Support My Blog

Tuesday, September 16, 2014

LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 6)

TERNAKAN LEBAH MADU (Honey Bee) merupakan satu akiviti yang agak kurang diberi perhatian oleh usahawan muda di Malaysia. Lebah Madu merupakan serangga hidupan yang terbang dan bersarang di lokasi khusus sama ada diternak atau lebah liar dihutan. Kajian penulis mendapati di Malaysia terdapat seramai 730 orang usahawan lebah madu yang aktif didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia sebagai satu sumber rujukkan yang berguna. Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu dan melibatkan sebanyak 23,385 kotak haif (Laporan dari Jabatan Pertanian 2013). Lebah adalah sekelompok besar serangga yang dikenali ramai dimana ia bersosial dan berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah adalah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae (ordo Hymenoptera). Apa yang saya belajar, lebah merupakan serangga yang menghasilkan madu dan produk-produk lain berasaskan lebah yang telah lama dikenali manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di lubang-lubang pokok serta tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan seperti royal jelly, pollen, lilin dan sebagainya. Selanjutnya manusia mulai menternak lebah madu secara komersil dengan memakai gelodog kayu dan pada masa ini menggunakan Haif Lebah iaitu sistem berpusat. Di Malaysia teknik menternak lebah secara komersil masih pada tahap belum matang kerana masih sedikit usahawan yang berkecimpong menternak lebah madu secara komersil berbanding dengan negara lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai temuan teknologi menternak lebah madu untuk rujukan dan bacaan anda.


Siri terakhir dalam teknologi menternak lebah adalah teknologi menuai hasil dan produk lebah madu. Dari awal penulis ada nyatakan hasil utama lebah madu adalah MADUMadu merupakan hasil utama dari lebah yang banyak khasiat dan mempunyai nilai ekonomi tinggi. Sementara itu jika diuruskan dengan baik, ada hasil tambahan dari penternakan lebah madu iaitu royal jelly (susu ratu), pollen (debunga), lilin lebah (wax), propolis (perekat lebah) dan sebagainya. Proses pengambilan madu boleh dilaksanakan pada 1-2 minggu setelah musim bunga yang banyak. Ciri-ciri madu siap dituai adalah dimana lubang kom pada bingkai (Haif super) telah tertutup oleh lapisan lilin tipis warna krim putih. Bingkai yang akan dituai diperiksa dimana jika madu telah banyak dan ditutup dikeluarkan dari haif. Alihkan lebah pekerja yang masih berada pada bingkai dengan mengetukan pada haif. Lapisan lilin ini perlu dipotong dengan pisau tajam dan akan kelihatan madu lebah didalamnya. Ia akan disusun dalam pengempar madu (extractor) beberapa frame. Biasanya frame tersebut bersih dan tidak ada kekotoran.


Apabila frame yang mengandungi madu lebah sudah dipotong penutupnya, ia disusun dalam lubang dalan pengempar madu. Kemudian pusingkan pengempar madu dengan tangan sehingga semua madu perkeluar dari dalam kom lebah. Madu tersebut akan berkumpul dibawah bahagian pengempar madu dan kemudian dikeluarkan melalui paip. Tapis madu dengan menggunakan penapis plastik untuk membuang segala kekotoran pada madu yang dikeluarkan daripada pengempar madu. Antara kotoran termasuk larva lebah, lebah dewasa, serpihan lilin kom lebah dan kekotoran lain. Madu yang ditapis ini sebaiknya disimpan dalam suhu bilik beberapa jam untuk menghilangkan gelembung udara. Proses seterusnya adalah proses pembotolan madu lebah sebelum dipasarkan. Sebaiknya botol kaca digunakan untuk kekalkan kualiti madu yang tahan lebih lama berbanding dengan bahan botol jenis plastik. Pastikan botol dalam keadan hygenik atau bersih semasa proses memasukkan madu kedalam botol. Cara masuk masuk madu kedalam botol adalah mengalir melalui tebing botol dan elakkan ia menitik untuk kurangkan masaalah buih.  Tutup botol dengan kuat dan lekatkan label yang mengandungi maklumat lengkap. Simpan botol madu pada suhu bilik sebelum dijual. Pengemasan madu perlu dilakukan dengan baik untuk membolehkan hasil madu kita selamat dimakan, berkualiti dan mengandungi khasiat yang tidak diragukan. 

Madu lebah yang asli mempunyai permintaan tinggi dikalangan rakyat Malaysia. Tempat jualan madu lebah lazimnya ada dua kategori iaitu Jualan Produk Madu di premis yang sering dikunjungi seperti Pasaraya, Mini-Mart, Kedai Runcit dan juga jualan madu lebah secara tradisional. Jualan secara tradisional lazim dilakukan dikawasan penternakan lebah, pusat pelancongan, pasar malam, pasar tani, kaki lima dan juga jualan terus dari rumah kerumah atau melalui internet. Madu lebah yang diimpot banyak dijual dengan pembungkusan menarik seperti jenia CAPILANO (Sila lihat foto disebelah). Beberapa produk madu lebah yang disusun diatas rak-rak di Hypermarket kebanyakannya adalah madu yang diimpot. Pastikan anda membeli madu lebah asli kerana dipasaran dikatakan lebih 60% bekalan adalah dipercayai dari madu tiruan. Membuat madu tiruan ini pelbagai cara daripada menggunakan lebah madu asli atau membuat campuran dari bahan kimia. Semuga anda mendapat banyak info berguna membaca 6 siri tenologi menternak lebah yang saya tulis dan posting untuk seminggu ini. Wasallam!. 
MENTERNAK LEBAH...MINAT UTAMA...
ADA KURSUS... DAPATKAN ILMUNYA...
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
CARI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional,
Parit Botak, Senggarang,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1435H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...