Support My Blog

Tuesday, August 19, 2014

TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 4)

PENANAMAN BULUH TALI (Gigantochloa apus L) adalah merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman buloh tali sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda.

Nama Buluh Tali (Gigantochloa apus J.A ; J.H. Schultes Kurz) merupakan sejenis buluh tempatan yang juga seringkali diberi nama sebaga9 buluh apus, pring apus dan peri. Seperti jenis buluh lain, buluh tali akan tumbeu menegak dan berumpun dengan ketinggian mencapai 8 -30 meter. Lazimnya dilihat pada bahagian batang ia berbulu tebal dengan tahap ketebalan dinding batang sekitar 1.5 cm. Buluh ini mempunyai ketebalan pada ruas batang diantara 4 -13 cm dan panjang ruas adalah 20 - 75 cm. Ia mempunyai warna batang iaitu hijau kelabu dan cenderung kuning berkilat. Selaput atau kelopak batang berwarna coklat berbulu menutupi ruas batang (Sila lihat foto sebelah). Tempat tumbuh yang sasuai untuk buluh tali dikawasan dataran rendah atau pun dataran tinggi (tanah berbukit-bukit) sampai dengan 1m500 meter dari paras laut. Sering juga buluh ini dapat tumbuh di tanah liat berpasir.

Penanaman buluh ini sebaiknya dilakukan antara bulan Desember samapai March iaitu pada musim hujan untukk cepatkan kadar pertumbuhn awal. Anak benih boleh diambil daripada rizom pokok atau biji benih yang disemai. Jarak tanaman yang sesuai diantara 3.5 m x 3.5m dengan kadar kepadatan pokok diantara 400 - 800 pokok sehektar. Bagi meningkatkan produktivitinya maka disyorkan agar dapat diberikan baja kompos atau baja sebatian kimia. Penuaian buluh ini boleh dilakukan selepas 1-3 tahun terutama  pada musim kering (antara April sampai Oktober) pada batang yang sudah berumur lebih dari 2 tahun. Kajian dibeberapa lokasi mendapati kadar produktiviti dalam satu rumpun adalah 6 batang dimana kadar penghasilan setahun dianggarkan sekitar 1,000 batang/ha. Biasanya buluh ini sesuai untuk digunakan sebagai tanaman pagar sebagai hiasan. Batangnya juga dapat dipakai sebagai alat pemegang payung, peralatan memancing (Joran), kraftangan (rak buku), industri pulpa dan kertas serta penghalang angin kencang (wind-breaker). Semua artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.
MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH TALI.. SAYA BERCERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...