KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, August 29, 2014

MENANAM RUMPUT PASTURA (Part 4)

RUMPUT PASTURA (Pastures grass) merupakan tanaman jenis rumput untuk kegunaan haiwan ternakan yang ditanam dikawasan padang ragut. Penanaman rumput pastura sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Oleh itu adalah penting kita mengetahui taburan hujan di satu-satu kawasan sebelum penanaman rumput pastura dilakukan. Di Malaysia penanaman rumput pastura dilakukan dikawasan kebun milik penternak sendiri atau di kawasan Khas Padang Ragut yang dikhaskan oleh kerajaan. Kawasan khas padang ragur yang dikhususkan kepada penternak lazimnya diuruskan oleh kelompok penternak sendiri dikawasan yang agak luas diseluruh negara. Kawasan perlu ditanam hanya dengan rumput pastura bukannya tanaman lain yang memang tidak dibenarkan. Hanya beberapa padang ragut milik kerajaan dan Institusi sahaja di negara kita yang kelihatan 'padang ragur sebenar' seperti di padang ragut JPV, UPM, Taman Pertanian Moden Kluang, Stesyen2 MARDI dan beberapa lagi. Padang ragut uang diuruskan oleh kumpulan penternak agak kurang kelihatan sebagai padang ragut komersil. Penyediaan tanah untuk padang ragur perlu diselesaikan sebelum menanam seperti membajak tanah, menggali sistem perparitan, kolam takungan air, jalan lkadang, pagar keliling dan sebagainya. Bagi memastikan kelembapan yang mencukupi dan sesuai perlukan untuk pencambahan atau pertumbuhan rumput pastura yang berkesan makan sistem pengairan mengunakan "Irrigator" dan "sprinkler" boleh dipasang. Ia sangat membantu untuk mendapatkan kelembapan yang baik tanpa terlalu bergantung kepada hujan. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti menanam rumput pastura berdasarkan pemerhatian dan lawatan kekawasan padang ragut di beberapa negeri.

Rumput Para (Brachiaria mutica) juga antara jenis rumput pastura yang boleh ditanam untuk haiwan ternakan. Ia adalah rumput jenis menjalar dan mudah mengeluarkan akar pada setiap ruas. Penulis mendapati rumput ini mempunyai jenis daun berbulu berukuran kira-kira 30 cm panjang (Sila lihat foto disebelah). Rumput Para mempunyai sistem akarnya yang agak cetek. Lazimnua ia boleh tumbuh setinggi 2.5 m dan mudah dibiakkan dengan biji benih atau gunakan cara keratan batang. Ia adalah berasal dari Afrika tetapi amat sesuai dengan keadaan setempat dinegara kita. Mudah hidup dengan subur jika mendapat air yang banyak dan air yang mengalir seperti parit yang terdapat di negara kita. Cara pertumbuhan mudah terjejas pada musim kemarau kerana air yang sedikit tidak dapat diambil akar yang cetek. Untuk kita mendapatkan hasil yang tingi perlu sentiasa di potong atau diragut hingga paras tanah oleh haiwan ruminan. Ia tidak bagitu tahan ragutan berbanding dengan rumput signal, Bagi campuran dengan tanaman jenis kekacang yang sesuai ialah dari jenis Centro dan Puero. Kajian mendapati potensi hasil bahan kering 15-20 tan/ha/tahun (bergantung pada kesuburan tanah dan cara pengurusan). Kandungan protein kasar sekitar 8.1 % dan sesuai untuk diusahakan.


Rumput Parit (Axonopus compressus) adalah jenis rumput yang mudah kita tanam dan jumpa disekeliling rumah. Ia adalah jenis rumput yang berdaun lebar sedikit (Sila lihat foto sebelah). Tahan lasak membiak dengan mengunakan umbisi. Walau pun ia dipercayai berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan Carribean namun sebenarnya ia banyak tumbuh meliar dinegara kita dan membiak subur pada kawasan tanah liat. Ia adalah jenis paling sesuai pada kelembapan tinggi dan bagi penternak tempatan yang kurang modal dan kemahiran rumput ini disyorkan pada system menternak yang inputnya rendah. Samada dikawasan naungan atau kawasan kurang subur rumput parit ini mudah hidup walau pun tanpa memerlukan pembajaan dan jenis ini juga adalah tahan naungan. Bagaimana pun penulis menfdapati hasil bahan kering dicatitkan sekitar 6 -10 tan/ha/tahun dengan kandungan protein kasar sebanyak 7.5.%. Ia berupaya untuk mengeluarkan biji benih yang banyak dan biasanya ditanam dengan mengunakan tompokan berakar. Rumput ini lebih dikenali sebagai hiasan halaman rumah yang cantik dan kemas.

Siapa yang tidak kenal dengan jenis 
Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum) 
yang mudah kita jumpa ini. Pada saya rumput ini jenis rumput tahunan yang mempunyai stolon. Stolon dan batang rumput ini yang tegak setinggi 20-60 cm dengan mempunyai daunya tirus berukuran 4-20 cm panjang dan 5-10 cm lebar berwarna hijau terang. Rumput ini berasal dari kawasan Amerika dan hidup segar pada kawasan beriklim lembab, tanah berasid dan juga di kawasan yang bernaung. Anggaran hasil bahan kering 6-12 tan/ ha /tahun. Kandungan Protein kasar dan penghadaman in-vitronya lebih tinggi dibandingkan dengan rumput yang lain dimana kadar kandungan protein kasar sekitar 13.6 % dan sesuai untuk makanan haiwan ternakan. Demikian 4 siri mengenai menanam ruumput pastura dinegara kita yang sesuai dilakukan. Pemilihan jenis rumput yang betul dan amalan agronomi yang sesuai membolehkan hasil rumput pastura boleh digunakan untuk makanan ternakan ruminan. Wasallam!.


RUMPUT ..JENIS RUMPUT PARA...
RUMPUT PARIT..ADA MERATA...
JENIS LAIN...KERBAU NAMANYA...
MUDAH DITANAM...KENA BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Padang Ragut Lubuk Bakul,
Pagoh, Muar,
Johor, Malaysia.
(11 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...