TANAMAN BIJI BIJAN (Sessamum indicum) daripada keluarag Pedaliaceae merupakan sejenis tanaman yang tidak dikenali di Malaysia akan tetapi ramai yang kenal akan biji bijan dan minyak bijan. Penulis blog dapati dimana biji dan minyak bijan adalah sejenis produk yang sering ada digunakan oleh masyarakat kita walau pun tidak mengenali pokoknya. Ia sering digunakan didalam proses penyediaan makanan seperti membuat kuih bom dan digunakan sebagai bahan campuran membuat kopi serbuk campuran. Sementara minyak bijan yang memang dikenali umumnya ia dapat mengikat kolestrol sehingga dianggap sebagai mampu untuk merawat kepada masaalah penderita kolestrol tinggi. Walau pun biji bijan sudah terkenal di Malasyia dan mudah membelinya dikedai-kedai akan tetapi tidak ada laporan data mengenai usaha penanaman tumbuhan ini di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog merujuk laporan dimana di negara jiran iaitu di Indonesia yang tanaman ini diusahakan secara komersil dibeberapa kawasan strategik di sana. Sebenarnya pokok bijan adalah tumbuhan tropika yang sesuai ditanam di negara kita. Dipercayai tanaman bijan ini dipercayai berasal daripada negara Ethipia dibenua Afrika. Tumbuhan ini yang sering dipanggil sebagai Sesamee Plants dimana ia dilaporkan mempunyai sebanyak 24 jenis yang dimajukan oleh beberapa negara di dunia terutama di Tanzania. Pada tahun 2016 dilaporkan pengeluaran biji bijan dunia adalah sebanyak 6.11 juta mt di dahului oleh Tanzania (0.812 juta mt), Myamnar (0.94 juta mt), India (0.797 juta mt), Sudan (0.721 juta mt), China (0.647 juta mt) dan Nigeria ( 0.547 juta mt) seperti dilaporkan oleh FAO Statistic. Dari segi pengguna dilaporkan dimana Jepun adalah sebuah negara pengimport dan pengguna biji bijan tebesar didunia diikuti dengan negara China. Negara kita Malaysia pula merupakan 'net importer' biji bijan terutama dari negara China yang didakwa adalah biji bijan mereka adalah 'low priced food grade' minyak dan biji bijan sama dengan semua negara di Asia Tenggara lain. Bagaimana pun artikel kali ini dari bilik Suite Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai teknologi penanaman pokok bijan yang dilakukan oleh petani di Indonesia sebagai bahan rujukan anda semua.
Sebenarnya keperluan asas penanaman pokok bijan disekitar kawasan tropika dan subtropika digarisan darjah 45N sehingga 45S. Ia boleh ditanam dikawasan dengan ketinggian mencapai 1.0 - 1,200 meter dari paras laut. Pokok bijan juga adalah sangat sensitif terhadap suhu yang rendah, curah hujan yang tinggi serta cuaca yang mendung apalagi semasa peringkat pembungaan. Suhu yang optima untuk menanam pokok bijan ini adalah diantara 25 - 30 Celcius dengan cahaya yang penuh. Curahan air hujan tahunan yang diperlukan diantara 300 - 1,000 mm dan toleran terhadap kekeringan yang terjadi namun tanaman ini tidak akan tahan dengan kawasan mudah banjir. Tanaman ini juga termasuk dalam tanaman hari pendek (short day period) iaitu sekitar 7 jam sehari. Dari segi keperluan tanah pula ia perlukan jenis tanah yang berliat atau jenis lempung serta berpasir dengan kadar pH 5.5 - pH 8.0 yang boleh menyuburkan tanaman. Pastikan sistem saliran dikebun sangat baik dari berlaku air bertakung yang mana boleh membunuh tanaman ini. Bagi penanaman bijan ini perlukan biji benih yang berkualiti dari spesis yang baik dipasaran. Biasanya punca benih adalah hasil biakbaka yang mampu hasilkan bijan yang maksima serta tahan penyakit. Sebaiknya bagi mendapatkan hasil yang maksimum perlukan benih biji bijan terpilih yang berkualiti seperti berbatang tegap, tumbuh dengan cepat, hasil yang tinggi dan dari sumber pembekal yang dipercayai. Sebaiknya kualiti benih juga dilihat aspek biji benih tidak mengalami kecacatan dan luka kerana jika biji cacat akan susah kadar perumbuhnya dan mutunya pasti tidak elok. Juga biji tidak keriput dan tidak tercampur dengan varieti yang lain yang diambil dari kawasan penanaman yang seragam. Biasanya untuk membuat benih bijan sendiri boleh dilakukan dengan cara memilih tanaman yang sihat dan juga berbuah banyak kemudian pokoknya perlu dipotong dan pisahkan dengan tanaman yang lain. Biji bijan tersebut kemudian dibersihkan dan dijemur. Bila kering sebaiknya biji tersebut perlu untuk dimasukkan kedalam botol simpanan benih dimana bahagian atas botol perlu dilapiskan dengan abu agak tebal kemudian ditutup rapat. Paling mudah beli sahaja benih bijan dikedai yang dijamin kualitinya.
Menanam pokok bijan diatas tanah yang kering perlu diteliti dengan cara mereka` menyediakan tanah. Kawasan kebun untuk tanaman bijan sebaiknya digemburkan dahulu dengan membajak atau merotornya dan diberikan bahan organik mencukupi. Pastikan akar pokok bijan kelak mampu masuk sedalam 40 - 60 cm dalam tanah untuk kadar pertumbuhan terbaik. Selepas membajak tanah sebaiknya tanah dibiarkan selama seminggu untuk tujuan mengatasi massalah mematikan patogen prosak tanaman. Pastikan tanah ini dibiarkan selama seminggu yang akan membolehkan tanah mengalami proses oksidasi gas beracun dan patogen akan mati. Berikan baja organik dengan kadar sebanyak 15-20 mt/ha dan biarkan selama seminggu. Rotor semula tanah bersama baja organik dan kemudian dibuat juga sistem perparitan serta membuat batas tanaman. Tanah perlu dikapor dahulu agar pH tanah kurang dari pH5.5 yang perlu dijalankan 2 minggu sebelum penanaman.
Bagi teknik penanaman biji bijan iaitu dikawasan tanah basah pula cara menyediakan tanah sama seperti penanaman pada tanah kering. Apa yang pasti bagi sistem ini tanah tersebut perlu dikeringkan dahulu dan kemudian tanah dibajak sedalam 40-60 cm dan dibiarkan selama seminggu agar kuman penyakit terjadi proses oksidasi gas beracun. Kemudian penyisihan tanah untuk pemecahan gumpalan tanah secara kecilan sampai memperoleh tanah yang gembur dan halus sekaligus meratakannya serta biarkan selama seminggu. Proses penggemburan tanah perlu sedalam 4 cm dan pembentukan batas tanaman dan juga parit disediakan. Pastikan dibuat semburan racun pra-cambah untuk elakkan pertumbuhan rumpai yang tdak dikehendakki. Penanaman biji bijan ini boleh dilakukan ditanah kering atau pun tanah basah. Bagaimana pun jika musim kemarau maka petani perlu membuat siraman pada peringkat awal sehingga tanaman bijan ini berumur 60-70 hari selepas sehingga pokok membesar. Pada kebun tanah sawah basah kurangkan air dan elakkan daipada ia bertakung. Penanaman bijan dengan jarak tanaman 2 cm x 4 cm mengikut varieti yang ditanam dimana setiap lubang diisikan dengan 5 biji bijan yang berkualiti. Amalan menunjukkan cara meletakkan benih bijan maka biji benih ini dicampur dengan abu atau pasir halus.
Pembajaan tanaman pokok bijan boleh dilakukan mengikut umur tanaman. Kadar yang sesuai sehektar adalah memberikan sebanyak 100 Kg Urea sehektar. Kadar sebanyak 1/3 baja ini perlu diberikan semasa menanam dan bakinya dilakukan ketika umur pokok mencapai 4-5 minggu. Pemberian baja ini dilakukan dengan cara memasukkannya sedalam 5 - 7.5 cm dan jarak 5 cm dari lubang tanam. Sulaman perlu dilakukan 6 hari setelah tanam. Pokok bijan ini sebenarnya memang ia mudah hidup bila dipindahkan dimana ia membolehkan untuk kita dalam menggunakan bahan tanaman untuk proses penyulaman dari lubang tanam lain yang tumbuh lebih dari dua tanaman. Menyulam sebaiknya dilaksanakan 15-20 HST sehingga akhirnya tinggal 2 pokok selubang. Kawalan bagi rumpai dilakukan sepanjang masa. Sebagai tanaman singkat maa biasanya pokok bijan ini diserang serangga perosak dan penyakit. Kawalan dilakuan dengan melakukan cara preventif iaitu dengan cara kawalan sebelum tanaman diserang dan sebaiknya menggunakan biji benih yang tahan serangan, seranga serangga dan penyakit dielakkan dengan menanam varieti yang tahan terhadap patogen penyakit. Penuaian hasil bijan dijalankan apabila sekitar 2/3 dari buah kekacang dipokok telah berwarna hijau kekuningan. Lazimnya ia akan matang sesuai untuk dituai dalam masa 120 - 150 hari. Menuai dilakukan dengan memotong 10-15 cm tangkai buah pada pokok dan kemuidan diikat untuk proses pengeringan. Cara menjemur juga dalam keadaan berdiri dan apabila cukup kering maka proses mengeuarkan bijinya dijalankan. Batang pokok ada buah dipukul-pukul dengan tongkat kayu dimana bijinya akan keluar dari buah kekacang (polong) dimana ia biasanya dijemur selama 1 hari penuh agar kandungan kadar airnya berkurang.. Biji bijan ini dikumpulkan dan digredkan sebelum dibungkus untuk ia digunakan sendiri atau pun dijual. Semuga tulisan ini dapat memberi info yang berfaedah dari anim agro technology kali ini. Wasallam...!
MENANAM BIJAN... APA CARANYA...
TANAH DISEDIA...SEMAI BIJINYA...
DIBUBUH BAJA... DITUAI SEMUA...
BIJAN DIJUAL... PELBAGAI GUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Simpang Bukit Beruang,
Jalan Istana, Bandaraya Melaka,
Malaysia.
(7 Muhharam 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.