KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, August 24, 2014

UBI UWI - KENALKAN ANDA?

JENIS UBI UWI (Dioscorea spp) merupakan tumbuhan jenis umbisi yang liar terdapat dikawasan tropika termasuk di Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia dan kampong saya di Muar, Johor mereka mengatakan ubi ini sebagai 'Ubi Uwi' atau di Indonesia sebagai 'Uwi-uwian' sahaja. Dalam beberapa perbincangan saya dapati nama-nama yang sering dikaitkan dengan kumpulan ubi liar ini adalah seperti Ubi Akob atau Ubi Akub (Dioscorea orbiculata), Ubi Badak/Butung (Dioscorea alata), Ubi Cina (Dioscorea opposita), Ubi Gadong/Gadung (Dioscorea hispida), Ubi Pasir (Dioscorea penthaphylla), Ubi Tuba (Dioscorea piscatorum) dan sebagainya. Tumbuhan ini jarang dibincangkan di Malaysia kerana ia bukan daripada jenis tanaman penting dari segi umbisi. Dalam penulisan saya sebelum ini pun ramai bertanya akan jenis ubi seperti ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Walau pun kurang popular ia merupakan jenis tanaman umbisi yang telah dikomersilkan dibeberapa negara sebagai sumber makanan. Ketahanan bekalan bahan makanan yang tersedia memang sentiasa tidak cukup terutama dinegara ramai penduduknya seperti di Indonesia. Bukan semua orang ada kemampuan untuk membeli beras dan memakannya setiap hari. Terdapat ramai golongan miskin yang menggunakan tanaman ubi seperti ini sebagai makanan penting termasuk juga dibeberapa negara di benua Afrika. Oleh itu mereka akan mengambil jenis ubi liar ini atau ditanam dikawasan rumah mereka untuk dijadikan bahan makanan terutama dikawasan pendalaman (remote area). Artikel kali inji saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis ubu liar dinamakan ubi uwi (uwi-uwian) yang boleh dimakan untuk bahan bacaan anda.

Harga bahan makanan dunia semakin meningkat saban tahun menmyebabkan ada kalangan orang yang tidak mampu membelinya. Penduduk luar bandar yang menjadi petanian pindahrandah dikawasan pendalaman perlukan bahan makanan yang cukup daripada sumber disekelilingnya. Kalau kita yang tinggal dibandar besar dan bandar kecil di Malaysia pergi sahaja ke Pasaraya, Pasar Basah atau Kedai Runcit dengan duit uuntuk membeli apa juga yang dikehendakki. Mereka dipendalaman agak sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan lain-lain keperluan. Tanaman ubi uwi dikatakan satu daripada warisan yang masih relewan untuk dibincangkan. .Ketika berlaku bencana seperti banjir dan kemarau yang menjejaskan penghasilan bahan makanan, beberapa alternatif perlu difikirkan untuk penduduk dipendalaman mendapatkan bekalan makanan berasaskan tanaman saradiri dikalangan penduduk luarbandar. Tanaman makanan seperti ubi kayu, pisang, jagung, keledek, keladi, padi huma, jagung, kelapa, sayur-sayuran boleh menjamin kekurangan makanan akibat pelbagai bencana alam.  terjangkau dan tersedia. Tanaman ubi uwi (Dioscorea sp) merupakan tanaman sumber karbohidrat dan sudah dikenali lama penduduk Indonesia tetapi agak kurang di Malaysia. Uwi-uwian (Dioscorea) secara semulajadi bersifat toleran hidup dibawah naungan dan kekeringan serta boleh hidup merayap dan menghasilkan umbisi di dalam tanah. Sebagai tanaman makanan tradisional, ubi uwi juga berpotensi sebagai bahan makanan berfungsi menggantikan nasi. Umbisi Dioscorea ini mengandungi bahan lendir kental yang terdiri dari Glikoprotein dan Polisakaride yang larut air. Glikoprotein dan polisakaride ini merupakan bahan bioaktif yang berfungsi sebagai serat yang larut air dan bersifat hidrokoloid yang bermanfaat untuk menurunkan kadar glukosa darah dan kadar total kolesterol, terutama kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein).

Tanaman ubi uwi adalah tumbuh dengan melilit pada kayu keras dan lazimnya ia mula tumbuh pada musim hujan dan pada musim kemarau mulai dituai. Bagaimana pun ia sebenarnya tidak selalu ada hasil di setiap musim. Secara umum yang membezakan satu spesis dengan sub-spesis lainnya adalah arah lilitan batang, bentuk batang, ada tidaknya duri pada batang, bentuk dan jumlah helaian daun, ada atau tidaknya buah di atas atau biasa disebut “katak” atau “aerial bulbil”. Jenis ubi uwi yang masih terdapat di pasar tempatan yang saya tinjau khususnya di Pulau Jawa adalah Ubi Gadung, Ubi Gembili dan Ubi Uwi dengan nama tempatan yang pelbagai. Ubi Gadung biasanya dijual dalam bentuk keripik sedangkan ubi uwi dan ubi gembili dijual dalam bentuk umbisi masih segar. Pernah dilaporkan di Indonesia galakan menanam ubi uwi dilakukan pada tahun 1980-an ketika berlakunya krisis bekalan makanan. Kini  sebahagian besar masyarakat tempatan telah beralih makan nasi dan nahan ubi uwi semakin jarang dimakan kecuali kerepek gadung masih dijual. Tanaman ubi uwi perlu dijadikan bahan kajian untuk kegunaan lain melalui penyelidikan dan analisa makmal akan khasiat sebenar. Foto dibawah adalah beberapa varieti tanaman ubi uwii yang direkodkan dinegara jiran untuk makluman kita.

Kita di Malaysia perlu mengumpulkan pelbagai spesis ubi jenis ini di pusat pertanian atau MARDI atau FRIM untuk dijadikan pusat penyimpanan janaplasma negara. Koleksi janaplasma dari jenis ubi ini akan dijadikan sumber rujukan dimasa akan datang. Penyimpanan koleksi ini boleh menunjukkan adanya kelainan antara spesis dari segi bentuk daun, bentuk hujung daun, warna daun, warna tulang daun, warna tangkai daun, warna tepi daun, bulu pada daun dan permukaan daun. Tidak kurang pentimg adalah bentuk umbisi, warna isi dan juga kandungan setiap jenis umbisi tersebut. Dari penncirian dan marfologi batang, daun dan umbisi boleh direkod bagi spesis dari Dioscorea esculenta, Dioscorea alata dan Disoscorea hispida. Selain itu juga kajjian boleh dilakukan pada jenis umbisi seperti Dioscorea bulbifera, Dioscorea pentaphylla dan Dioscorea nummularia. Keragaman ciri tumbuhan ubi uwi ini boleh dilihat pada arah lilitan batang (searah pusingan jarum jam atau berlawanan arah jarum jam), batang ada yang berduri dan tidak berduri, bentuk dan ukuran daun beragam, serta ada tidaknya buah di atas (aerial bulbil). Tanaman ini saya fikir boleh dikategorikan sebagai tanaman nadir kerana ia semakin jarang dijumpai dalam hutan dan semakin pupus jika tidak ada usaha untuk menyimpannya. Wasallam!.

JENIS UBI... UBI UWI NAMANYA...
TUMBUH LIAR... HUTAN ADANYA...
ADA MENANAM... DI INDONESIA...
MAMBACA BLOG... KENAL DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Wonosobo, Jogjakarta DIY,
Jawa Tengah,
Indonesia.
(Lawat pada Oktober 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...