KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, August 15, 2014

ANAI-ANAI (Part 2)

ANAI-ANAI (Termites) adalah sejenis serangga berkoloni yang sering kita jumpa dari order serangga Isoptera. Anai-anai adalah merupakan jenis serangga berkoloni dengan mempunyai sarang dan membua busut diatas tanah atau didalam kayu atau dilain lokasi. Anai-anai juga adalah jenis serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah dan kayu. Anai-anai merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak. Di Malaysia terdapat tiga sahaja famili anai-anai daripada tujuh (7) famili anai-anai yang biasa ditemui iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Saya dapati hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan berkayu dan kesebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit. Anai-anai dewasa mempunyai organ pembiakan dengan sepasang kepak yang sama saiznya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga anai-anai Part 2 berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan dari pengalaman penulis sendiri untuk bahan bacaan dan rujukkan.

Bentuk badannya simpel menunjukkan bahawa anai-anai adalah jenis seranggga yang awal dalam evolusi metamorfosis berperingkat didalam dunia serangga. Walau pun marfologi bagi anai-anai sangat simpel, anai-anai sangat baik (advanced) didalam bersosial (social behaviour). Kajian terkini menunjukkan terdapat lebih dari 2,800 spesis anai-anai diseluruh dunia dengan mempunyai lebih dari 285 genera. Di Malaysia kita boleh menjumpai pelbagai jenis anai-anai didalam habitat hutan, belukar, kebun dan anai-anai yang tinggal dikawasan perumahan. Selain daripada golongan pekerja, Golongan Tentera pada anai-anai dihasilkan dari peringkat nim (Nymph), pseudergates dan juga dari kasta pekerja. Berlaku proses  metamorphosis berlaku semasa salin kulit.  Perubahan berlaku dari para=tentera dengan pembentukkan sepasang gigi besar dan kuat. Tentera ini merupakan kumpulan yang bertindak dalam mempertahankan koloninya dari serangan musuh sepeti semut dan ulat gongok. 


Pembiakan Anai-anai terjadi dengan pembentukan anai-anai berkepak (Ia akan terbit dari alates atau neotenics). Alate yang berkepak dengan sepasang mata kompoun akan dihasilkan dengan ujud sepasang kepak untuk terbang pada musim-musim tertentu (Lazimnya sebelum waktu hujan dalam suhu panas). Serangga ini akan terbang diudara menuju kekawasan baru sehingga kepaknya gugur ketanah dan ia akan jatuh diatas tanah (menjadi Dealate) dan mengawan sesama mereka dan akan membentuk sarang atau koloni baru apabila sesuai. Bagaimana pun hanya sedikit sahaja anai-anai ini yang akan berjaya membuat koloni baru sementara hampir 99% akan mati atau dimakan pemangsa. Kalau kita lihat dirumah kampong apabila anai-anai berkepak menuju kelampu terang, ia akan jatuh kelantai dan dimakn ileh cicak, memgkarong dan sebagainya. Pembiakan asas adalah dengan adanya Anai-anai Betina (Ratu) yang akan terus untuk mengeluarkan telur dengan banyak. Saiz ratu anai-anai sekitar 10 cm dengan saiznya bergantung kepada spesis dan habitat. Ratu ini kurang bergerak atau bergerak sangat perlahan dalam sarang dan tugasnya hanya bertelur sahaja sehingga beribu-ribu biji sehari. Anai-anai Jantan (the king) yang biasanya ada sebanyak satu ekor sahaja. Amat jarang ditemui ada lebih satu pasangan dalam koloni anai-anai.

Kitaran Jangkamasa Hidup anai-anai berbeza mengikut spesis, jenis dan lokasi. Contohnya anai-anai dari kawasan Subterranean akan tinggal dalam tanah sedalam 18 - 20 kaki dalam tanah untuk mengelakkan cuaca sejuk teramat sangat (extreme weather condition). Anai-anai tropika pula hidup banyak pada permukaan tanah, malah banyak yang tinggal pada bumbung rumah dan merosakkan struktur kayu pada bumbung. Di Malaysia banyak kes kerosakkan bumbung tumah teres yang runtuh atap akibat kayu gelegar atap yang reput dimakan anai-anai. Terdapat banyak syarikat-syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan kawalan anai-anai dinegara kita. Saya beberapa kali jumpa insiden fail-fail pejabat yang musnah dimakan oleh anai-anai dalam bilik fail. Apa yang cerdiknya tentang kerosakkan oleh anai-anai adalah ia hanya makan dibahagian dalam kayu atau buku sedangkan bahagian luar nampak utuh sahaja. Wasallam!.



SERANGGA ANAI-ANAI... BERKOLONI...

MEMBIAK CEPAT... RATU TERSENDIRI...
PENJANTAN SEEKOR... PRODUKTIVITI...
KAWASAN TROPIKA... HEBAT AKTIVITI...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
RnR Genting Sempah,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(24 March 2013) 
Kemaskini pada 14 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...