Support My Blog

Wednesday, August 12, 2026

PEGAGA DAN FAKTA PENTING (PART 4)

TANAMAN PEGAGA (Centella asiatica Linn) merupakan satu jenis tanaman herba yang berkhasiat dan amat mudah untuk ditanam dikawasan keliling rumah atau ditanam dengan secara komersil. Pegaga amat terkenal diserata dunia dengan beberapa gelaran seperti Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India) adalah tumbuhan daripada Famili Umbelliferae. Sebagai pengenalan, saya dapati setelah membuat banyak rujukkan merupakan tanaman yang berasal atau natif dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Tumbuhan ini adalah sejenis herba menjalar yang biasanya dimakan sebagai ulam yang berkhasiat dimakan bersama nasi putih. Daun Pegaga ini memang ia terkenal di Malaysia dan Asia Tenggara dimana daunnya yang berwarna hijau dan selalunya ia berbentuk seakan kipas atau ginjal dilaporkan kaya dengan pelbagai khasiat perubatan tradisional termasuk membantu melancarkan peredaran darah dan menyokong kesihatan otak sesiapa yang rjun memakannya. Apa pun bagi penulis blog dimana tumbuhan ini adalah asalnya dari jenis tumbuhan yang tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air di persisiran sungai dan tali air. Kebanyakan jenis atau spesies pegaga lazimnya ia boleh tumbuh di kawasan terbuka. Namun begitu ada laporan menyatakan jika terdapat juga yang spesies pegaga yang memerlukan lindungan yang sederhana. Pegaga biasanya tumbuh menjalar di atas tanah dan selalunya akan mengeluarkan akar pada setiap ruas batang dan akan keluarkan stolon berakar da berdaun untuk membiak di kawasan sekelilingnya. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis atau varietinya. Bunganya dalam jambak 3 - 4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan ia akan kelihatan seperti biji cili. Harga pasaran bagi daun pegaga segar di Malaysia biasanya sekitar RM3.00 hingga RM5.00 untuk satu pek atau ikat (anggaran pek berat adalah sekitar 75g hingga 200g). Bagaimana pun untuk belian pukal di pasaran borong atau pasar raya dimana harganya sekitar RM45.00 sekilo dimana harga ulam daun egaga ini ia juga mungkin berbeza mengikut kawasan, kualiti dan premis jualan dimana kini mudah di beli secara online sahaja. Penulis membeli dari Shopee dua polibeg rumpun pegaga dengan harga RM38 untuk di tanam di rumah dan kini sudah menjadi 7 pasu yang subur. Artikel pada subuh Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting ulam pegaga untuk di baca dan dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana Minuman Jus Pegaga adalah sejenis minuman herba yang menyegarkan dan kaya dengan khasiat untuk kesihatan dan ia sangat mudah untuk disediakan dan dijadikan minuman untuk kesihatan. Semua orang boleh menyediakannya dengan mudah dengan cara seperti menggunakan daun pegaga yang di tanam sendii dikeliling rumah atau membelinya di pasar malam atau dari pasaraya. Bahan seperti daun pegaga segar, air masak dan bahan pemanis semula jadi paling sesuai untuk ia dapat mengurangkan rasa asli herba pegaga tersebut yang asasnya ada rasa kelat atau pahit. Bagaimana pun di kongsikan Resepi Jus Pegaga Asli dan Segar dimana ia memang resepi ini adalah cara paling ringkas dan popular untuk dinikmati seisi keluarga. Sediakan bahan-bahan iaitu 1-2 genggam daun pegaga (seeloknya dibersihkan bersama akar jika ditanam sendiri secara organik), 500 ml air masak, 1-2 sudu besar madu asli, gula perang atau gula kabung yang segar, sedikit perahan jus lemon atau limau nipis (pilihan) dan juga beberapa ketulan ais (untuk rasa dingin dan lebih enak).  Cara membuatnya dimana daub oegega yag sudah pun ia di bersihkan perlu di kisar bersama air masak sehingga hancur sepenuhnya. Kemudian di tapis jus pegaga ke dalam jug untuk membuang hampasnya dan pastikan mencukupi. Kemudian dimasukkan semula jus yang ditapis ke dalam pengisar dan beoleh ditambahkan madu (atau pemanis pilihan), perahan lemon dan ketulan ais. Ia perlu di kisar sekali lagi selama 1 minit sehingga serasi dan di tuang ke dalam cawan dan sedia untuk diminum. Bergantung kepada citarasa dimana ada yang akan bubuh bahan tambahan untuk memberikan rasa yang lebih sedap sebab jika kurang gemar dengan rasa asli pegaga boleh juga mengubahsuai resepi dengan mencampurkannya menggunakan juicer atau blender bersama buah-buahan yang kaya dengan air dan manis. Antara jenis buah-buahan yang kerap di gunakan adalah seperti epal, nanas, pisang, jambu batu dan beberapa lagi ikut kesukaan. Kajian saints melaporkan dimana jus pegaga sangat popular sebagai minuman herba tradisional yang membantu menguatkan daya ingatan dan fungsi otak, mencantikkan serta menganjalkan kulit (awet muda), melancarkan peredaran darah dan juga ia mengurangkan tekanan atau keresahan serta mampu untuk ia mempercepatkan penyembuhan luka. Ada pengguna yang masih suka minum jus pegaga tradisional seperti boleh ia di kisar bersama sedikit buah kurma tanpa biji untuk rasa manis berkhasiat yang ebak di minum. Dalam membuat tinjauan akan harga jus pegaga di pasaran Malaysia biasanya bermula dari RM10.00 hingga RM16.00 untuk botol bersaiz biasa. Bagi produk premium dengan campuran bahan kesihatan lain (seperti jenama PurelyB) dilaporkan dimana harganya boleh mencecah RM100 hingga RM130 keatas sekotak. Apa pun ada dakwaan dimana jus pegaga adalah minuman kesihatan yang diperah daripada ulam pegaga (daun Centella Asiatica) dimana ia sering dicampur dengan epal hijau, lemon atau kurma untuk memberi rasa yang lebih sedap. Ramai didakwa akan mengamalkannya untuk kesihatan dalaman dan juga bagi menyegarkan badan dan dipercayai khasiatnya ia baik untuk kecergasan minda.


Hidangan Masak Lemak Daun Pegaga adalah diantara jenis hidangan tradisional yang lazat menggunakan daun pegaga, santan, cili dan kunyit. Lazimnya bagi peminat makanan kuah berlemak dan untuk mendapatkan rasa kelazatan berganda dimana kalangan peminat akan tambahkan sumber protein sesuai seperti ikan bilis, udang atau tempe didalam menyediakan resepi ini. Apa pun Resepi  Masak Lemak Pegaga adalah sejenis kuliner lokal yang mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapatkan serta murah untuk menyediakan hidangan ini. Bergantung kepada jumah orang yang hendak makan lazimnya bahan-bahan yang perlu disediakan adalag termasuk 200 gram daun pegaga (dibersihkan dan dipotong), 1/2 cawan santan pekat, 1 cawan air, 1 keping asam gelugor, garam dan perasa secukupnya. Bagi bahan untuk kisar atau untuk ditumbuk perlu disediakan 5-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang di sukai), 1 inci kunyit hidup, 1 sudu besar ikan bilis atau udang kering (sebagai pilihan), 3 ulas bawang merah dan juga 1 ulas bawang putih. Belajar cara untuk memasknya dengan memasukkan bahan kisar, serai yang diketuk bersama air ke dalam periuk dan ia dibiarkan sehingga mendidih seketika. Kemudian boleh di masukkan santan dan asam gelugor dan sentiasa dikacau dengan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak. Apabila kuahnya sudah mula mengelegak maka boleh di masukkan daun pegaga bersama garam dan perasa dan dibiarkan mereneh selama 1-2 minit sahaja. Perlu di pastikan daun pegaga ianya tidak terlalu layu sebab rasanya akan hilang jika terlalu masak (overcook). Kemudian boleh ditutup api dan sedia dihidangkan untuk dimakan dengan nasi putih dan lauk pauk lain terutama untuk makan tengahari. Tinjauan mengenai h
arga kuliner ini yang di jual di Kedai Makan atau di Restoran ada dua cara yang pertama Sistem Secara À la carte iaitu di kebanyakan gerai atau warung kampung di Malaysia (seperti di Melaka) iaitu harga lauk ini biasanya antara RM5.00 hingga RM8.00 sepinggan bergantung pada saiz hidangan dan sama ada ia dicampur dengan bahan lain (seperti udang atau ketam). Cara kedua ia dijual Secara Bufet atau Secara Ekonomi dimana di restoran masakan kampung, harganya dikira mengikut jenis lauk dimana sayur masak lemak pegaga biasanya berada dalam lingkungan harga RM3.00 hingga RM5.00 untuk satu senduk tidak termasuk lauk dan nasi.


Bagi penulis blog makanan Makanan Snek Kerepek Daun Pegaga adalah sejenis  kudapan sihat yang rangup dimana ia agak jarang ada di jual di kiosk atau dipasaraya. Makanan snek ini ia dibuat daripada daun pegaga segar yang disalut bancuhan tepung berempah dimana ia kemudiannya digoreng garing dalam minyak diatas kuali. Apa pun selalunya sayuran ulam pegaga ini bertukar menjadi snek enak yang digemari seisi keluarga dan boleh dikomersilkan. Bagi menyediakan snek ini perlu disediakan bahan-bahan  terdiri dari 1 mangkuk besar daun pegaga (yang sudah diasingkan bahagian tangkai yang terlalu keras, di cuci dan ditoskan sehingga kering), 5 sudu makan tepung gandum, 5 sudu makan tepung beras, 1 sudu makan tepung ubi atau tepung jagung (untuk kerangupan ekstra), 1 sudu teh serbuk kunyit, 1 sudu kecil serbuk perasa atau ketumbar, 1 cawan air (agak-agak supaya bancuhan tidak terlalu cair), garam secukup rasa serta perlu ada minyak untuk menggoreng. Cara penyediaan kerepek pegaga ini sama dengan cara membuat kerepek daun bayam dimana dibancuh tepung dahulu dengan menyatukan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, serbuk kunyit, serbuk perasa dan garam di dalam satu bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga mendapat bancuhan yang pekat (seperti bancuhan buat goreng pisang). Proses menggireng da menyaut daun pegaga perlu dilakukan dengan sabar dan betul dimana mula-mula dipanaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Kemudian dicelupkan daun pegaga satu per satu ke dalam bancuhan tepung dan ia dimasukkan daun pegaga ke dalam minyak panas. Cara menggoreng kerepek daun pegaga dilakukan sehingga bertukar warna keemasan dan garing. Kemudian ia di angkat dan toskan minyak sehingga sesuai dan ia dibiarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Enak di makan semasa waktu santai bersama rakan dan ahi keluarga. Pengalaman penulis blog mendapati dimana h
arga kerepek pegaga bergantung kepada berat, jenama dan kuantiti pembelian dimana ia secara purata di pasaran Malaysia dijual dengan harga antara RM9.00 hingga RM20.00 untuk satu pek (anggaran berat 80g hingga 220g). Dalam beberapa tinjauan dilaporkan harga kerepek pegaga bagi pek Pek Kecil atau Pek Kombo adalah sekitar RM9.00 hingga RM12.00 bagi pek bersaiz 80g sementara harga bagi Jenis Pek Standard atau Dalam Balang ia dijual sekitar harga RM18.00 hingga RM20.00 untuk pek 220g. Pernah jumpa laporan dimana bagi jenis pembelian Borong atau Jumlah Kombo dilaporkan ada penjual menawarkan harga lebih murah seperti RM30 untuk 3 pek atau diskaun pukal. Artikel ini ditulis didalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...

TANAM PEGAGA ... MUDAH SAHAJA...
ULAM BERKHASIAT...MURAH PULA...
BEBERAPA JENIS...PILIH YANG MANA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...