Support My Blog

Saturday, September 21, 2019

INDUSTRI KOPI MALAYSIA - KELAM?

INDUSTRI TANAMAN KOPI DI MALAYSIA semakin kelam?. Itulah persoalan yang penulis blog ingin bincangkan kali ini selepas menghadiri perjumpaan dengan penanam-penanam kopi Negeri Sabah di Tenom baru-baru ini. Tanaman Kopi (Coffea spp) merupakan salah satu komoditi yang dipilih untuk dimajukan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) setelah lebih daripada 15 tahun tiada program khusus untuk pembangunan tanaman kopi. Perkara ini adalah berikutan permintaan terhadap biji kopi mentah untuk diproses amat menggalakkan dimana Malaysia terus mengimport biji kopi mentah sebanyak 115,210 metrik tan pada tahun 2017 yang bernilai RM1.52 billion. Malaysia mengimport biji kopi mentah daripada Indonesia, Vietnam dan Brazil terutama untuk Kopi Arabica (Coffea arabica) dan Kopi Robusta. Di Malaysia kebanyakan jenis kopi yang ditanam adalah Kopi Liberica (Coffea liberica) dan juga Kopi Robusta (Coffea robusta). Pada tahun 2018 dilaporkan seluas 1,930.1 hektar tanaman kopi diusahakan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan pengeluaran hanya sekitar 3,396.2 metrik tan. Keluasan ini menurun berbanding dengan penanaman pada tahun 2017 iaitu seluas 2,588 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 8,109 metrik tan kopi (Sumber: Laporan Industri Kopi, Jabatan Pertanian Malaysia 2108).  Dalam pada itu hanya dua negeri sahaja di Malaysia yang aktif menanam kopi iaiti di Negeri Sabah (70%) dan bakiny di negeri Johor (20%) sementara negeri-negeri lain hanya sekitar 10% sahaja. Negeri Sabah banyak menanam kopi jenis robusta dan liberica serta ada juga sedikit menanam kopi Katimor di Ranau. Kini penanam kopi sudah kurang sedangkan permintaan biji kopi mentah semakin meningkat. Adakah industri penanaman kopi di Malaysia semakin kelam?. Kenapa ramai petani sudah tidak mahu menanam kopi seperti dahulu lagi?. Bagaimana cara untuk menarik minat lebih ramai petani menanam kopi?. Artikel malam ini daripada Tingkat 7 Suite Room Weil Hotel di Ipoh dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis rencana mengenai industri penanaman kopi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Penanaman kopi dipinggirkan semenjak RMK-8, RMK-9 dan RMK-10 (15 tahun) dimana dalam jangkamasa ini tidak ada insentif kepada penanam-penanam kopi. Dalam pada itu berlaku dimana harga kopi jambu adalah tidak menentu dipasaran dunia dan juga pasaran tempatan. Tekanan kepada penanam kopi ini juga dirasai dengan prestasi tanaman kelapa sawit dimana harga sawit pada tempoh tersebut pernah mencapai harga komoditi yang sangat menarik dan lebih untung daripada penanaman kopi. Ramai petani yang dahulu menanam kopi dibawah kelapa, kopi monokrop dan kopi dengan selingan tanaman buah-buahan lain menukar tanaman mereka kepada kelapa sawit. Tanaman kelapa sawit pula mempunyai insentif yang menarik dan kerja yang tidak seteruk mengutip biji kopi liberica yang masaknya tidak serentak.  Faktur menuai yang perlukan kos tenaga kerja tinggi disamping persekitaran di kebun kopi yang tidak kondusif menyebabkan penanam kopi terus berkurangan dengan amat signifikan. Proses menukar kopi jambu kepada biji kopi mentah mengambil masa lama, berbau dan juga perlukan kemahiran. Kalau dahulu pengeluaran benih tanaman kopi di kelolakan oleh Jabatan Pertaanian dan beberapa pihak swasta namun dalam tempoh 15 tahun tersebut industri mengeluarkan benih kopi juga semakin kelam kerana tidak ada permintaan daripada petani untuk tanaman baru kopi (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun kini dilaporkan Jabatan Pertanian Parit Botak di Batu Pahat satu-satunya yang masih membuat benih kopi dan ada di Sabah serta di Sarawak. Pihak swasta sudah tidak  lagi mengeluarkan benih kopi kerana kurang atau menang tiada permintaan. 


Sejak awal pada RMK-11 cubaan untuk memperkenalkan semula tanaman kopi dilakukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memalui Jabatan Pertanian. Rancangan ini bertujuan untuk membangunkan kawasan pengeluaran dan meningkatkan produktiviti dengan varieti kopi yang terpilih. Selain itu program ini akanmengintergrasikan tanaman kopi dengan tanaman lain seperti pisang, kelapa dan beberapa tanaman lain yang sesuai. Kerajaan telah membuat satu skop banuan untuk tujuan ini dimana bagi Projek Tanaman Baru (new planting) kadar maksima bantuan sebanyak RM15,000 sehektar dan bagi Projek Pemulihan Kebun Kopi (Rehabilitation) kadar bantuan sebanyak maksima RM7,500 sehektar.  Petani individu atau kelompok layak memohon projek ini dimana bantuan adalah didalam bentuk pembangunan infra ladang (Pembersihan kebun, perparitan dan pagar) serta bahan input pertanian (Benih, Baja dan Racun serta peralatan kecil pertanian). Projek ini diharap akan mampu meningkatkan usahawan kopi dan mengurangkan kebergantungan terhadap biji kopi mentah import yang tinggi nilainya.  Banyak faedah lain diperolehi apabila penanaman kopi varieti baru dapat dilaksanakan walau pun kini tidak banyak jenis kopi baru dikeluarkan oleh pihak penyelidik. Ini juga mungkin boleh menjadikan industri kopi negara semakin kelam.


Penulis blog dapati dan memang percaya kemerosotan keluasan dan pengeluaran kopi negara terus turun menjadikan industri ini semakin kelam. Kemerosotan ini adalah disebabkan minat petani semakin kurang selain persaingan dengan tanaman kelapa sawit dan pengurusan tanaman kopi yang agak rumit dari beberapa aspek selain daripada harga kopi jambu yang tidak menarik. Pengilang lebih suka dengan biji kopi mentah import yang harganya kompetitif dan mudah didapatkan bekalannya daripada pengedar, Biji kopi mentah yang diimport juga mempunyai kualiti baik untuk diproses (Sila lihat foto disebelah). Pada tahun 2013 pengeluaran kopi adalah sebanyak 14,739 metrik tan dan telah menurun kepada hanya 8,109 pada  tahun 2017 iaitu pengurangan sebanyak 6,630 mt dalam masa 4 tahun sahaja!. Ini bermakna kadar pengurangan pengeluaran biji kopi negara mengurang purata 1,660 metrik tan. Kajian oleh Jabatan Pertanian mendapati produktiviti hasil kopi negara telah merosot dengan nyata daripada sebanyak 4.24 metrik tan sehektar kepada hanya 2.58 metrik tan sehektar .  Bagaimana pun ia juga dilihat turun naik apabila penah mencatatkan sebanyak 3.0 mt/ha pada tahun 2015. Pencapaian terendah bagaimana pun dicatatiak pada tahun lepas (2018) iantu hanya 2.3 metrik tan sehektar. Angka ini memang menunjukkan industri kopi negara memang semakin kelam dan perlu dilihat dengan lebih objektif untuk menangani isu ini.


Dalam analisa lain penulis blog dapati keluasan penanaman kopi ini hanya tertumpu di Sabah dan di Johor sahaja dan negri-negeri lain seakan-akan sudah 'mati' aktiviti penanaman kopi. Kalau dahulu Negeri Selangor dan Kedah ada menanam kopi tetapi sekarang ia sudah dilupakan oleh petani  dinegeri ini. Jika dibandingkan diantara penghasilan kopi di Sabah dengan di Johor amat kritikal dimana hasil sehektar pengeluaran kopi di Negeri Johor adalah 6 kali ganda daripada hasil pengeluaran kopi di Negeri Sabah. Ini disebebkan petani di Johor menanam kopi Liberica yang berat berbanding dengan petani di Sabah yang menanam kopi Robusta yang ringan bijinya. Faktur usia pokok kopi dan kaedah pengurusan juga berbeza selain daripada minat petani komersil berbanding dengan pekebun kecil yang mengushakannya. Merujuk kepada penanam kopi di Sabah ia benyak tertumpu kepada beberapa daerah sahaja seperti di Tenom, Sipitang, Sook, Ranau dan Keningau untuk jeniskopi robusta dan daerah Tawau, Kota Belud, Tuaran, Papar, Tambunan dan Pensiangan ditanam dengan kopi jenis liberica. Rekod oleh Jabatan Pertanian Sabah menunjukkan purata anggaran pendapatan kasar  (Gross income) tahunan penanaman kopi adalah sekitar RM68,916 sehektar setahun dengan purata harga kopi beras sekitar RM6.00 sekilogram. Harga kopi beras yang tidak berubah semenjak belasan tahun mungkin antara faktur industri kopi negara semakin kelam. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam.
INDUSTRI TANAMAN KOPI.. KENAPA...
SEMAKIN KURANG... KELAM JADINYA...
ADA BANTUAN... KURANG SAMBUTANNYA...
DIMASA HADAPAN... IA PERLU DIANALISA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 703, Suite Superior Room,
Weil Hitel, Jalan Sultan Idris Shah,
Ipoh, Perak, 
Malaysia.
(20 Muharam 1441H).



    





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...