KUCING (Felis catus) atau 'Cat' adalah merupakan sejenis haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) didapati di seluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mana ia mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan jenis kucing dilaporkan ia juga merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis Catus dipercayai merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikampong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung yang berada didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang mana ia ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara ciri dan kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka dahulu adalah kemampuannya memburu tikus dirumah dan kemudian membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Kucing sekarang yang ada agak kurang mahu untuk menangkap tikus lagi sebab ia sudah di berikan makanan khas kucing yang menyebabkan kucing tidak memburu dan kini membela tikus sudah jadi industri hebat. Konsep ini kini sudah tidak sama dengan peminat yang pelihara kucing zaman moden ini sebab yang pelihara kucing dikawasan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat sakitkan hati jiran. Bagi penulis blog keperihatinan jiran yang memiliki atau membela kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak kemudian menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" tenghari ini saya mengupas akan beberapa fakta penting mengenai kucing sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Makanan kucing ialah penting dengan ada sumber pemakanan khusus yang dirumus daripada bahan daging, ikan, vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan haiwan karnivora ini. Ia apa yang di laorkan terbahagi kepada Jenis Makanan Kering (kibble), Jenis Makanan Basah (dalam tin atau pouch) dan Jenis Makanan Segar (fresh). Pertama adalah jenis Makanan Kering (Dry Food) diman ia adalah tahan lama, lebih murah dan bagus untuk gigi kucing. Selalunya penulis blog lihat dimana jenis makanan kucing kering ialah makanan berbentuk butiran kecil atau rangup (dikenali sebagai kibble) yang mempunyai kandungan air yang rendah (sekitar 10%). Ia tahan lama, mudah disimpan dan praktikal untuk diberikan kepada kucing pada bila-bila masa. Ia berbentuk butiran kecil atau pelet yang keras dan rangup dengan kandungan air yang rendah dan lebih tinggi karbohidrat dan jangkahayat simpan yang panjang dan tidak mudah rosak jika dibiarkan dalam mangkuk. Kelebihannya ia mudah guna serta ia senang disukat dan boleh ditinggalkan untuk kucing makan perlahan-lahan sepanjang hari. Baik untuk kesihatan gigi dimana tekstur yang keras membantu mengurangkan plak atau karang gigi apabila kucing mengunyah. Ia lebih jimat dimana harganya selalunya lebih berpatutan dan mudah didapati di pasaran. Apa pun kekurangannya adalah ia kurang air atau rendah yang bermakna kucing perlu minum lebih banyak air kosong untuk elak masalah kencing atau buah pinggang. Ia juga kurang bau dan kurang beraroma berbanding makanan basah, jadi kurang merangsang selera bagi sesetengah kucing. Bagi jenis makanan Basah (Wet Food) pula ia tinggi kandungan air untuk elak masalah kencing serta lebih beraroma. Makanan kucing basah (wet food) ialah sejenis makanan haiwan yang mempunyai kandungan air yang tinggi (sekitar 70% hingga 85%) dan biasanya dijual di dalam tin kecil atau pek pouch. Ia ada kandungan air tinggi bagi membantu mengekalkan tahap hidrasi badan kucing serta bertekstur lembut dalam bentuk isi ikan atau daging berkrim, pate (kisar halus) atau ketulan dalam kuah. Aromanya kuat dan lebih wangi dan mampu bagi membangkitkan selera makan kucing. Kelebihannya ia akan mengurangkan risiko masalah buah pinggang dan batu karang kerana kucing kurang minum air kosong dan bagus untuk anak kucing (kitten) yang baru belajar makan atau kucing tua yang hilang gigi. Ia juga membantu mengawal berat badan kerana kurang padat dengan kalori berbanding makanan kering. Ketiga adalah Jenis Makanan Buatan Sendiri (Homemade) iaitu ambil isi ikan atau ayam yang direbus tanpa garam atau perasa. Beberapa pantang larang memberi Makanan Kucing adalah Jangan beri bawang, bawang putih, coklat atau jenis makanan bergaram kerana ia beracun dan mengelakkan susu lembu kerana kebanyakan kucing cirit-birit jika minum susu. Apa pun makanan kucing moden ialah makanan siap proses yang khusus untuk keperluan haiwan. Ia mengandungi protein, vitamin dan mineral seimbang. Apa pun jenama jenis makanan kucing yang terkenal dan banyak dijual di Malaysia termasuk jenama Power Cat, ProDiet, Royal Canin, SmartHeart, dan Snappy Tom. Jenama Tempatan PowerCat adalah jenama buatan Malaysia yang mempunyai sijil halal dan dilapor tidak mempunyai bahan pengawet. Jenama ProDiet pula ia menjadi pilihan popular harian yang mudah didapati di pasar raya dengan harga berpatutan. Jenama Tomkraf ia adalah produk makanan kering tempatan keluaran Kumpulan Karangkraf. Ada juga beberapa jenama Antarabangsa atau Premium seperti Jenama Royal Canin iaitu pilihan utama untuk nutrisi khusus mengikut baka dan kesihatan kucing. Jenama lin adalah SmartHeart yang mesra bajet yang seimbang bahan nutrisinya dan juga Jenama Snappy Tom yang terkenal dengan pilihan makanan basah (wet food) dalam bentuk jeli atau tin
Mengetahui akan tabiat atau perangai kucing sangat unik dan penuh dengan pelbagai makna tersendiri sebab diantara tabiat yang paling kerap dilakukan oleh kucing termasuklah suka tidur siang yang lama, menguli atau menekan-nekan tangan pada badan tuan, berdengkur tanda selesa serta menggeselkan badan pada kaki orang atau pemiliknya. Pertama adalah tabiat Kucing Berdengkur dimana kucing berdengkur atau berbunyi 'purr...purr' dan lazimnya ia tanda kucing itu berasa gembira, selesa atau sedang tidur lena namnu ia juga mungkin cara kucing menenangkan diri ketika cemas, tertekan atau sakit. Kadangkala bunyi dengkuran kuat (mengorok) berlaku kerana posisi tidur atau ada isu masalah pernafasan. Kucing guna getaran bunyi ini untuk kurangkan stres atau takut atau ia cara berkomunikasi dimana anak kucing berdengkur untuk beritahu ibu di mana mereka berada. Apa pun tahap dengkuran biasa adalah normal akan tetapi bila bawa ke klinik haiwan jika kucing kelihatan lemah atau kurang aktif, hilang selera makan, keluar lelehan air hidung atau mata atau jika ia sukar bernafas atau batuk. Kedua taboat kucing adalah 'Menguli' iaitu satu perilaku menekan seperti menguli doh yang menunjukkan rasa manja sejak kecil dimana kucing selalu menguli (kneading) sebagai satu perlakuan kucing menekan dan mengurut permukaan lembut (seperti bantal, selimut atau badan tuan) dengan cara silih berganti menggunakan dua kaki depan iaitu ibarat orang sedang menguli doh roti. Antara sebab Kucing Menguli adalah sebagai tanda manja dan selesa iaitu tabiat ini terbawa sejak kecil ketika mereka menekan perut ibu untuk melancarkan susu. Ia juga sebagai 'Rasa selamat' bila kucing mengulanginya apabila mereka berasa tenang, gembira atau rindu suasana sewaktu kecil serta dilakukan sebagi 'Tanda kawasan (wilayah)' dimana kelenjar bau pada tapak kaki kucing meninggalkan tanda bau mereka pada objek yang diuli. Ini juga berkait dia ada 'Membuat tempat tidur' sebab nenek moyang kucing liar menguli rumput atau daun untuk membina sarang selesa sebelum tidur. Ketiga ada tabial Menggesel Badan sebagai cara kucing menandakan kawasan atau menuntut anda sebagai milik mereka. Apabila kucing datang menggeselkan badan atau kepala ia bermaksud kucing itu sedang manja atau sedang menunjukkan kasih sayang dan menandakan orang itu sebagai hak miliknya menggunakan bau atau feromon dari kelenjar di pipi serta badannya. Apa pun antara sebab Kucing Menggeselkan Badan sebagai 'Tanda Sayang' iaitu ia menunjukkan mereka selesa, gembira dan percaya kepada pemiliknya dan juga ia 'Menanda Hak Milik' drengan meninggalkan bau (feromon) supaya kucing lain tahu anda adalah miliknya. Ia juga ingin memohon makanan atau perlukan teman atau mengajak untuk bermain. Ini juga sebagai tanda 'Rasa Selamat' dimana ini menenangkan diri mereka dalam persekitaran yang diyakini.
Seterusnya ada Tabiat Kucing Tidur Lama sebagai satu naluri asal untuk menyimpan tenaga sebelum aktif. Apa pun sebenanrya yang kucing tidur selama 12 hingga 16 jam sehari adalah perkara biasa kerana ia adalah sifat semula jadi dan cara mereka menyimpan tenaga. Namun dilaporkan yang tempoh tidur yang terlalu lama boleh menjadi tanda masalah jika disertai perubahan sikap. Antara punca kucing tidur lama adalah 'Faktor Usia' dimana selalunya anak kucing dan kucing tua boleh tidur sehingga 18 hingga 20 jam sehari kerana proses tumbesaran atau faktor tubuh yang semakin lemah. Ia juga tidur lama untuk 'Menyimpan Tenaganya' dimana ia akan gunakan tenaga tersebut kelak sebagai pemangsa untuk memburu dan ini akan membuatkan badan mereka perlukan rehat banyak selepas aktif. Kucing tidur lama sebag 'Cuaca Sejuk' dimana kucing lebih suka tidur dengan lama apabila cuaca sejuk atau hujan. Ada juga kajian menyatakan kucing tidur lama sebab ia 'Sudah Bosan' sebab tiada teman atau permainan di rumah mungkin tidur kerana bosan atau kemungkinan ia tanda iaitu kucing sedang sakit. Apa pun kena periksa jika ia hilang selera makan atau berat badan turun atau kelihatan lemah, tidak bermaya, atau elak daripada bergaul bermakna ia sakit. Di lihat juga yang bulunya ia tidak terurus atau comot, ada muntah, cirit-birit atau tanda sukar bernafas. Tabiat lain kucing adalah ia suka Mencakar Perabot sebagai satu lagi tabiat semulajadi untuk menajamkan kuku dan meregangkan otot badan. Cara kucing mencakar perabot kerana ia adalah tabiat semula jadi untuk menajamkan kuku, meregangkan otot dan menandakan kawasan. Perbuatan ini juga membantu kucing membuang lapisan kuku mati dan mengurangkan rasa bosan atau stres. Apa pun bagi penulis blog dimana sebab utama Kucing Mencakar adalah untuk 'Menanda Kawasan' dimana kelenjar bau pada tapak kaki meninggalkan tanda bau yng pastikan itu kawasannya. Perbuatan ini juga sebagai 'Cara Buat Regangan Badan' dengan bahagian pada otot kaki dan belakang selepas bangun tidur. Tabiat ini berkait dengan gunakan 'Tenaga Berlebihan' dan ini akan mengurangkan rasa bosan atau resah. Beberapa cara menghentikan Kucing Cakar Perabot dengan menyediakan 'Tiang Cakar Khas' iaitu meletakkan scratching post atau papan cakar khas berdekatan perabot atau boleh gunakan 'Guna bau semburan' dari jenis bau yang kucing tidak suka seperti limau atau gunakan jenis semburan bahan feromon. Boleh juga seakan 'Mengalihkan Perhatian' bila ajak kucing bermain atau dialihkan ia secara perlahan ke tiang cakar apabila ia mula mencakar sofa. Tabiat kucing 'Menjilat Bulu' adalah satu cara kucing ini dapat membersihkan diri dan menenangkan emosi mereka sendiri. Apa pun di laporkan kucing menjilat bulu adalah tabiat biasa (grooming) untuk membersihkan diri, meratakan minyak pada kulit, menyejukkan badan atau menenangkan emosi akan tetapi jika kucing terlalu kerap menjilat sampai botak atau luka maka ia mungkin tanda masalah kesihatannya. Ia juga akan membersihkan diri dengan membuang kotoran atau sisa makanan guna air liur atau ia akan 'Menyejukkan badannya' iaitu membantu turunkan suhu ketika panas. Tabiat Kucing Makan Rumput penulis blog selalu lihat adalah kerana ia membantu melancarkan sistem pencernaan, membuang gumpalan bulu (hairball) di dalam perut melalui muntah, dan menambah serat. Jenis rumput yang biasa atau selamat untuk kucing dikenali sebagai cat grass yang selalunya terdiri daripada benih bijirin seperti gandum (wheatgrass), barli (barley), oat, atau raun. Kucing ini mahu melancarkan perut sebab pada rumput ada kandungan serat tinggi bantu masalah sembelit. Rumput juga sebagi sumber nutrien dengan cara memberi vitamin dan asid folik tambahan. Apa pun jenis rumput yang sesuai termasuk Jenis Cat Grass, Rumput gandum (wheatgrass), Rumput barli (barley grass), Rumput oat (oat grass) dan perlu pastikan rumput bebas daripada sebarang racun serangga atau bahan kimia berbahaya jika anda ingin biarkan kucing makan di luar. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.