalah merbahaya dan ada racun yang boleh menyebabkan perut kembung dan jikalau termakan berlebihan pula akan ia menyebabkan hilang pertimbangan. Tanaman pagar pada penulis blog memang ia mempunyai faedah untuk menjadikan ekosistem lebih baik dan boleh menjadi sumber makanan dan habitat untuk tupai dan burung. Tanaman pagar juga boleh ianya menjadi sumber makanan untuk para serangga jenis pendebunga sehingga membantu dalam keanekaragaman alam sekitar dalam dunia pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kaitan antara peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi'' kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HARAPKAN PAGAR... PAGAR MAKAN PADI....
DIBERI KEPERCAYAAN... MALAH MENCURI...
PERLU WASPADA... BAGI ORANG JENIS INI...
MEMBACA ARTIKEL... ILMUNYAJELAS PASTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...