Menarik fakta khasiat akan Ubi Badak tau ubi uwi mengenai sesuai untuk ia di kongsikan. Ia di laporkan kaya dengan karbohidrat kompleks, serat, vitamin C serta antioksidan seperti antosianin (bagi jenis ubi badak berwarna ungu). Apa pun komponen antosianin ialah sejenis pigmen semula jadi larut air yang mana ia tergolong dalam kumpulan flavonoid dan ia bertanggungjawab memberikan warna merah, ungu atau biru kepada pelbagai jenis bunga, buah-buahan, umbisi dan sayur-sayuran. Ia membantu melancarkan pencernaan, mengawal paras gula dalam darah kerana indeks glisemik yang rendah, memberi tenaga, dan menjaga kesihatan jantung. Fakta menunjukkan jika khasiat ubi badak ini ia menjadi salah satu sumber tenaga dari zat karbohidrat kompleks di dalamnya memberi tenaga tahan lama selepas ia dimakan. Disebab ia tinggi kandungan serat untuk usus yang sihat dan dapat mengelakan akan kejadian sembelit. Memakan ubi badak juga di dakwa ia akan mengawal gula sebabnya ia mempunyai nilai Indeks Glisemik rendah dimana ciri ini ia bagus untuk pesakit kencing manis. Seterusnya didakwa dimana ia akan Menjaga Jantung dari bahan antioksidan yang mampu untuk melindungi sel badan dan kurangkan kolesterol jahat dan makan ubi badak didakwa ia membantu diet: seseorang seban pemakannya akan cepat kenyang dan sesuai untuk mengawal berat badan. Walau pun banyak di laporkan dimana memakan ubi badak ini ia secara amnya selamat dan berkhasiat, namun ancaman utamanya timbul jika tersilap pilih dengan sepupunya yang beracun seperti Jenis Ubi Gadung (Dioscorea hispida) atau jika tidak dimasak dengan sempurna. Memang timbuk isu kekeliruan dengan Ubi Gadung diman lazimnya jeni ubi badak ini ia biasa tidak beracun akan tetapi sesetengah orang salah semasa cuba membezakannya dengan ubi gadung yang mengandungi racun sebatian alkaloid (dioskorin) dan sianida (cyanide) iaitu bahan semulajadi yang menyebabkan mabuk, muntah, pening atau lumpuh sementara jika mentah. Mungkin ada kes dan ancaman 'Rasa Gatal' pada Kulit seepas makan ubi badk sebab ada getah ubi yang mentah boleh menyebabkan isu kegatalan atau kerengsaan pada kulit jika disentuh sebelum dibasuh bersih. Ancaman lain seperti ada Masalah Dalam Proses Penghadaman selaps memakan ubi badak ini yang kurang masak boleh menyebabkan perut kembung atau tidak selesa kerana kandungan kanji yang tinggi. Penulis blog kongsikan akan beberapa langkah keselamatan perlu dilakukan dimana pertama perlu di Kupas Kulit Sepenuhnya iaitu denga membuang kulit ubi badak ini dengan bersih kerana di sinilah terumpulnya sebatian kimi yang boleh merengsakan pemakannya. Sebaiknya ubi ini di basuh dan di masak sehingga masak sepenohnya dan dipastikan ubi ini ia direbus, dikukus atau dibakar sepenuhnya sebelum sesuai dihidangkan.
Menarik penulis blog konsikan fakta mengenai Isu Mitos makan ubi badak atau ubi uwi (sejenis umbi kuno) yang sering dicanangkan orang dulu adalah ia boleh menyebabkan angin melampau atau 'Masuk angin' jika dimakan waktu petang akan tetapi faktanya adalah ia sebenarnya tindak balas biasa sistem penghadaman menukar serat dan kanji kepada gasdan adalah normal jika orang buang anign atau kentut untuk elakan isu kembong perut ini. Kalangan orang tua di Malaysia didakwa mereka masih percaya ubi uwi banyak angin jika dimakan akan tetapi faktanya dimana ia hanya proses penapaian biasa dalam usus. Mitos makan ubi ini akan menyebabkan Kes Bisa Badan seperti rasa radang sendi atau sakit sendi akan tetapi faktanya masih tidak ada bukti saintifik yang mengesahkan dakwaan ini. Seterusnya ada Mitos Bahan Racun Tersembunyi dala ubi badak dan dianggap semua uwi beracun seperti gadung tetapi faktanya dimana ubi badak ini ia selamat dimakan jika dimasak dengan betul. Fakta kesihatan Ubi Badak ini ia tinggi kandungan serat yang melancarkan pencernaan serta ia mempunyai indeks glikemik yang rendah berbanding nasi dan amat kaya dengan sumber tenaga seperti karbohidrat kompleks. Cara memakannya ada pelbagai cara dan ia bergantung kepada budaya, negara dan sebagai makanan rutin. Paling sesuai di sediakan dengan cara Memasak Cara Kukus dengan kelapa parut, dibuat pengat atau dijadikan kuih tradisional seperti onde-onde ubi badak danjuga Makanan Begedil Ubi Badak. Pertama di kongsikan fakta akan cara Masak Ubi Uwi Kukus Kelapa iaitu dikupas kulit ubi badak dulu di dicuci bersih seterusnya ia dipotong saiz sederhana. Kemudian ia di kukus bersama sedikit garam dan sehelai daun pandan selama 20 minit sampai tekstur empuk. Hidangkan panas-panas bersama kelapa parut gaul sedikit garam. Paling penulis blog suka adalah memakan kuih Onde-onde Ubi Badak Ungu seasa bertugas di Kelantan dan Pahang dahulu. Resepi Resepi Kuih Onde-onde Ubi Badak Ungu ini mudah di buat asalkan ada bahan (Sila lihat foto paling atas sekali). Onde-onde ubi ungu (atau keledek ungu) ialah kuih tradisional yang lembut dan kenyal berisi gula melaka serta bersalut kelapa parut. Bahan utamanya 1 cawan ubi badak atau pun jenis keledek ungu yang direbus dan dilenyek, 2 cawan tepung pulut, 1/2 sudu teh garam halus, Air suam atau gunakan air rebusan ubi secukupnya, gula melaka (dipotong kecil untuk inti), kelapa parut putih (gaul sedikit garam dan dikukus sebentar). Cara membuatnya dengan menggaulkan ubi ungu lenyek, tepung pulut dan garam dalam mangkuk dan kemudian dimasukkan air sedikit demi sedikit. Seterusnya adunan ini ia di uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Dalam bekas diambil sedikit doh dan ia dileperkan dan letak kiub gula melaka di tengahnya. Pastika ia dibulatkan doh kemas-kemas supaya inti tidak bocor dan di atas api dididihkan air dan dimasukkan bebola onde-onde ke dalam air panas dan ia diangkat onde-onde apabila ia timbul menandakan ia sudah masak. Toskan air dan terus gulingkan di atas kelapa parut dan sedia untuk di nikmati.
Menarik dalam portal astroawani.com dilaporkan 'Rezeki lumayan penoreh yang jual pelbagai ubi pada musim tengkujuh' apabila di Tanah Merah, Kelantan semasa tiba musim tengkujuh ada penoreh iaitu Siti Mariam Samad dari Kampung Padang Siam boleh tersenyum lebar kerana pelbagai tanaman ubi yang diusahakan bersama suami begitu laris dan mendapat permintaan tinggi. Wanita berusia 55 tahun itu dan suami Muhammad ada mengusahakan pelbagai tanaman ubi di atas sebidang tanah di belakang rumah mereka di Kampung Padang Siam sejak tujuh tahun lepas dan diantara ubi yang diusahakan pasangan penoreh getah itu ialah Jenis Ubi Kayu, Jenis Ubi Badak, Jenis Ubi Keledek dan Jenis Ubi Kembili yang hanya memerlukan tujuh bulan untuk dituai dan kemudian ia mengeluarkan hasil. Dakwanya walaupun tiba musim tengkujuh, ramai petani akan berasa risau namun rezeki saya berlimpah ruah pada waktu hujan. Kebiasaannya jika musim hujan ada semakin ramai orang membeli ubi dan sebaliknya kalau tidak hujan permintaannya kurang. Siti Mariam dakwa ketika musim hujan, mereka mampu menjual pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, badak, keledek dan kembili sebanyak 30 - 50 kilogram (kg) sehari iaitu dengan harga jualan bergantung kepada jenis ubi bermula serendah RM2 hingga RM5 sekilogram. Dakwanya dimana disebabkan pendapatan sebagai penoreh ketika musim tengkujuh sering tidak menentu, maka mereka memilih untuk mengusahakan tanaman ubi sebagai sumber pendapatan sampingan. Dia selama ini bekerja sebagai penoreh getah dimana pendapatan pasti tidak menentu apabila tiba musim tengkujuh disebabkan itu kami mengambil inisiatif untuk menanam ubi bagi menjana pendapatan. Ubi jenis ini ia begitu sinonim di Kelantan ketika musim hujan dan biasa dimakan dengan cara direbus dan dihidang bersama kelapa parut, sambal tumis ikan bilis, atau dibuat ubi 'getuk' atau sebagai tapai ubi dan ubi goreng. Ia juga di buat kuih putu halba antara kuih tradisional diperbuat daripada ubi kayu juga mendapat permintaan tinggi semasa musim tengkujuh. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.