Support My Blog

Monday, August 11, 2014

AEDES DAN DENGGI

AEDES dan DENGGI merupakan dua perkataan yang paling hangat diperkatan semenjak awal tahhun 2014 sehingga artikel ini ditulis kerana wabak tersebut amat serius menyebabkan hampir 200 kematian hingga kini. Laporan daripada beberapa Hospital Kerajaan menunjukkan sehingga tidak cukup katil untuk pesakit denggi seperti kes di Hospital Kelang kerana ramainya serangan denggi. Nyamok Aedes (Aedes aegypti) merupakan salah satu daripada 6 spesis Aedes yang boleh menyebabkan demam denggi apabila virus demam denggi disebarkan. Aedes merupakan genus nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan aktiviti manusia ke seluruh benua kecuali antartika. Namanya diperolehi daripada perkataan Yunani yang bererti "tidak menyenangkan" kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Aedes albopictus merupakan spesies yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning. Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. Tabiat nyamuk aedes yang juga dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya dimana lazimnya aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah. Ramai dikalangan penduduk dikawasan taman perumahan dan kuarters diserang dengan demam denggi dan kita akan tahu apabila anggota dari pejabat kesihatan datang kekawasan perumahan untuk membuat semburan asap (Fogging) setelah positif ada pesakit demam denggii berhampiran. Apakah kepentingan dan kaitan nyamok aedes dalam pertanian?. Pastinya jika yang demam denggi itu petani atau mereka yang terlibat dengan rantaian pertanian maka akan terjejaslah segala rantaian nilai makanan. Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai nyamok aedes dan demam denggi untuk bacaan anda semua.

Kempen Membasmi Nyamok Aedes dilakukan sepanjang tahun di Malaysia melalui pelbagaii cara. Ini kerana demam denggi berdarah disahkan menyebabkan kematian jika tidak dikawal dengan baik. Salah satu cara yang paling sering dilihat orang ramai berkaitan dengan kawalan nyamok aedes adalah aktiviti mengasap (fogging) dikawasan yang ada kes serangan denggi (Sila lihat foto disebelah). Tempat pembiakan nyamuk aedes boleh berlaku didalam rumah, Akuarium, Perangkap semut, Pasu Bunga, Timba, Tempayan, Kolam (kolah) mandi, Tempat air peti sejuk, Luar Rumah, Tayar buruk, Tempurung kelapa, Botol atau gelas pecah yang mengandungi air, Salur air hujan, Tempayan, Pokok Pisang, Pokok Keladi, Longkang yang tersekat dan akhirnya falam tngki septik (terdedah). Teknik untuk pencegahan pembiakan nyamuk aedes dengan selalu menyalin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru. Sebaiknya buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Selalu memeriksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir. Cara lain adalah dengan memasukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali


Bagi mereka yang masih menganggap penyakit bawaan nyamuk aedes iaitu denggi satu penyakit boleh dirawat, buang segera tanggapan itu. Ini adalah disebabkan sehingga hari ini belum ada vaksin yang benar-benar mampu untuk menyembuhkan penyakit tersebut secara menyeluruh. Lebih membimbangkan ia mampu menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Maknanya mereka tiak mengambil berat tentang bahaya penyakit ini. Senario ini berlaku kerana masyarakat berfikir demam denggi ada penawar dan beranggapan kawasan rumah mereka sudah cukup bersih dan jauh daripada nyamuk aedes.Peningkatan kes denggi yang semakin menjadi-jadi menimbulkan kebimbangan semua pihak biarpun pelbagai usaha dilakukan untuk mengawal penularan penyakit berkenaan. Bagaimanapun, mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang masih belum sedar tentang bahaya penyakit denggi dan tidak mengetahui langkah bagi menghapuskan nyamuk aedes. Seseorang individu itu boleh mengalami demam denggi disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk aedes. Kitaran hidup nyamuk aedes mengambil masa hanya selama seminggu bermula daripada telur kepada jentik-jentik hingga menjadi nyamuk dewasa. Terdapat empat jenis virus denggi iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4 dan jangkitan oleh satu jenis virus mungkin menghasilkan perlindungan terhadap virus tersebut.

Jika dijangkiti semula dengan virus jenis lain, orang itu akan mengalami jangkitan demam denggi yang lebih teruk iaitu demam denggi berdarah. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk demam denggi atau demam denggi berdarah dan rawatan sokongan dengan cecair intravena serta pemantauan ujian darah mampu mengurangkan komplikasi manakala vaksin untuk mencegah demam denggi masih dalam peringkat ujian sehingga boleh diperolehi. Untuk itu, cara terbaik bagi memusnahkan nyamuk aedes ialah dengan menghapuskan tempat pembiakannya iaitu meluangkan masa mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes, sekali gus menghentikan kitaran berbahaya nyamuk itu. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah cari dan musnahkan tempat pembiakan sekali seminggu dengan membersihkan dulang pasu tanaman dan pasu bunga, memastikan tiada takungan air dalam tayar-tayar lama serta lipatan helaian plastik. Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar olehnyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai jenis-jenis serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedesaegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

DEMAM DENGGI akan bermula dengan tanda demam mengejut dengan sakit kepala teruk diikuti dengan sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan rasa gatal-gatal. Antara ciri-ciri keradangan demam denggi adalah keluar bintik-bintik merah terang dimana biasanya muncul di anggota bahagian bawah iaitu pada sesetengah pesakit ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh (Sila lihat rajah disebelah). Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Ada kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes-kes luarbiasa berlaku radang otot jantung (cardiomyopathy). Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya) kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan. Dalam kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Dalam banyak kes diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan seperti timbul bintik-bintik gatal dengan tanda seperti thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia. Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal. Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu atau mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari. Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.

Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan cara pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan akibat peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991. Di Singapura, terdapat 4,000-5,000 kes dilaporkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1,000 kes. Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus. Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk. Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu menghapuskan aedes dewasa dengan mudah. Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting. WASALLAM!


NAMOK AEDES....PENYEBAR UTAMA...
VIRUS DENGGI... BERADA DALAMNYA...
NYAMOK GIGIT... VIRUS SERANGNYA...
HAPUSKAN AEDES...HIDUP GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(7 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...