KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, August 27, 2014

MENANAM RUMPUT PASTURA (Part 2)

RUMPUT PASTURA (Pastures grass) merupakan tanaman jenis rumput untuk kegunaan haiwan ternakan yang ditanam dikawasan padang ragut. Penanaman rumput pastura sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Oleh itu adalah penting kita mengetahui taburan hujan di satu-satu kawasan   sebelum penanaman rumput pastura dilakukan. Di Malaysia penanaman rumput pastura dilakukan dikawasan kebun milik penternak sendiri atau di kawasan Khas Padang Ragut yang dikhaskan oleh kerajaan. Kawasan khas padang ragur yang dikhususkan kepada penternak lazimnya diuruskan oleh kelompok penternak sendiri dikawasan yang agak luas diseluruh negara. Kawasan perlu ditanam hanya dengan rumput pastura bukannya tanaman lain yang memang tidak dibenarkan. Hanya beberapa padang ragut milik kerajaan dan Institusi sahaja di negara kita yang kelihatan 'padang ragur sebenar' seperti di padang ragut JPV, UPM, Taman Pertanian Moden Kluang, Stesyen2 MARDI dan beberapa lagi. Padang ragut uang diuruskan oleh kumpulan penternak agak kurang kelihatan sebagai padang ragut komersil. Penyediaan tanah untuk padang ragur perlu diselesaikan sebelum menanam seperti membajak tanah, menggali sistem perparitan, kolam takungan air, jalan lkadang, pagar keliling dan sebagainya. Bagi memastikan kelembapan yang mencukupi dan sesuai perlukan untuk pencambahan atau pertumbuhan rumput pastura yang berkesan makan sistem pengairan mengunakan "Irrigator" dan "sprinkler" boleh dipasang. Ia sangat membantu untuk mendapatkan kelembapan yang baik tanpa terlalu bergantung kepada hujan. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti menanam rumput pastura berdasarkan pemerhatian dan lawatan kekawasan padang ragut di beberapa negeri.


Rumput Signal (Brachiaria decumbens) juga antara jenis rumput pastura. Dalam membuat tinjauan mengenai rumput ini penulis mendapati rumput signal tumbuh menjalar, cepat membiak dan sesuai dengan iklim yang lembab seperti di Malaysia (Sila lihat foto sebelah). Marfologi rumput ini mempunyai buku ruas pada batang dimana ia akan mengeluarkan akar dan cabang membolihkannya membiak dengan cepat. Ia tumbuh setinggi 30-50 cm dengan bentuk daunnya pendek, tirus dan tajam dihujungnya. Ia berwarna hijau dan mempunyai sedikit bulu halus. Walaupun berbunga tetapi biji benih kurang subur untuk dijadikan bahan tanaman. Cara yang paling baik untuk menanam ialah dengan keratan tunggul. Lazimnya kadar penanaman dengan biji benih ialah antara 3-5 kg/ha menggunakan benih yang bernas. Ia boleh hidup dalam keadan kemarau dan memang tidak sesuai kawasan air bertakung. Digalakkan kombinasi kekacang yang sesuai ialah dengan jenis Desmodium dan Epil-epil. Rumput ini juga agak tahan serangan serangga dan penyakit. Kajian menunjukkan hasil bahan kering ialah 14-26 tan/ha/tahun dengan kandungan protein kasar sekitar 8.5 %. Adalah disyorkan agar amalan agronomi dengan kadar pembajaan 200-400 kg N/ha/tahun. Jenis ini sesuai untuk ternakan ruminant besar dan ia tidak disyorkan pada jenis kambing dan biri-biri kerana dikatakan mengakibatkan fotosensitiviti dan jaundis. Hasil susu dari lembu yang merabut rumput campuran dengan petai belalang atau baja N ialah 6-8 kg/ekor/hari.


Rumput Setaria (Setaria sphacelata kultivar Kazungula) juga jenis rumput pastura yang boleh ditanam dinegara kita. Rumput ini dipercayai berasal dari kawasan tropika dan subtropika Afrika. Ia akan mengeluarkan anak rumpun (tillering) yang banyak dan membiak dengan mengunakan umbisi yang pendek. Ia mempunyai bentuk daunnya panjang dan tirus berwarna hijau tua dan tidak mempunyai bulu (Sila lihat foto sebelah). Ia mampu tumbuh setinggi 1.5-2.0 meter dan akan mengeluarkan bunga berbentuk seperti ekor kucing yang selalu berukuran 20-25 cm panjang, berwarna perang kehijau-hijauan. Rumput jenis ini saya dapati agak tahan terhadap serangan penyakit atau perosak. Oleh itu ia sesuai ditanam pada semua keadaan jenis tanah dan memerlukan hujan yang serdahana banyak. Ia boleh ditanam dengan mengunakan tiler berakar atau biji benih pada kadar 2-5 kg/ha. Saya dapati ia setanding dengan rumput lain dari segi mutu dan hasilnya. Pertumbuhan rumput atau respon yang baik dengan baja N amat signifikan dan ia juga tahan pada musim kemarau. Hasil bahan kering ialah 16-18 tan/ha/tahun dengan keupayaan kadar kandungan protein kasar 10.5 %. Prestasi ternakan tidak sebaik jika meragut rumput guinea tau MARDI digit dan ia dilaporkan mempunyai kandungan karbohidrat terlarut yang rendah. Daunnya yang segar mempunyai keasasidan yang tinggi dan ia juga mengandungi Asid organic yang tinggi seperti asid oksalik yang bolih memudaratkan ternakan seperti kuda. Bersambung dengan artikel Part 3 berikutnya,
Wasallam!.
RUMPUT DITANAM... JENIS PASTURA...
RUMPUT SIGNAL... MUDAH DI JAGA...
JENIS SETARIA... LASAK TUMBUHNYA...
DIPADANG RAGUT...TEMPAT DIANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Padang Ragut Taman Pertanian Moden,
Jalan Air Hitam, Kluang,
Johor, Malaysia.
(11 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...