Support My Blog

Friday, September 5, 2014

KELULUT - CUP MADU KELULUT

KELULUT (Trigona spp) merupakan sejenis serangga yang tidak menyengat dan mampu menghasilkan pelbagai produk seperti madu, propolis dan sebagainya. Madu kelulut pda masa ini dijual dengan harga premium kerana khasiatnya dan kesukaran untuk mendapatkan madunya. Serangga kecil berwarna hitam ini diternak menggunakan teknologi yang semakin sistematik menggunakan kayu dan haif moden. Penulis mendapati permintaan madu dalam negara sama ada daripada Lebah Tualang (Apis dorsata), Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Impot (Apis mellifera) memang tidak mencukupi untuk keperluan tempatan. Selain daripada banyaknya madu yang diimpot dari luar negara, cabaran palng utama dalam industri ini adalah daripada aktiviti pembuatan dan penjualan Madu Tiruan (Sila klik disini, Sila Klik disini dan Sila klik disini). Beberapa laporan ada menyatakan kehadiran madu tiruan mencecah lebih 60% dipasaran tanpa disedari oleh pengguna. Dari segi rupa dan warna madu tiruan memang agak sukar untuk dibezakan dengan madu asli bagi kebanyakan pengguna. Beberapa petua yang ada pun tidak mencukupi bagaimana untuk membezakan kualiti madu dan hanya boleh disahkan dimakmal bertauliah sahaja. Kepekatan juga berbeza antara madu lebah dengan madu kelulut. Madu lebah biasanya lebih pekat dengan kandungan air sekitar 18 -20% sahaja berbanding dengan kandungan air dalam madu kelulut mencecah lebih 30%. Rasa dan aroma madu lebah dengan madu kelulut juga berbeza kerana saya dapati madu kelulut lazimnya 'lebih masam' kerana mengandungi asid lebih tinggi daripada madu lebah. Teknik pengeluaran madu kelulut juga lebih sukar kerana kelulut hanya serangga kecil yang akan menyimpan madunya dalam kantung khusus. Bagaimana pun kini ada beberapa penternak yang berjaya menghasilkan madu kelulut dalam masa singkat dengan kuantiti yang banyak untuk dijual sebagai produk komersil. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penggunaan cawan tiruan madu kelulut dan beberapa kes hipotesis (kemungkinan) berlakunya penipuan kulaliti madu kelulut sekadar untuk renungan dan bahan bacaan sahaja.  


Kelulut sama ada jenis Trigona itama atau Trigona thorasica adalah dua spesia yang paling popular diternak di Malaysia masakini. Kedua-duanya mempunyai tabiat berlainan walau pun cara pengurusan yang dijalankan agak serupa. T. itama lazimnya lebih disukai oleh penternak berbanding dengan jenis T. thorasica bergantung kepada lokasi dan juga sumber makanan.  Kajian penulis dibeberapa negeri kepada usahawan kelulut sedia ada mendapati T. thorasica seduai dikawasan seperti di utara Semenanjung Malaysia sementara T. itama di bahagian Selatan Semenanjung dan juga amat popular di Kelantan. Bagaimana pun ramai usahawan yang suka jenis T. itama kerana ia lebih mudah diuruskan, jarang diserang penyakit dan produktif jika sumber makanan mencukupi. Kebanyakan usahawan kelulut masa kini menggunakan Kotak Super atau Kotak Madu yang diletakkan diatas tunggul kayu atau haif anak (Brood). Kotak ini selalunya dibuat lubang 2 inci dibawahnya untuk menghubungkan antara bahagian anak dengan bahagian penyimpanan madu. Kelulut akan membuat kantung untuk menyimpan madu dan akan ditutup apaabila ia telah penuh (Sila lihat foto disebelah). Madu kelulut ini akan dikutip menggunakan alat khas (banyak jenis alat untuk menyedut madu kelulut) dan dikumpulkkan dalam bekas madu.


Kaedah semulajadi penyimpanan madu kelulut selalunya mengambil masa beberapa minggu atau bulan sebaik sahaja memulakan projek baru. Bagaimana pun ada dikalangan pengusaha mungkin menggunakan teknik meletakkan 'cup plastik' untuk mendapatkan madu kelulut dengan cepat. Bagaimanakah cara ia dilakukan?. Kaedah yang digunakan dalam aktiviti penternkan lebah kelulut menggunakan 'cup plastik madu' ini belum ramai mengetahuinya kecuali mereka yang telah berkursus atau melawat projek ternakan kelulut. Cup plastik akan disusun dalam kotak madu kelulut apabila koloni kelulut aktif mengumpulkan madu. Madu kelulut akan diisikan dalam cup plastik tersebut secara berpetingkat-peringkat sehingga penuh secara semulajadi. Apabila cup plastik tersebut telah penoh maka ia akan ditutup dengan rapi. Teknik menuai madu kelulut dalam cup adalah lebuh mudah dengan kandungan yang serupa setiap cup plastik tersebut. Hujung 'suction hose' hanya perlu dicucuk kedalam cup tersebut untuk mengutip madu. Penggunaan cup madu dalam industri ternakan kelulut ini amat membantu pengusaha kelulut untuk lebih komersil dan berdaya saing. Bekalan cup madu ini lazimnya diimpot dan boleh dibeli daripda pengusaha kelulut komersil sedia ada.


Bagaimana pun teknologi yang baik ini boleh di'salahgunakan' oleh usahawan yang TIDAK JUJUR dengan ada niat menipu. Caranya adalah dengan mereka meletakkan madu lebah (madu asli atau madu tiruan) dalam cawan atau cup plastik dan kemudian meletakkan cup tersebut dalam kotak madu kelulut. Proses seterusnya adalah dimana kelulut pekerja akan mengambil madu tersebut dan mengalihkannya ke dalam kantung madu semulajadi atau pun ia akan menutup cup plastik tersebut seperti madu asli. Apabila keseluruhan cup telah ditutup maka ia seakan madu kelulut asli setelah disimpan didalamnya untuk satu tempoh atau jangkamasa yang tertentu. Apabila aktiviti menuai tiba maka madu daripada cup ini memang mempunyai bau seperti madu kelulut kerana telah ditutup rapi dan ada pula sentuhan daripada kelulut sendiri. Madu ini akan dituai dan dibotolkan didakwa sebagai madu kelulut asli. Walau pun belum ada laporan rasmi mengenai perkara ini akan tetapi penulis blog dapati terdapat beberapa pemborong madu kelulut yang ditemubual ada menyatakan kehairanan kes terhadap pengusaha kelulut yang baru menceburi bidang ini. Seorang daripadanya yang bernama Encik R (Rahsia) yang ada menyatakan bagaimana seorang baru mula menternak kelulut yang hanya ada 15 koloni (kotak) kelulut dalam masa 2 - 3 bulan mampu menjual madu kelulut dalam jumlah yang berganda daripada usahawan lain yang mempunyai 50 buah koloni kelulut yang menternak lebuh 2 tahun. Walau pun faktur pengurusan dan ketersediaan makanan kelulut menjadi penentu akan tetapi perkara ini boleh dipersoalkan. Adakah dia menggunakan teknik cup diatas?. Adakah dia membeli madu kelulut tiruan daripada pasaran luar?. Bermacam hipotesis boleh kita buat mengenai perkara ini. Semuga coretan ini dijadikan panduan kepada semua penternak kelulut dan pembeli madu kelulut. Pastikan beli madu kelulut yang asli. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam !.
CUP MADU... DARI PLASTIK ASALNYA...
DILETAK SUSUN... ADA MADU ISINYA...
KAEDAH YANG BAIK... BETUL CARANYA...
ELAKKAN MENIPU... MENDAPAT DOSA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah,
Kg Tambak Paya, Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(4 Zulkaedah 1435H)
Kemaskini pada 1 Zulhijjah 1441H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...