Penulis blog kupas tentang PISANG REBUS iaitu ia adalah ialah sejenis makanan tradisional di mana buah pisang direbus di dalam air bersama sedikit garam sehingga empuk. Biasanya makanan ini ia dinikmati bersama kelapa parut muda dan sedikit gula merah atau gula pasir atau dimakan begitu sahaja. Bagi penulis blog makanan ini ia semakin jarang di hidangkan atau ad dijual. Dalam beberapa laporan di katakan yang pisang rebus kaya dengan serat dan ia membantu melancarkan akan sistem pencernaan, membekalkan tenaga dan mengenyangkan lebih lama. Ia juga bagus untuk mengawal paras gula dalam darah kerana kandungan kanji tahan (resistant starch) yang tinggi, terutamanya jika menggunakan pisang yang agak muda. Apa pun Resepi Pisang Rebun dan cara menyediakan pisang rebus sangat mudah isitu diperlukan pisang (seperti pisang Awak atau Pisang Abu), air dan sedikit garam. Cara buat dengan membasuh pisang dan dimasukkan ke dalam periuk serta di tambah air dan garam (Sila lihat foto disebelah). Ia boleh direbus atas api sederhana selama 15 hingga 20 minit sehingga empuk, toskan dan kemudian ia sedia dihidangkan dengan kelapa parut. Apa pun kalau hendak buat sendiri sediakan bahan-bahan iaitu 4-5 biji pisang (pisang Awak, pisang abu, atau pisang tanduk), air secukupnya untuk merendam pisang, 1 sudu kecil garam an kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam (untuk cicah). Cara Memasak dengan membasuh pisang bersih-bersih dan ia juga boleh rebus terus dengan kulitnya atau kupas dahulu. Masukkan pisang ke dalam periuk dan dituang air sampai pisang tenggelam dan dimasukkan garam direbus dengan api yang sederhana. Apa pun selepas rebus 15 minit sampai pisang lembut dan empuk boleh tutup api, angkat, toskan dan dimakan panas-panas cicah dengan kelapa parut. Khasiat Pisang Rebus dimana ia baik untuk Pencernaan dan Perut sebab ia mudah dihadam iaitu ada jenis tekstur yang lembut sangat sesuai untuk perut sensitif atau individu yang sedang sembuh daripada sakit. Ia juga mampu Mencegah sembelit sebab ada tinggi serat dan melawaskan pembuangan air besar. Ia dilaporkn ada jenis bakteria baik untuk usus yang bertindak sebagai prebiotik yang menyuburkan mikrobiom usus. Pisang Rebus juga mengawal Berat Badan dan bekalkan tenaga dimana perut akan rasa kenyang lebih lama serta ia membantu peminat mengurangkan nafsu makan dan menyokong proses diet. Ia membekalkan Tenaga berterusan jenis karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga semula jadi dan ia Rendah Lemak sebagai jenis makanan sihat tanpa tambahan minyak atau lemak berlebihan. Ia juga Membantu merendahkan kadar penyerapan glukosa ke dalam darah dan baik untuk jantung dengan adanya kandungan kalium tinggi yang membantu mengawal tekanan darah sihat. Penulis blog buat tinjauan dimana harga pisang rebus biasanya dijual sekitar RM1.00 sebiji atau di antara RM3.50 - RM5.00 seikat (ikut sisir) bergantung kepada jenis pisang (seperti pisang Sabah atau pisang abu) dan lokasi gerai. Jika beli pisang mentah di pasar pula dimana harga sekilo biasanya sekitar RM3.00 RM5.00 sebelum direbus. Ada pun jenis Pisang Rebus yang digemari ramai seperti Pisang Sabah, Pisang Awak dan Pisang TAnduk yang paling sedap direbus kerana isi yang padat dan sedikit kenyal. Cara hidangan ia biasa dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan kelapa parut masin atau sambal tumis.
Makanan popular di Malaysia seperti GORENG PISANG mudah di beli setiap hari di mana sahaja dan ia memang makanan yang di sukai ramai. Pisang goreng ialah sejenis kuih atau makanan ringan tradisional yang dibuat daripada buah pisang. Pisang dipotong, dicelup ke dalam bancuhan tepung gandum, sedikit garam dan air, lalu digoreng di dalam minyak panas sehingga garing dan berwarna keemasan. Goreng Pisang sesuai dimakan pada waktu pagi atau minum petang bersama teh atau kopi dimana antara jenis pisang ia biasanya guna pisang raja, pisang abu, pisang tanduk atau pisang awak dimana sekarang sudah ada jenis pisang goreng moden di hidang bersama keju, susu atau coklat. Apa pun untuk membuat pisang goreng yang rangup dan sedap ada banyak cara bergantung kepada jenis pisang, untuk makan sendiri atau jualan dan sebagainya. Bahan yang disediakan adalah 5 - 6 6 biji pisang (nangka, abu atau tanduk yang sesuai dibelah dua atau potong ikut suka), 1 cawan tepung gandum, 2 sudu besar tepung beras (rahsia rangup),
1 sudu kecil serbuk kunyit (untuk warna kuning cantik), 1 sudu kecil garam, 1 sudu besar gula, Air sejuk berais (secukupnya) serta minyak masak (untuk menggoreng). Cara membuat iaitu dengan memasukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan gula ke dalam mangkuk dan dituang air sejuk berais sedikit demi sedikit. Ia dikacau adunan sehingga sebati dan tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan dicelup potong pisang ke dalam bancuhan tepung kemudian dimasukkan pisang ke dalam minyak panas. Ia di goreng hingga kuning keemasan dan garing dan kemudian diangkat dan tos minyak sebelum di hidangkan. Penulis blog paling suka makan goreng pisang dengan cicah sambal kicap. Pisang goreng sebenarnya mempunyai khasiat asal daripada buah pisang seperti kalium, vitamin C, dan serat namun proses menggoreng dan cara penggunaan tepung berserta minyak panas menyebabkan kandungan kalori, lemak dan gula meningkat secara ketara berbanding pisang segar. Khasiat dan kebaikan asal daripada Buah Pisang sebagai buah yang jadi sumber tenaga pantas iaitu ia membekal karbohidrat ringkas untuk tenaga harian dan zat kalium yang membantu fungsi otot dan mengawal tekanan darah. Ia ada sedikit serat yang membantu sistem pencernaan walaupun sebahagiannya berkurang semasa dimasak. Apa pun ada ancaman dan risiko kesihatan memekan goreng pisang berbanding dengan pisang rebus. Ia berlaku akibat proses menggoreng menyebabkan ia tinggi kalori dan lemak apa lagi dimana minyak panas melipatgandakan jumlah kalori dan lemak dalam makanan. Ada ancaman berlaku lonjakan gula darah dimana dengan kombinasi karbohidrat dan minyak menyebabkannya cepat dihadam dan menaikkan paras gula dengan cepat. Ada ancman dan risiko wujud lemak trans iaitu minyak yang guna berulang kali boleh menaikkan kolesterol jahat akan menjejaskan kesihatan. Penulis blog buat tinjauan dimana harga pisang goreng di Malaysia biasanya dijual sekitar RM0.50 - RM1.20 seketul bergantung kepada banyak faktor. Jika dibeli di gerai tepi jalan selalu harga purata adalah sekitar RM2.00 - RM3.00 untuk 4 hingga 6 ketul, manakala di platform penghantaran seperti Foodpanda dilaporkan yang harganya mungkin sedikit tinggi iaitu sekitar RM1.50 hingga RM2.00 untuk 3 ketul atau jenis pisang goreng cheese bernilai RM7.00 hingga RM9.00 sebekas. Apa pun antara faktor harga Pisang Goreng adalah Lokasi Gerai dimana bagi jenis gerai tepi jalan atau kampung biasanya lebih murah (RM0.50 seketul), manakala kawasan bandar atau kafe moden mereka mengenakan harga lebih tinggi. Faktor jenis gorengan dan jenis pisang goreng biasa lebih murah berbanding pisang goreng cheese, coklat atau pisang goreng crispy bersalut khusus. Faktor kuantiti belian dimana dengan pembelian secara banyak (seperti RM5.00 atau RM10.00 seikat/sebekas) kadangkala memberi lebih banyak ketul mengikut budi bicara penjual.
Antara beberapa Jenis Pisang yang popular di tanam dan di jual di Malaysia adalah Jenis Pisang Raja yang agak besar saiznya berbanding pisang yang lain dimana bagi penulis blog yang ada menanam di kampong pisang ini ia juga tidak sukar di beli. Pisang raja ia juga mempunyai rasa yang semulajadi lemak manis, pisang ini sedap digoreng atau dimakan begitu saja. Ia juga selalu digunakan untuk membuat pengat, kek atau kuih. Kedua adalah Jenis Pisang Emas yang mana ia juga dikenali dengan nama Lady Finger Banana yang mana bersaiz kecil dan pendek. Namanya diperolehi daripada warnanya yang bertukar kuning keemasan apabila masak. Kulitnya nipis dan amat digemari oleh kanak-kanak sebagai snek. Rasanya sangat manis dan selalu dijadikan Cekodok atau kekakan tetapi selalunya jenis pisang ni cepat lebam bila dah masak dan selalunya ia dimakan atau dimasak secepat mungkin sebaik saja ia masak. Pisang emas yang muda selalu dimasak seperti resepi Masak Gulai atau Masak lemak. Ketiga ada Jenis Pisang Embun dimana ia juga dikenali dengan nama 'pisang bunga' dan 'pisang ambon' di Filipina. Pisang ini bersaiz besar dan mempunyai kulit yang bertukar daripada warna hijau ke warna kuning atau merah apabila masak. Rasanya tidak semanis pisang emas dan pisang raja akan tetapi ia masih tetap sedap dimakan begitu saja. Sama seperti pisang emas dimana selalunya jenis pisang embun harus dimakan secepat mungkin kerana ia cepat bertukar menjadi lembik setelah masak. Keempat adal Jenis Pisang Tanduk iaitu pisang yang penulis blog paling suka makan dan di goreng atau di rebus yang ada jenis sepertinya iaitu Pisang Lang. Apa pun pisang tanduk ia bersaiz besar dan mempunyai bentuk yang panjang dan melengkung seakan-akan tanduk. Jika di makan mentah dimana rasanya sedikit masam jadi lazimnya ia digunakan dalam masakan dan bukan dimakan mentah. Pisang tanduk biasanya dijadikan kerepek, di buat pengat, di goreng atau di rebus. Kelimat ada Jenis Pisang Nangka yang mana warna kulit akan kekal hijau walaupun telah masak. Jika kulitnya bertukar warna kekuningan iaitu ia bermakna yang pisang tersebut sudah lembik isinya dan tak sesuai lagi untuk dimakan. Seperti pisang tanduk dimana ia mempunyai rasa yang bercampur antara manis dan masam dimana lazimnya jenis pisang nangka sesuai sama ada ia digoreng, direbus atau di jadikan dessert. Seterusnya ada Jenis Pisang Nipah dimana ia juga digelar pisang abu iaitu ia mempunyai bentuk yang bersegi dengan kulit yang tebal. Ia biasanya paling meluas di goreng atau dijadikan pengat dan pelbagai jenis kuih dan direbus dan jarang dimakan mentah begitu saja. Aada juga Jenis Pisang Awak iaitu sejenis buah pisang yang mempunyai bentuk yang gemuk dan pendek. Apa pun cirinya yang unik berbanding pisang jenis lain ialah ia mempunyai biji berwarna hitam yang agak keras dan boleh dilihat dengan mata kasar. Pisang awak lazimnya paling ramai orang akan Menggorengnya atau Direbus dan dicicah atau dibuat beberapa jenis kuih. Agak jarang orang makan pisang awak segar begitu saja sebab ada rasa kelat dan berbiji. Akhir sekali ada Jenis Pisang Berangan iaitu ia sangat popular di makan segar di Nalaysia sebab ia mempunyai rasa yang sangat manis dan biasanya dihidangkan begitu saja di majlis-majlis keramaian sebagai pencuci mulut. Selain daripada dimakan mentah dilaporkan ia juga sering digoreng kerana isinya agak keras dan tidak benyek atau lembik dimana ciri ini ia menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam masakan. Ia juga ada yang direbus. Pisang berangan juga sering dijadikan pelbagai jenis kuih, fessert, lempeng pisang, roti canai pisang dan juga di buat kek. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PISANG REBUS... ADA KHASIAT KESIHATAN...
PILIH JENIS PISANG...ADA DI JELASKAN...
BACA ARTIKEL...ADA FAKTA DIDAPATKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
melaka,
malaysia.
(1 RabiulAwal 1448H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.