Berbalik kepada Syarikat Rabiatul Enterprise yang telah berjaya menerima beberapa persijilan di peringkat Negeri dan Negara didapati sudah mampu bersaing dengan usahawan lain. Puan Aini kini telah menyerahkan sebahagian operasi kilang kepada anak-anaknya dengan mempunyai 10 orang pekerja yang mampu menghasilkan sebanyak 56 mt kuih cincin setahun. Pemborong kuih cincin beliau terdiri daripada mereka yang menjual kuih cincinnya di Kota Kinabalu sehingga ke kawasan lembah Kelang dan Kuala Lumpur. Kuih cincin ini yang dakwanya mampu kekal enak dimakan selama 6 bulan akan tetapi ada laporan ia lebih lama lagi ketahanannya. Pemasaran kuih cincin dari kilang ini juga dilakukan dengan cara runcitan dan borong dimana mereka megambil stok dari kilang asal di Kg Melugus ini. Pemilik menerangkan kaedah pembunglusan yang mengandungi 50 biji kuih cincin dalam 5 paket bungusan sedia untuk diambil pemborong (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya setakat ini penerimaan orang ramai terhadap produk kuih cincinya masih kukuh. Ini mungkin disebabkan kualiti dan teknologi pembuatan yang separa tradisonal dan sedikit teknik hingga rangup dimana dia juga menggunakan "Gula Apong" dari pokok kelapa atau juga sejenis berkualiti tinggi dari Gula Nipah yang dikutip melalui catasan mata pada mayang pokok. Kaedah menggunakan bahan mentah yang asli dan mencukupi. Kilang Kuih Cincin yang paling popular sekali di negeri di bawah bayu ini ialah di kawasan daerah Papar iaitu 40 minit perjalanan daripada pusat bandaraya Kota Kinabalu.
Walau pun dahulu hidangan Kuih Cincin ini juga amat popular di waktu perayaan Hari Raya Aidilfitri ataupun perayaan-perayaan yang lain. Bagaimana pun kini senario tersebut sudah berubah dimana ia kini sudah pun dihidangkan pada bila-bila masa untuk seisi keluarga dan para tetamu. Terdapat beberapa jenis pembungkusan untuk tujuan promosi dan pemasaran yang sudah disediakan. Bagi cara pembunglusan untuk pasaran tempatan ia diisikan didalam plastik jernih sahaja dengan 10 keping terdapat didalam satu bungkusan standard. Bagaimana pun untuk pasaran luar dan kepada pelancaong terdapa bentuk bungkusan moden yan menarik sesuai untuk dijadikan buah tangan, hamper dan juga hadiah kepada orang lain (Sila lihat foto dsebelah). Ini merupakan kaedah pembungkusan yang terbaru dimana ia kukuh, menarik, kedap udara, kemas dan menunjukkan kualiti kuih cincin yang pastinya enak. Sebenarnya kilang ini mempunyai lebih daipada 5 pembungkus untuk tujuan pasaran yang berbeza. Ada juga dibungkus didalam kotak kertas empat segi dengan gambar gunung kinabalu mengandungi 4 keping kuih cincin sahaja didalamnya.
Membuat kuih cincin pada penulis blog adalah mudah dan cepat jika cukup bahan dan peralatannya serta kemahiran oleh pembuatnya. Ini kerana campuran dan bahan mentah berkualiti akan berikan dan menentukan adunan gula dan tepung beras sangat kritikal menjadikan ia kuih cincin yang rangup dan ianya seragam. Biasanya bahan-bahan diperlukan untuk membuat kuih cincin adalah sepeti 300 gram tepung beras, 100 gram gula pasir, 200 ml air untuk merebus, separuh gula nira (Syarikat ini menggunakan gula dari pokok nipah), 200 gram gula merah, Garam halus secukupnya dan juga minyak goreng secukupnya. Bagi menyediakan bahan pencelup pula bahannya adalah 500 gram tepung beras, air secukupnya dimana perlu tepung beras tadi diuli dengan air hingga cair. Proses membuanya dimulakan dengan mendidihkan air dan gula merah dan gula nira hingga larut. Kemudian perlu dituangkan kedalam tepung beras. Kacau menggunakan spatula kemudian menguli adunan sehangga sebati. Kemudian masukkan pula gula pasir dan garam secukup rasa kedalam adunan tepung. Kacau adunan hingga sekata dan gula menjadi hancur dan kemudian diamkan satu malam. Kemudian adunan tersebut dileperkan menggunakan mesin peleper sekiar 4-5 mm megikut kesesuaian jenis kuih cincin (Sila lihat foto disebelah). Kepakaran meleperkan dengan ketebalan sekta penting agar adunan ini mudan dan sesuai untuk dibentuk dengan menggunakan cetak khas.
Kuih cincin dibuat beberapa peringkat iaitu doh yang diadun selepas di leperkan perlu melalui proses cetak. Pencetak untuk kuih cincin standard dibuat daripada zink khas yang mempunyai 6-7 lubang dan dengan ketebalan tersebut mampu mencetak sebanyak 10 keping kuih cincin sekali. Pencetak ini ditekan kepada adunan sehingga penoh dan dicocok dengan besi untuk tujuan mengeluarkannya daripada pencetak dan bulat tepong ring dikumpulkan semula untuk dileperan (Sla lihat foto yang disebelah). Ia perlu disusun sebelum dihantar kepada bahagian untuk digoreng. Proses menggoreng perukan kemahiran dimana ia dioreng dua kali iaitu pertama ring gula dgoreng sehingga separuh masak dan ditoskan selepas berwarna coklat matang. Kemudian ia di celup didalam adunan tepung beras dan dimasukkan kedalam kuali yang ada minyak panas. KAcau sehingga kuih cincin masak sekata dan seragam warnanya. Apabila warnanya sudah coklat kekuniangan maka ia boleh diangkat dan ditoskan minyaknya. Bila sejuk ia boleh dihidangkan atau dimasukkan didalam plastik pembungkusan.
Meneliti akan kandungan nutrisi kuih cincin adalah satu perlu dimana ia dengan jelas ada dinyatakan pada pembungkusnya. Kini telah dibuat satu lagi produk baru kuih cincin iaitu kuih cincin mini yang hanya mempunyai 3 lubang sahaja untuk dihantar ke hotel-hotel sekitar Kota Kinabalu sebagai hadiah kepada tetamu hotel. Satu kotak kecil kuih cincin mini ini diletakan untuk dijamu tetamu dalam hotel dn mendaat sambutan baik. Dinyatakan dimana bagi kuih cincin standard yang ada 6-7 lubang untuk setiap 100 gram hidangan ia mengandugi tenaga sebanyak 557 kcal, Lemak 33.4 gram, Karbohidrat 55.8 gram dan Protein 5.8 gram. Bagi kuih cincin mini seberat 40 gtram pula ia mempunyai nilai permakananan iaitu tenaga sebanyak 223 Kcal, Karbohiderat 22.3 gram, Lemak13.4 gram dan juga Protin sebanyak 3.4 gram. Pada label pembungkusnya dinyatakan maklumat nutrisi permkanan, tempoh tamat atau lupus, logo jabatan pertanian, logo halal, Logo MeSTI dan juga berat sekitar 200 gram sebungkus. Kuih cincin merupakan makanan ringan tradisional berasal dari daerah Papar di Sabah. Ia dihasilkan daripada ramuan berkualiti dan resepi turun temurun. Kuih cincin ini mempunyai tekstur yang rangup, sedap dimakan pada bila-bila masa dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Semuga artikel ini emberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.