Support My Blog

Tuesday, September 16, 2014

KELULUT - Trigona itama

KELULUT (Trigona sp) merupakan sejenis serangga kecil kumpulan lebah yang berwarna gelap dan lazimnya tidak menyengat. Lebah kelulut atau kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu walau pun saiznya serangga ini kecil. Diseluruh dunia serangga ini dikatakan mempunyai hampir 500 spesis bergantung kepada lokalti dan cuaca persekitaran. Penulis mendapati bahawa lebah kini menjadi popular seperti 'goreng pisang panas' apabila promosi dilakukan oleh usahawan muda. Banyak kursus dan kempen memelihara kelulut walau pun ko permulaan untuk menyediakan kotak kelulut dan koloni kelulut agak tinggi . Kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia daripada kawasan seperti di Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika benua Amerika. Bagaimana pun di Malaysia kelulut tempatan memang telah ujud semenjak dulu kala tanpa diminati oleh penduduk dikampong. Peranan kelulut sebagai serangga pendebunga yang signifikan untuk bunga buah-buahan dan tumbuhan lain kurang diperkatakan secara khusus. Artikel malam Hari Malaysia ini (16 September 2014) ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mempaparkan mengenai beberapa kelulut Trigona itama untuk dijadikan bahan bacaan. 

Trigona itama

Jenis kelulut Trigona itama lazimnya akan membuat sarang pada batang dan tunggul kayu. Ramai dikalangan kita kini telah tahu bahawa madu kelulut ini boleh dimakan dengan khasiat yang tinggi. Serangga jenis lebah ini menjalankan aktiviti pendebungaan tanaman buah-buahan, bunga dan rumpai yang terdapat dipersekitaran sarangnya. Sarangnya dalam lubang atau kayu dengan dilindungi oleh lapisan dinamakan lapisan propolis. Kelulut ini adalah agak sama dengan spesis lebah bersengat tetapi jauh lebih kecil (Sila lihat foto sebelah). Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang mana semuanya mempunyai ruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga ia mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangat lebar. Matanya adalah mirip mata belalang iaitu ia mempunyai sepasang antena dengan mulut muncung yang agak panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang dimana sayap ini yang membuatkannya dapat bergerak terbang bebas dengan lincah diudara. 



Kelulut jenis Trogana itama ini kecil sedikit dari t. thoracica dengan keseluruhan warna badannya adalah coklat kehitaman (Sila anda lihat foto disebelah). Cara ia terbang keluar dari sarang agak berbeza dengan cara terbang perlahan mendatar (lateral) berbanding dengan cara terbang Trigona thoracica yang terbang arah meninggi dan lebih laju lagi. Pergerakan koloni atau kelulut spesis ini perlahan sedikit dan lambat sedikit mengumpulkan madu berbanding thoracica. Bagaimana pun spesis ini lebih tahan lazak, tidak mudak diserang musuh dan lebih rajin secara umumnya. Dari segi pembiakan pula, T. itama sama seperti spesis lain boleh dibiakkan dengan teknologi yang betul. Harga koloni T. itama dalam batang kayu atau bersama haif sekitar RM1,000 satu unit dan memang harga tersebut stabil. Bagaimana pun untuk mendapatkan koloni baru T. itama daripada batang kayu yang perlu dibelah dan dialihkan kedalam sarang haif baru memerlukan kemahiran khusus. Madunya agak masam berbanding dengan madu dari lebah madu dan kandungan airnya rendah. Penulis lebih berminat menternak T. itama walau pun ianya dikatakan agak lambat menghasilkan madu tetapi ianya mudah diternak dan praktikal. Bagaimana pun faktur penentu kejayaan menternak kelulut adalah ilmu pengetahuan lengkap, tahap kerajinan tinggi, minat yang mendalam dan pengurusan yang bail selain daripada koloni yang bagus.


Dalam membincangkan mengenai kelulut, ramai bertanya adakah lebah kelulut mempunyai SENGAT?. Kelulut tidak mempunyai sengat kerana ia dikategorikan sebagai “stingless bee” atau ia jenis lebah yang tidak bersengat dan tidak membahayakan orang lain. Dilaporkan di Malaysia terdapat 32 spesis telah ditemui dan iaitu jenis lebah kelulut yang  sangat sesuai diternak di negara beriklim Khatulistiwa. Lebah Kelulut dalam kategori Lebah seperti yang disebutkan dalam Al-Quran kerana ia sama dalam keluarga Lebah (APIDEA). Ia adalah jenis serangga yang memakan nektar dan debunga seperti yang disebutkan dalam Al-Quran. Mereka yang ingin mulakan menternak kelulut perlu berkursus dahulu seperti kursus Kelulut yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian. Kurusu anjuran pihak swasta mengenai kelulut juga banyak ditawarkan dengan kenaan bayaran. Kursus kelulut lazimnya secara teori dan amalan hands-on dalam tempoh tertentu. Modal Awal menternak lebah kelulut hanya perlu beli batang kayu atau yang dah siap masuk dalam kotak sahaja. Anggaran hargakoloni dalam sarang lngkungan RM200 - RM300 (untuk batang kayu) atau yang dalam kotak siap (RM500- 1,000) bergantung kepada keadaan. Jika anda berminat pastikan boleh dapatkan bekalan dari orang yang dipercayai dan berpengalaman serta berkepakaran.


Menternak kelulut tidak seperti lebah madu dimana ia tidak perlu diberi makan setiap hari seperti ternakan ruminan (Lembu, Kambing, Arnab) atau jenis unggas (Ayam, itek) dan ternakan ikan.Oleh itu ramai akan setuju bahawa industri ini memang JIMAT KOS OPERASI. Apa yang dijalankan adalah kita cuma perlu sekali menaam beberapa jenis tanaman yang mempunyai Nektar (Manisan) dan Polen (Debunga) utk dijadikan sumber makanananya seperti pokok belimbing, kelapa, honolulu creepers, rumput israel meletakkan dengan hutan akasia atau hutan gelam. Pengurusan ternakan kelulut ini sangat minimum berbanding haiwan ternakan lain disebabkan tidak perlu diberi makan, hanya perlu perhatikan keadaannya bebas dari serangga perosak, kulat, kemasukan hujan dan terlampau panas. Ia sangat sesuai untuk aktiviti perlebahan yang dijalankan secara separuh masa (PART TIME). Sebenarnya anda hanya boleh berada atau tinggalkan ladang atau rumah sewaktu ingin pergi berkerja atau bercuti.


Adakah menternak kelulut memberikan pulangan dan bagaimana dengan hasil dan pendapatan?. Kajian penulis mendapati ada yang mengatakan hasil madu mencecah 5kg walau pun kita perlu berhati-hati dengan laporan tersebut. Kita perlu berhati kerana telah ramai yang jenis mata duitan suka guna angka yang dapat menyakinkan anda membeli koloni kelulutnya. Jika kita tidak teliiti, cuba sama-sama kira bagaimana jualan koloni kelulut menghasilkan sebanyak 5kg dan dikalikan dengan RM240 menjadi jumlah RM1,200 satu koloni. Kemudian kira jika semua sudah berhasil dimana jika 50 koloni berhasil, kia sahajalah duitnya ehingga ia tidak rasional. Realitinya hasil madu hanya dalam 200-600gram waktu musim biasa dan 800-1.8kg waktu musim bunga secara purata dengan pengurusan yang baik. Jika ada mula dengan saiz kecil-kecilan sebanyak 50 koloni x 400gram (ambil hasil purata penternak dapat) maka hasilp pendapatan adalah 20kg x rm240 = RM4,800/bulan dan ia amat sangat bergantung pd sumber makanan. Kajian mendapati harga pasaran runcit madu kelulut RM240/kilo dimana ia adalah hampir 3 kali ganda lebih mahal daripada madu lebah biasa. Diharap artikel ini menambah ilmu kita. Wasallam!.

LEBAH KELULUT...JENIS ITAMA...
BERWARNA HITAM...KECIL SAHAJA...
MENGUMPUL MADU...MACAM MANA...
DI MAKAN...BANYAK KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek  Ternakan Lebah dan Kelulut,
Kg Tambak Paya, Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(18 Zulkaedah 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...