Support My Blog

Friday, August 14, 2026

UBI REBUS DAN FAKTA PENTING (PART 2)

MAKANAN UBI REBUS merupakan sejenis makanan tradisional yang telah lama diambil oleh penduduk tempatan sejak zaman dahulu. Tanaman Ubi (Manihot esculenta Crantz) merupakan sejensi tanaman umbisi yang mudah ditanam dan dijaga dimana sesuai dijadikan tanaman bahan makanan yang kini semakin sukar diperolehi. Dikelani juga sebagai 'cassava' atau 'tapioca' ia yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika dan diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam keluarga besar Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubikayu selalunya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan. Bagaimana pun di kawasan pendalaman di Malaysia serperti perkampungan orang asli di Semenanjung dan pribumi di Sarawak serta Sabah amalan penanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit juga ditanam secara kecil-kecilan yang menjadi aktiviti penting didalam membekal makanan mereka. Kini ada usaha sektor swasta untuk menanam secara besar-besaran ubi kayu untuk tujuan pengeluaran biodisel, kanji, prosesan kerepik dan juga pelbagai produk lain. Tinjauan penulis blog ke negara jiran Thailand mendapati tanaman ubikayu dilakukan diatas tanah bris dimana ia juga merupakan tanaman komersil penting untuk dijual kepada kilang. Umum tahu dimana ubikayu boleh dijadikan sebagai makanan pada manusia serta haiwan ternakan dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi (sejenis pemanis dalam industri minuman dan mimuman yang bertin) dan pengganti separa tepung gandum. Seluas 2,554 hektar ubikayu ditanam di Malaysia pada tahun 2025 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 44,8682 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2020). Antara negeri yang luas menanam ubikayu di Malaysia adalah Johor (640 hektar), Sarawak (533 hektar) dan Selangor (322 hektar) dan negeri-negeri lain menanam kurang dari 100 hektar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta penting makanan ubi rebus yang dikenali sebagai makanan tradisional untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Diantara jenis makanan yang penulis suka makan termasuk Resepi Ubi Kayu Rebus dengan Sambal Tumis Ikan Bilis dimana selain ia mengenyangkan ia adalah sejenis makanan tradisional yang masih popular sehingga kini. Memang ubi kayu rebus paling sedap dimakan empuk bersama sambal tumis ikan bilis yang pedas manis.  Pertama adalah merebus Ubi Kayu iaitu dengan mengupas kulit ubi kayu dan basuh bersih dan dipotong ubi saiz sederhana dan masukkan dalam periuk. Kemudian boleh dimasukkan air paras tinggi dari ubi serta ditambah 1 sudu kecil garam dan direbus atas api sederhana selama 20 - 30 minit sampai ubi empuk dan terbelah isinya. Ia mesti ditoskan airnya dan bila agak sejuk boleh di hidangkan untuk di makan dengan sambal tumis ikan bilis. Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis perlu bahan kisar iaitu 10 tangkai cili kering, 3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan bahan lain adalah seperti segenggam ikan bilis (separuh dikisar, separuh lagi digoreng garing asing), sedikit air asam jawa, gula dan garam. Cara masak dengan menumis bahan kisar sampai pecah minyak dan kemudian di masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali di masukkan ikan bilis dan kacau hingga sambal pekat dan tutup api sedia dihidangkan. Apa pun penulis blog juga suka makan U
bi kayu rebus dengan Sambal Hijau ialah hidangan tradisional Melayu yang sangat lazat (Sila lihat foto disebelah). Cara merebus ubi kayu sama dimana ubi kayu dipotong, direbus empuk dengan sedikit garam dan ia boleh dihidangkan bersama sambal tumis cili hijau pedas yang dicampur ikan bilis rangup.  Penulis blog bnyak kali membuat sendiri sambal Hijau (Sambel Ijo) di rumah untuk di akan dengan lempeng dan ubikayu rebus semasa sarapan agi. Apa pun ada banyak cara membuatnya tetapi cara paling mudah buat sambal hijau ialah dengan merebus atau mengukus cili besar hijau, cili padi hijau, tomato hijau, bawang merah dan bawang putih sebentar. Selepas itu boleh dikisar kasar atau tumbuk bahan-bahan tadi dalam lesung batu (lebih enak rasanya berbanding di kisar). Ramuan ini ia kemudian tumis dengan minyak yang agak banyak sehingga garing dan masukkan garam serta gula secukup rasa. Bagi membuatnya disediakan bahan-bahan iaitu cili besar hijau (secukupnya), cili padi hijau (ikut tahap pedas yang anda mahu), bawang merah, bawang putih, tomato hijau (atau tomato biasa), daun limau purut (pilihan untuk lebih wangi), minyak masak untuk tujuan menumis, garam, gula dan perasa secukupnya. Secara detainya dimana cara memasak dengan merebus atau kukus semua cili, tomato, bawang merah dan bawang putih selama 5 minit sehingga 
lembut dan ditoskan airnya dan ia kemudian boleh di kisar kasar atau tumbuk dengan lesung batu bahan yang telah direbus tadi supaya teksturnya tidak terlalu hancur. Panaskan minyak di dalam kuali dan di masukkan bahan kisar dan daun limau purut dan ditumis sambal menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak dan garing. Kemudian diperasakan dengan garam, gula dan perasa dengan rasa yang secukupnya dan ditutup api dan sambal hijau siap dihidangkan untuk di makan dengan ubikayu rebus.


Penulis blog sesekali akan makan unik iaitu Ubi kayu Manis dimana ubi kayu rebus manis biasanya dinikmati bersama kelapa parut masin dan taburan gula pasir atau sirap gula melaka atau cara hidangan lain yang disukai. Rasa ubi yang empuk dipadankan dengan lemak kelapa dan manis gula memberikan kombinasi yang sangat sedap. Makanan ini dulu dimasak untuk sarapan pagi atau minum petang sambil santai-santai di kebun atau di hidangkan semasa ada perkumpulan ramai masyarakat kampong. Bagaimana pun pada masa ini penulis blog semakin jarang dapat jumpa makanan tradisional ubi rebus manis ini dihidangkan dimana-mana. Bagi mengetahui akan Resepi Ubi Rebus dengan Kelapa Manis perlu untuk disediakan bahan seperti  1 kg ubi kayu, 2 liter air, 1 sudu besar garam (untuk merebus), 500 g kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja), 1 sudu teh garam (untuk kelapa), 5 sudu besar gula pasir atau guna gula melaka cair. Cara membuatnya adalah dengan mengupas kulit ubi kayu, buang urat tengahnya jika perlu dan perlu dipotong kepada saiz sederhana dan dibasuh bersih potongan ubi kayu. Seterusnya merebus dengan memasukkan ketulan ubikayu ke dalam periuk yang perlu dituang air dan 1 sudu besar garam. Rebus atas api sederhana selama 30 minit sehingga ubikayu ini menjadi empuk dan merekah dan kemudian diangkat dan toskan. Ia boleh digaul kelapa parut bersama 1 sudu teh garam dan kemudian kukus selama 10 minit supaya tidak cepat basi. Perlu dibiarkan kelapa parut sejuk, kemudian gaul atau taburkan gula di atasnya mengikut citarasa ia boleh di hidangkan ubi kayu panas bersama kelapa parut manis berlemak. Kedua adalah Resepi Ubi Rebus Manis Bersira Gula dimana enak dimakan semasa suam panas (Sila lihat foto diseblah dan diatas sekali). C
ara membuat agar sedap ialah dengan merebus 1 kg ubi kayu hingga empuk, kemudian masak bersama 5 sudu besar gula atau air gula Melaka hingga meresap dan pekat dimana bahan disediakan adalah 1 kg ubi kayu (kupas kulit, basuh bersih, kemudian dipotong saiz sederhana), air secukupnya (untuk merendam dan merebus),  5 sudu besar gula putih atau 1/2 cawan gula Melaka/gula merah, sedikit garam, 2 helai daun pandan (disimpul untuk wangi). Cara membuatnya dengan memasukkan ubi kayu ke dalam periuk dan tuang air paras tinggi sedikit dari ubi. Rebus ubi dengan api sederhana sehingga empuk dan boleh belah merekah potongan ubi tersebut dan dimasukkan sedikit garam dan daun pandan. Masak sehingga kurangkan air (jika terlalu banyak) dan ia kemudian masukkan gula pasir atau air gula Melaka dan dimasak dan kacau perlahan sehingga air gula pekat, berkaramel dan meresap cantik ke dalam ubi tersebut. Matikan api dan ia sedia dihidangkan.
  

Khasiat memakan ubi kayu rebus yang memang ia kaya dengan karbohidrat kompleks yang memberi tenaga tahan lama serta ada banyak serat untuk melancarkan sistem pencernaan dan ia ada vitamin C dan kalium yang mana ia menyokong kesihatan jantung dan akan menguatkan tulang. Apa pun antara kebaikan Makan Ubi Kayu Rebus pertama ia akan Bekalkan Tenaga iaitu dari bahan Karbohidrat di dalamnya dengan cara pantas dan tahan mengenyangkan lebih lama. Makan ubi rebus memang ia akan Melancarkan Penghadaman sebab ia memang tinggi kandungan serat yang membantu pemakannya dari kes sembelit dan menjaga kesihatan usus dan juga ia akan membantu Kesihatan Tulang sebab ia mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu menguatkan tulang serta gigi. Paling ramai kurang tahu bila makan ubi rebus adalah ia Mencegah Kes Anemia iaitu dengan membantu pembentukan sel darah merah kerana mengandungi zat besi dan folat. Ada perhatian penting iaitu perlu mempastikan ubi kayu dikupas kulit dengan bersih dan direbus sehingga betul-betul empuk untuk membuang sebarang risiko toksin sianida.Jangan makan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia tinggi kandungan kanji dan kalori. Beberapa Ancaman Utama makan ubi kayu rebus ialah keracunan sianida (Acrid atau Jenis Cyanide poisoning) akibat sebatian glikosida sianogenik (linamarin) yang tidak terurai sepenuhnya jika ubi tidak ianya dikupas kulit dengan betul, mentah atau kurang masak. Ini boleh menyebabkan pening, muntah, sakit perut, sesak nafas, atau sawan dalam kes teruk. DI kongsikan akan tanda-tanda kes keracunan dari Makan Ubi Kayu seperti berlaku keadaan Pening kepala dan Rasa loya, Muntah-muntah dan cirit-birit,  Sakit perut yang kuat serta Lemah badan atau sukar bernafas. Apa pun di kongsikan cara mengelakkan risiko ancaman ini iaitu dengan astikan mengupas kulit tebal ubi kayu dengan bersih kerana bahagian kulit mengandungi lebih banyak toksin dan mesti di basuh dan potong kecil sebelum rebus. Smasa merebus sehingga betul-betul empuk dan tukar air rebusan jika perlu dan JANGANMAKAN makan ubi kayu yang rasanya pahit kerana kandungan sianidanya lebih tinggi. 


Penulis blog kongsikan dimana da fakta terdapat beberapa mitos dan fakta mengenai ubi kayu rebus terutamanya berkaitan dengan tanggapan bahawa ia makanan kelas rendah atau beracun jika tidak dikendali dengan betul. Ubi kayu mentah mengandungi sebatian sianida semula jadi akan tetapi ia selamat dan masihberkhasiat dan menjadi sumber tenaga yang baik apabila dikupas serta direbus dengan sempurna sebelum di makan. Pertama ada Mitos 
Popular dimana di katakan Makan Ubi Rebus adalah Makanan Bagi Makanan Orang Susah atau Orang Miskin dimana tanggapan ini semas berlaku darurat zaman Jepun atau dikatakan sebagai jenis menu kampungan padahal faktanya adalah ia makanan yang tinggi karbohidrat sihat dan bebas gluten. Kedua ada Mitos Makan Ubi Rebus Ia Beracun Walaupun Selepas Direbus dimana mitos mengatakan ia kekal beracun dan faktanya dengan ada proses merebus air mendidih memusnahkan sebahagian besar kandungan sianida. Ketiga ada Mitos Ubi Kayu Punca Kencing Manis dimana kalangan peminat ada yang masih takut makan kerana manis faktanya adalah ubi kayu rebus mempunyai indeks glisemik sederhana jika diambil dengan kadar yang sederhana dan tidak berlebihan. Sebenarnya ubi rebus ia kaya dengan tenaga cepat, serat dan vitamin C dan ia perlu dikupas kulit tebal dan dibuang urat tengah sebelum direbus empuk. Pastikan agar 'Jangan Minum' air rebusan ubi kayu kerana ia mungkin melarutkan sisa toksin yanag boleh jejaskan kesihatan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
UBI REBUS ...MAKANAN TEMPATAN...

BANYAK RESEPI...DIBUAT SARAPAN...
BANYAK KHASIAT...RAMAI YANG SUKA...
BACA ARTIKEL...DAH DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...