POKOK KELOR (Morringa oleifera) merupakan sejenis tanaman yang kini mendapat perhatian ramai kerana kehebatan akan khasiat yang ada oada buahm bunga dan daunnya. Terkini ada dakwaan dimana kehebatan akan khasiat daun kelor membantu kawal tekanan darah tinggi dan juga mengawal masaalah kolesterol. Daun kelor telah digunakan sejak beribu tahun dahulu terutama oleh masyarakat India untuk penjagaan kesihatan dan sebagai sumber makanan. Beberapa tahun kebelakangan ini telah banyak dibuat kajian terperinci mula dijalankan bagi mengkaji potensi sebenar daun kelor. Laporan daripada kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa daun kelor mempunyai khasiat untuk tubuh badan manusia. Didakwa dimana disamping kaya dengan protein daun kelor juga didapati mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti A, Vitamin B dan Vitamin Cdan juga bahan antioksidan. Daun kelor juga dapat membantu mengawal tekanan darah dan kadar kolesterol dalam darah. Dalam hal ini menyedari khasiat yang memang terkandung dalam pokok berkenaan, sekumpulan penyelidik daripada Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan (FoBERG) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan kajian melibatkan penggunaan daun kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera sebagai minuman. Penulis blog beberapa kali melawat ladang tanaman kelor di beberapa lokasi di Pahang yang ditanam secara komersil dan di Johor dimana mereka menanam pokok kelor untuk tujuan penghasilan daun kelor yang berkhiasiat ini. Kajian yang dibuat di UTM ini sempat juga penulis blog ke UTM untuk bersama-sama mendapatkan infonya. Ketua kumpulan pasukan penyelidik tersebut adalah Prof. Dr. Ida Idayu Muhamad yang dakwa kajian bermula pada akhir 2017 dan masih diteruskan bagi tujuan pembangunan produk. Artikel malam ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' hasil temuan kumpulan penyelidik di UTM yang sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukkana anda.
Dalam membuat penyelidikan perlukan info asas mengenai tanaman ini seperti yang saya ada tulis dalam beberapa artikel sebelum ini. Tumbuhan merungai cepat membesar dengan ketinggian 3-10 meter dan banyak cabang dan garispusat batang lingkungan 3-10 cm. Batangnya dilihat mempunyai kulit berwarna putih, kelabu atau pudar yang akan menghasilkan gam apabila terluka. Daun meringgai berwarna hijau yang berbentuk 'pinnate' (2-3 daun) dengan ukuran 60 cm panjang dan ada 4-6 pinnae. Bunga meringai berwarna putih atau krim yang berbau wangi berukuran 8-30 cm dengan 5 kelopak. Buahnya berbentuk 3 segi seperti kapsul berukuran 10-50 cm x 1.5-3.5 cm berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang. Bijjinya berbentuk sub-globose dengan ukuran 1-1.4 cm panjang dan 0.5-2.5 cm lebar (Sila klik disini). Kajian menunjukkan 83% daripada bahagian tumbuhan adalah boleh di pasarkan atau berguna dari bahagian akar, batang, daun dan buah. Setiap 100 gram meringgai yang bolh di makan mengandungi 87 g air, Protin (2.5 g), Karbohiderat (3.7 g), Abu (2.7 g), Serat (4.8 g), Vitamin A (184 IU), Vitamin B1 (0.01 mg), Vitamin B2 (0.07 mg), Niacin (0.2 mg), Vitamin C (120 mg), Fe (5.3 mg), P (110 mg), Ca (30 mg) dan 109 kiloJoule tenaga. Biji moringga mengandungi 25% minyak moringa yang terdiri dari triglicerids dan asid lemak behen yang berkualiti tinggi. Minyak ini mampu menyerap bau dengan berkesan dan cekap. Kayu pokok meringgai adalah jenis lembut dan tiada nilai balak.
Memandangkan daun kelor mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh manusia maka kajian perlu dijalankan bagi membolehkannya diproses menjadi produk yang lebih mudah diambil iaitu sebagai minuman. Kajian bermula dengan mengenal pasti spesies berkenaan dengan bantuan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi mendapatkan kod pengenalan spesies iaitu PID421218-35. Daun kelor dilaporkan mempunyai kandungan protein yang tinggi iaitu antara 20 - 30% iaitu unsur yang boleh dimanafaatkan. Kajian dijalankan untuk menggunakan daun kelor sebagai sumber protein alternatif kerana kandungan protein yang tinggi berbanding sumber daripada tumbuhan lain seperti soya iaitu antara lapan hingga 15 % sahaja. Kos untuk menghasilkan yang rendah berbanding protein juga menjadikan daun kelor sesuai untuk digunakan sebagai sumber protein alternatif. Kajian juga dijalankan bagi mengenal pasti kaedah pemprosesan daun kelor bagi membolehkan kandungan dan khasiatnya dikekalkan pada tahan optimum. Terkini serbuk daun kelor yang diproses sesuai ditambah dalam produk-produk makanan sedia ada untuk menambah nilai produk tersebut. Aktiviti penyelidikan tersebut yang dijalankan menggunakan dana penyelidikan UTM masih pada skala makmal berikutan kekangan peralatan dan mesin untuk proses penghasilan. Hanya alatan ringkas seperti pengering dan pengisar yang perlu digunakan. Lazimnya daun kelor dihancurkan selepas dikeringkan dikaji seterusnya akan khasiatnya.
Memang pokokk kelor agak mudah ditanam asalakan ada kawasan sesuai, benih mencukupi dan sistem prasarana ladang yang baik. Pokok Kelor juga sangat mudah ditanam dengan kos pengurusan yang sangat rendah. Penyelidikan ini mempunyai potensi untuk menjadi produk kesihatan dan makanan tambahan yang boleh diperoleh pada kadar harga yang rendah berbanding produk sedia ada yang kebanyakannya diperoleh daripada sumber luar negara. Teh daun kelor yang telah diproses membolehkan sumber protein dan khasiatnya diperoleh pada sebarang masa, mudah diambil dan dipelbagaikan dalam makanan atau masakan. Ketika ini berlaku lambakan pelbagai produk kesihatan dalam pasaran bagaimana pun kebanyakannya masih tidak mempunyai kajian saintifik dan ujian klinikal yang lengkap. Oleh kerana itu usaha perlu ditingkatkan bagi melakukan kajian yang lebih mendalam terutama dari segi saiz partikel, dos yang sesuai dan seterusnya dilengkapkan dengan kajian klinikal. Penyelidik ini perlu melengkapkan kajian saintifik dan klinikal serta potensi daun kelor secara lebih menyeluruh dan dijadikan makanan tambahan yang bermanfaat. UTM mempunyai kemudahan yang sesuai untuk kajian herba antaranya alat pengering, pengisar dan penapis skala makmal untuk penghasilan serbuk herba. Kemudahan tersebut terdapat di Makmal Penyelidikan FoBerg dan Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga . Alat lain yang diperlukan untuk kajian serta kemudahan lain adalah peralatan analisis untuk mengkaji kandungan analisis proksimat lembapan, meter aktiviti air untuk mengkaji tarikh luput atau ketahanan produk dan lain-lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini . Wasallam!!!...
POKOK KELOR... MUDAH TANAMNYA....
CUKUP CAHAYA... CEPAT TUMBUHNYA...
DAUN DTUAI... DIPROSES SEGERA...
ADA MODAL... ANDA KENALAH CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11D/14, Precint 11,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Muharam 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.