Dilaporkan dimana campuran biodiesel ia boleh digunakan dalam bentuk jenis tulen (B100) atau boleh dicampur dengan diesel petrolium pada sebarang kepekatan dalam kebanyakan enjin diesel suntikan, Enjin kereta api biasa baru bertekanan amat tinggi (29,000 psi) memiliki had dalam pengilangan ketat B5 atau B20 ergantung kepada pengilang. Biodiesel memiliki ciri-ciri pelarut berbeza berbanding petrodiesel dan akan merosotkan gasket dan saluran getah asli. Biodiesel telah diketahui kesannya akan menghapuskan mendakan sisi pada salur bahanapi yang menggunakan petrodiesel sebelumnya. Hasilnya dimana alat penapis minyak enjin mungkin tersumbat dengan partikel sekiranya pertukaran kepada bahan api tulen dibuat mengejut. Dengan itu adalah dicadangkan untuk menukar penapis bahanapi pada enjin dan pemanas sejurus selepas bertukar kepada campuran biodiesel. Kegunaan Utama Biodiesel pertama adalah Untuk Sektor Pengangkutan apabila ia digunakan sebagai bahan adunan mandatori (seperti B7, B10, atau B20) untuk kenderaan berenjin diesel. Biodiesel ialah bahan api yang khusus untuk semua jenis kenderaan yang menggunakan enjin diesel (enjin pembakaran mampatan), seperti kereta, lori, bas, pacuan empat roda dan jentera berat yang mempunyai sistem enjin diesel. Lazimnya jenis kenderaan yang sesuai menggunakan biodiesel termasuk Jenis Kereta Penumpang berenjin diesel (seperti model-model tertentu yang menyokong spesifikasi diesel tempatan), Jenis Kenderaan Perdagangan (lori kargo, van, dan bas), Jenis Kenderaan Utiliti dan ladang (traktor serta jentera berat pembinaan). Perlu di nyatakan jika ada maklumat penting mengenai jenis kenderaan dan cara penggunaan dimana faktur 'Adunan Semasa' seperti di Malaysia dimana ada campuran biodiesel (seperti program semasa) dicampur ke dalam diesel biasa di stesen minyak untuk kegunaan harian kenderaan diesel biasa tanpa ubah suai enjin. Kedua adalah faktur 'Keserasian' dimana kebanyakan kenderaan diesel moden adalah ia serasi dengan campuran biodiesel peratusan rendah (seperti B7, B10, atau B15), namun anda dinasihatkan menyemak buku panduan pengeluar kenderaan (OEM) untuk peratusan yang lebih tinggi. Berkait dengan faktur sektor industri dan pertanian ia mampu untuk memacu jentera berat, traktor, dan genset (generator kuasa) tanpa memerlukan pengubahsuaian enjin. Ada aspek 'Pemanasan Domestik' dimana ia akan digunakan dalam sistem pemanasan ruang di sesetengah negara luar.
Kelebihan Biodiesel sudah di kaji saintis dimana antaranya adalah kehebatan 'Biodiesel Mesra Alam' sebab ia akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan kandungan sulfur yang ianya minimum. Biodisel adalah jenis produk yang boleh digunakan untuk enjin diesel yang dibuat daripada minyak sayuran (seperti minyak sawit di Malaysia) atau lemak haiwan dengan cirinya sebagai sejenis bahan api ini lebih bersih, mengurangkan gas rumah hijau, dan selamat untuk alam sekitar. Ciri utamanya sebagai sumber asli yang mana ia dihasilkan daripada tanaman atau minyak masak terpakai. Ia juga mengurangkan isu pencemaran dengan cara iaitu mampu mengurangkan pembebasan karbon dioksida dan asap beracun. Biodiesel adalah produk 'Mudahurai' sebab ia cepat rosak secara semula jadi jika tumpah dan tidak toksik. Ia sesuai yntuk kegunaan kenderaan bila dicampur dengan diesel biasa (contohnya adunan B10 atau B15) tanpa ubah suai enjin. Ia adalah sebagai salah satu 'Sumber Boleh Diperbaharui' yang dihasilkan daripada sumber pertanian yang boleh ditanam semula berbanding minyak fosil. Aspek 'Keserasian Enjin' pula ia sesuai digunakan pada kebanyakan enjin diesel sedia ada (konsep drop-in) tanpa mengubah suai bahagian dalaman. Pengenalan biodiesel ia akan 'Membantu Ekonomi Tempatan' dengan menyokong industri komoditi tempatan seperti penanaman kelapa sawit dimana ia juga dilaporkan ada takat kilat (flashpoint) yang lebih tinggi menjadikannya lebih selamat disimpan berbanding jenis minyai diesel biasa.
Bagaimana kelebihan dan kehebatan biodiesel akan tetapi mitos penerimaan produk ini masih menghantui ramai pengguna. Pertama ada Mitos Yang Biodiesel ialah Minyak Masak Mentah sebab masi ramai percaya dengan mitos ini salah kerana biodiesel telah melalui proses kimia (esterifikasi) yang ketat mengikut spesifikasi enjin, bukan sekadar tuang minyak masak terpakai ke dalam tangki. Mitos ini ianya bertanggapan bahawa ia boleh diisi terus ke dalam enjin kenderaan tanpa sebarang proses. Sebenarnya minyak masak atau sisa minyak tidak boleh digunakan mentah-mentah begitu sahaja kerana ia terlalu pekat dan akan merosakkan enjin. Kedua ada Mitos dan Fakta Biodiesel Minyak Masak adalah tidak benar sebab masak sisa dapur atau minyak mentah pasti ia tidak boleh terus dituang ke dalam tangki kereta. Faktanya dimana minyak perlukan proses kimia khas yang dipanggil 'transesterification' untuk mengubah kelikatan dan sifatnya sebelum selamat menjadi biodiesel. Ada tngg[n dimana bahan biodiesel sama dengan minyak masak terpakai yang kotor. Apa pun di Malaysia, biodiesel dihasilkan secara industri daripada minyak sawit yang ditapis mengikut piawaian, walaupun sisa minyak masak kini menjadi bahan mentah alternatif. Ketiga ada Mitos Biodiesel Merosakkan Enjin kenderaan moden tetapi faktanya adalah domamna bahan biodiesel mengikut piawaian rasmi selamat digunakan dan diuji untuk pelbagai kenderaan diesel biasa. Keempat ada juga Mitos Pengguna Perlu Ubahsuai Enjin jika ingi mereka menggunakan bahan biodiesel dimana jenis kenderaan moden boleh guna terus dengan selamat campuran biodiesel (seperti B7 atau B10) secara terus tanpa perlu tukar alat ganti atau ubah suai enjin. Kelima ada Mitos Biodiesel Ia Rosakkan Jaminan Enjin (warranty) dimana dengan penggunaan campuran biodiesel yang disyorkan kerajaan atau pengeluar tidak akan membatalkan jaminan kenderaan para pengguna. Keenam ada juga Mitos Menyebabkan Sumbat Penapis Minyak (fuel filter) dimana bahan biodiesel bertindak dalam membersihkan kerak kotoran lama dalam tangki. Kotoran inilah yang bergerak ke penapis, bukan kerana biodiesel itu sendiri merosakkannya. Dalam beberapa tinjauan dilaporkan dengan harga runcit Bio Diesel (seperti Euro 5 Bio Diesel) di stesen minyak Malaysia dijual sekitar RM4.67 seliter. Apa pun kos pengeluaran peringkat industri bagi campuran biodiesel sawit (seperti B100) dianggarkan sekitar RM4.40 sehingga RM4.50 seliter bergantung kepada harga minyak sawit mentah. Biodiesel yang sebagai bahan api campuran diesel petroleum bersama minyak kelapa sawit (contohnya campuran B7, B10, atau pelaksanaan baharu B15 secara berperingkat). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
PRODUK BIODIESEL....APAKAH BENDA...TENAGA DIBAHARU... ADA DI MALAYSIA...
KENDERAAN GUNA....MESRA ALAM JUGA...
SUDAH MEMBACA... ARTIKEL BERGUNA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 RabiulAwal 1448H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.