KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, August 10, 2014

NYAMOK TOXO KAWAL AEDES

Penggunaan Nyamuk Toxorhynchites atau ‘Nyamuk Gajah’ telah dikenalpasti mampu digunakan untuk membasmi wabak denggi telah menunjukkan hasil yang positif. Ini kerana jentik-jentik nyamik jenis ini akan memakan jentik-jentik nyamok aedes dalam takungan air pembiakan dengan berkesan. Nyamok Gajah atau aya lebih kenal dikampong dengan Nyamok Kambing memang bersaiz agak besar dan ia akan mengigit kita dan menghisap darah dengan rasa sakit dan gatal tanpa segan silu dan mudah dipukul sehingga mati. Penternak kambing akan memesang unggun api dibawan kandang kambing untuk mengelakkan serangan nyamuk jenis ini yang suka makan darah untuk proses bertelur bagi nyamok betina. Beberapa pakar dan saintis tempatan telah membuat kajian akan keberkesanan nyamuk toxorhtchites (atau mudah dipanggil dengan nyamok 'toxo' sahaja) untuk mengawal populasi nyamok aedes yang membawa masaalah kesihatan. Nyamok toxo ini mempunyai saiz badan besar berwarna hitam pekat dengan ada jalur bintik keputihan dibahagian abdomen. Penulis melihat nyamok toxo mempunyai sesungut yang berbulu tebal dilihat dengan nyata (Sila lihat foto diatas). Dalam membuat rujukan, penulis mendapat info satu kesan iaitu berlaku 'penurunan ketara' kes demam denggi telah dilaporkan di tapak kajian pertama untuk inovasi kawalan pembiakan Aedes ini. Jentik-jentik nyamok toxo akan makan jentik-jentik nyamok aedes dalam air dan ini mampu mengurangkan populasi nyamok aedes. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kawalan biologi nyamok aedes menggunakan nyamok toxorrhychites untuk bahan rujukan anda semua.

Kajian di makmal menunjukkan bahawa jentik-jentik nyamok gajah bersaiz lebih besar daripada jentik-jentik nyamok aedes dalam takungan air dan ia akan memakannya (Sila lihat foto sebelah). Dalam beberapa kajian di tapak kajian pertama untuk projek ini iaitu Kampung Sri Aman, Subang telah dilaporkan tiada kes denggi dilaporkan daripada Ogos 2012 hingga Julai 2013 iaitu semenjak projek ini dimulakan pada Jun 2011. Maklumat ini selepas sebanyak lima kali program pelepasan nyamuk Toxo telah dijalankan di Kampung Sri Aman iaitu pada Oktober 2011, Januari 2012, Julai 2012, Mac 2013 dan Julai 2013. Jentik-jentik nyamuk Toxo bertindak memakan jentik-jentik nyamuk Aedes sekaligus mampu untuk mengurangkan pembiakan pembawa demam denggi yang merbahaya ini. Kerajaan berharap program Toxo dapat terus membantu mengurangkan kejadian kes denggi di kawasan sasaran terutama yang selalu ada kes denggi. Kawasan saaran seperti di bawah MPSJ menunjukkan peningkatan kes denggi sebanyak hampir 900% pada 2014. Terdapat sebanyak 1,646 sehingga 22 Februari 2014 dibanding dengan tahun sebelumnya bagi tempoh yang sama iaitu 168 kes bagi tahun 2013 dan 161 kes bagi tahun 2012. Daripada 1,646 kes demam denggi atau demam denggi berdarah yang dilaporkan itu sebanyak 1,298 kes daripadanya adalah kes positif dengan melibatkan 38 kawasanhotspot.

Tindakan yang diambil adalah selaras dengan Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu pemeriksaan ‘cari dan musnah’ serta aktiviti menjalankan pengwasapan dan membunuh jentik-jentik menggunakan kaedah larvaciding dengan bahan kimia dan agen biologi. Program kesedaran dan kempen anti denggi dengan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti dengan menjalankan pemantauan dan penutupan tapak binaan aktif yang didapati membiak nyamuk aedes, dan bertemu dengan wakil-wakil penduduk untuk menjalankan aktiviti gotong-royong dan hebahan kesedaran kepada peduduk. Pengawalan wabak demam denggi memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kerjasama penduduk masih rendah dalam memberi kerjasama semasa pemeriksaan pembiakan aedes dan pengwasapan dijalankan. Semua pihak perlu lebih peka dan tidak lalai untuk memastikan kawasan rumah terutama halaman rumah bebas daripada tempat-tempat berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Kini pendekatan biologi iaitu pembiakan nyamuk toxorhychites (Toxo) dan penggunaan racun serangga adalah langkah yang boleh diambil untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi. Hasil kajian di USM Pulau Pinang menunjukkan bahawa jentik-jentik Toxo atau lebih dikenali sebagai nyamuk gajah adalah pemangsa yang memakan jentik-jentik aedes dan nyamuk culex. Toxo boleh dibiakkan di kawasan populasi aedes seperti hutan dan taman, selain bekas-bekas yang menakung air tanpa memerlukan kos atau penggunaan teknologi canggih. Nyamuk Toxo juga tidak menghisap darah manusia apabila mencapai usia dewasa sebaliknya makanan utama serangga tersebut ialah madu bunga. Namun untuk mencegah aedes dan denggi secara keseluruhan kita perlu menggunakan kombinasi racun serangga seperti yang biasa dipakai. Peringkat pembesaran jentik-jentik Toxo memakan masa sehingga sebulan tetapi kalau sudah biasa dengan sesuatu persekitaran, nyamuk itu akan terus membiak dan boleh digunakan sebagai ejen kawalan bersama racun serangga yang diggunakan. Langkah pencegahan yang boleh diambil ekoran peningkatan jumlah kes denggi yang dilaporkan untuk dua bulan pertama tahun ini kepada 18,047 kes berbanding hanya 4,250 untuk tempoh sama tahun lalu.

Nyamuk jenis toxorhynchites (toxo) dikenal pasti sebagai kaedah baru mengawal demam denggi termasuk membunuh agen pembawanya iaitu nyamuk aedes. Pengarah Kesihatan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dr. Ruslan Mohamed Hussin berkata, nyamuk berkenaan merupakan nyamuk asli yang terdapat di hutan mampu mengurangkan dan seterusnya menghapuskan kewujudan nyamuk aedes. “Kajian dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Bank CIMB mendapati nyamuk berkenaan boleh mengurangkan populasi aedes dengan jentik-jentik toxo bertindak memakan jentik-jentik aedes. “Pada peringkat awal, sebanyak 400 ekor toxo dilepaskan di dua kawasan iaitu di USJ 1 dan Kampung Sri Aman, Puchong di Selangor sebagai percubaan. “Selepas nyamuk berkenaan dilepaskan, pembiakan nyamuk aedes didapati semakin berkurangan termasuk kawasan pembinaan terbengkalai di USJ 1 yang sedang dibangunkan semula,” kata beliau. Penggunaan nyamuk toxo yang dibiakkan di USM itu merupakan satu kaedah yang dilakukan MPSJ dalam usaha mengurangkan kes demam denggi yang ia menurun dengan ketara sebanyak 70 peratus. Wasallam!.
NYAMOK TOXO... GAJAH NAMANYA...
SAIZ BESAR.... GELAP SAHAJA...
JENTIK-JENTIK...AEDES DIMAKANNYA..
KAWALAN BIOLOGI... TEKNOLOGINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(12 Syawal 1435H)
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...