KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, August 13, 2014

CEMPEDAK - CIRI ANAKBENIH

CEMPEDAK (Artocarpus cempeden) merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika daripada keluarga Moraceae yang diketegorikan sebagai buah-buahan bermusim. Pokok Cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun (midrib) biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Pangkal daun cempedak berbentuk akut hingga obtuse manakala hujung daun kebanyakkannya berbentuk kupsidat. Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Ciri benih pokok Cempedak hampir menyerupai dengan pokok nangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun di mana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui. Terdapat beberapa varieti popular yang biasanya di tanam oleh pengusaha nurseri di Malaysia. Antaranya CH 28, CH 30 dan CH 33. Pokok chempedak lazimnya mempunyai kadar ketinggian sekitar 20 meter dimana ia bersifat tumbuh secara dahan menegak. Pokok ini mempunyai bentuk kanopi seperti bentuk 'Kon' dengan saiz ukuran helaian daun sekitar  5-25 cm (panjang) dan 2.5-12 cm (lebar). Penulis dapati purata bilangan buah cempedak sepokok sekitar 16 - 25 biji buah sepokok pada peringkat produktif. Pemerhatian juga mendapati iaitu purata ulas setiap biji buah cempedak sekitar 90 Ulas. Daripada beberapa lokasi penelitian, saya dapati anggaran potensi hasil cempedak di Malaysia adalah 6,000kg sehektar dan lazimnya kepadatan atau densiti tanaman adalah 123 pokok/ha. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa pencirian anakbenih tanaman cempedak untuk varieti Ch28, CH30 dan CH33 untuk rujukkan anda semua.


1.  CH28
Nama Varieti : Tiada (Saya siasat ia varieti Paya Jaras)
Pendaftaran varieti : 1978 (Berasal dari Selangor)
Warna Daun : Hijau Tua (Permukaan
Atas), Hijau Muda (Permukaan Bawah)
 Warna Petiol Daun : Hijau
 Permukaan Lai Daun : Licin
 Bentuk Daun : Eliptik
 Bentuk Pangkal Daun : Akut Hingga Obtuse
 Bentuk Hujung Daun : Kupsidat
 Keratan Rentas Kelengkungan Daun : Sederhana
 Kilatan Atas Permukaan Daun : Kilat
 Tunas Sisi : Sedikit
 Bahagian Bawah Urat Daun (Midrib) ,Terdapat Pubese

2.  CH30
Nama varieti : Kuang 5 
Pendaftaran  varieti : 1978 (Berasal dari Selangor)
Warna Daun : Hijau Tua (Permukaan Atas),
Hijau Muda (Permukaan Bawah)
 Warna Petiol Daun : Hijau
 Permukaan Lai Daun : Licin Dan Pudar
 Bentuk Daun : Eliptik
 Bentuk Pangkal Daun : Akut
 Keratan Rentas Kelengkungan Daun : Lemah
 Kilatan Atas Permukaan Daun :
 Tunas Sisi : Lebih banyak daripada CH 28


3.  CH33
Nama Varieti : Chin
Pendaftaran  varieti : 1989 (Berasal dari Kedah)
Warna Daun : Hijau Tua (Permukaan Atas), Hijau
Muda (Permukaan Bawah)
 Warna Petiol Daun : Hijau
 Permukaan Lai Daun : Licin Dan Berkilat
 Bentuk Daun : Eliptik
 Bentuk Pangkal Daun : Obtus
 Keratan Rentas Kelengkungan Daun : Sederhana
 Kilatan Atas Permukaan Daun : Kilat

Laporan diatas disediakan berdasarkan e-buletin Jabatan Pertanian Malaysia yang disesuaikan dengan pemerhatian dan penelitian penulis. Walau pun ada foto dipaparkan tetapi ketepatan mengenal pencirian ini  perlukan kemahiran ditapak semaian. Adalah penting bagi petani dan pihak berkepentingan memahami dan mengenali pencirian anak benih cempedak varieti popular iaitu CH28, CH30 dan CH33 dimana anda boleh merujuk kepada tulisan saya sebelum ini iaitu dengan pautan Cempedak (Sila klik disini), Cempedak clones in Malaysia (Sila klik disini), Varieti Cempedak Durian (Sila klik disini), APC-2  Alat Pembalut Putik Cempedak (Sila klik disini), Varieti Cempedak di Malaysia - Part 2 (Sila klik disini) dan Cempedak CH35 (Sila klik disini). Semuga artikel sumbangan penulis kali ini akan memberi info berguna untuk rujukan anda. Wasallam!...

BENIH CEMPEDAK... KENAL DIA...
VARIETI CH38 ... IA ISTIMEWA...
ADA KELAINAN...CH30 JUGA...
BACA ARTIKEL... NAMPAK BEZA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Plot Tanaman Cempedak,
Stesuen Pertanian Buit Goh,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(15 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...