Support My Blog

Sunday, August 31, 2014

MADU ASLI - KENALI DIA (Part 2)

MADU LEBAH ASLI (Natural Honey Bee) yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat di pasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna. Kajian oleh Persatuan Perlebahan Kebangsaan Malaysia pernah menyatakan bahawa lebih 60% bekalan madu lebah di pasaran merupakan madu tiruan atay madu sintetik yang menjejaskan kesihatan kepada pengguna. Terlalu ramai kurang tahu dikalangan pengguna untuk kenal dan tahu diantara medu asli dengan madu tiruan yang dijual. Kalau anda kepasaraya dan melalui ruangan jualan madu lebah, saya fikir anda tidak dapat kenal sama ada madu lebah yang dibeli itu asli atau tiruan. Teknik membuat madu lebah adalah mudah dan boleh disediakan madu tiruan seakan sama dengan madu asli. Perbezaan madu lebah asli dan madu lebah tiruan adalah perlu diketahui dengan memerhatikan perkara berikut. Madu lebah campuran selalunya dikatakan mengandungi kandungan gula sukrosa yang rendah. Madu lebah sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu. Memang amat sukar untuk membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang biasa makan madu lebah asli dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu lebah tiruan. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai madu asli dan cara untuk kita mengenalinya. 


Kaedah ujian keaslian madu lebah memang menjadi tajuk yang selalu diperkatakan. Walau pun selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah tetapi tidak ramai pengguna yang tahu dan mahu mempraktikannya. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh dipertikaikan secara saintifik tetapi beberapa petua tradisional yang sering digunakan untuk menguji keaslian madu lebah memang signifikan. Mengenai madu lebah dan semut ada beberapa perkara yang perlu diketahui. Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Kehadiran serangga semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah. Jika madu disimpan dalam Peti Sejuk, lazimnya Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22% selalunya madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Petua madu dalam peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.

Jika ada pembentukan mendakan kristal pada madu maknanya madu lebah asli juga mengalami pengkristalan atau pun mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai (Sila lihat foto sebelah). Madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ iaitu secara spontan dimana ia akan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Ini kerana terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah. Apakah madu lebah asli boleh diuji dengan telur ayam?. Dalam ujian yang lazim ditunjukkan oleh penjual madu ada menunjukkan bahawa madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Caranya adalah dimana mereka akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Perluu diingatkan bahawa produk ini adalah sangat merbahaya untuk manusia dan kesihatan organ dalaman. Kajian mendapati lebih 60% madu dipaaran mungkin madu tiruan. Adalah dinasihatkan agar pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan. Daripada hendak beli madu asli yang disangka MADU LEBAH tetapi ia MADU TIRUAN yang rupanya RACUN yang sangat berbahaya kepada manusia. 

Bagaimana untuk menguji keaslian madu Lebah Asli?. Dalam banyak membuat rujukkan dan pemerhatian, penulis telah mendapati kaedah untuk menguji keaslian madu lebah sama ada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan paling tepat dijalankan di Makmal. Kaedah lain yang boleh dijadikan peua dalam mengenalpasti ujian Madu Lebah Asli adalah seperti dengan mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah. Lazimnya seorang yang biasa dengan madu lebah asli akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan Lebah Tualang (Apis dorsata) dimana rasanya agak menyengat iaitu rasa tajam dengan keasidan agak tinggi dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Pada penulis madu lebah asli yang ditenak ternak pula macam ada rasa manis sahaja dan kurang menyengat dengan aroma bergantung kepada sumber makanan. Madu daripada akasia memang lain dengan dikawasan gelam atau kawasan kelapa. Madu dari kawasan limau (Citrus sinensis) pula mempunyai aroma yang memang berbeza dengan madu daripada kawasan pokok belimbing besii (Averrhoa carambola). Teknik menggunakan api yang dilakukan dengan gunakan ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin akan hasilkan buih kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

Madu Lebah Asli atau Tiruan sebaiknya diuji melalui ujian makmal. Pengguna harus boleh memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian saintifik pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf. Ini adalah untuk memastikan pengguna  tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Pihak berwajib boleh mengambil sampel-sampel madu daripada premis atau penjual dan dibuat ujian makmal.  Walaupun madu lebah tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal tetapi ianya akan dapat dibenteras berperingkat jika ada jadual dan penguatkuasaan yang ketat berjadual. Dalam keadaan biasa mungkin kita dapat lihat ada gelang propolis atau juga pollen di bahgian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol. Seterusnya mengenai khasiat madu lebah dikatakan mamu kembalikan kekuatan badan kita seperti memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. Ia juga akan memulihkan sel-sel urat besar, menjaga dan juga mengimbangi kekuatan badan serta merangsang tenaga batin. Khasiat seterusnya madu boleh membersih dan menambah darah manusia dengan memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah. Ia akan membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih serta mampu mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. Madu lebah juga akan menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Madu amat berguna untuk diberikan kepada gulongan kanak-kanak dimana ia akan dapat membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental. Ia juga membantu menyembuh dengan segera isu cirit-birit dan dapat mengelak daripada cacing perosak dalam perut. Pada kanak-kanak juga madu akan mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. Dikalangan remaja pula khasiat madu dikaitkan dengan membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan dan menambahkan tenaha untuk bergerak aktif. Bagi wanita pula nama 'MADU" amat ditakuti dikaitkan dengan suami yang berkahwin lain atau 'dimadukan'. Bagaimana pun pengambilan madu lebah asli oleh wanita akan menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik dan mereka akan mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri. Untuk lelaki pula madu asli menjadikan ia lebih tampan dengan kekuatan asli dan akan kelihatan agak lebih muda serta menguatkan tenaga batin. Mereka yang ada masaalah kencing manis boleh ambil madu bagi menstabilkan kandungan gula dala darah atau ia akan gantikan gula kepada madu lebah. Wasallam!.


MADU LEBAH... MANA ASLINYA...

MADU TIRUAN... NAMPAK SAMA...
BANYAK KHASIAT...SUDAH CUBA...
BACA ARTIKEL...HATI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional,
Pusat Pertanian Sekayu,
Hulu Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
(29 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...