TANAMAN NANGKA (Artocarpus heterophyllus) kini telah pun di usahakan scara komersil dibeberapa lokasi projek termasuk di TKPM Kota Perdana, Muadzam Shah, Pahang yang mana berlaku serangan dan merosakkan tanaman oleh gajah. Kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Peranian diseluruh negara telah memberikan ruan kepada usahawan untuk peneluaran makanan negara terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengujudan TKPM di Malaysia adalah untuk mengeluarkan bahan makanan negara seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya yang mana ia kekal pengeluarannya dikawasan yang dikhaskan. Kawasan ini digazetkan sebagai kawasan penanaman yang mempunyai kelengkapan infsastruktur lengkap sala seperti konsep taman perindustrian dengan adanya jalanladang, sistem perparitan, sistem pengairan, utiliti air dan letrik malahan disesetengan TKPM dilengkapkan dengan Rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau Rumah Kalis Serangga (RKS). TKPM ini secara langsung menyelesaikan masaalah rungutan oleh usahawan tani dan parapelabur mengenai ketiadaan tanah pertanian untuk kegiatan pengeluaran bahan makanan untuk negara. Di Malaysia setakat ini ada74 buah TKPM dengan keluasan fizikal 11,952 hektar dan ditanam seluas 10,304 hektar pada tahun 2018. Seramai 1,383 peserta terlibat dengan manghasilkan sebanyak 90.179 juta metrik tan hasil bernilaiRM143.9 juta pada tahun sama. Rekod Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan purata pendapatan peserta TKPM adalah sebanyak RM6,771.45 sebulan iaitu menepati sasaran TKPM. Tanaman buah nangka paling popular dibeberapa KPM di Pahang kerana kesesuaian anah dan juga iklim serta persekitaran. Daripada 19 buah TKPM yang diwujudkan di Negeri Pahang, hampir 60% adalah menanam nangka terutama untuk varieti Tekam Yellow (J33). Beberapa buah TKPM terletak bersebelahan dengan huan simpan kekal dimana ada bermacam jenis haiwan liar yang boleh menganggu tanaman seperti Babi Hutan, Gajah Liar, Monyet dan sebagainya. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai serangan gajah liar di TKPM Kota Perdana, Muadzam Shah, Rompin, Pahang untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Haiwan Gajah (Elepas maximus) atau Gajah Asia merupakan sejenis mamalia besar yang menghuni hutan di Pahang dan juga ada yang diletakkan dalam beberapa buah zoo serta diwujudkan pusat pemeliharaan gajah di Kuala Gandah, Temerloh, Pahang. Gajah mempunyai ciri-ciri khusus dimana yang paling ketara adalah belalai yang digunakan untuk banyak perkara terutamanya untuk bernafas, menyedut air dan mengambil benda. Gigi kacipnya tumbuh menjadi gading yang dapat digunakan sebagai senjata dan alat untuk memindahkan benda atau menggali. Daun telinganya yang besar membantu mengatur suhu tubuhnya. Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar dan punggung yang cekung sementara telinga gajah Asia lebih kecil dan punggungnya cembung. Gajah juga merupakan haiwan herbivor yang dapat ditemui di berbagai habitat, seperti savana, hutan, gurun, dan paya. Gajah cenderung berada di tepi air. Gajah dianggap sebagai spesies haiwan yang penting kerana impaknya terhadap alam sekitar. Haiwan-haiwan lain cenderung menjaga jarak daripada gajah dimana pemangsa seperti singa, harimau. dubuk dan anjing liar biasanya hanya menyerang gajah muda. Gajah betina cenderung hidup dalam kawanan atau berkeluarga iaitu terdiri daripada satu betina dengan anak-anaknya atau beberapa betina yang berkerabat beserta anak-anaknya. kawanan ini dipimpin oleh individu gajah yang dipanggil matriark yang biasanya merupakan betina tertua. Di Pahang beberapa TKPM memang terdedah dengan serangan gajah ini megikut musim.
Daripada pengalaman penulis blog yang pernah menjadi Pengarah Pertanian Pahang memang mengetahui akan isu serangan gajah terhadap tanaman. Antara TKPM yang direkodkan pernah di serang gajah liar adalah TKPM Kota Perdana (Yang Penulis Blog telah membuat Tinjauan), TKPM Jelai (Daerah Kuala Lipis), TKPM Ulu Sungai (Raub), TKPM Salong (Pekan), TKPM Sg Atong (Kuala Lipis) dan beberapa lagi. Bagaimana pun serangan di TKPM Jelai dan TKPM Kota Perdana berterusan berlaku sehingga ke hari ini dengan kadar kerosakan lebih teruk kerana pokok nangka yang disrang sudah dewasa dan berbuah. Di TKPM Kota Perdana ini dilaporkan pada tahun ini sahaja serangan pertama telah berlaku pada 1/7/19 libatkan 80 pokok dengan anggaran kerugian RM30,000 dan serangan kedua 2 hari lepas (12/8/19) dan anggaran kerugian sedang disiasat. TKPM ini bersempadan dengan hutan simpan Muadzam. Daripada pengalaan penulis blog semasa membuat perbincangan dengan PERHLITAN Pahang dahulu dianggarkan terdapat 3 kelompok gajah liar di Hutan Muadzam dengan populasi sekitar 27 ekor dan mencari makan didalam hutan tersebut. Gajah yang masuk pada malam hari akan mematahkan dahan pokok atau menumbangkannya (Sila anda lihat foto disebelah). Kini beberapa langkah kawalan bersepadu sedang diusahakan bagi mengurangkan serangan ajah di beberapa TKPM termasuk di TKPM Kota Perdana ini.
Antara faktur gajah liar menyerang kawasan tanaman nangka di TKPM ini adalah berkemungkinan ada berlaku gangguan ditempat asal mereka mencari makan seperti aktiviti pembalakkan atau pemburuan atau pemusnahan makanan mereka. Gerombolan gajah liar ini pada keadaan semulajadi memang sukar dijumpai oleh manusia jika ia tidak digangu. Galah ini akan masuk kawasan tanaman yang berhampiran habitatnya untuk memakan dimana antara kesukaannya adalah tanaman pisang sama ada buah dan batangnya. Bagi pokok nangka biasanya gajah akan meratah buah dan juga daun-daunnya dengan mematahkan dahan atau pokoknya (Sila lihat foto disebelah). Serangan sering berlaku pada malam hari dimana mereka akan datang berkumpulan. Mengikut pakar gajah dari perhilitan memaklumkan laluan gajah mencar makanan mengikut kalendar perjalanan yang boleh dipetakan setiap bulan. Bagaimana pun perubahan habitat ini menyebabkan gajah liar masuk dikawasan kebun petani untuk mencari makanan.
Antara beberapa cadangan bagi petani mengurangkan serangan gajah liar ini adalah dengan membuat Parit Gajah iaitu arit besar yang menghalang daripada gajah masuk kebun. Kos membuat parit gajah ini bagaimana pun mahal kerana parit besar ini memang memerlukan mesin yang sesuai menggalinya. Bagaimana pun ada beberapa parit gajah besar yang digali dan gajah masih mampu melaluinya dengan mereka membuat jalan lain atau menimbus pari gajah dengan kayu. Teknik kedua yang dicadangkan adalah dengan memasang Pagar Letrik Gajah dengan 4 line dimana setinggi 5-6 kali line paling atas. Apabila lerik disambung dn gajah menyentuhnya ia akan terkejut kena karn dan berpatah balik kedalam hutan. Bagaimana pun kini gajah tersebuy lebih bijak dengan mematahkan atau mencabut pokok dan menghempabkan pada pagr letrik sehingga mereka boleh melaluinya. Ketiga penulis blog pernah memasang Lampu Kelip2 Nelayan yang dipasang dengan jarak 1 rantai dimana ia dilaporkan menyebabkan gajah tidak berani melaluinya akibat mata gajah silau melihat kerdipan lampu tersebut. Gajah akan berpatah balik kedalam hutan dan sebalikya menyerang tanaman kebun orang Asli yang berhampiran. Lampu-lampu kelip ini biasanya tahan sebulan dengan bateri kering bagaimana pun menjadi bahan diminati orang tempatan dan dicurinya. Salakkan anjing yang dipelihara tidak disyorkan kerana gajah amat marah dengan salakkan anjing dan mereka boleh membunuhnya atau anjing akan menjadi ketakutan apabila kumpulan gajah datang akhirnya. Projek TKPM yang dibuat bersebelahan hutan sebenarnya satu 'encroachment' manusia kehabitat mereka. Diharap kedua puhak antara gajah dan peserta projek bersama mampu menyelesaikan masaalah ini dengan melakukan beberapa pendekapat ekosistem yang lebih sesuai dimasa akan datang. Semga tulisan artikel ini memberi infoo terbaik kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.