KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, August 28, 2014

MENANAM RUMPUT PASTURA (Part 3)

RUMPUT PASTURA (Pastures grass) merupakan tanaman jenis rumput untuk kegunaan haiwan ternakan yang ditanam dikawasan padang ragut. Penanaman rumput pastura sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Oleh itu adalah penting kita mengetahui taburan hujan di satu-satu kawasan   sebelum penanaman rumput pastura dilakukan. Di Malaysia penanaman rumput pastura dilakukan dikawasan kebun milik penternak sendiri atau di kawasan Khas Padang Ragut yang dikhaskan oleh kerajaan. Kawasan khas padang ragur yang dikhususkan kepada penternak lazimnya diuruskan oleh kelompok penternak sendiri dikawasan yang agak luas diseluruh negara. Kawasan perlu ditanam hanya dengan rumput pastura bukannya tanaman lain yang memang tidak dibenarkan. Hanya beberapa padang ragut milik kerajaan dan Institusi sahaja di negara kita yang kelihatan 'padang ragur sebenar' seperti di padang ragut JPV, UPM, Taman Pertanian Moden Kluang, Stesyen2 MARDI dan beberapa lagi. Padang ragut uang diuruskan oleh kumpulan penternak agak kurang kelihatan sebagai padang ragut komersil. Penyediaan tanah untuk padang ragur perlu diselesaikan sebelum menanam seperti membajak tanah, menggali sistem perparitan, kolam takungan air, jalan lkadang, pagar keliling dan sebagainya. Bagi memastikan kelembapan yang mencukupi dan sesuai perlukan untuk pencambahan atau pertumbuhan rumput pastura yang berkesan makan sistem pengairan mengunakan "Irrigator" dan "sprinkler" boleh dipasang. Ia sangat membantu untuk mendapatkan kelembapan yang baik tanpa terlalu bergantung kepada hujan. Artikel malam Ahad ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti menanam rumput pastura berdasarkan pemerhatian dan lawatan kekawasan padang ragut di beberapa negeri.


Rumput Setaria (Setaria sphacelata varieti splendida) adalah jenis rumput pastura yang sesuai ditanam di negara kita. Ia berasal dari kawasan tropika dan subtropika Afrika dimana kemudian dibawa ke kawasan Asia dan juga Australia. Rumpun ini akan mengeluarkan tiller yang banyak dan membiak dengan kaedah mengunakan umbisi. Daunnya adalah panjang yang tirus dan berwarna hijau dan kurang mempunyai bulu (Sila lihat foto disebelah). Rumput boleh tumbuh setinggi 3.0 m dan bunga berbentuk seperti ekor berukuran 10-15 cm panjang dan berwarna perang kehijau-hijauan. Ia tidak mudah diserang penyakit atau perosak dan sesuai ditanam pada semua jenis tanah. Rumput jenis ini memerlukan air yang banyak. Kandungan airnya tinggi berbanding denga jenis rumput yang lain. Rumput ini juga mengandungai oksalat dan akan bertambah dengan pertambahan baja N. Oksalat tidak menjadi masalah pada ruminan yang biasa dengan rumput ini tetapi akan menyebabkan masalah seperti jenis penyakit tulang “osteodystrophiafibrosa” bagi kuda. Rumput ini boleh ditanam dengan menggunakan bahan tampang. Ia sesuai untuk system potong angkut atau ragutan. Kajian dibeberapa lokasi mendapati hasil bahan kering 16.6-18.6 tan/ha/tahun (jarak pemotongan setiap 6 minggu). Kiraan kandungan protein kasar sebanyak 12.4 %.



Rumput Gajah (Pennisetum pupureum) adalah jenis rumput pastura yang disukai oleh ramai penternak. Ia telah ditanam dinegara ini sejak tahun 1950an lagi sehingga kini. Cara untuk menanam rumput ini adalah dengan keratan batang. Kajian menunjukkan yang hasil bahan kering tinggi tetapi lazimnya penulis dapati yang hasil berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini adalah rumput tahunan yang tegap menyerupai tebu dan balih tumbuh setinggi 2-5 m dan mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan tiller. Bentuk daunnya lebar, nipis dan mempunyai tulang daun (Sila lihat foto disebelah). Bunga berbentuk silinder yang berwarna kuning keemas-emasan. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk membiak serta jenis tanah yang sesuai ialah tanah yang peroi. Ia memerlukan baja yang banyak terutamanya baja N yang diberikan mengikut jadual. Ia boleh ditanam ditanah berpasir dengan memberi baja najis ternakan. Lazimnya ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut dan mudah dihadamkan berbanding dengan batang yang tua dan keras. Syor jarak pemotongan antara 4-6 minggu setiap satu pusingan. Kajian mendapati hasil bahan kering ialah 20-30 tan/ha/tahun iaitu kadar yang tinggi dengan kadar protein kasar 10 % untuk  ternakan. Ia boleh ditanam bersama centro dan puero secara campuran.


Rumput Humidicola (Bracharia humidicola) pula agak jarang kita dengar sebagai rumput pastura popular. Ia dipercayai berasal dari Afrika Selatan dan diperkanalkan di Australia, Fiji, Papua New Guinea dan juga di Asia Tenggara. Kajian penulis mendapati yang nama komersial bagi biji benih rumout ini ialah B. humidicola kultivar Tully (Sila lihat foto disebelah). Rumput ini adalah sesuai pada semua jenis tanah terutamanya tanah berpasir. Rumput ini tahan terhadap pemotongan dan hasil bahan kering tinggi serta tidak menyebabkan fotosensitiviti kepada ruminan.  Ia juga sesuai ditanam di ladang kelapa bertanah bris yang berpasir. Ia juga tahan pada musim kemarau dan kawasan air bertakung. Rumput ini tumbuhan saka yang berstolon dengan daun berbentuk 'lanseolate' dan kurang berbulu dan rimbun. Lazimnya ia boleh dibiak dengan biji benih atau tampang yang sesuai dipotong setiap 4 - 6 minggu. Kajian menunjukkan hasil bahan kering 11 – 18 tan/ha/tahun. Protein kasar 10.2 % (pada tanah bris, asid sulfat dan pendalaman) dan sesuai dicampur dengan tanaman kekacang seperti epil-epil. Artikel akan bersambung dengan Part 4 berikutnya. Wasallam!.



RUMPUT PASTURA..JENIS APA...
RUMPUT GAJAH...BESARNYA...
JENIS LAIN...NAMA SETARIA...
YANG KETIGA...HUMIDICOLA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Padang Ragut MARDI,
Serdang, selangor,
Malaysia.
(11 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...