Support My Blog

Tuesday, August 25, 2026

BURUNG PIPIT DAN FAKTA PENTING (PART 2)

BURUNG PIPIT
(Lonchura spp.) merupakan sejenis burung kecil yang mana ia terdapat di negara kita terutama ujud dikawasan tanaman padi. Pada penulis blog yang membesar dikawasan kampong yang berhampiran dengan sawah padi dan tanaman padi huma zaman kanak-kanak dahulu memang kenal akan burung pipit ini. Dari segi pengkelasan burung ini ia adalah daripada Kingdom Animalia, Phylum - Chordata iaitu dalam kelas Aves serta Order Passeriformes. Seterusnya burung ini adalah dari keluarga Estrildidae dimana ia juga dipercayai natif dari kawasan India, Cina, Asia Tenggara, serta Benua Afrika. Jangkamasa umur untuk burung pipit sekitar 6-8 tahun bergantung kepada spesis. Burung pipit adalah burung kecil berparuh pendek yang makan biji-bijian. Burung pipit ialah sejenis burung kecil yang biasanya makan bijirin seperti padi dan biji rumput. Lazimnya ia mempunyai saiz badan yang kecil dan pendek dan memiliki paruh yang kuat dan pendek khas untuk memecahkan biji benih dengan warna bulu ikut jenisnya dan pada kebiasaannya perang, kelabu atau coklat keputihan. Habitatnya ia suka tinggal di kawasan terbuka yanglapang seperti kawasan sawah padi dan kawasan belukar lapang sekitar kampung tradisional/ Ia selalu akan bergerak dalam kumpulan atau bersosial dimana apa yang penulis blog tahu ia sering dianggap perosak oleh pesawah kerana suka memakan buah padi yang hamir masak dan matang. Sekilas pandang ada sedikit persaman fizikal diantara diantara burung pipit dengan burung gereja (house sparrow) iaitu dari segi saiz dan rupabentuk. Burung Pipit merupakan sejenis famili burung kecil. Burung yang liar ini sering ditangkap menggunakan pelbagai cara termasuk memasang getah atau gam dikayu tempat burung tersebut hinggap. Kaki burung akan melekat pada gam dan burung diambil lalu dibersihkan dari gam dikakinya. Pada masa itu burung ini laku dijual dengan harga RM0.30 seekor. Kini burung pipit ada dijual di kedai burung. Ada burung pipit yang sesuai digunakan sepagai 'burung pikat' untuk menangkap burung pipit lain. Di kawasan Asia Tenggara terdapat beberapa jenis burung pipit yang dibezakan dengan warna pada kepala, badan dan corak yang ada. Pada penulis yang paling pernah tngkap dan pelihara zaman remaja dulu adalah Jenis Burung Pipit Haji dan Jenis Burung Pipit Hitam yang mudah dijumpai dikawasan sawah padi dan belukar di kampong di Muar, Johor. Kajian oleh saintis menunjukkan sebenarnya terdapat lebih dari 40 spesies burung pipit diseluruh dunia. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya saya menulis fakta penting untuk di rujuk megenai burung pipit untuk bacaan semua.

Isu dimana burung pipit sering dikaitkan sebagai salah satu ancaman dan perosak tanaman padi (Oryza sativa) kerana memang asasnya burung ini ia suka memakan biji padi terutamanya ketika padi yamg di tanam ini berada 'peringkat isi susu' atau 'filling stage' sebelum ia matang. Bagi penulis blog yang dulu ada membuat sawah di Sawah Ring, Gersik dan Tanam Padi Huma di Kampong Pt Bengkok sudah tahu akan ancaman burung pipit yang suka datang verkumpulan dan memakan biji padi sehingga ia akan mengurangkan hasil tuaian padi tersebut. Pengalaman dulu menjaga sawah padi di Solok Komong (padi sawah) dan Pt Bengkok (padi huma) memang memenatkan menarik tali menghalau burung pipit ini beberapa minggu sebab kalu tidak habis dimakan semuanya. Burung pipit suka makan padi kerana biji padi mengandungi nutrien dan kanji yang tinggi serta ia sangat mudah dihadam oleh paruh kecil mereka. Apa pun biji padi separa masak (peringkat isi susu) amat digemari kerana teksturnya yang lembut dan manis.  Persoalan kenapa burung pipit Suka Makan Padi adalah sebab ia menjadi sumber tenaga terbaik bila biji padi membekalkan tenaga yang cepat untuk burung yang aktif bergerak. Ketika iyu biji padi ini masih mempunyai tekstur yang lembut sebab biji padi muda mengandungi air dan susu pati yang sedap dimakan. Burung pipit ini akan datang secara berpuak-puak dan berkumpulan yang mana ini akan ianya menjadikan kawasan sawah sasaran utama mereka disiang hari. Pengalaman penulis blog di kawasan padi huma pada malam hari pula ancaman oleh babi hutan yang menyodok mencari makanan dan merabahkan tanaman padi. Burung pipit ini ia akan merosakkan tanaman padi dimana kehadiran ratusan burung pipit mampu untuk ia merosakkan separuh hasil tuaian petani atau lebih jika tidak dikawal. Apa pun waktu aktif adalah dari pagi hingga lewat petang di kawasan sawah sehingga gerombolan burung ini menjejaskan hasil tuaian petani. Burung pipit mencucuk dan menyerap zat padi yang sedang memutih dan ini akan ia menyebabkan biji padi menjadi kosong atau hampa. Ia yang suka bergerak secara berkumpulan dengan jumlhah kehadiran dalam jumlah berpuluh-puluh atau beratus-ratus ekor mampu merosakkan sebahagian besar petak sawah dan akan ia mengancam mengurangkan hasil. Cara bagi mengawal gangguan ini adalah dengan Memasang orang-orang di tengah sawah. Bagi penulis blog memasang 'Orang-orang Disawah' adalah ia sebuah patung tiruan berbentuk manusia yang dipasang di tengah bendang untuk menakutkan burung serta haiwan perosak daripada merosakkan tanaman padi. Ia dibuat dari kayu, buluh dan pakaian lama di tarik dengan tali panjang dari pondok dan ia menyerupai rupa manusia untuk mengelirukan haiwan terutama burung pipit. Penulis blog juga pasang tin susu agar hasilkan bunyian kuat bagi melindungi buah padi daripada dimakan burung. Ada yang menggunakan pita berkilat atau bunyi-bunyian atau memasang jaring ikan bagi perlindungan pada batas atau plot tertentu.  


Dalam mengenali burung pipit tidak sah kalau kita tidak nyatakan mengenai cara kitaran hidupnya. Burung pipit akan dewasa dan ia akan mengawan setelah mencapai usia 7 bulan. Bergantung kepada spesis, cuaca dan ketersediaan makanan lazimnya burung pipit akan mengawan pada musim hujan. Burung pipit akan membuat sarang yang terbuat dari rumput kering dan sabut kelapa yang boleh dianyam sehingga menjadi sarang untuk bertelur. Penulis sering melihat burung pipit membuat sarang dengan menotong rumput kering atau lalang kering dibawa kepokok tinggi. Sarang mereka apa yang saya selalu jumpa berbentuk bulat seperti bola dengan lubang di atasnya seperti mangkuk untuk tempat induk keluar masuk. Burung pipit akan bertelur sebanyak 4 - 8 biji sekali pusingan (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya telur akan dieram setelah telur ketiga dikeluarkan oleh induknya. Selama proses pengeraman lazimnya burung pipit jantan dan betina akan bergantian untuk mengeramkan telur sehingga menetas. Bagaimana pun selalunya burung pipit betina yang akan lebih kerap mengeramkan telur mungkin disebabkan sifat keibuan mereka. Jangkamasa proses mengeram telur adalah 13-14 hari. Setelah telur menetas selalunya ia akan mulai belajar terbang semasa berusia 21-25 hari. Anak burung pipit muda memiliki warna bulu coklat muda licin dimana ia akan berubah warna apabila cukup dewasa. Musuh utama yang menjadi pemangsa burung piput seperti Ular, Mengkarong dan burung lain yang menjadikan ia makanan. Manusia juga musuh utama burung pipit kerana ia merosakan tanaman padi.


Lazimnya ada beberapa cara atau teknik mengurangkan serangan burung pipit juga dapat dilakukan dengan memasang jaring atau pukat dikawasan strategik. Burung yang terkejut akan terbang dan terlanggar jaring lalu melekat. Peminat atau pemburu ini ada cara atau kaedah profesional yang menangkap burung pipit secara komersil menggunakan pukat atau jaring pipit. Apa dia perlu mendapatkan lesen dari pihak Perhilitan untuk menangkap burung pipit kerana ia adalah dikawal dibawah Akta hidupan liar 1967. Kaedah yang mereka digunakan mampu tangkap burung pipit pada musim puncak dengan jumlah yang banyak iaitu sehingga 300 - 400 ekor dan ini akan mengurangkan ancaman kepada pesawah yang menanam padi. Permintaan untuk memelihara burung pipit memboleh mereka menjual dengan harga RM 0.50 - RM 1.00 seekor di kedai jual burung atau individu yang berminat. Burung pipit dalam sangkar mampu menghasilkan bunyai kuat yang nyaring bergantung kepada spesisnya (Sila lihat foto disebelah). Pernah ada kaedah tersendiri menangkap burung pipit semasa zaman remaja dahulu. Ada pemburu burung ini mengunakan getah pelekat yang diperbuat dari 'Damar batu' yang dihancurkan kemudian dipanaskan dan dicampur dengan susu getah untuk jadi getah pelekat. Cara lain buat getah pelekat ialah dengan campurkan minyak hitam terpakai dengan susu getah. Getah ini di pasang pada katu dimana diletakkan dilokasi burung pipit sering hinggap yang ada burung pipit pemikat atau dan kita bersiul untuk memanggil burung pipit datang. Apabila kaki burung hinggap pada ranting yang dibalut getah maka kakinya akan melekat pada getah tersebut dan kita datang dan kutip burung pipit tersebut. Buangkan getah pelekat dengan minyak dan kapas sehingga bersih dan masukkan kedalam sangkar. Masukkan dalam sangkar yang diperbuat dari pelepah rumbia atau sangkar komersil yang dijual dikedai. Masa itu burung pipit dijual pada rakan dengan harga RM 0.30 seekor untuk pipit padi dan RM 0.50 untuk pipit uban pada awal tahun 1970'an. Dalam tinjauan pada tahun 2026 ini dilaporkan yang harga burung pipit biasa di Malaysia adalah sangat murah iaitu sekitar RM3.00 seekor jika ia adalah burung liar tempatan seperti pipit sawah atau pipit padi. Walau bagaimanapun, harganya ia boleh jadi jauh lebih mahal mencecah RM700 - RM1,500 sepasang jika ia adalah baka hiasan import yang cantik atau jenis warna-warni yang jarang ditemui. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2  yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!.

BURUNG PIPIT...BANYAK JENISNYA...
SAIZNYA KECIL....MEMAKAN BIJI DIA..
DIKAWASAN SAWAH... ITU HABITATNYA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...