Support My Blog

Thursday, August 14, 2014

ANAI-ANAI (Part 1)


ANAI-ANAI (Termites) adalah sejenis serangga berkoloni yang sering kita jumpa dari order serangga Isoptera. Saya sering jumpa rantaian anai-anai yang berjalan dikawasan kebun getah dikampong dahulu dengan susunan yang agak panjang. Anai-anai adalah merupakan serangga berkoloni dengan mempunyai sarang dan membua busut diatas tanah atau didalam kayu atau dilain lokasi. Anai-anai adalah jenis serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah dan kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak. Di Malaysia terdapat tiga famili anai-anai daripada 7 famili yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Saya dapati hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan berkayu dan kesebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit. Anai-anai dewasa mempunyai organ pembiakan dengan sepasang kepak yang sama saiznya. Bentuk badannya simpel menunjukkan bahawa anai-anai adalah jenis seranggga yang awal dalam evolusi metamorfosis berperingkat didalam dunia serangga. Walau pun marfologi bagi anai-anai sangat simpel, anai-anai sangat baik (advanced) didalam bersosial (social behaviour). Kajian terkini menunjukkan terdapat lebih dari 2,800 spesis anai-anai diseluruh dunia dengan mempunyai lebih dari 285 genera. Di Malaysia kita boleh menjumpai pelbagai jenis anai-anai didalam habitat hutan, belukar, kebun dan anai-anai yang tinggal dikawasan perumahan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga anai-anai berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan dari pengalaman penulis sendiri untuk bahan bacaan dan rujukkan,


Keujudan koloni anai-anai disekeliling kita merupakan satu ancaman kepada kita. Kawasan Tropika seperti di negara kita lebih terancam kerana keadaan yang mengizinkan anai-anai membiak sepanjang tahun terutama dikawasan perumahan, rumah kayu dan juga harta berasaskan kayu. Sepeeti beberapa jenis serangga lain iaitu Semut, Kerengga, Lebah dan Tebuan , anai-anai mempunyai koloni bersosial sehingga bersaiz besar. Proses bersosial bermula daripada bertelur oleh Ratu sehingga penjagaan anak (brood) dan dewasa oleh anai-anai pekerja yang mempunyai kitaran kehidupan mudah (Lihat foto sebelah). Bilangan koloni yang besar mempunyai semua peringkat generasi kehidupan daripada telur, brood sehingga anai-anai dewasa. Anai-anai dewasa mempunyai 3 klasifikasi iaitu Anai-anai Pekerja, Anai-anai Betina (Ratu) dan jugan Anai-anai Jantan. Bagaimana pun proses dari peringkat brood akan berlaku mengikut kasta tersendiri apabila dewasa. Proses kitaran hidup anai-anai tidak seperti serangga lain dimana kejadian peringkat mengikut laluan (pathway) tersendiri. Ia bermula dengan TELUR (EGG), NIM (NYMPH), TENTERA (ARMY), PEKERJA (WORKERS), ANAI-ANAI TERBANG (FLYING TERMITE) and DEWASA (ADULT). Kesemua kumpulan kasta anai-anai ini memainkan peranan masing-masing dengan cekap.

KELUARGA koloni anai-anai yang hidup berkoloni sering disalahertikan sebagai satu serangga bersosial yang sama. Anai-anai merupakan serangga serupa atau Seragam (Monogamous) dan ia juga merupakan paling unik didunia dalam habitat berkoloni. Sebaik sahaja telurnya menetas, ia boleh menjadi 3 jenis kasta yang bergantung kepada cara pemberian makanan kepada larva dan faktur disekelilingnya oleh pekerja. Sebaik sahaja larva menjadi dewasa ia boleh jadi 3 kasta yang menjalankan tugasan yang berbeza-beza. Sebenarnya kita boleh lihat 3 jenis kasta serangga anai-anai dewasa yang bergerak aktif iaitu PEKERJA (Workers), TENTERA (Soldiers) dan juga PEMBIAK (Swarmers) seperti rajah sebelah. Kasta Anai-anai pekerja mempunyai saiz badan dengan kepala besar berserta abdomen yang membesar dan 3 pasang kaki. Ada sepasang sesungut dan gigi dibahagian kepala. Kehebatan yang ujud pada gigi anai-anai dimana ia mampu mengigit kayu keras dengan bantuan cecair yang melembutkan bahan kayu untuk dimakan. Itu yang membolehkan anai-anai mengigit kayu, kertas, bahan organik keras lain sehingga tinggal kulit kayu sahaja. Jika anai-anai mekan tiang atau gelegar rumah lazimnya tanda serangan tidak kelihatan merosakkan kayu sehingga hanya tinggal kulit sahaja dan didalamnya sudah habid dimakan. Lazimnya akan ada reja-reja dikawasan serangan jika dibuat penelitian.


Anai-anai Pekerja (Workers) merupakan komponen utama dengan bilangan terbanyak dalam koloni anai-anai. Ia mempunyai 3 pasang kaki yang mampu bergerak dengan pantas dan sepasang gigi bagi mengigit makanan serta apa juga untuk dibawa kedalam sarang. Ia juga mampu mengorek lubang dalam tanah atau kayu untuk dijadikan sarang bagi koloni anai-anai. Kecekapan anai-anai pekerja dalam mencari sumber makanan, mencari sumber air , membina sarang dan membaiki sarang yang rosak amat mengkagumkan. Kumpulan pekerja paling banyak didalam satu koloni anai-anai dan terlibat dalam banyak aktiviti dalam koloni tersebut. Anai-anai pekerja juga yang memberi makan kepada ratu anai-aai dan juga lmenjaga telur dan memberi makan kepada larva. Bersambung Anai-anai - Part 2.



KOLONI.. ANAI-ANAI NAMANYA...
3 KASTA.... ADA PERANANNYA...
PEKERJA... RAJIN USAHANYA...
TENTERA...JAGA SARANGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Istana, 
Air Keroh,
Melaka , 
Malaysia.
(9 Rabiul akhir 1433H)    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...