Support My Blog

Wednesday, August 5, 2026

KUCAI DAN FAKTA PENTING (PART 1)

TANAMAN KUCAI
(Allium tuberosum) atau nama lain dikenali sebagai Allium ramosum adalah sejenis tanaman dari keluarga Alliaceae iaitu sama dengan Keluarga Bawang. Daun kucai apa yang penulis blog kenal dimana ia merupakan sejeis sayuran berdaun yang juga sesuai di tanam di kawasan tanah rendah atau tanah tinggii untuk pasaran segar. Penulis Blog mendapati data mengenai keluasan tanaman kucai kurang dilaporkan dengan tepat kerana keluasan tanaman ini sering bercampur dengan tanaman daun bawang (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2025) dan apa pun penulis yang mendapat info dari sumber ada terdapat seluas antara 150 - 200 hektar tanaman kucai di Johor yang diusahakan petani pada setiap tahun untuk tujuan pasaran domestik dan eksport ke Singapura dan sekitar 50-80 hekktar di Perak terutama di Daerah Manjung dan Cameroon Highland di Pahang. Tanaman kucai ini dilaporkan ia boleh di gunakan sebagai sejenis 'Sayuran' atau pun ada juga yang menanam sebagai pokok 'Bunga Hiasan' dimana ia memang sesuai ditanam sebagai hobi yang memberi faedah jika ditanam disekeliling rumah. Pernah di laporkan dimana dalam Program Bumi Hijau Jabatan Pertanian telah ada pengesyoran tanaman kucai sebagai salah satu pilihan untuk ditanam dalam pasu atau polibeg dengan konsep 'Tanam Sendiri - Makan Sendiri'. Penulis blog juga pernah membuat penelitian terhadap isu beberapa varieti atau jenis tanaman kucai dinegara ini semasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia dimana ada pernah mendapati memang tidak ramai yang mengetahui akan fakta pencirian terhadap beberapa jenis kucai yang ada di usahakan di Malaysia. Tanaman kucai lazimnya yang ada di tanam di Malaysia akan menggunakan biji benih yang diimport dari luarnegara berlaku semenjak dahulu kerana biji kucai tidak terhasil di Malaysia atau menggunakan 'bebawang' atau bulb sedia ada (perlu dii tukar dengan benih biji selepas beberapa musim penanaman). Kucai di laporkan mempunyai bahan antiseptik dimana dalam kajian klinikal di laporkan ia akan membunuh kuman didalam perut manusia. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai tanaman kucai untuk bacaan semua.


Apa pun tanaman kucai ialah sejenis tanaman sayuran berdaun hijau daripada keluarga bawang (Allium tuberosum) yang mempunyai rupa daun panjang dan nipis atau leper serta rasa yang selalu ia menyerupai bawang putih atau jenis kucai biasa (kucai kampong) yang agak bulat selinder bentuk daunnya. Kenal akan ciri-ciri tanaman pokok kucai dimana daunnya ia memang berwarna hijau, ukuran panjang, pipih atau leper atau selinder serta berongga ditengahnya atau berbentuk jalur lembut yang kuat aroma bawangnya. Dari segi bau dan rasa ia berlainan mengikut jenisnya akan tetapi pada asasnya ia mempunyai bau dan rasa yang agak pedas serta ia beraroma seperti gabungan bawang putih dan bawang merah. Bergantung kepada jenis dan penjagaan serta keadaan cuaca dimana tanman kucai akan mengeluarkan kuntum bunga kecil berwarna putih atau berwarna ungu muda keluar di hujung tangkainya. Apa pun kegunaan kucai adalah diperlukan didalam masakan terutama sebagai bahan untuk tumisan atau ia sering digunakan dalam masakan topping seperti mee goreng, kuetiau goreng, char kue tiow, cucur, tumisan dan sebagainya. Kucai juga dijadikan bahan hiasan (Garnishing) dimana ia dipotong kecil-kecil dan ditabur atas sup atau hidangan panas untuk menambah aroma. Dilaporkan juga dimana ada kucai yang dijadikan sebagai Bahan Ubat Tradisional seperti di laporkan ia mampu membantu didalam sistem peredaran darah. Dari segi sejarah dilaporkan kebanyakan tanaman kucai adalah berasal dari negara China dimana ia sesuai di tanam dalam [elbagai keadaan cuaca dan jenis tanah. Di Malaysia kaum Cina dipercayau memulakan penanaman kucai sebab ia sering di jadikan bahan makanan peting dalam masakan mereka. Dalam beberapa sumber penulis blog dapati k
ucai ialah makanan rendah kalori yang kaya dengan vitamin K, vitamin C dan kalsium.Dilaporkan dalam 100 gram kucai ia mempunyai tenaga (30 kcal), Protein (3.27 g), Karbohidrat (4.35 g), Serat (2.5 gram), Kalium (296 mg) serta zat vitamin K, vitamin C serta bahan mineral iaitu  Kalsium serta Magnesium yang akan menjaga kesihatan tulang.


Penulis blog ada membuat tinjauan bagaimana kaedah dan teknologi menanam kucai di beberapa lokasi seperti di Manjung, Perak dan di Johor serta di Cameroon Highland. Kucai adalah jenis tanaman yang mudah ditanam melalui penanaman anak rumpun (bulb) atau daripada jenis biji benih yang di beli dari kedai pertanian. Apa pun perlu memastikan lokasi tanaman kucai adalah dari jenis tanah subur yang saliran airnya baik serta ia ditanam di atas batas yang mendapat cahaya matahari penuh agar proses pertumbuhannya sesuai. Asasnya cara penanaman kcai bermula dengan kerja-kerja penyediaan Benih (biji) atau Sediakan Benih Rumpun (bulb) dimana perlu didapatkan anak benih dari nurseri atau pecahkan rumpun kucai yang sedia ada kepada beberapa bahagian kecil. Sebaiknya di sediakan batas tanaman (disesuaikan ketinggian dan lebar mngikut keadaan cerun tanah) sebab kucai mudah rosak jika terandan atau tergenang air. Penulis blog dapati dimana jarak tananan kucai berlainan mengikut lokasi, jenis tanah dan sistem tuaian dimanaa lazimnya benih ini akan diletakkan 2 hingga 3 rizom atau anak pokok dalam satu lubang dengan jarak 10 -15 cm diantara satu lubang. Lakukan aktiviti penjarangan jika biji benih tumbuh terlalu rapat sebab ia akan menyebabkan tanaman terlalu padat yang menjadi kurang sesuai bila ia membesar. Dalam amalan agronomi seperti membaja boleh menggunakan jenis baja sesuai seperti baja kompos atau bahan organik iaitu dengan kekerapan pemberian baja organik dua kali sebulan dan elakkan gunakan sebarang racun kimia sebab daunnya akan di makan dan dijual. Tanaman kucai perlukan banyak air dimana penyiraman pokok secara kerap untuk mengekalkan kelembapan tanah akan tetapi pastikan air tidak bertakung sebab ia akan memyebabkan bebawang akan rosak. Kawasan tanaman kucai perlukan banyak cahaya matahari dengn kadar cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Teknikk menuai yang diamalkan petani kucai komersil adalah dengan menggunting daun kucai apabila ia sudah tinggi serta pastikan untuk meninggalkan kira-kira 2 - 5 cm dari paras tanah supaya ia boleh tumbuh semula sebagai tanaman ratoon untuk proses penuaian seterusnya. Penulis blog dalam membuat tinjauan kepada penanam kucai pulohan tahun di atas tanah bris dakwa mereka akan menggantikan benih rumpun ini selapsa 5-6 ousingan tanaman. 


Fakta penting perlu di kongsikan adalah mengenai khasiat daun kucai termasuk dakwaan kucai mampu untuk menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan jantung, dan melancarkan pencernaan. Sayuran ini kaya dengan nutrien penting yang memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh. Ada dilaporkan dimana kucai akan bantu dalam menjadikan kesihatan tubuh antaranya akan dapat kuatkan tahap imuniti sebab ia tinggi dengan Vitamin C untuk elak jangkitan penyakit. Ia juga didakwa akan Menjaga Jantung dengan membantu kawal tekanan darah dan juga akan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular. Paling ketara memakan daun kucai akan menancarkan sistem pencernaan dengan adanya sifat anti-bakteria dan serat yang elak masalah sembelit atau perut kembung. Kucai juga akan dapat Menguatkan tulang sebab ia mengandungi Vitamin K yang penting untuk kepadatan tulang dimana k
ucai juga mengandung zat besi, selenium, zinc, vitamin B, serta antioksidan flavonoid, lutein dan zeaxanthin. Kucai dilapor ia juga mengandungi zat bersifat antiradang dan antikanser. Kucai di dakwa ia akan Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi otak dimana kucai mengandung kolin, folat serta antioksidan yang baik untuk memelihara kesihatan dan fungsi otak. Kesan lain dimana kucai dapat menekan risiko terjadinya kes demensia (nyanyuk) dan penyakit Alzheimer. Kucai didakwa juga akan Menurunkan risiko terkena penyakit kardiovaskular (sakit jantung) sebab ada kandungan bahan iaitu antioksidan yang dapat mengurangkan kes peradangan dan mencegah terjadinya kerosakan pembuluh darah. Bahan serat yang baik dalam kucai akan menurunkan jumlah kadar kolesterol sehingga dapat mencegah penumpukan kolesterol di pembuluh darah yang menjadi penyebab sakit jantung. Makan kucai didakwa akan Mengawal Kes Tekanan Darah sebab ada kandungan kalium dan bahan iaitu Antioksidan Flavanoids pada kucai terbukti efektif untuk menurunkan dan mengontrol tekanan darah dan elakkan kes hypertension. Keempat khasiat kucai akan Menjaga kesehatan kulit sebab ia mengandungi banyak vitamin A, vitamin C dan antioksidan yang diperlukan tubuh untuk melawan radikal bebas penyebab kerusakan sel tubuh termasuklah sel kulit dan meminimakan kerosakan kulit yang disebabkan oleh ancaman dari sinaran matahari. Seterusnya kucai akan membantu Mencegah Kes Osteoporosis dimana ia merupakan penyakit yang terjadi ketika kepadatan tulang berkurang dan sebabkan kes tulang menjadi mudah patah bepunca dari kurangnya Kalsium. Makan kucai yang mengandungi tinggi zat Kalsium dan vitamin K yang baik untuk menjaga kepadatan tulang dan mencegah osteoporosis.  Makan kucai akan Meningkatkan Kesehatan Pencernaan sebab kucai merupakan salah satu sumber serat pangan yang baik yang berfungsi untuk menjaga najis sehingga mampu mencegah dan mengatasi  isu seperti sembelit. Kandungan serat dan antioksidan pada kucai juga bermanfaat untuk menurunkan risiko terjadinya kanser usus besar. Ketujuk khasiatnya adalah ia akan Mengurangkan Risiko Kes Kanser bila kucai mengandungi berbagai jenis bahan antioksidan dan zat yang memiliki sifat antikanker. Ada kajian menunjukkan bahawa ekstrak dari daun kucai mampu menghalang pertumbuhan sel kanser. Sebaiknya kucai juga ia baik diambil secara rutin sebab bermanfaat untuk kesihatan tubuh tetapi sesiapa mempunia isu alergi terhadap bawang maka mereka sebaiknya hadkan memakan kucai sebab ada ancaman dan risiko menimbulkan reaksi alergi seperti gatal-gatal, sakit perut dan sebagainya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
TANAMAN KUCAI ... SAYUR DAUN JENISNYA...
MUDAH DITANAM....SENANG MENJAGANYA...
BANYAK KHASIAT...DALAM MASAKAN DI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...MENDAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...