Support My Blog

Saturday, August 23, 2014

MEMBUAT MADU TIRUAN

MADU TIRUAN (Artificial Honey Bee) merupakan jenis madu yang seakan sama dengan Madu Asli yang banyak dijual dipasaran dinegara kita. Menurut seorang pakar mengenai industri lebah dan madu yang saya temui, beliau mendakwa bahawa madu lebah tiruan di Malaysia memonopoli pasaran tempatan antara 60 - 65% dengan jenama yang terkenal dan yang dijual dimerata lokasi lain. Mungkin ramai dikalangan rakyat Malaysia dan pengguna tidak dapat membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan. Ada yang kata madu lebah tiruan juga dipanggil sebagai Madu Lebah Sintetik kerana ia dibuat oleh manusia bukannya lebah madu. Kempen kesedaran untuk tidak membeli madu lebah tiruan mungkin perlu dilakukan dengan rapi oleh pihak tertentu dan agensi penguatkuasaan oleh iaitu KPDNKK. Ini perlu dilakukan bagi memeriksa madu lebah tiruan (jika ada) menggunakan teknik yang khusus dipremis-premis jualan. Dari segi rupa, madu lebah tiruan memang menyerupai madu lebah asli dan jika dibotolkan dengan baik dengan label menarik, pengguna pasti tidak menyangka bahawa ia adalah madu lebah tiruan. Penjual madu lebah di pasar malam atau digerai tepi jalan mungkin tahu sama ada madu lebah yang dijual itu asli atau tiruan bergantung kepada sumber bekalan madu tersebut. Penjual madu lebah ini akan meletakkan kom-kom lebah madu (ada kalanya menggunakan kom lebah Lebah Tualang) bagi mereka mempengaruhi pengunjung dan pembeli. Bagaimana pun saya fikir mereka yang menjual madu lebah ini adalah penjual madu lebah asli kerana mereka bertahan menjual madunya sejak bertahun-tahun dulu. Kita mungkin kurang tahu teknik untuk membuat madu lebah tiruan. Dalam mencari maklumat tentang perkara ini pun tidak banyak maklumat yang saya diperolehi. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik membuat. madu tiruan dan beberapa aspek mengenai madu lebah 


Membuat madu tiruan boleh dilakukan sendiri di makmal dengan menggunakan bahan kimia. Dalam mencari info saya terjumpa video teknik membuat madu lebah dari luarnegara. Ia dibuat dengan cara menggunakan bahan-bahan terdiri daripada 150 ml air suling dicampur dengan 40 ml larutan Asid Citrik dan dilarutkan dalam 70 gram gula. Bahan-bahan ini dimasukan dalam bikar dan dimasak selama 60 minit sambil sentiasa dikacau rapi (Sila lihat foto disebelah). Kacau sehingga kesemua campuran larutan tersebut menjadi pekat dan akhirnya ia akan mula membentuk cecair seakan madu asli. Madu tiruan ini akan mempunyai rasa manis seperti madu asli cumanya ia tidak mempunyai aroma dan tekstur seperti madu asli jika kita ada pengalaman. Dalam video tersebut juga ditunjukkan cara bagaimana membuat ujian antara madu asli dengan madu lebah tiruan. Teknologi ini dilakukan dengan mengambil 5 ml Larutan Amidon dan madu dalam dua gelas yang mana satu adalah madu asli (A) dan satu lagi adalah madu tiruan (B). Kemudian panaskan kedua-duanya diatas api sehingga kedua-duanya mencapai suhu 40 Celcius pada bacaan jangkasuhu. Selepas beberapa minit masukkan sekali lagi jangkasuhu bagi mempastikan suhu mencecah 40 Celcius. Kemudian masukan Larutan Betaisodona kedalam larutan dan kacau rata. Campuran larutan madu lebah tiruan akan menjadi warna BIRU GELAP sementara campuran dari larutan madu asli mempunyai warna KUNING sahaja (Sila lihat foto dibawah). Teknik ini merupakan salah satu daripada cara mempastikan ketulinan madu lebah di makmal.



Itu cerita di makmal. Bagaimana kalau kita hendak buat madu lebah sendiri dirumah?. Bolehkah kita membuatnya?. Adakah ia susah untuk dibuat?. Selamatkan dia untuk dimakan?. Bagaimanakah rasanya dan adalah ia salah dari segi undang-undang?. Dalam isu ini terdapat beberapa maklumat yang saya boleh kongsi berdasarkan beberapa rujukan. Madu tiruan ini amat mudah untuk dibuat. Jika dirumah sendiri dan mahu mencubanya boleh juga tetapi jangan 'Berniaga' madu tiruan pula selepas itu. Kena tangkap sebab menjual madu tiruan oleh penguatkuasa adalah menjadi satu kesalahan dibawah Akta Dagangan dan terpaksa bayar denda atau duduk dalam 'rumah aman' atau jel. Bahan-bahanya terdiri daripada Gula Pasir,  Air dan sedikit perahan jus Lemon (Citrus lemon). Cara penyediaan dimulakan dengan gula pasir tanpa air dipanaskan dalam bekas diatas api. Apabila gula ini bertukar kepada kramel (berwarna coklat) maka kita boleh memasukkan air mineral sebanyak kadar yang sama sukatan dengan gula. Kemudian ia kita masak gula tersebut sehingga pekat. Seterusnya kita perlu perahkan air lemon kedalam air gula dan kacau sehingga sebati. Lazimnya apabila air gula ini sejuk ia akan menjadi keras bentuknya. Bagaimana pun perkara ini dielakkan dan menjadikan air gula ini tidak keras akibat kesan air jus lemon memainkan peranan. Hasilnya campuran ini akan terus cair dan jadilah ia sama sama seperti madu asli yang sebenarnya adalah MADU TIRUAN. Mudah bukan?. Dalam kita hendak mengetahui petua lazim mengenai Madu Lebah, dikatakan bahawa Madu Lebah yang asli semut tidak hinggap tetapi bagi jenis madu dari gula pasir ia berbeza. Jika ia didedahkan maka semut akan datang makan atau ambil madu sehingga puas nanti. Madu asli juga sukar untuk larut dalam air tetapi madu tiruan ini kalau kita masukkan masukan dalam air ia terus larut. Bagaimanakah pendapat anda selepas membaca artikel ini?. Adakah anda akan mencubanya... Wasallam!.

MADU ASLI .... MADU TIRUAN...
BUATNYA SENANG... 3 BAHAN...
DIMASAK ...LIMAU DIPERAHKAN...
JADU MADU...BAKAL USAHAWAN...

By,
M Anem,
Senior Apiarist,
Pusat Apiari Nasional,
Parit Botak, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(22 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...