KELAPA PANDAN (CN6) diusahakan secara komersil di Sarawak oleh Syarikat Borneo Aromatic Coconut (BAC) di Kampog Telaga Air, Kuching, Sarawak. Penulis blog telah dapat membuat tinjuaan teknologi penanaman kelapa pandan (Cocos nucifera) oleh syarikat ini di Fasa 1 yang mana ia menggunakan benih kelapa pandan yang dibawa masuk ke Sarawak daripada Stesyen Pertanian Teluk Baru, Bagan Datoh, Perak, Malaysia. Jabatan Pertanian terlibat didalam membantu syarikat ini dari segi khidmat nasehat teknikal dan juga menentukan pengesahan benih kelapa pandan yang ditanam. Syarikat yang dikendalikan oleh En Simon Chang ini beribupejabat di Lot 1004, Jalan Kwong Lee Bank, Kuching, Sarawak merancang untuk menghasilkan pelbagai produk berasaskan kepada jenis kelapa pandan (aromatic coconut) daripada buah kelapa segar, air kelapa segar, air kelapa dalam kotak, air kelapa pandan berkarbonat dan banyak lagi jenis produk berasaskan kelapa Menurut En Simon Chang kini syarikat beliau akan memperluaskan ladang penanaman kelapa pandan ini melibatkan pekebun-pekebun kecil sehingga mampu memcecah lebih daripada 2,000 hektar untuk membolehkan kilang yang sedang dalam pembinaan ini beroperasi kelak. Dakwanya selain daripada ladang kebun kelapa pandan yang ditanam seluas 120 ekar ini dijangka akan dapat membekalkan kelapa kepada kilangnya diharap para pekebun kecil yang menanam kelapa pandan dapat membekalkan kelapa pandan ini mengikut piawaian yang ada. Dakwanya di Bahagian Kuching dan Bahagian Samarahan sahaja potensi untuk pembangunan tanaman kelapa pandan amat sesuai kerana mempunyai jenis tanah landai yang subur dan berhampiran dengan laut. Pada masa ini Jabatan Pertanian melaporkan dimana ada terdapat 84,200 hektar tanaman kelapa di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 540 juta kelapa tua segar dan kini Malaysia masih mengimport sekitar 100 juta metrik tan kelapa tua daripada Indonesia untuk diproses. Bagaimana pun syarikat BAC ini membangunkan khususnya hanya kelapa pandan memandangkan potensinya untuk ianya dikomersilkan. Pembangunan kelapa merupakan salah satu daripada program Sumber Kayaan Baru (SKB) negara dalam sektor pertanian selain daripada pembangunan durian, jagung bijirin, nanas dan juga ruminan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana usaha penanaman kelapa pandan oleh Syarikat Borneo Aroatic Coconut Sn Bhd di Sarawak secara komersil yang boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Bekalan Benih Kelapa adalah paling asas dikenalpasti bekalannya untuk menentukan pokok yang ditanam adalah varieti sebenar dan juga menghasilkan buah yang banyak serta tahan penyakit. Kelapa mempunyai beberapa kategori iaitu KELAPA TINGGI (Tall Variety), KELAPA RENEK (Dwarf variety) dn juga KELAPA HIBRID (Hybrid variety). Bagi kelapa pandan ia adaah varieti kelapa paling unik kerana airnya memang menghasilkan baru enak seperti bau pandan (Pandanus spp). Benih kelapa pandan mesti didapatkan daripada pembekal benih bertauliah dengan mempunyai sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Peranian Malaysia setelah dibuat pemeriksaan pokok induk dijalankan. Bagi syarikat BAC ini untuk Fasa 1 mereka mendapatkan benih kelapa pandan daripada Jabatan Pertanian Malaysia iaitu bekalan dari Pusat Peranian Teluk Baru di Bagan Datuh , Perak. Pada penulis blog ini adalah pemilihan terbaik kerana laporan oleh pihak CMDV di MARDI telah mengesahkan benih kelapa pandan dari stesyen ini adalah antara yang terbaik selain daripada benih kelapa pandan dari Pusat Pertanian Parit Botak di Johor dan Pusat Pertanian Hulu Paka di Terengganu. Syarikat membawa masuk lebih 10,000 benih kelapa pandan untuk ditanam diladangnya mengikut tatacara prosedur SOP kemasukan benih kelapa oleh pihak Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan Jabatan Pertanian Sarawak dalam masa 2 tahun.
Dalam penelitian penulis blog di ladang Kelapa Pandan oleh BAC Sdn Bhd ini didapai penanaman dilakukan mengikut jarak penanaman yang disyorkan. Kawasan kebun yang terletak ditepi pantai ini banyak lalang akan tetapi ianya dikawal dengan racun rumpai serta memotong menggunakan 'brush cutter' mengikut jadual dan anak pokok kelapa sentiasa dibaja. Apa yang bagusnya kebun ini adalah memang TIDAK ADA tanda serangan oleh Kumbang Tanduk (Rhinocerous Beetle) yang sering menganggu tanaman kelapa diperingkat awal penanaman terutama jenis kelapa pandan. Ini kerana angin bayu laut yang masin akan menjauhkan serangga perosak seperti kumbang tanduk dapat menghampiri penanaman kelapa disini. Kelapa Pandan yang ditanam pada Oktober 2018 ini (Sudah berummur 6 bulan) menunjukan sebahagian daun sudah mula pecah (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penulis blog teliti rumput dibiarkan semak dintara barisan tanaman kerana ianya akan menyimpan air dan kelembapan diatas tanah bris berpasir ditepi pantai ini. Menurut Simon lagi antara musuh yang ada menyerang tanaman adalah haiwan tikus yang bersembunyi di dalam longgokan batang kayu dan batang kelapa lama yang dilonggokkan. Aktiviti menyulam pokok yang mati dijalankan berterusan dimana dihingga kini kadar kematian adalah sekitar kurang dari 5% sahaja. Simon nyatakan pekerjanya seramai 5 orang akan menjadualkan kerja diladang terutama untuk mengganti pokok mati, membersihkan kebun dengan menebas dan juga pemantauan setiap barisan tanaman.
Ladang Kelapa oleh Sykt BAC ini dijangka akan mula berhasil pada tahun 2022 dengan jangkamasa yang berperingkat-peringkat. Apabila pokok ini berbuah kelak syarikat berhasrat membina sebuah kilang untuk memproses kelapa pandan dari ladangnya dan ladang milik petani individu di Bandar Kuching. Pokok kelapa pandan yang matang akan mampu menghasilkan sebanyak 10 - 15 biji kelapa setandan dimana ia memang bersaiz agak kecil berbanding dengan jenis Kelapa Tinggi Malayan (CN1). Buah segar ini akan dipetik apabila matang atau berumur 12 bulan untuk kelapa muda dan berumur 6-7 bulan untuk penghasilan kelapa muda (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada dirancang untuk penjualan buah kelapa segar, buah kelapa dari laang ini akan diproses menjadi air kelapa muda natural, air kepapa pandan tua, air kelapa berkarbonat, serbuk santan berroma dan sebagainya. Dalam pada itu Syarikat BAC ini telah menebang seluas 25 ekar ditepi lebuhraya Matang-Kuching untuk dijadikan Pusat Pengeluaran benih Hibtid Matag. Kawasan ini telah di tanam dengan Kelapa Renek Merah (MRD), Kelapa Renek Kuning (MYD) sebagai pokok induk betina dan Kelapa Tinggi Tagnanan sebagai sumberr debunga (Pokok Induk Jantan). Kini benih sedang ditempah daripada pembekal yang mana telah diluluskan ketulinannya oleh Bahagian BPIT dari Jabatan Pertanian Semenanjung dengan Jabatan Pertanian Sarawak. Penulis blog percaya jika kedua-dua ladang penanaman kelapa pandan dan kebun untuk menghasilkan benih hibrid matag ini berjaya akan menjadikan industri kelapa maju kedepan dan mengurangkan pengimportan kelapa seterunya mampu untuk menyumbang kepada KDNK Negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini . Wasallam!!!....
1,000 POKOK... SIAP DITANAMNYA...
SYKT BAC...PELBAGAI PRODUKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 829 Executive Suitem,
Hotel Waterfront, Kuchiing,
Sarawak, Malaysia.
(22 Syaaban 1440H).

TANAM ..,KELAPA PANDAN JENISNYA...
KG TELAGA AIR...DI SARAWAK SANA...1,000 POKOK... SIAP DITANAMNYA...
SYKT BAC...PELBAGAI PRODUKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 829 Executive Suitem,
Hotel Waterfront, Kuchiing,
Sarawak, Malaysia.
(22 Syaaban 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.