KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, August 25, 2014

BUDU - APA HEBATNYA

Apakah dia kehebatan Budu?. Budu apa yang penulis faham merupakan makanan tradisional yang popular diKelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang baru yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Semasa penulis melawat Filipina, Thailand dan beberapa negara Asia lain terdapat makanan seperti budu dibuat dengan menjalani proses sama. Penemuan pakar  makanan tempatan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki sejenis bahan iaitu Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang masaalah kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap sebagai sejenis "makanan kampong yang kuno". Budu juga didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan dapat mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti apa yang disebut sebagai aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Artikel malam Ahad ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology"  mengenai sejenis makanan tradisional iaitu budu dan beberapa kehebatannya untuk tatapan anda.


Kini kita boleh mendapatkan beberapa laporan kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi sejenis zat antibakteria yang boleh menyebabkan cirit birit (diarrhoea). Ia juga dikaitkan dengan fungsi untuk penurunan kolestrol darah dimana ini akan mencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki khasiat dimana ia mudah untuk dihadamkan dalam perut dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang dibuat melalui proses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Apabila proses pengambilan budu sebagai makanan sampingan dijadikan amalan maka ia didakwa mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Budu juga penulis percaya dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. Kajian umum mengenai keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sejak dahulu memang telah memberikan hasill peratus kejayaan yang tinggi di Kelantan dan Terengganu. Murid-murid yang makan budu sebenarnya akan menjadi bijak kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Di universiti pun ramai orang pantai timur yang makan budu menjadi siswa juga dikonlomerat sebagai pegawai tinggi.


Mereka yang makan budu beruntung kerana khasiat turut akan bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, iaitu merupakan penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Terdapat dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu jenis vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan jenis vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti untuk vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), Asid Pantotenat, Asid Niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Kajian saintifik mendapati bahawa budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria jenis Klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin  yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Laporan juga mendapati bahawa vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (mereka yang jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, budu juga penulis dapat tahu turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Bagaimana pun penulis memang tidak suka makan budu dan cencalok sejak dulu lagi.


Analisa makmal juga mengesahkan iaitu jumlah kandungan untuk mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga didakwa mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kajian mendapati apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, USA menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipid dalam darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pengambilan bubu memang memberi kesan positif kepada peminat budu.


Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (maampu untuk menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu kajian rawak yang dijalankan oleh universiti mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan (Ini bagus untuk kesihatan). Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik dimana kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ini akan menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang diperlukan oleh National Cancer Research. Jika dibuat perbandingan antara serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain didapati serat pada budu lebih mudah untuk dihadamkan. Berdasarkan dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. Walau pun artikel ini memberikan seribu harapan, saya masih belum terbuka untuk makan budu. Diharap artikel ini dapat memberikan info saintifik kepada pembaca diadaptasi dari beberapa laporan dan penelitian penulis. Wasallam!.
NAMANYA BUDU... IA MAKANAN...
ADA DITERENGGANU..KELANTAN...
BANYAK PROTIN... ASAS IKAN...
PEMBUKA SELERA...IA DIMAKAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 305, Hotel Suria,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(28 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...