Support My Blog

Showing posts with label LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK. Show all posts
Showing posts with label LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 6)

TERNAKAN LEBAH MADU (Honey Bee) merupakan satu akiviti yang agak kurang diberi perhatian oleh usahawan muda di Malaysia. Lebah Madu merupakan serangga hidupan yang terbang dan bersarang di lokasi khusus sama ada diternak atau lebah liar dihutan. Kajian penulis mendapati di Malaysia terdapat seramai 730 orang usahawan lebah madu yang aktif didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia sebagai satu sumber rujukkan yang berguna. Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu dan melibatkan sebanyak 23,385 kotak haif (Laporan dari Jabatan Pertanian 2013). Lebah adalah sekelompok besar serangga yang dikenali ramai dimana ia bersosial dan berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah adalah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae (ordo Hymenoptera). Apa yang saya belajar, lebah merupakan serangga yang menghasilkan madu dan produk-produk lain berasaskan lebah yang telah lama dikenali manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di lubang-lubang pokok serta tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan seperti royal jelly, pollen, lilin dan sebagainya. Selanjutnya manusia mulai menternak lebah madu secara komersil dengan memakai gelodog kayu dan pada masa ini menggunakan Haif Lebah iaitu sistem berpusat. Di Malaysia teknik menternak lebah secara komersil masih pada tahap belum matang kerana masih sedikit usahawan yang berkecimpong menternak lebah madu secara komersil berbanding dengan negara lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai temuan teknologi menternak lebah madu untuk rujukan dan bacaan anda.


Siri terakhir dalam teknologi menternak lebah adalah teknologi menuai hasil dan produk lebah madu. Dari awal penulis ada nyatakan hasil utama lebah madu adalah MADUMadu merupakan hasil utama dari lebah yang banyak khasiat dan mempunyai nilai ekonomi tinggi. Sementara itu jika diuruskan dengan baik, ada hasil tambahan dari penternakan lebah madu iaitu royal jelly (susu ratu), pollen (debunga), lilin lebah (wax), propolis (perekat lebah) dan sebagainya. Proses pengambilan madu boleh dilaksanakan pada 1-2 minggu setelah musim bunga yang banyak. Ciri-ciri madu siap dituai adalah dimana lubang kom pada bingkai (Haif super) telah tertutup oleh lapisan lilin tipis warna krim putih. Bingkai yang akan dituai diperiksa dimana jika madu telah banyak dan ditutup dikeluarkan dari haif. Alihkan lebah pekerja yang masih berada pada bingkai dengan mengetukan pada haif. Lapisan lilin ini perlu dipotong dengan pisau tajam dan akan kelihatan madu lebah didalamnya. Ia akan disusun dalam pengempar madu (extractor) beberapa frame. Biasanya frame tersebut bersih dan tidak ada kekotoran.


Apabila frame yang mengandungi madu lebah sudah dipotong penutupnya, ia disusun dalam lubang dalan pengempar madu. Kemudian pusingkan pengempar madu dengan tangan sehingga semua madu perkeluar dari dalam kom lebah. Madu tersebut akan berkumpul dibawah bahagian pengempar madu dan kemudian dikeluarkan melalui paip. Tapis madu dengan menggunakan penapis plastik untuk membuang segala kekotoran pada madu yang dikeluarkan daripada pengempar madu. Antara kotoran termasuk larva lebah, lebah dewasa, serpihan lilin kom lebah dan kekotoran lain. Madu yang ditapis ini sebaiknya disimpan dalam suhu bilik beberapa jam untuk menghilangkan gelembung udara. Proses seterusnya adalah proses pembotolan madu lebah sebelum dipasarkan. Sebaiknya botol kaca digunakan untuk kekalkan kualiti madu yang tahan lebih lama berbanding dengan bahan botol jenis plastik. Pastikan botol dalam keadan hygenik atau bersih semasa proses memasukkan madu kedalam botol. Cara masuk masuk madu kedalam botol adalah mengalir melalui tebing botol dan elakkan ia menitik untuk kurangkan masaalah buih.  Tutup botol dengan kuat dan lekatkan label yang mengandungi maklumat lengkap. Simpan botol madu pada suhu bilik sebelum dijual. Pengemasan madu perlu dilakukan dengan baik untuk membolehkan hasil madu kita selamat dimakan, berkualiti dan mengandungi khasiat yang tidak diragukan. 

Madu lebah yang asli mempunyai permintaan tinggi dikalangan rakyat Malaysia. Tempat jualan madu lebah lazimnya ada dua kategori iaitu Jualan Produk Madu di premis yang sering dikunjungi seperti Pasaraya, Mini-Mart, Kedai Runcit dan juga jualan madu lebah secara tradisional. Jualan secara tradisional lazim dilakukan dikawasan penternakan lebah, pusat pelancongan, pasar malam, pasar tani, kaki lima dan juga jualan terus dari rumah kerumah atau melalui internet. Madu lebah yang diimpot banyak dijual dengan pembungkusan menarik seperti jenia CAPILANO (Sila lihat foto disebelah). Beberapa produk madu lebah yang disusun diatas rak-rak di Hypermarket kebanyakannya adalah madu yang diimpot. Pastikan anda membeli madu lebah asli kerana dipasaran dikatakan lebih 60% bekalan adalah dipercayai dari madu tiruan. Membuat madu tiruan ini pelbagai cara daripada menggunakan lebah madu asli atau membuat campuran dari bahan kimia. Semuga anda mendapat banyak info berguna membaca 6 siri tenologi menternak lebah yang saya tulis dan posting untuk seminggu ini. Wasallam!. 
MENTERNAK LEBAH...MINAT UTAMA...
ADA KURSUS... DAPATKAN ILMUNYA...
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
CARI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional,
Parit Botak, Senggarang,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1435H) 

Monday, September 15, 2014

LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 5)

TERNAKAN LEBAH MADU (Honey Bee) merupakan satu akiviti yang agak kurang diberi perhatian oleh usahawan muda di Malaysia. Lebah Madu merupakan serangga hidupan yang terbang dan bersarang di lokasi khusus sama ada diternak atau lebah liar dihutan. Kajian penulis mendapati di Malaysia terdapat seramai 730 orang usahawan lebah madu yang aktif didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia sebagai satu sumber rujukkan yang berguna. Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu dan melibatkan sebanyak 23,385 kotak haif (Laporan dari Jabatan Pertanian 2013). Lebah adalah sekelompok besar serangga yang dikenali ramai dimana ia bersosial dan berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah adalah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae (ordo Hymenoptera). Apa yang saya belajar, lebah merupakan serangga yang menghasilkan madu dan produk-produk lain berasaskan lebah yang telah lama dikenali manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di lubang-lubang pokok serta tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga boleh menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan seperti produk royal jelly, pollen, lilin dan sebagainya. Selanjutnya manusia mulai menternak lebah madu secara komersil dengan memakai gelodog kayu dan pada masa ini menggunakan Haif Lebah iaitu sistem berpusat. Di Malaysia teknik menternak lebah secara komersil masih pada tahap belum matang kerana masih sedikit usahawan yang berkecimpong menternak lebah madu secara komersil berbanding dengan negara lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai temuan teknologi menternak lebah madu untuk rujukan dan bacaan anda.


Pengurusan Penyakit Lebah Madu perlu dijalankan bagi mempastikan koloni lebah sentiasa banyak dan aktif. Antara jenis Penyakit Lebah di kawasan tropika adalah seperti Foulbrood, Sacbrood, Chalkbrood, Stonebrood, Adled brood, Acarine dan Nosema. Saya memang dengar agak pelik jenis-jenis nama penyakit ini tidak seperti penyakit pada tanaman. Asas kepada atasi masaalah penyakit pada koloni lebah adalah tahap kebersihan dalam haif lebah. Penyakit seperti 'Foul Brood' yang menyerang mempunyai dua jenis iaitu American Foul Brood disebabkan oleh Bacillus spp pada larva dan Penyakit European Foul Brood yang juga disebabkan oleh patogen Streptococcus pluton. Penyakit ini menyerang dibahagian kom pada bingkai lebah terutama pada kawasan yang basah atau lembap. Jenis Penyakit Chalk Brood pula disebabkan oleh kulat iaitu Pericustis apis. Kulat ini selalu tumbuh pada kom sel dimana ia akan terus menutup sel sehingga larva didalam sel kom akan mati. Penyakit Stone Brood pula disebabkan oleh sejenis kulat jenis Aspergillus flavus dan Aspergillus fumigatus. Tempat sel larva yang diserang akan berubah menjadi seperti batu yg keras. Penyakit Addled Brood adalah disebabkan oleh telur ratu yang cacat dari awal penghasilan telur oleh lebah ratu. Seterusnya adalah jenis Penyakit Acarine yang disebabkan oleh sejenis kutu dinamakan dengan Acarapis woodi yang hidup dalam tengkorok lebah sehingga boleh menyebabkan lebah mengalami kesukaran untuk ia terbang. Jenis Penyakit Nosema atau Amoeba ini pula disebabkan oleh Nosema apis  yang hidup didalam perut Lebah iaitu bersama sejenis parasit dikenali sebagai Malpighamoeba mellificae yang hidup dalam sistem pembuluh lebah dan akan menuju usus dan menyebabkan kematian lebah. 


Perosak yang menyerang lebah madu pula terdiri daripada jenis serangga dan haiwan lain. Paling besar adalah beruang yang tinggal dihutan akasia dan ia akan makan madu dari dalam haif lebah. Seterusnya serangan burung berek merupakan ancaman kepada penternak lebah terutama dikawasn pesisir pantai barat Semenanjung Malaysia. Kawasan di Kg Serkat di Pontian, Johor melaporkan kadar serangan burung berek yang serius pada musim tertentu. Mengkarong dan Katak memang pemakan serangga dimana kehadirannya akan menganggu koloni lebah. Bagaimana pun Semut merupakan antara ancaman haif lebah kerana ia akan mencuri makanan manisan dan debunga serta membunuh anak lebah dan larva dalam kom lebah. Ia perlu dielakkan dengan cara menggunakan minyak atau kolam air keliling tiang haif. Tabuan atau Tebuan (Wasps) juga membunuh lebah dengan cara memakan manisan dalam perut lebah yang baru balik kehaif dan lebih dahsyat kalau ia masuk dalam haif lebah. Kupu-kupu yang masuk kedalam haif juga akan bertelur pada kom dan bingkai dimana larvaynya yang menetas akan merosakkan bingkai haif lebah. Kehadiran tikus juga mampu merosakan bingkai dan kom lebah dan kesemua perosak tersebut perlu dikawal dengan berkesan. Kawalan dilakukan dengan lakukan pemeriksaan hais mengikut jadual dan memasang pintu khas (hanya lebah sahaja boleh keluar masuk). Bersambung pada artikel teknologi perlebahan Part 6. Wasallam!. 


MENTERNAK LEBAH...MINAT UTAMA...
ADA KURSUS... DAPATKAN ILMUNYA...
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
CARI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional,
Parit Botak, Senggarang,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1435H) 

Sunday, September 14, 2014

LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 4)

TERNAKAN LEBAH MADU (Honey Bee) merupakan satu akiviti yang agak kurang diberi perhatian oleh usahawan muda di Malaysia. Lebah Madu merupakan serangga hidupan yang terbang dan bersarang di lokasi khusus sama ada diternak atau lebah liar dihutan. Kajian penulis mendapati di Malaysia terdapat seramai 730 orang usahawan lebah madu yang aktif didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia sebagai satu sumber rujukkan yang berguna. Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu dan melibatkan sebanyak 23,385 kotak haif (Laporan dari Jabatan Pertanian 2013). Lebah adalah sekelompok besar serangga yang dikenali ramai dimana ia bersosial dan berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah adalah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae (ordo Hymenoptera). Apa yang saya belajar, lebah merupakan serangga yang menghasilkan madu dan produk-produk lain berasaskan lebah yang telah lama dikenali manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di lubang-lubang pokok serta tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan seperti royal jelly, pollen, lilin dan sebagainya. Selanjutnya manusia mulai menternak lebah madu secara komersil dengan memakai gelodog kayu dan pada masa ini menggunakan Haif Lebah iaitu sistem berpusat. Di Malaysia teknik menternak lebah secara komersil masih pada tahap belum matang kerana masih sedikit usahawan yang berkecimpong menternak lebah madu secara komersil berbanding dengan negara lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai temuan teknologi menternak lebah madu untuk rujukan dan bacaan anda.


Dalam haif lebah moden yang selalu mempunyai bingkai (frame) lazimnya lebah ratu akan bergerak mengelilingi sarang untuk mencari sel-sel yg masih kosong pada frame. Sebiji telur diletakkan di bahagian dasar sel kom (Sila lihat foto sebelah). Tabung sel yang telah berisi telur akan diisi madu dan sebagainya oleh oleh lebah pekerja. Kemudian setelah penuh maka lubang tersebut akan ditutup dengan lapisan lilin tipis dimana ia memang dapat ditembusi oleh anak lebah pekerja matang untuk keluar. Kapasiti ratu lebah untuk mengeluarkan sebiiji telur perlukan masa selama 0.5 minit dan perhatian penulis mendapati setelah mengeluarkan 30 biji telur lazimnya ratu akan berehat 6 saat untuk makan. Begitulah kehebatan ratu lebah yang masih aktif untuk sentiasa bertelur dengan banyak untuk mempastikan koloninya sentiasa besar untuk menjadi koloni yang aktif. Umur lebah madu adalah pendek dan perlu diganti setiap masa.  Jenis tabung sel dalam kom bingkai selalunya terdiri daripada beberapa jenis kegunaan iaitu sel untuk sel calon ratu yang selalunya berukuran paling besar dimana cara susunannyna memang tidak teratur dan biasanya terletak di pinggir Haif. Bagi sel calon jantan selalunya ia akan ditanda dengan tutup diatas yang bentuknya 'menonjol' dan terdapat titik hitam di tengahnya. Sementara itu sel calon lebah pekerja lazimnya berukuran kecil dengan tutup rata dan ia adalah paling banyak jumlahnya.


Penternak Lebah perlu faham akan kitaran hidup lebah madu. Lebah madu merupakan jenis serangga yang ada 4 peringkat tumbesaran iaitu Telur, Larva, Pupa dan serangga dewasa. Jangkamasa untuk setiap peringkat adalah berbeza-beza mengikut spesis dan persekitaran. Bagaimana pun umumnya berikut adalah keadaan yang lazim untuk kitaran hidup lebah madu. Bagi kasta Lebah Ratu selepas telur menetas (3 hari), peringkat larva (5 hari), terbentuk benang penutup (1 hari), Masa Rehat (2 hari), perubahan larva jadi pupa (1 hari), Pupa atau kepompong (3 hari) menjadikan masa ia menjadi ratu selama15 hari. bagi kasta Lebah Pekerja pula telur akan menetas (3 hari), Larva (5 hari), terbentuk benang penutup (2 hari), Rehat (3 hari), perubahan larva jadi pupa (1 hari), Pupa atau kepompong (7 hari) menjadikan jumlah untuk menjadi lebah 21 hari. Bagi kasta Lebah Jantan lazimnya telur akan menetas 3 hari, larva 6 hari, terbentuk benang penutup 3 hari, iatirahat (4 hari), Perubahan larva jadi pupa (1 hari), Pupa atau kepompong (7 hari) menjadikan ia menjadi lebah jantan dalam masa 24 hari (Paling lama). Selalunya diperingkat larva ia akan diberi makan madu oleh lebah pekerja dewasa dan juga debunga sebanyak-banyaknya. Waktu ini disebut masa larva masih aktif sebelum larva menjadi kepompong (pupa). Pada masa kepompong lebah tidak makan atau minum di mana ia akan berubah daripada pupa untuk menjadi lebah sempurna. Setelah sempurna lebah akan keluar sel menjadi lebah muda sesuai asal selnya.


Dalam keadaan liar dan semulajadi lazimnya lebah madu akan membuat sarang iaitu dikawasan sesuai dan selamat untuk koloni mereka. Selain daripada celah-celah lubang pada pokok, ia juga membuat sarang pada dahan pokok (Sila lihat foto sebelah), dibawah bumbung rumah-rumah kampong, dalam batang kelapa kering, dalam tanah dan sebagainya. Pemeliharaan Lebah Moden memerlukan haif dan pengurusan khusus seperti kebersihan haif, membuat rawatan koloni, memberi makanan tambahan, melindungi daripada serangan musuh dan penyakit. Koloni lebah berada dalam haif yang direkabentuk empatsegi sama dengan mempunyai bingkai-biingkai tersusun didalamnya dan kotak super untuk simpanan madu. Kerja selenggaraan yang perlu dilakukan pada haif lebah adalah seperti aktiviti membersihkan lantai dasar kotak lebah dari kotoran yang ada, mencegah serangan semut atau tabuan atau kerengga masuk dengan cara menyapu minyak pada tiang atau air pada pangkal tiang. Mencegah daripada masuknya binatang pengganggu seperti cicak, tebuan (wasps), beruang dan sebagainya. Burung berek juga menggangu koloni lebah dilokasi tertentu di Johor dan Selangor kerana ia menyambar atau makan lebah pekerja yang terbang balik kesarang. 


Mengawal Perosak dan Penyakit dalam penternakan lebah meliputi menyingkirkan Lebah Ratu, Menyusun bingkai dalam haif yang abnormal serta menjaga kebersihan haif lebah. Memberi makanan pada koloni lebah pada waktu tertentu adalah penting untuk mempastikan bilangan koloni besar. Cara pemberian makanan Lebah adalah dengan membawa koloni lebah ke tempat di mana banyak bunga dan sumber nektar. Dinegara 4 musim selalunya jadual disesuaikan dengan musim bunga yang ada. Sebaiknnya masa memindahkan haif lebah adalah pada waktu malam iaitu semasa koloni lebah tidak aktif. Kajian menunjukkan tempat meletak haif dikawasan baru dengan sumber makanan bunga dalam lingkungan paling minima 3 kilometer. Tujuan utama membawa koloni ini pindah kekawasan baru adalah untuk menjaga kesinambungan dan pengeluaran agar tidak menurun secara drastik. Pemberian makanan tambahan (formulasi makanan lebah madu) selain daripada sumber luar bertujuan untuk mengatasi kekurangan sumber makanan akibat musim hujan. Walau pun makanan tambahan tidak dapat meningkatkan penghasilan tetapi ia akan berfungsi untuk mempertahankan koloni Lebah. Makanan tambahan lazimnya disyorkan menggunakan formulasi dari bahan gula, air dengan kadar 1:1. Adunan tepung campuran dan bahan ragi, tepung kacang soya, susu tepong dengan perbandingan 1:3:1 dan diitambah madu secukupnya boleh diberikan kepada koloni lebah madiu terutama musim hujan atau pintu ditutup kurang 4 jam kerana semburan racun diladang berhampian. Bersambung kepada artikel Part 5. Wasallam!.
MENTERNAK LEBAH...MINAT UTAMA...
ADA KURSUS... DAPATKAN ILMUNYA...
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
CARI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Indera Mahkota,
Pusat Pertanian Sultan Ahmad Shah,
Kuantan, Pahang,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1435H) 

Saturday, September 13, 2014

LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 3)

TERNAKAN LEBAH MADU (Honey Bee) merupakan satu akiviti yang agak kurang diberi perhatian oleh usahawan muda di Malaysia. Lebah Madu merupakan serangga hidupan yang terbang dan bersarang di lokasi khusus sama ada diternak atau lebah liar dihutan. Kajian penulis mendapati di Malaysia terdapat seramai 730 orang usahawan lebah madu yang aktif didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia sebagai satu sumber rujukkan yang berguna. Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu dan melibatkan sebanyak 23,385 kotak haif (Laporan dari Jabatan Pertanian 2013). Lebah adalah sekelompok besar serangga yang dikenali ramai dimana ia bersosial dan berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah adalah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae (ordo Hymenoptera). Apa yang saya belajar, lebah merupakan serangga yang menghasilkan madu dan produk-produk lain berasaskan lebah yang telah lama dikenali manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di lubang-lubang pokok serta tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan seperti royal jelly, pollen, lilin dan sebagainya. Selanjutnya manusia mulai menternak lebah madu secara komersil dengan memakai gelodog kayu dan pada masa ini menggunakan Haif Lebah iaitu sistem berpusat. Di Malaysia teknik menternak lebah secara komersil masih pada tahap belum matang kerana masih sedikit usahawan yang berkecimpong menternak lebah madu secara komersil berbanding dengan negara lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai temuan teknologi menternak lebah madu untuk rujukan dan bacaan anda.


Teknologi menternak lebah madu memerlukan peralatan yang akan digunakan aktiviti harian pengurusan koloni lebah terdiri daripada penutup muka (veil), pakaian kerja, sarung tangan, pengasap, penyekat ratu, pisau, tong kumpul madu, penapis madu, botol, sangkar ratu, berus, sikat, tempat makanan tambahan, penutup sarang, alat-alatan kecil lain. Pengempar Madu (Honey Extractor) merupakan alatan penting untuk mengeluarkan madu daripada bingkai (frame) madu. Alatan ini perlu dibeli atau dibuat sendiri (yang boleh dibuat) untuk ia digunakan ketika perlu dan disimpan ketika tidak diperlukan. Penggunaan penutup muka (veil) merupakan satu kemestian kepada penternak lebah madu untuk mengelakkan disengat dibahagian sensitif seperti muka, bibir dan mata. Lebah tidak akan memberi apa-apa isyarat jika ia hendak menyengat sesiapa sahaja walau pun yang datang itu adalah 'tuannya'. kalau setakat menyengat bahagian lain badan seperti tangan dan kaki atau perut tidak mengapa kerana ianya tidak menjejaskan kesakitan dan rupa paras yang bengkak.


Pemilihan dan pembelian koloni lebah yang betul dan produktif amat penting untuk memulakan penternakan lebah madu. Pilih jenis lebah yang sesuai sama ada ia adalah Lebah Keran (A. cerana) atau Lebah Impot (A. mellifera) atau Lebah Kelulut (Trigona spp). Lebah kelulut pula ada dua jenis iaitu Kelulut agak besar (Trigona thorasica) dan Kelulut Kecil Sedikit (Trigona itama). Setiap koloni lebah akan mempunyai Ratu, Lebah Pekerja dan Jantan. Ratu lebah merupakan ketua dari pembentukan koloni lebah dan perlu dipilih dari jenis ratu lebah yang unggul bertujuan untuk menjadikan satu koloni lebah dapat menghasilkan produk paling maksima. Kajian penulis mendapati bahawa ratu lebah jenis Lebah Keran (A. cerana) mampu bertelur 500 -900 biji sehari dan bagi Lebah Impot mampu bertelur sebanyak 1,500 biji telur sehari. Untuk mendapatkan benih ratu atau koloni unggul ini sekarang tersedia tiga pakej yang diperkenalkan di negara jiran iaitu Pakej Pembelian Koloni untuk menternak lebah madu. Pakej tersebut adalah koloni lebah madu terdiri dari 1 ratu dengan 5 lebah pekerja. Kedua adalah Pakej Jualan terdiri dari 1 ratu dengan 10.000 lebah pekerja. Pakej ketiga pula merupakan paket keluarga terdiri dari 1 ratu dengan sebanyak 10,000 lebah pekerja lengkap dengan haif super. Kita di Malaysia boleh juga menyediakan pakej-pakej ini untuk dijual kepada usahawan lebah madu kerana pada masa ini haanya pakej haif yang berisi koloni sahaja dijual dipasaran.


Rawatan Koloni  Baru Induk Lebah perlu dilakukan sebelum kita memulakan projek ternakan lebah madu. Lazimnya apa yang perlu dilakukan adalah dimana pada hari pertama koloni lebah dibeli, ratu perlu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam haif yang telah disiapkan. Selama 6 hari lebah-lebah tersebut tidak dapat diganggu kerana masih pada masa penyesesuaian (adaptation stage) sehingga lebih peka terhadap persekitaran baru. Berikan makanan asas lebah untuk waktu tersebut. Setelah sesuai ia secara semulajadi akan menjalankan aktiviti rutin perlebahan. Dalam pengurusan menternak lebah perlu dilakukan penggantian ratu lebah yang kurang produktif. Teknologi ini adalah dimana kita membuat ratu baru sebagai kaedah untuk mengembangkan jumlah koloni. Cara yang sesuai dilakukan adalah dengan menggunakan teknik membuat ratu lebah baru yang boleh kita belajar secara hands-on dipusat apiari atau diladang lebah yang komersil. Teknik mengganti ratu lebah ini perlukan pengetahuan dan kemahiran khusus untuk kita dapat menyediakan ratu baru pada koloni lebah madu.


Dalam setiap koloni terdapat tiga jenis lebah iaitu Lebah Ratu (Queen), Lebah Pekerja (Worker) dan Lebah Jantan (Drone) seperti rajah disebelah. Alat untuk proses pembiakan lebah pekerja berupa kelamin betina yang tidak berkembang sehingga ia tidak berfungsi. Hanya alat kelamin ratu dan lebah jantan yang berfungsi untuk mengawan dan kemudian bertelur. Di beberapa negara 4 musim, lazimnya proses mengawan lebah terjadi pada awal musim bunga. Ratu lebah akan terbang keluar dari sarang diikuti oleh semua lebah Jantan yang akan mengawininya. Perkawinan selalu akan terjadi di udara tetapi kesian saya lihat kerana selepas itu semua lebah jantan akan mati. Sperma akan disimpan dalam spermatheca (kantung sperma) terdapat pada ratu lebah kemudian ratu kembali ke dalam haif. Selama perkawinan itu lazimnya kasta lebah pekerja menyiapkan sarang untuk ratu bertelur. Ratu lebah akan bertelur beribu-ribu ekor sehingga ia tua dan tidak produktif lagi dan akan dibunuh oleh lebah pekerja. Kemudian ratu baru akan dicipta oleh lebah pekerja Bersambung pada artikel teknologi perlebahan Part 3. Wasallam!. 
MENTERNAK LEBAH...MINAT UTAMA...
ADA KURSUS... DAPATKAN ILMUNYA...
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
CARI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Latihan Pertanian Inderapura,
Jalan Gambang, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(26 Syawal 1435H) 

Friday, September 12, 2014

LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 2)

TERNAKAN LEBAH MADU (Honey Bee) merupakan satu akiviti yang agak kurang diberi perhatian oleh usahawan muda di Malaysia. Lebah Madu merupakan serangga hidupan yang terbang dan bersarang di lokasi khusus sama ada diternak atau lebah liar dihutan. Kajian penulis mendapati di Malaysia terdapat seramai 730 orang usahawan lebah madu yang aktif didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia sebagai satu sumber rujukkan yang berguna. Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu dan melibatkan sebanyak 23,385 kotak haif (Laporan dari Jabatan Pertanian 2013). Lebah adalah sekelompok besar serangga yang dikenali ramai dimana ia bersosial dan berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah adalah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae (ordo Hymenoptera). Apa yang saya belajar, lebah merupakan serangga yang menghasilkan madu dan produk-produk lain berasaskan lebah yang telah lama dikenali manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di lubang-lubang pokok serta tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan seperti royal jelly, pollen, lilin dan sebagainya. Selanjutnya manusia mulai menternak lebah madu secara komersil dengan memakai gelodog kayu dan pada masa ini menggunakan Haif Lebah iaitu sistem berpusat. Di Malaysia teknik menternak lebah secara komersil masih pada tahap belum matang kerana masih sedikit usahawan yang berkecimpong menternak lebah madu secara komersil berbanding dengan negara lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai temuan teknologi menternak lebah madu untuk rujukan dan bacaan anda.


Dalam menternak lebah madu apa yang perlu disediakan adalah Lokasi Ternakan, Haif Lebah Madu atau Kotak Lebah (Kelulut), Pakaian kerja, Peralatan serta kelengkapan. Koloni lebah merupakan serangga hidup yang bergerak dan terbang untuk menjalankan aktiviti hariannya. Tidak guna mempunyai haif lebah yang tersusun banyak tetapi tidak ada koloni aktif didalamnya (Sila lihat foto sebelah). Setiap koloni lebah mesti mempunyai seekor (atau dua ekor untuk teknologi penternakan lebah lebih maju) Ratu Lebah serta banyak lebah pekerja dan beberapa ekor lebah jantan. Jumkah sekitar 30,000 ekor lebah dalam satu koloni dikirakan sesuai untuk satu koloni yang aktif mengumpulkan nektar dan produk lain.  Syarat utama yang harus dipenuhi dalam aktiviti penternakan lebah madu lebah adalah hanya akan ada seekor ratu lebah dalam satu koloni tidak boleh lebih dari satu ratu kerana hanya satu lebah ratu mengawal koloni dan ratu yang lain akan dibunuh kecuali ada pemisah untuk dua ratu lebah (macam dua koloni juga). Ratu lebah yang tidak aktif boleh diganti dengan ratu baru yang kita boleh lakukannya sendiri setelah kita mahir atau telah pun berkursus mengenai pertukaran ratu lebah. Peranan ratu lebah yang rajin bertelur sangat signifikan menentukan kekuatan koloni lebah. Penghasilan telur konsisten dan sihat akan menghasilkan jumlah lebah yang cukup untuk koloni tersebut.


Kawalan suhu dalam haif penting agar tidak akan BERUBAH SUHU dalam masa terlalu cepat. Pertukaran suhu akibat cuaca dan udara disekeliling juga akan menyebabkan lebah dalam keadaan tidak menentu dan menjejaskan aktiviti mereka. Oleh itu ketebalan dinding haif perlu diperhatikan untuk menjaga agar suhu didalam menjadi stabil terutamanya untuk Apis mellifera. Ketebalan sekitar setebal lebih 2.5 cm akan mempastikan suhu tidak terjejas sama ketika panas atau malam hari yang sejuk. Ketahanan haif lebah madu terhadap iklim perlu dipilih dari bahan kayu yang tahan lama. Lazimnya Lebah Impot (Apis mellifera) sesuai menggunakan jenis haif yang diimpot daripada China. Kini haif lebah Apis mellifera yang diternak dikawasan hutan akasia yang dijual dengan harga runcit sekitar RM250.00 satu unit termasuk dengan Haif Super yang mampu untuk bertahan untuk 5-6 tahun dalam cuaca di Malaysia. Penulis mendapati haif lebah keran yang berharga sekitar RM80 - RM100 satu unit buatan tempatan hanya tahan untuk 2.0-2.5 tahun sahaja (Sila lihat foto sebelah). Bahan Kayu yang akan digunakan harus tahan terhadap pengaruh hujan, panas, cuaca yang selalu berubah, kukuh, tidak mudah hancur atau rosak dengan diselenggara menggunakan bahan yang sesuai (Lilin lebah cair, cat atau varnish). Sebaiknya dibahagian atas haif (tutup atas kotak) dipasang dengan lapisan seperti logam iaitu zink, logam atau getah untuk melindungi dari hujan dan panas matahari dan lambat reput. Penggunaan cat khas juga mampu untuk memanjangkan jangkahayat haif lebah. Kadang-kadang ada usahawan lebah yang membuat rumah pelindung agar ia memberi keselesaan kepada lebah madu. 


Memerangkap lebah keran (Apis cerana) yang liar untuk dijadikan koloni yang jinak dalam penternakan lebah boleh dilakukan dengan menggunakan GELODOG. Anda boleh baca artikel mengenai gelodog yang saya tulis sebelum ini (Sila klik disini). Gelodog adalah batang kelapa yang ditebuk dibahagian tengah dan ditutup serta diletakkan dikawasan yang mempunyai aktiviti lebah keran (Sila lihat foto disebelah). Pada keadaan tertentu koloni yang pecah akan membuat koloni baru dalam gelodog yang dipasang. Koloni baru atau koloni liar ini perlu dipindahkan kedalam haif lebah dengan teknik yang betul. Haif lebah madu boleh dibuat sendiri atau dibeli daripada pembekal tempatan. Jika hendak membina haif lebah sendiri boleh dilakukan dengan mudah kepada mereka yang telah berkursus menyediakan haif lebah. Pilih kayu yang tahan dan buat haif lebah dengan ukuran disyorkan dan sebaiknya dirawat dengan bahan yang melambatkan kayu reput. Haif Lebah yang berkoloni perlu diletakkan dilokasi sesuai yang lapang, ada sedikit teduhan dan selamat daripada gangguan musuh serta perosak. Dikawasan hutan akasia sering terdapat musuh seperti Beruang (Beruang suka makan madu), babi hutan (meyodok pangkal tiang cari cacing) dan juga manusia (Suka mencuri). Oleh itu kawasan penternakan lebah madu dalam hutan yang jauh dipendalaman boleh dipasang pagar keselamatan. Bagaimana pun kawasan penternakan lebah madu sebaiknya dikawasan yang mudah untuk dijaga dan selamat. Bersambung pada artikel teknologi perlebahan Part 3. Wasallam!. 


MENTERNAK LEBAH...MINAT UTAMA...
ADA KURSUS... DAPATKAN ILMUNYA...
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
BELI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional,
Parit Botak, Senggarang,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1435H) 

Thursday, September 11, 2014

LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 1)

TERNAKAN LEBAH MADU (Honey Bee) merupakan satu akiviti yang agak kurang diberi perhatian oleh usahawan muda di Malaysia. Lebah Madu merupakan serangga hidupan yang terbang dan bersarang di lokasi khusus sama ada diternak atau lebah liar dihutan. Kajian penulis mendapati di Malaysia terdapat seramai 730 orang usahawan lebah madu yang aktif didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia sebagai satu sumber rujukkan yang berguna. Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu dan melibatkan sebanyak 23,385 kotak haif (Laporan dari Jabatan Pertanian 2013). Lebah adalah sekelompok besar serangga yang dikenali ramai dimana ia bersosial dan berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah adalah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae (ordo Hymenoptera). Apa yang saya belajar, lebah merupakan serangga yang menghasilkan madu dan produk-produk lain berasaskan lebah yang telah lama dikenali manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di lubang-lubang pokok serta tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan seperti royal jelly, pollen, lilin dan sebagainya. Selanjutnya manusia mulai menternak lebah madu secara komersil dengan memakai gelodog kayu dan pada masa ini menggunakan Haif Lebah iaitu sistem berpusat. Di Malaysia teknik menternak lebah secara komersil masih pada tahap belum matang kerana masih sedikit usahawan yang berkecimpong menternak lebah madu secara komersil berbanding dengan negara lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai temuan teknologi menternak lebah madu untuk rujukan dan bacaan anda.


Di Malaysia penternakan lebah madu dijalankan dimerata lokasi terutama kawasan hutan akasia, kawasan tanaman kelapa, ladang nenas, kawasan tanaman buah-buahan (terutamanya belimbing, Fertigasi melon) dan juga kawasan yang banyak sumber bunga serta nektar. Daripada kajian penulis yang membuat rujukan dengan Buku Direktori Usahawan Lebah Jabatan Pertanian, kaedah penternakan lebah dilakukan secara individu dan oleh syarikat swasta (syarikat keluarga) serta ada yang lakukan dengan konsep ladang kontrek. Penternakan lebah cara individu dimana kebanyakannya berada dikawasan kampong yang masih tradisional dan hutan simpan akasia dengan jenis Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Impot (Apis mellifera) dan Lebah Kelulut (Trigona spp). Sekumpulan lain yang terlibat dengan aktiviti perlebahan adalah pemburu lebah madu hutan atau Lebah Tualang (Apis dorsata) yang memburu dikawasan hutan. Penulis belum jumpa usahawan di negara kita yang menternak lebah jenis Apis florea yang merupakan spesis lebah terkecil tersebar mulai dari Timur Tengah, India sampai Indonesia. Satu lagi kumpulan adalah pembuat madu lebah tiruan yang tidak memerlukan lebah madu sebenar tetapi menggunakan bahan lain untuk membuat madu lebah . Anda boleh membaca artikel tersebut (Sila klik disini). 


Ramai dikalangan kita mengatakan menternak lebah madu hanyalah untuk mendapatkan madunya sahaja. Sebenarnya selain daripada produk madu, penternakan lebah madu menghasilkan royal jelly, propolis, pollen, lilin dan sebagainya. Madu sebagai produk utama berasal dari nektar bunga merupakan produk makanan yang sangat berguna bagi tujuan untuk pemeliharaan kesihatan, produk kosmetik dan farmasi. Royal Jelly dimanfaatkan untuk stamina dan menyembuhkan penyakit dan sebagai bahan campuran campuran ubatan. Seterusnya produk Debunga (Pollen) dimanfaatkan untuk campuran bahan ubat-ubatan untuk menghasilkan produk farmasi. Lilin Lebah pula boleh digunakan untuk industri farmasi , bahan kosmetik dan sebagai pelengkap bahan campuran pelbagai produk lain. Propolis (atau perekat lebah) sering digunakan sebagai penyembuh luka, penyakit kulit dan mampu untuk membunuh virus influenza. Keuntungan lain dari aktiviti meternak Lebah madu adalah membantu dalam proses pendebungaan bunga tanaman sehingga didapat hasil tanaman lebih maksima. Perkhidmatan lebah madu sebagai agen pendebunga berpotensi dilakukan di Malaysia dengan kadar bayaran antara RM 25 - RM 50 satu koloni diladang belimbing dibeberapa lokasi di Selangor dan Pahang. Perkhidmatan ini bagaimana pun masih kurang dilakukan oleh usahawan lebah mahu pun permintaan oleh petani.

Dalam menternak lebah madu, pemilihan lokasi sesuai adalah asas penting untuk dikenalpasti. Sebelum memulakan projek ternakan lebah, seseorang itu sebaiknya telah menghadiri kursus penternakan lebah daripada pihak berwajib seperti Jabatan Pertanian atau pihak tertentu (swasta) yang berkelayakan dalam latihan perlebahan. Pusat Apiari Nasional (PAN) Jabatan Pertanian di Parit Botak, Batu Pahat , Johor antara yang menganjurkan latihan perlebahan intensif setiap tahun daripada Kursus Asa Perlebahan (3 hari) kepada Kursus Lanjutan Teknologi Perlebahan (mengikut keperluan dan permintaan peserta). Bagi menternak lebah suhu ideal yang sesuai adalah sekitar 26 Celcius kerana pada suhu ini lebah dapat berada untuk melakukan aktiviti secara normal. Pada suhu di atas 10 C lazimnya lebah masih boleh aktif. Lokasi yang disukai oleh lebah adalah tempat terbuka, jauh dari kebisingan  dan orang ramai serta mempunyai sumber makanan dari bunga. Bagaimana pun untuk penternakan komersil beberapa jenis tumbuhan yang mempu menghasilkan bunga dan nektar yang banyak boleh ditanam dikawasan meletakkan haif lebah. Artikel bersambung pada Part 2. Wasallam!.


MENTERNAK LEBAH...MINAT UTAMA...
ADA KURSUS... DAPATKAN ILMUNYA...
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
BELI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional,
Parit Botak, Senggarang,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1435H) 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...